Hukum Mencelur Ayam Bagi Mencabut Bulu Sebelum Dibersihkan Najisnya



SOALAN:
Apakah hukum merebus atau mencelur ayam sebelum dikeluarkan kotoran dan najisnya, bagi memudahkan proses mencabut bulunya? Mohon pencerahan.

JAWAPAN:
Kami mulakan dengan firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا
“Wahai sekalian manusia, makanlah kamu dari (hasil) yang terdapat di atas muka bumi (makanan) yang halal lagi baik.” (Surah al-Baqarah: 168)

Ayat di atas menunjukkan bahawa makanan yang hendak dimakan oleh kita hendaklah memenuhi dua kriteria tersebut iaitu, halal dan baik.

Syeikh as-Sa’di telah mengulas ayat ini dengan mengatakan bahawa ianya ditujukan kepada seluruh manusia sama ada orang-orang beriman ataupun kafir, supaya memakan apa yang ada di atas muka bumi ini, yang terdiri daripada biji-bijian, buah-buahan dan binatang-binatang yang telah dihalalkan buat mereka mengambilnya (memakan dan mengambil manfaat daripadanya), bukan dengan cara merampasnya, atau mencuri atau dengan hasil muamalat (jual beli) yang diharamkan atau perkara-perkara yang diharamkan. Manakala toyyiban pula ialah bukan daripada perkara yang buruk (kotor dan jijik) seperti bangkai, darah, daging khinzir dan lain-lain. Ayat ini adalah merupakan dalil bahawa hukum asal bagi sesuatu perkara itu (untuk dimakan dan diambil manfaatnya) adalah harus. (Lihat: Tafsir al-Sa’di, 1/80)

Selain itu, Imam al-Thabari juga turut menyatakan definisi toyyib (baik) dengan katanya: “Iaitu (makanan) yang suci dan bersih daripada najis dan keharaman.” (Lihat: Tafsir al-Thabari, 3/300)

Air Mutanajjis

Air mutanajjis ialah air yang jatuh najis ke dalamnya. Air ini terbahagi kepada dua bahagian.

Pertama: Air yang sedikit, iaitu kurang daripada dua qullah.

Air ini menjadi najis kerana terjatuh najis ke dalamnya walaupun sedikit dan tidak berubah sifat-sifatnya dari segi warna, bau dan rasa.

Kedua: Air yang banyak, iaitu yang cukup dua qullah atau lebih.

Air ini tidak menjadi najis dengan semata-mata terjatuh atau tersentuh najis, tetapi ia menjadi najis apabila berubah satu daripada sifatnya, iaitu warna, rasa atau bau. Dalilnya ialah ijma’ para ulama’.

Imam al-Nawawi menyebut dalam kitabnya al-Majmu’, Ibn Munzir berkata: “Ulama’ telah bersepakat bahawa air yang sedikit atau banyak, apabila najis jatuh ke dalamnya dan berubah sama ada rasa, warna atau bau, air itu menjadi najis.” (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/33-35)

Oleh itu, air rebusan ayam yang masih belum lagi dikeluarkan atau dibersihkan kotoran dan najisnya menjadi air mutanajjis.

Memasak daging dengan air najis

Para ulama’ ada membahaskan mengenai perkara ini dan telah berbeza pendapat padanya. Ada kalangan mereka yang mengatakan bahawa sekiranya daging dimasak dengan najis, sudah tidak boleh lagi untuk disucikan atau dibersihkan (daging tersebut). Ini adalah merupakan pendapat mazhab Hanafiyyah kecuali Abu Yusuf, dan juga pendapat mazhab Hanabilah.

Mazhab Malikiyyah pula berpendapat bahawa daging yang dimasak dengan najis, sekiranya najis tersebut termasuk dalam masakan tersebut sebelum daging itu masak, maka ia tidak boleh dibersihkan. Akan tetapi sekiranya najis tersebut terkena pada makanan tersebut selepas ia sudah masak, maka dalam hal ini ia boleh dibersihkan lagi. (Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 29/116)

Manakala mazhab Syafi’iyyah pula berpendapat bahawa daging yang dimasak dengan najis, masih boleh disucikan atau dibersihkan. Cara membersihkannya ada dua, iaitu:
• Daging tersebut dibasuh dan kemudiannya diperah seperti hamparan (karpet).
• Disyaratkan untuk mendidihkannya (semula) dengan air yang bersih.
(Lihat: al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 2/599-600)

Akan tetapi, al-Syirbini menyebutkan di dalam hasyiahnya bahawa tidak disyaratkan untuk memerahnya sama ada ia berbulu seperti hamparan (karpet) ataupun tidak. Dan apa yang telah disebutkan di dalam al-Raudhah dan al-Majmu’ bahawa daging yang dimasak dengan air najis akan menajiskan daging tersebut luar dan dalam. Maka, cukup dengan hanya membasuhnya (dengan air) sahaja. Adapun, memerahnya seperti hamparan dapat difahami bahawa perbuatan tersebut hukumnya adalah sunat ataupun lemah (dhaif). Manakala pendapat al-Qamuli yang menyatakan bahawa najis masuk ke dalam bahagian dalam daging, maka perlu dikeluarkan (najis tersebut) melalui perahan adalah tidak tepat kerana pendapat yang mengatakan bahawa tidak disyaratkan perah adalah merupakan pendapat yang lebih tepat (asoh) yang dibina di atas pendapat yang asoh iaitu air basuhan adalah suci. (Lihat: Hasyiah al-Syirbini ‘ala al-Gharar al-Bahiyyah, 1/59)

Selain itu, Zainuddin al-Malibari juga ada menyatakan bahawa:

وإن كان حبا أو لحما طبخ بنجس أو ثوبا صبغ بنجس فيطهر باطنها بصب الماء على ظاهرها... ويشترط في طهر المحل ورود الماء القليل على المحل المتنجس فإن ورد متنجس على ماء قليل لا كثير تنجس وإن لم يتغير فلا يطهر غيره.
“Sekiranya biji-bijian atau daging dimasak dengan najis atau pakaian dicelup dengan najis, maka bahagian dalamnya menjadi suci dengan menuangkan air pada bahagian luarnya (zahirnya)… dan disyaratkan bagi mensucikan tempat (bahagian najis) tersebut dengan melalukan air yang sedikit ke atas tempat yang najis. Akan tetapi sekiranya najis yang terkena pada air yang sedikit dan bukannya pada air yang banyak, air tersebut menjadi najis, sekalipun tidak berubah (warna, rasa dan bau). Maka, air tersebut tidak lagi menyucikan.” (Lihat: Fathu al-Mu’in, hlm. 78)

Begitu juga, di dalam Hasyiah al-Bujairimi ada menyebutkan:

لَوْ ابْتَلَّ حَبٌّ بِمَاءٍ نَجَسٍ أَوْ بَوْلٍ وَصَارَ رَطْبًا وَغُسِلَ بِمَاءٍ طَاهِرٍ حَالَ الرُّطُوبَةِ طَهُرَ ظَاهِرًا وَبَاطِنًا، وَكَذَا اللَّحْمُ إذَا طُبِخَ بِهِمَا وَغُسِلَ يَطْهُرُ ظَاهِرًا وَبَاطِنًا
“Sekiranya biji-bijian menjadi basah disebabkan oleh air najis atau air kencing dan ia menjadi lembap. Kemudian, ia dibasuh dengan air yang bersih ketika masih lagi lembap, maka suci luar (zahir) dan dalamnya. Demikianlah juga pada daging yang dimasak dengan kedua-duanya (air najis dan air kencing), kemudian dibasuh (dengan air bersih), maka daging tersebut suci luar (zahir) dan dalamnya.” (Lihat: Hasyiah al-Bujairimi ‘ala Syarh al-Manhaj, 1/101)

Oleh itu, kami katakan bahawa mencelur atau merebus ayam yang belum lagi dibersihkan di dalam air panas adalah termasuk sebagaimana yang telah dibahaskan oleh para ulama’ di atas.

Kesimpulan

Berdasarkan kepada persoalan di atas, setelah diteliti pandangan para ulama’, kami menyimpulkan bahawa merebus atau mencelur ayam yang belum lagi dibersihkan kotoran dan najisnya ketika proses mencabut bulu akan menajiskan ayam dan air panas tersebut. Akan tetapi, ayam tersebut boleh dibersihkan kembali (luar dan dalam) dengan hanya membasuhnya dengan air yang bersih sebagaimana yang telah disebutkan oleh para ulama’ mazhab Syafi’iyyah.

Dalam hal ini, Imam al-Nawawi telah menukilkan pendapat Imam Syafie bahawa:

لو أحمى حديد ثُمَّ صَبَّ عَلَيْهَا سُمًّا أَوْ غَسَلَهَا فِيهِ فَشَرِبَتْهُ ثُمَّ غُسِلَتْ بِالْمَاءِ طَهُرَتْ لِأَنَّ الطَّهَارَاتِ كُلَّهَا إنَّمَا جُعِلَتْ عَلَى مَا يَظْهَرُ فِيهِ لَيْسَ عَلَى الْأَجْوَافِ
“Sekiranya dipanaskan sekeping besi dan kemudian besi tersebut disiram dengan racun (najis) atau dibasuh dengannya. Dan kemudian, racun tersebut telah meresap masuk ke dalam besi tersebut. Kemudian, besi tersebut dibasuh dengan air, maka ia kembali menjadi suci kerana kesucian itu adalah berdasarkan apa yang zahir (dilihat) dan bukannya pada apa yang ada di dalam rongga (tidak nampak).” (Lihat: al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 2/600)

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/01/hukum-mencelur-ayam-bagi-mencabut-bulu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Koleksi 10 Resepi Ayam Ringkas Anda Wajib Belajar Masak Sebelum Umur 30 Tahun

Koleksi 10 Resepi Ayam Ringkas Anda Wajib Belajar Masak Sebelum Umur 30 Tahun

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 466 hits
Keluarga dan rakan rakan pasti akan kagum jika anda ketahui memasak kesemua resepi masakan ayam ini img alt 554892 568191689865672 1361508238 n src https images says com uploads brand avatar 255 554892 568191689865672 1361508238 n png img P...
10 Foto Miliarder Dunia Sebelum Sesudah Kaya Raya Mulai Bill Gates Sampai Kylie Jenner Ada

10 Foto Miliarder Dunia Sebelum Sesudah Kaya Raya Mulai Bill Gates Sampai Kylie Jenner Ada

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 273 hits
Kira kira jauh banget nggak ya bedanya Biasanya orang kalau udah makmur jadi lebih berisi gitu kaaan
4 Alasan Mengapa Kamu Sebaiknya Minum Kopi Sebelum Berolahraga

4 Alasan Mengapa Kamu Sebaiknya Minum Kopi Sebelum Berolahraga

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 202 hits
Minum kopi di pagi hari juga merupakan salah satu kebiasaan banyak orang untuk memulai aktivitas Sebuah penelitian mengungkap bahwa kamu juga sebaiknya mengonsumsi minuman ini terutama sebelum berolahraga
Adik Sayang Sangat Papa Ucapan Terakhir Anak Buat Bapa Sebelum Pergi Menghadap Ilahi

Adik Sayang Sangat Papa Ucapan Terakhir Anak Buat Bapa Sebelum Pergi Menghadap Ilahi

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 479 hits
Adik sayang sangat papa telah menjadi ucapan terakhir dari Nur Hafiya Aufa Mohd Taquddin sebelum pergi buat selamanya Nur Hafiya Aufa Mohd Taquddin 3 telah ditiikam oleh bapa saudaranya di Felda Cherul 2 Kemaman Terengganu petang semalam AD...
Hal Hal Yang Harus Kaum Milenial Ketahui Sebelum Punya Asuransi

Hal Hal Yang Harus Kaum Milenial Ketahui Sebelum Punya Asuransi

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 213 hits
Chief Marketing Officer Allianz Life Indonesia Karin Zulkarnaen mengatakan asuransi sangat penting dimiliki semua orang di segala usia Termasuk bagi generasi milenial yang masih memiliki banyak kegiatan sehingga membutuhkan perlindungan leb...
Sebelum Jadi Ibu Bapa Belajar Dulu Jadi Suami Isteri Yang Baik Sebab Anak Cctv Terbaik Dunia

Sebelum Jadi Ibu Bapa Belajar Dulu Jadi Suami Isteri Yang Baik Sebab Anak Cctv Terbaik Dunia

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 632 hits
Bukan ibu sahaja yang kena bersedia dengan ilmu untuk bergelar mama papa juga perlu siapkan diri dengan ilmu sebelum lahirnya anak pertama Alasan utamanya kerana papa adalah idola anak anak Jadi pada suami yang bakal bergelar papa kena siap...
Rakaman Audio Terakhir Dari Perbualan Pilot Helikopter Yang Dinaiki Kobe Bryant Sebelum Terhempas

Rakaman Audio Terakhir Dari Perbualan Pilot Helikopter Yang Dinaiki Kobe Bryant Sebelum Terhempas

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 361 hits
Beberapa hari yang lepas pemain bola keranjang profesional Amerika Syarikat iaitu Kobe Bryant maut dalam nahas helikopter di Calabasas California United States bersama lapan orang lagi mangsa termasuk anaknya Gianna yang berusia 13 tahun Be...
Jaksa Yadyn Ingin Tuntaskan Perkara Sebelum Ditarik Dari Kpk

Jaksa Yadyn Ingin Tuntaskan Perkara Sebelum Ditarik Dari Kpk

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 239 hits
Ia juga mengaku akan membuat surat balasan terhadap surat pemberhentian dari KPK Dalam balasan suratnya Yadyn menulis langkahnya saat ini ingin menuntaskan perkara
Sebelum Marah Pada Suami Tataplah Matanya Mungkin Dia Penat Menahan Lapar Demi Mencari Rezeki

Sebelum Marah Pada Suami Tataplah Matanya Mungkin Dia Penat Menahan Lapar Demi Mencari Rezeki

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 403 hits
Sering dilihat seorang isteri yang sentiasa marah marah kepada suami hanya kerana si suami tak dapat memenuhi keinginan si isteri Sering juga dilihat seorang anak bicaranya sangat kasar pada ayahnya hanya kerana si ayah tidak dapat membelik...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids