Catatan Hari Kedua Di Liyang Changzhou Jiangsu


CATATAN TRIP KE CHINA - WILAYAH YUNNAN & JIANGSU | 10 - 14 APRIL 2025
Sambungan catatan terdahulu —> Menginap Dua Malam di Liyang Marriot Hotel, Liyang

Hari pertama ketika kami tiba di Liyang, sudah pun lewat malam. Hari kedua merupakan hari yang padat, dari pagi hingga ke petang kami melawat kilang - inilah tujuan kunjungan kami ke sini. 

SARAPAN PAGI DI LANZHOU BEEF NOODLES | Kami memulakan pagi dengan bersarapan di Lanzhou Beef Noodles, kedai makan halal yang terletak berhampiran hotel penginapan kami

Ini kali kedua kami makan di sini. Catatan terdahulu berkenaan kedai makan ini dalam entri Terbang ke Nanjing dengan China Eastern Airlines dan Makan Malam di Lanzhou Beef Noodles, Liyang
Paparan menu di kedai ini hanya dalam aksara Cina, kami pula datang berdua saja tanpa kawan Cina. Bagaimana nak pesan makanan? Kami tunjuk saja foto (di skrin telefon saya) mi tarik yang kami makan malam tadi 😂
Kalau ada buku menu boleh juga main tunjuk nak makan apa, tapi kedai ini tak menyediakan buku menu. Saya cuba juga gunakan Google Translate, tapi hasil terjemahan tidak begitu diyakini

Mi tarik.Walaupun kedai ini hanya seorang saja yang bekerja (waktu siang diuruskan oleh si suami) dan perlu menghasilkan mi tarik (uli dan tarik doh) setiap kali terima pesanan pelanggan, tapi tempoh masa menunggu tak begitu lama

Kagum saya tengok pergerakan tangannya laju melakukan kerja-kerja di dapur sambil sesekali berhenti seketika bagi mengambil pesanan dan menguruskan pembayaran

Chinese burger.Selain mi tarik, kami turut memesan Chinese burger - kami tunjuk poster kecil yang terpapar di sudut dinding kedai 😄
Nampak ringkas je Chinese burger ni, tapi rasanya sedap! Sama seperti mi tarik yang nampak ringkas macam tak ada isi sangat, tapi rasanya sedap. 

SARAPAN RINGKAS DI LIYANG MARRIOT HOTEL | Penginapan kami termasuk bufet sarapan, tapi sudah tentu tak banyak pilihan makanan halal untuk kami nikmati. Makanya, kami terus saja bersarapan di kedai makan halal

Selesai makan di kedai, kami kembali ke hotel dan menyertai kawan-kawan lain yang baru saja nak bersarapan. Sambil tu bolehlah melihat suasana bufet sarapan di hotel, juga memerhati kalau ada makanan yang diyakini halal

Saya ambil jus oren, juga salad dan potongan buah. Duduk makan sekejap sambil berborak dengan yang lain


HIDANGAN TEH CINA | Negara China terkenal dengan pelbagai jenis teh dan budaya minum teh. Semasa lawatan kilang, kami dihidangkan dengan minuman teh. Memang sesuai sangatlah kerana udara di Liyang agak sejuk. 
Saya tak pasti jenis teh yang dihidangkan. Hasil terjemahan pada bekas teh ini menyatakan ianya produk Tianmu Lake Dengming Tea Tree Planting Family Farm Co. Ltd - syarikat pengeluar teh di Liyang. Kemudian barulah saya tahu Liyang juga dikenali sebagai 'Tea Village'

Daun teh kelihatan segar berwarna hijau. Mula-mula daun teh berkumpul di bahagian atas minuman, selepas beberapa ketika daun teh turun ke dasar gelas

Mungkin kerana saya dah biasa minum Ahmad Tea Green Tea tanpa tambahan gula, jadinya saya tiada masalah untuk menikmati teh sebegini. Tiada rasa yang tak menyenangkan. Cuma ada sedikit rasa pahit jika teh sudah terendam lama. Selepas beberapa ketika, mereka akan buang minuman kita untuk diganti dengan daun teh baharu


KENDERAAN UNIK DI LIYANG | Semasa dalam kenderaan, barulah saya dapat memerhatikan rupa bandar Liyang. Sebuah bandar yang nampaknya teratur dan bersih, juga bebas kesesakan kenderaan mahu pun manusia. Menurut pemandu yang membawa kami, kawasan ini merupakan bandar baharu - penduduknya tidak begitu ramai

Saya nampak beberapa jenis kenderaan unik (yang tidak biasa dilihat) berada di jalan raya :
Kenderaan roda tiga dengan pelbagai rupa, ada yang besar seperti lori

Kenderaan roda tiga seperti sebuah motor

Dan ini paling unik dan canggih - autonomous vehicle (AV) iaitu kenderaan tanpa pemandu! Kenderaan penghantar barang ini bergerak tanpa ada manusia di dalamnya. Masya Allah hebat sungguh akal fikiran manusia kurniaan Allah


ANGIN KENCANG | Walau cuma seketika saya di Liyang, saya dapat menyaksikan keadaan angin kencang di sini sehingga menerbangkan benda yang ada di luar bangunan. Saya sendiri terasa seperti mahu melayang apabila angin bertiup kencang, pada hal saya bukanlah kategori orang yang kurus

Kebetulan pada masa tersebut kerajaan China ada mengeluarkan amaran angin kencang di utara China (bukan di Liyang), juga nasihat supaya individu dengan berat kurang 50 kg tidak keluar rumah. Sekali dengar macam lucu kan? Tapi bila dah rasa sendiri situasi angin kencang, saya jadi lebih faham kenapa nasihat tersebut dikeluarkan









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2025/11/catatan-hari-kedua-di-liyang-changzhou.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Manakah Yang Ditimbang Di Mizan Pada Hari Kiamat Amal Catatan Atau Pelakunya

Manakah Yang Ditimbang Di Mizan Pada Hari Kiamat Amal Catatan Atau Pelakunya

papar berkaitan - pada 3/11/2025 - jumlah : 170 hits
Ringkasan komprehensif tentang al M z n di Hari Kiamat makna dalil Al Qur an dan hadits serta penjelasan ulama mengenai apa yang ditimbang dan bagaimana mengompromikan riwayat riwayatnya Panduan praktis untuk memperberat timbangan kebaikan ...
Nota Yang Tertulis Saya Pinjam Duit Masjid Rm7 65 Maaf 3 Hari Tak Makan

Nota Yang Tertulis Saya Pinjam Duit Masjid Rm7 65 Maaf 3 Hari Tak Makan

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 220 hits
KOSMO Gambar nota tersebut yang tular di media sosialPETALING JAYA Sebuah nota tulisan tangan yang ditinggalkan di tabung sebuah masjid mendapati seorang pelajar mengaku meminjam wang RM7 65 daripada tabung berkenaan kerana tidak makan sela...
Phone Casing Sampai Di Malam Hari

Phone Casing Sampai Di Malam Hari

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 193 hits
Assalamualaikum guys Tak sangka ramai berkenan dengan but warna nbsp cream nbsp dalam older post ai tu Tergamak tau uollz racun ai macam ni sekarang terpaksalah ai menabung untuk membelinya pula Kasut hitam yang aritu pun baru dapat claim s...
Penduduk Pahang Dinasihatkan Waspada Sentiasa Peka Fenomena Air Pasang Besar Bermula Hari Ini Sehingga Bulan Depan

Penduduk Pahang Dinasihatkan Waspada Sentiasa Peka Fenomena Air Pasang Besar Bermula Hari Ini Sehingga Bulan Depan

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 206 hits
KUANTAN Penduduk Pahang dinasihatkan supaya berwaspada dan sentiasa peka terhadap fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku bermula hari ini sehingga bulan depan Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kuantan Rohushsyifa Ahmad ...
Sarapan Sa Hari Ini

Sarapan Sa Hari Ini

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 201 hits
Assalamualaikum WRT Dah sarapan ke tu SA baru sudah sarapan pagi ni SA buat bihun goreng simple je rendam bihun malam semalam lepas tu SA siapkan rencah kali ni SA teringin bihun macam arwah mak buat xde bahan lain kecuali ikan bilis dan ba...
Gm Klang Kini Rasmi Operasi Dengan Waktu Baharu 10 Pagi Hingga 10 Malam Setiap Hari

Gm Klang Kini Rasmi Operasi Dengan Waktu Baharu 10 Pagi Hingga 10 Malam Setiap Hari

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 281 hits
GM Klang Kini Rasmi Operasi Dengan Waktu Baharu 10 Pagi Hingga 10 Malam Setiap Hari melakar sejarah baharu apabila secara rasmi melanjutkan waktu operasi kepada 10 pagi hingga 10 malam setiap hari menandakan fasa transformasi penting pusat ...
Kanak Kanak Masuk Percuma Ke Zoo Negara Sempena Hari Kanak Kanak Sedunia Ini Cara Tebus Tiket

Kanak Kanak Masuk Percuma Ke Zoo Negara Sempena Hari Kanak Kanak Sedunia Ini Cara Tebus Tiket

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 188 hits
Kanak Kanak Masuk Percuma Ke Zoo Negara Sempena Hari Kanak Kanak Sedunia Ini Cara Tebus Tiket Kanak kanak ibarat permata dan bukan sahaja harapan kepada keluarga namun masa golongan inilah yang bakal mencorakkan masa depan sesebuah negara S...
Persiapan Menghadapi Hari Perlawanan 10 Rabu 5 Nov 2025

Persiapan Menghadapi Hari Perlawanan 10 Rabu 5 Nov 2025

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 276 hits
Perlawanan 10 Rabu 5 November 2025 Kuala Lumpur FA vs LWN Young Tigress Laila Syamila menjaringkan gol pada minit ke 12 Asma Munajati mencetak gol pada minit ke 21 Keisha Adeliena menjaringkan gol pada minit ke 58 Putri Mia menjaringkan pen...
Jadual Sukan Sea 2025 Team Malaysia

Jasad Bayi Dijumpai Dalam Lori Sampah Di Bukit Jalil

Tunjuk Parang Dalam Panggilan Video Minta Wang Pelajar Tingkatan Tiga Ditahan

Lirik Lagu Aku Bukan Cinta Nyanyian Pasya

Pu Rahmat Ikhsan Tular Di Aceh Momen Sebak Sukarelawan Malaysia Santuni Mangsa Banjir

Asal Usul Pemutar Skru

Kes Sulu Mahkamah Rayuan Paris Sahkan Keputusan Arbitrator Sepanyol

Rrsepi Sup Ekor Ala Thai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Fasa Anak Belajar Di Universiti

Filter

Pemecah Ais

Jenis Pewangi Sah Digunakan Untuk Solat Panduan Lengkap 2026

Resipi Sup Ayam Lobak Mudah 10 Minit

Attention