Carik Carik Bulu Ayam Lama Lama Bercantum Juga


Tadi Mommy bertanya bagaimanakah rupanya bulu ayam dicarik-carik itu? Tedi akan huraikan satu-persatu tentang peribahasa carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga tersebut mengikut pemahaman Tedi. Jika anda memerlukan pemahaman lanjut sila bertanya kepada para professor atau pakar bahasa.
Ada juga yang menulis peribahasa ni sebagai carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum jua. Tedi tak pernah kaji pula jika perkataan juga dan jua adalah sama maksudnya. Tedi rasa memang macam tu, mungkin ejaan jua tu adalah bahasa lama?
Jika mahu argue pendapat Tedi ni, silalah komen di ruangan sepatutnya.
Maksud Peribahasa Carik-carik Bulu Ayam, Lama-lama Bercantum JugaCarik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga, adalah satu bidalan atau peribahasa Melayu yang bermaksud:
pergaduhan sesama saudara (selalunya adik-beradik) itu tidak panjang dan lama-kelamaan mereka akan berbaik juga.Perselisihan antara saudara yang berakhir dengan perdamaian. (Bahasa Indonesia)Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali. (Kamus Istimewa Peribahasa Melayu)Adik-beradik bergaduh akan berbaik semula.Contoh ayat untuk peribahasa "Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga"Biarkanlah abang kamu reda marahnya itu dahulu, nanti baliklah dia. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.Setelah beberapa jam adik berkurung dalam bilik, dia keluar dan berbaik semula dengan kakak. Mereka bergaduh tetapi tidak lama, seperti kata pepatah,  "carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga".Bulu ayam mewakili keluargaBulu ayam diambil sebagai metafora untuk satu keluarga kerana jika perhatikan sehelai bulu ayam itu berurat-urat. Urat-urat atau helaian bulu ini tercantum pada satu batang, dan membentuk sehelai bulu ayam. Perihal cantuman pada batang bulu itu menyebabkan ia dianggap satu keluarga.
Selalunya ia menggambarkan perihal keluarga yang rapat, seperti adik-beradik, tengok sahaja bagaimana rapatnya bulu-bulu pada sehelai bulu tersebut.
Ia lebih kurang sama metaforanya dengan lidi yang diikat menjadi seberkas lidi, cuma lidi tidak dicantumkan oleh sesuatu yang berasal dari kalangan mereka sendiri. Jadi seberkas lidi lebih merujuk kepada kawan-kawan atau ahli masyarakat.
Sama maksud dengan Air Dicencang Takkan Putus, Pancung Debu Tak BerbekasApakah persamaan di antara kedua-dua peribahasa ini? Persamaannya adalah mereka menggunakan metafora satu objek yang "tercantum" sesama sendiri.
Bulu ayam tercantum kerana batangnya, air tercantum kerana sifat air, dan debu "tercantum" kerana tak kelihatan kesan jika ditepuk akan kelihatan kembali seperti ke asalnya.
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu menyatakan bahawa maksud peribahasa, "Air Dicincang Takkan Putus, Pancung Debu Tak Berbekas" adalah : Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali.
Apakah maksud perkataan "carik"?koyak memanjang atau koyak sedikit: Contoh ayat: "Kainnya terkena duri lalu carik."penjodoh bilangan untuk sesuatu yang disiat: Secarik kertas, setitik dakwat.mencarik: membuat (sesuatu) supaya carik; me­ngoyakkan; menyiat.mencarik-carik: membuat supaya carik berkali-kali; mencabik-cabik; mengoyak-ngoyakkan. Contoh ayat: "Dia telah mencarik-carik surat itu dan kemudian membuangnya ke dalam parit." carikan: yang dicarik; sobekan (kertas dsb).Jika dicarik, bagaimana boleh bulu ayam bercantum semula?Ini adalah satu persoalan yang bagus. Bulu ayam yang dicarik, dah putus, macam mana boleh bercantum semula?Jika itu pemahaman murid-murid, maka sampai kiamat pun anda takkan memahami peribahasa "Carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum jua" tersebut.Sebenarnya peribahasa itu merujuk kepada sifat bulu ayam tersebut. Ada masanya bulu ayam akan tersisir rapi, cantik sahaja. Tetapi ada masa juga bulu ayam itu akan terpisah-pisah di antara satu sama lain sehinggakan nampak seperti rambut tak bersikat. Keadaan itulah yang dinamakan "carik-carik bulu ayam". Jika carik kertas, lain jadinya.Tetapi jika murid-murid tidak sabar untuk melihat rupa bulu ayam dicarik-carik boleh sahaja anda mencarikkannya, iaitu dengan menggunakan jari dan sikatkan ke arah berlawanan dengan arah semulajadi bulu ayam tersebut, dan jangan pula gunakan pisau sehingga putus. Jika sampai putus tu, sampai ke sudah pun anda takkan nampak bulu ayam itu bercantum semula.Sifat bulu ayam, setelah anda mencarik-carikkannya tadi (yang tak putus tu ya!), ia nanti akan tersisir semula ke arah semula jadi, sama macam rambut manusia, bila dah belah tepi, sikat belah tengah pun takkan menjadi (kecuali kalau pakai pomade, agaknyalah... haha)Tetapi kepada sesiapa yang tidak pernah mengetahui, ada juga ayam yang bulunya sentiasa dicarik-cari, ia dipanggil ayam bulu terbalik. Jika anda gunakan bulu ayam tersebut, memang eksperimen anda akan menemui kegagalan! Wahahaha....Gambar Bulu Ayam Dicarik-carikDi bawah ini Tedi sertakan beberapa gambar bulu ayam yang telah mengalami keadaan "carik-cari bulu ayam" seperti yang digambarkan dalam peribahasa tersebut.

 
Dan di bawah ini pula Tedi sertakan gambar bulu ayam yang "akhirnya bercantum juga", iaitu kembali ke keadaan asal.

 20170512


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2017/02/carik-carik-bulu-ayam-lama-lama.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Mencelur Ayam Bagi Mencabut Bulu Sebelum Dibersihkan Najisnya

Hukum Mencelur Ayam Bagi Mencabut Bulu Sebelum Dibersihkan Najisnya

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 296 hits
SOALAN Apakah hukum merebus atau mencelur ayam sebelum dikeluarkan kotoran dan najisnya bagi memudahkan proses mencabut bulunya Mohon pencerahan JAWAPAN Kami mulakan dengan firman Allah SWT Wahai sekalian manusia makanlah kamu dari yang ter...
Gadis Dipukul Ibu Dengan Batang Besi Sebab Pemalas Dan Terlalu Lama Single

Gadis Dipukul Ibu Dengan Batang Besi Sebab Pemalas Dan Terlalu Lama Single

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 484 hits
Seorang gadis telah dipukul ibunya dengan batang besi dipercayai kerana telalu lama membujang Suspek juga dilaporkan menyerang mangsa selepas mangsa melawan cakap ibunya kerana tidak mahu mengemas rumah Kejadian yang berlaku di Changzhou Ch...
Jika Allah Nak Bagi Ada Rezeki Tak Lama Lagi Bakal Berempat

Jika Allah Nak Bagi Ada Rezeki Tak Lama Lagi Bakal Berempat

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 394 hits
Kemunculan Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika membuat persembahan bersama Bob Yusof mendendangkan lagu Anta Permana pada Anugerah Juara Lagu Ke 34 Ahad lalu mendapat reaksi sebak dan teruja oleh para peminat Namun setelah selesai persembahan ...
Mu Jange Sakit Hati Maznah Tinah Bior Ler Suami Teman Cium Belakang Tengkuk Teman Ni Ha Udoh Lama Tak Merasanya

Mu Jange Sakit Hati Maznah Tinah Bior Ler Suami Teman Cium Belakang Tengkuk Teman Ni Ha Udoh Lama Tak Merasanya

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 992 hits
Gelagat para artis sememangnya menjadi perhatian peminat Ada pujian dilontarkan tak kurang juga kritikan pedas sehingga menusuk hati Tetapi sebagai artis itu sudah menjadi normal kehidupan mereka apabila bergelar seorang selebriti Pelakon d...
Mokhtar Senik Tidak Lama Lagi Pas Akan Perintah Malaysia

Mokhtar Senik Tidak Lama Lagi Pas Akan Perintah Malaysia

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 451 hits
Tidak lama lagi itu tempoh yang dinyatakan salah seorang pemimpin kanan PAS mengenai masa depan parti itu dalam politik Malaysia Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Mokhtar Senik berkata ada banyak perkara yang tidak pernah berlaku sebelum ini kini...
Ingat Hanan Jebolan Lida 2019 Lama Tak Terlihat Di Layar Kaca Begini Nasibnya

Ingat Hanan Jebolan Lida 2019 Lama Tak Terlihat Di Layar Kaca Begini Nasibnya

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 291 hits
Saat ini Hanan jebolan LIDA 2019 jarang terlihat di layar kaca ternyata ia memiliki kegiatan lain
Kenangan Lama Seorang Sahabat

Kenangan Lama Seorang Sahabat

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 338 hits
Hari ini aku mengingati seorang sahabat dan ulama yang telah meninggal dunia pada 26 tahun yang lalu Beliau ialah Tuan Guru Ustaz Mawardi Ahmad Tok Kenali Tuan Guru Ustaz Mawardi Ahmad ialah cucu Tok Kenali seorang ulama tersohor di Nusanta...
Bukan Membentuk Kerajaan Baru Tapi Membawa Lari Kerajaan Sedia Untuk Nafsu Pm Lama

Bukan Membentuk Kerajaan Baru Tapi Membawa Lari Kerajaan Sedia Untuk Nafsu Pm Lama

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 263 hits
Mahu tidak mahu harus diakui bahawa pembentukan kerajaan baru Pakatan Nasional yang hangat diperbualkan sekarang mesti didalangi atau setidak tidaknya direstui oleh Tun Mahathir Mohamad sendiri Jika tanpa restu dan keinginan beliau tentulah...
Sekian Lama Beroperasi Gsc Pavilion Kl Ditutup Mulai 17 Februari Ini

Sekian Lama Beroperasi Gsc Pavilion Kl Ditutup Mulai 17 Februari Ini

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 361 hits
Golden Screen Cinemas Sdn Bhd telah mengeluarkan kenyataan bahawa GSC Pavilion Kuala Lumpur akan ditutup secara rasminya pada 17 Februari 2020 ini GSC Pavilion Kuala Lumpur akan beroperasi buat kali terakhir pada 16 Februari 2020 Kredit Fot...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner