Kali Pertama Fayyra Ke Zoo Mini Zoo Kl Tower
Assalamualaikum
View this post on Instagram
Bukan selaluuu Quality time with family 💕A post shared by Malaysian Lifestyle Blogger 🇲🇾 (@ftndiana) on Sep 12, 2019 at 4:01am PDT
Last few weeks FD bawak Fayyra balik kampung lagi. Kemain kau kampung kat Kuala Lumpur 😆 tu pun saje lah balik sebab suami izinkan. Suami tak ikut sebab kerja, takboleh nak cuti lama. Sampai KL ada saje plan nak berjalan. Salah satunya pergi Mini Zoo di Menara Kuala Lumpur atau orang panggil KL Tower. Tu pun pakngah Fayyra lah yang nak sangat bawah anak buah dia pegi zoo.
Masuk je dalam Mini Zoo terus jumpa burung. Banyak gila okay. Tapi ada 1 je burung yang takbole pegang sebab staff situ kata dia akan gigit. Burung yang lain tu okay kalau nak ambik gambar sambil letak burung kat bahu atau tangan
Tak ingat apa nama monyet ni 🐒
Masuk lorong burung, banyak gila burung cantik kat situ. Warna oren, kuning, hijau. Semua warna terang terang. Kecik kecik je semuanya
Fayyra pulak tak pandang camera. Sibuk tengok burung
Yang ni burung pulak tak tengok camera, sibuk makan 🐦
Shoooo pwetty
FD tak berani nak bagi makan sebab Mirul kata sakit masa burung tu cengkam
Masuk lorong burung tu akan ada staff offer tabur makanan burung kat tangan kite. Awal awal lagi FD kata "No no". Hahahaha! 😂
Guinea pig ni comel gila k! Rasa macam nak bela je sekor
Sebenarnya banyak je lagi haiwan dalam zoo ni tapi kite tak rekemen lah mommies yang nak bawak anak guna stroller sebab banyak naik turun tangga. Nama pun Mini Zoo, takde lah macam Zoo Negara tu. But still banyak jenis haiwan lah boleh jumpa. Setakat santai santai tu okay lah
Lastly masuk kedai cenderahati tapi tak beli apa pun. Biasa lah, harga nauzubillah 🤣 beli snack je lah untuk Fayyra sebab nampak macam lapar lepas tengok haiwan
Harga tiket masuk ke Mini Zoo, KL Tower
Next trip pakngah Fayyra nak bawak gi Aquaria KLCC pulak, hehe. Syok ler jadi ibu ada anak kecik ni. Boleh selit gi jalan jalan sebab pakngah dia yang belanja 😜
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ftndiana.blogspot.com/2019/09/kali-pertama-fayyra-ke-zoo-mini-zoo-kl.html