Kanak Kanak Masuk Percuma Ke Zoo Negara Sempena Hari Kanak Kanak Sedunia Ini Cara Tebus Tiket
Kanak-Kanak Masuk Percuma Ke Zoo Negara Sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia, Ini Cara Tebus Tiket
Kanak-kanak ibarat permata dan bukan sahaja harapan kepada keluarga namun masa golongan inilah yang bakal mencorakkan masa depan sesebuah negara.
Sejak dari kecil mereka dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh dan diberikan pendidikan yang baik untuk proses tumbesaran.
Setiap 20 November, dunia menyambut Hari Kanak-Kanak Sedunia, bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap hak, kesejahteraan dan kebahagiaan kanak-kanak.
Bersempena dengan sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia pada 20 November ini, Zoo Negara menawarkan kemasukan percuma bagi kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun selama dua hari pada 22 dan 23 November ini.
Berita gembira itu dikongsikan Zoo Negara Malaysia di laman Facebook, sebagai hadiah penghargaan kepada seluruh kanak-kanak di Malaysia.
Sehubungan itu, tawaran istimewa ini sudah tentunya menceriakan hujung minggu keluarga dan orang boleh merancang untuk berkunjung ke lokasi berkenaan.
Lebih-lebih lagi, zoo ini merupakan lokasi yang mesra keluarga dalam si kecil mengenali pelbagai fauna di sana.
Selain tiket percuma, pihak zoo turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik dan hadiah istimewa turut disediakan bagi memeriahkan sambutan ini.
Terma & Syarat Tiket Percuma Zoo Negara
1. Hanya ditawarkan kepada warganegara Malaysia sahaja.
2. Terhad kepada pengunjung yang ‘WALK-IN’.
3. Pengunjung diminta membawa original MyKid untuk pengesahan di kaunter tiket.
4. Tiket percuma ini perlu ditebus dan digunakan pada hari yang sama.
5. Promosi ini tidak sah bagi lawatan sekolah.

Gambar: Zoo Negara Malaysia
Oleh itu, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk membawa anak-anak mengenali pelbagai spesies haiwan dan mencipta momen indah bersama keluarga.
Sumber: Zoo Negara Malaysia
BACA: WEF Dedah AI Sebenarnya Membuka Peluang Pekerjaan & Kemahiran Baru
BACA: Lubang Benam Terbentuk Di Jalan Dato Ismail Hashim, Bayan Lepas
The post Kanak-Kanak Masuk Percuma Ke Zoo Negara Sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia, Ini Cara Tebus Tiket appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/11/04/kanak-kanak-masuk-percuma-ke-zoo-negara-sempena-hari-kanak-kanak-sedunia-ini-cara-tebus-tiket/