Cashout Adsense Kali Pertama
Alhamdulillah...
October 2019 nampaknya tiada Tragedi Oktober berlaku dalam hidup aku melainkan bukti betapa baiknya Allah padaku bulan ini. Rezeki datang bertubi-tubi dari segenap arah. Hehe, nikmat manakah mampu hendak didustai hamba Allah yang kerdil ini
Selain rezeki kesihatan abah mama dan keluarga yang jauh dimata, keselamatan suami ketiga bertugas, rezeki kerja yang selesa, rezeki anak murid yang mendengar kata, rezeki kucing yang sihat dan berselera makan, aku juga dapat rezeki dari ADSENSE blog buat kali pertamanya, alhamdulillah
Hahaha. Walaupun orang lain dah level dapat cashout setiap bulan, bagi aku yang menaip pun bagai pahat dengan penukul. Asyik kekangan masa je nak menulis, kira bersyukur sangatlah dapat duit sampingan dari blog kesayanganku ini
Blog ini asalnya dibuat hanya sebagai ruang mengekpresi suka duka seorang remaja yang terdampar di negeri orang, mencatat memori-memori cinta monyet (kini bertukar cinta sejati suami isteri), menghambur rasa marah (kini makin banyak sudah dipadam kerana biarlah Malaikat Raqib sahaja yang menulis setiap kali orang baca, haha).
Kini blog ini masih menjadi ruang ekpresi diri seorang aku. Tak berminat sangat menulis mengikut trend semasa, cuma menulis dari kacamata seorang aku. Aku kan peminat blog sendiri, kalau orang lain nak baca tu kira rezeki lah, hehe.
Dengan hasil cashout ni juga aku dapat bayar domain aku tahun ini. Alhamdulillah. Rezeki blog untuk blog. Dah tahun ketiga aku kekal dengan NetKL.
Bagi yang nak baca persediaan aku sebelum apply Adsense boleh baca di "Akhirnya Blog Mayy Jie Lulus Juga Adsense"
Yang takut nak upgrade domain berbayar sebab risau iklan Adsense hilang, boleh baca "Apa Perlu Buat Jika Adsense Hilang Bila Tukar Domain Blog?"
Semoga membantu :D
Follow
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.noormaizan.com/2019/10/cashout-adsense-kali-pertama.html