20 Idea Menu Hari Raya Haji Berasaskan Daging 2025


20+ Idea Menu Hari Raya Haji Berasaskan Daging – Sedap & Mudah
Tidak lama lagi, umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidil Adha atau juga dikenali sebagai Hari Raya Qurban.
Berbanding Hari Raya Aidilfitri yang sinonim dengan kuih-muih dan baju baharu, Hari Raya Haji pula lebih dikenali dengan ibadah qurban.
Lazimnya, selepas selesai ibadah qurban, ramai antara kita akan menerima bahagian daging yang melimpah ruah. Haa, inilah masa terbaik untuk mencuba pelbagai resipi berasaskan daging qurban!
Jadi, kalau anda tercari-cari idea nak masak apa dengan daging qurban tahun ini, anda boleh rujuk 25 idea menu Hari Raya Haji berasaskan daging qurban yang dikongsikan di bawah. 
BACA JUGA: 50 Menu Open House Raya: Menu Bajet, Ringkas, Rare, Jamuan Office
25 Idea Menu Hari Raya  Haji Berasaskan Daging Menu Tradisional  1. Rendang Daging Rendang daging adalah salah satu menu wajib semasa hari raya. Jadi, anda boleh buat menu ini sebagai antara hidangan utama semasa Hari Raya Haji. Hidangan ini sangat sesuai dimakan bersama lemang, ketupat atau nasi impit.
2. Kerutuk Daging Hidangan klasik dari Kelantan ini kaya dengan rasa rempah, kerisik dan santan. Ia pekat, berlemak dan sesuai dimakan dengan nasi putih atau nasi minyak. Gabungan manis, pedas dan lemak yang seimbang pasti membuatkan tetamu anda tambah berkali-kali!
3. Daging Masak Kicap Pedas Daging Masak Kicap Pedas ni sangat sesuai untuk dijadikan menu Hari Raya Haji. Caranya buatnya ringkas dan mudah je. Daging dimasak bersama kicap pekat, bawang dan cili padi untuk rasa pedas manis yang menyelerakan.
4. Daging Masak Manis Gabungan rasa manis, masin dan sedikit pedas menjadikan menu Daging Masak Manis ini kegemaran ramai. Sesuai dihidangkan sebagai menu Hari Raya Haji untuk anak-anak yang kurang gemar makanan terlalu pedas.
5. Daging Gulai Kerisik Gabungan gulai lemak dengan kerisik menjadikan hidangan ini beraroma dan sangat kaya rasa. Daging dimasak hingga empuk dan sebati dengan santan serta rempah ratus pilihan. 
Menu ini sangat sesuai dijadikan sebagai salah satu juadah utama sempena Hari Raya Haji dan dimakan bersama nasi putih atau nasi minyak.
6. Daging Salai Masak Lemak Daging salai yang dimasak bersama santan pekat dan cili api menghasilkan rasa lemak pedas yang cukup menggoda selera. 
Aroma salai yang tersendiri menjadikan hidangan ini lebih istimewa dan membangkitkan selera sesiapa sahaja. Kalau dijadikan menu utama Hari Raya Haji, konfem habis licin!
Menu Berasaskan Sup/Rebusan 7. Sup Daging Sup daging adalah antara menu berasaskan daging yang paling mudah dihasilkan. Jangan lupa tambahkan rempah sup, kentang dan lobak merah untuk lebih umph. Makan panas-panas memang sedap!
8. Sup Daging Kimchi Nak cuba menu berasaskan daging versi Korea? Haa anda boleh cuba buat Sup Daging Kimchi. 
Daging perlu direbus hingga empuk bersama kimchi, bawang putih dan halia. Tambah tofu dan sayur-sayuran untuk rasa seimbang. Cubalah!
9. Semur Daging Berkentang Masakan yang berasal dari Indonesia ini sangat sesuai untuk sajian keluarga semasa Hari Raya Haji. Ia merupakan hidangan berkuah yang dimasak dengan kicap manis, rempah, dan bawang yang ditumis garing. 
Menu Nasi & Berkuah 10. Nasi Daging Nasi Daging merupakan hidangan lengkap yang cukup popular di utara tanah air terutamanya semasa musim perayaan. 
Setiap suapan nasi terasa berlemak dan aromanya sangat wangi. Manakala dagingnya pula lembut dan kaya dengan rasa rempah. 
Hidangan ini sesuai sangat untuk santapan Hari Raya Haji lengkap dengan lauk sampingan seperti telur masin, air asam dan sambal cili yang pedas manis. 
11. Nasi Briyani Daging Nasi Briyani Daging terkenal dengan aroma rempah yang kuat di mana beras basmati dimasak bersama rempah ratus khas dan disajikan bersama daging yang lembut dan berempah. 
Hidangan ini sangat sesuai dijadikan pilihan utama semasa Hari Raya Haji kerana keunikan rasanya yang menggoda selera. Lengkapkan juadah ini dengan acar timun dan dalca untuk pengalaman makan yang lebih sempurna.
12. Mee Bandung Orang Johor mesti selalu masak menu ini sebab hidangan mee bandung ini popular di Johor. 
Mee Bandung adalah hidangan mi yang padankan dengan kuah berempah, pekat dan beraroma. Ia menggunakan bahan seperti udang, daging dan telur rebus. 
Hidangan ini sesuai dijadikan menu istimewa sempena Hari Raya Haji untuk mereka yang menggemari menu berkuah. 
13. Bakso Daging Kalau nak hidangkan bakso daging semasa Hari Raya Haji pun menarik juga kan. Hidangan ini sesuai dinikmati sebagai pembuka selera semasa Hari Raya Haji atau sebagai hidangan sampingan. 
Tambah mi, sayur dan sambal cicah untuk menjadikan Bakso Daging anda semakin lengkap dan memuaskan semasa dimakan.
Menu Goreng & Ringkas 14. Daging Goreng Kunyit
Bila sudah makan macam-macam menu yang kompleks semasa beraya, menu daging goreng kunyit yang ringkas ini sangat membuka selera. Sesuai dimakan dengan nasi putih dan sambal belacan.
15. Daging Goreng Ketumbar Selain daging goreng kunyit, daging goreng ketumbar pun sangat singkat dan mudah dihasilkan. Gabungan rempah ketumbar dan bawang menjadikan daging goreng ini harum dan enak dimakan panas-panas.
16. Daging Bakar
Menu daging bakar sangat sesuai dimasak beramai-ramai. Menu ini boleh dijadikan menu Hari Raya Haji bersama keluarga terdekat. 
Jangan lupa buat perapan daging lebih awal agar perapannya menyerap masuk ke dalam daging untuk menghasilkan rasa yang sedap. 
17. Sate Daging Alang-alang buat daging bakar, bolehlah bakar sate daging sekali. Buat sendiri baru puas hati. Jangan lupa kuah hidangkan bersama kacang yang pekat dan nasi impit. 
18. Murtabak Daging Sesekali bolehlah cuba buat sendiri murtabak daging. Murtabak yang dimasak panas-panas sangat sesuai dinikmati bersama kuah kari atau acar timun. Hidangan ini pasti menjadi kegemaran keluarga dan tetamu semasa Hari Raya Haji nanti.
19. Roti Jala & Kuah Kari Daging Roti jala dan kuah kari daging adalah kombinasi klasik yang tidak pernah mengecewakan. Tekstur lembut roti jala yang menyerap kuah kari menjadikan setiap suapan cukup sempurna. Hidangan ini sangat sesuai dihidangkan sebagai menu sampingan semasa Hari Raya Haji kelak.
Menu Fusion & Antarabangsa 20. Daging Masak Merah Ala Thai Daging Masak Merah Ala Thai menggabungkan cita rasa pedas, manis dan sedikit masam hasil daripada bahan-bahan segar seperti cili, tomato dan sos Thai. 
Daging dimasak sehingga lembut dan meresap segala perisa akan menghasilkan hidangan yang menyelerakan dan berbeza dari masakan tradisional biasa. 
21. Daging Harimau Menangis Daging Harimau Menangis ada beberapa versi. Ada yang dibakar terlebih dahulu, ada yang dimasak terus seperti biasa. 
Hidangan ini menampilkan daging lembut dipotong nipis dan dihidang dengan sos pencicah pedas masam.
22.  Roti Thai Inti Daging Roti Thai Inti Daging adalah hidangan yang menggabungkan roti lembut dan sedikit rangup dengan inti daging yang berempah. 
Hidangan ini juga sesuai dinikmati bersama sos cili manis atau kuah kari pekat untuk rasa yang lebih lengkap.
23. Bulbogi Kalau nak cuba hidangan lain daripada lain, anda boleh cuba buat menu korea ini. 
Bulgogi adalah hidangan daging perapan gaya Korea yang terkenal dengan rasa manis dan berempah. Daging diperap menggunakan campuran soya, bawang putih, gula dan rempah, kemudian dimasak atas kuali panas hingga harum dan sedikit karamelisasi. 
Hidangan ini sangat sesuai dijadikan juadah bersama nasi putih panas atau sebagai pelengkap salad segar.
24. Japchae Satu lagi menu korea berasaskan daging yang boleh dicuba ialah Japchae. Hidangan ini ringan tetapi cukup mengenyangkan. 
Japchae adalah mi kaca Korea yang dimasak dengan teknik menumis bersama hirisan daging, sayuran segar seperti lobak merah, bayam, dan cendawan serta sos soya yang harum. 
25. Kebab Daging Selain itu, anda juga boleh cuba Kebab Daging yang tidak kurang menariknya. Hidangan ini lazat dinikmati bersama roti pita dan sos yogurt. Kalau anda suka hidangan yang dibakar, Kebab Daging adalah pilihan tepat untuk dicuba.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/menu-hari-raya-haji/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=menu-hari-raya-haji

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jemputan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1446h 2025

Jemputan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1446h 2025

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 121 hits
30 April 2025 Rabu Syawal telah berlalu tapi masih ada lagi Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfiitri Dek kekangan masa dan boss tiada pula pada tarikh yang dipilih akhirnya majlis hanya dapat selepas Syawal Walau telah melewati bulan Syawal na...
Selamat Hari Guru 2025

Selamat Hari Guru 2025

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 114 hits
Salam Ustazah Rinairyani Ahmad Ustazah Norulaini Mohd Nawi Ustazah Ros Idawati Manaf
Hari Belia Negara 2025 Tema Sambutan Dan Majlis Perasmian

Hari Belia Negara 2025 Tema Sambutan Dan Majlis Perasmian

papar berkaitan - pada 7/5/2025 - jumlah : 137 hits
Hari Belia Negara 2025 kini kembali lagi Hari istimewa yang disambut 15 Mei setiap tahun ini merupakan pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan golongan belia kepada pembangunan negara Penganjuran HBS pada tahun ini dijangka mampu memperku...
Tiket Konsert Genkru Hari Keempat Mula Dijual Pada 8 Mei 2025 Jam 1 Petang

Tiket Konsert Genkru Hari Keempat Mula Dijual Pada 8 Mei 2025 Jam 1 Petang

papar berkaitan - pada 8/5/2025 - jumlah : 133 hits
Assalammualaikum semua Woww Anda semua memang generasi KRU Dari hari pertama kedua ketiga dan kemudian keempat Memang padu kita semua merayu dekat KRU dan ICON ENTERTAINMENT Hahaha Dato Norman Datuk Yusry Edry dan saudara Iman Tang mendenga...
Selamat Hari Guru 2025 Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

Selamat Hari Guru 2025 Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 110 hits
Selamat Hari Guru 2025 buat semua pendidik yang telah banyak berjasa dan berbakti dalam memberikan pendidikan yang terbaik buat para pelajar Hari ini 16 Mei merupakan tarikh sambutan Hari Guru yang disambut setiap tahun bagi menghargai jasa...
Koleksi Senarai Ucapan Selamat Hari Guru 2025 Dan Pantun Yang Menarik

Koleksi Senarai Ucapan Selamat Hari Guru 2025 Dan Pantun Yang Menarik

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 66 hits
Selamat Hari Guru merupakan antara ucapan yang selalu diungkapkan ketika tibanya Hari Guru pada setiap tahun Tetapi sebenarnya banyak lagi senarai contoh yang anda boleh gunakan bagi dikongsikan kepada cikgu cikgu anda Setiap tahun Hari Gur...
Sultan Pahang Berkenan Merasmikan Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2025 Di Padang Mbk1 Kuantan

Sultan Pahang Berkenan Merasmikan Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2025 Di Padang Mbk1 Kuantan

papar berkaitan - pada 4/5/2025 - jumlah : 103 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat menyempurnakan Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2025 di Padang Majlis Bandaraya Kuantan 1 Jalan Mahkota Kuantan Turut mengiringi Bag...
Hari Guru 2025

Hari Guru 2025

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 131 hits
Hari Guru Malaysia bukan sahaja dinantikan oleh para guru di sekolah malah turut disambut meriah oleh pelajar dan seluruh warga sekolah sebagai tanda penghargaan terhadap insan bergelar pendidik Tema Hari Guru 2025 Guru Pemacu Reformasi Pen...
Weekend Jobs Singapore Flexible Work For Your Free Days

Hifu Treatment A Non Surgical Solution For Skin Lifting And Tightening

Urban Renewal Not A Dirty Term

Makan Tengah Hari Nasi Minyak Ayam Masak Merah Dan Acar Timun

Time To Rethink Wildlife Crossings On Our Highways

Ferrari Terbakar Selepas Terbabas Langgar Penghadang Jalan Jurutera Dan Teman Wanitanya Selamat

Rafizi I Was Told I D Be Lifted Up In Pas But I M Not Interested

Lawat Siti Jamumall Tindakan Rakan Diselar Netizen Yang Penting Rakam Dulu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


8 Senarai Pempers Terbaik Di Malaysia Pada Tahun 2025

Ufp 2 Fun 28 2024 5 Top 88 By Morgan

Faro168 Faro168 World 12 July 25 168 Casino Faro168 Top 90 By Prince

P2vvip P2vvips Com 9 2024 P2vvip 1 P2vvip Top 73 By Jermaine

Antara Aktiviti Mingguan Kebun Bandar

Cara Dapatkan Bank Statement Cimb Bank Melalui Cimbclicks