Kenangan Lama Seorang Sahabat


‪Hari ini aku mengingati seorang sahabat dan ulama yang telah meninggal dunia pada 26 tahun yang lalu. Beliau ialah Tuan Guru Ustaz Mawardi Ahmad Tok Kenali. ‬

‪Tuan Guru Ustaz Mawardi Ahmad ialah cucu Tok Kenali, seorang ulama tersohor di Nusantara. Dia ADUN PAS Kelantan bagi kawasan Lundang 1986-1994.‬

‪Tuan Guru Ustaz Mawardi adalah di antara hanya beberapa kerat ADUN Kelantan yang kuat menyokong usaha untuk melakukan perubahan membenteras penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah dalam Kerajaan Negeri Kelantan selepas kemenangan PAS menumbangkan BN dalam PRU 1990.‬

‪Pengalaman yang tak aku lupakan dengan Tuan Guru Ustaz Mawardi ialah semasa Muktamar Tahunan PAS Ke-38 yang diadakan pada 14-16 Ogos 1992 di Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan.‬

‪Ketika muktamar tersebut, aku membentangkan usul ‘Kod Etika Pengurusan dan Pentadbiran bagi Penambahbaikan Kerajaan Negeri Kelantan'. Kerajaan Negeri Kelantan waktu itu ialah Kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang merupakan gabungan PAS dan Parti Melayu Semangat 46 dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar.‬

‪Aku bentangkan usul itu dengan latar belakang terdapat kalangan pemimpin parti dalam PAS Kelantan disyaki terlibat dalam penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah kayu balak, di luar pengetahuan Menteri Besar. Aku diberikan maklumat, seorang Exco kanan Kerajaan Negeri Kelantan disyaki telah menerima habuan besar daripada tauke balak. Aku mendapat maklumat, terdapat ramai wakil-wakil rakyat Kelantan dianugerahkan kawasan balak.‬

‪Aku kemukakan usul Kod Etika itu setelah merujuk dan mendapat panduan daripada kalangan pimpinan tertinggi PAS Pusat supaya isu-isu berbangkit dibawa dan dibahaskan dalam muktamar.‬

‪Seperkara yang kekal dalam ingatan aku ialah pendirian Tuan Guru Ustaz Mawardi. Sebagai ADUN Kelantan yang bersih, beliau beristiqamah menyokong usul Kod Etika yang aku kemukakan.‬

‪Setelah dibahaskan, usul itu menjalani proses pengundian sebanyak dua kali dalam muktamar. Kali pertamanya usul itu dipersetujui oleh muktamar dengan undi majoriti perwakilan. Namun, pengundian kedua terpaksa diadakan kerana pengerusi muktamar mendakwa proses pengundian pertama dikatakan salah teknik. Dalam pengundian kedua, usul itu ditolak.‬

‪Tuan Guru Ustaz Mawardi tetap menyokong usul yang aku bentangkan dalam pengundian pertama dan juga kedua.‬

‪Selepas selesai pengundian kedua yang menolak usul Kod Etika itu, kekecohan berlaku sebaik sahaja muktamar ditangguhkan. ‬

‪Aku menjadi saksi dengan mata aku sendiri dan melihat seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang disyaki terlibat dengan isu konsesi kayu balak segera meluru, menerpa ke tempat duduk Tuan Guru Ustaz Mawardi di dalam muktamar.‬

‪Aku saksikan Exco berkenaan dengan berang menempeleng Tuan Guru Ustaz Mawardi sehingga serbannya tertanggal dan tercampak ke lantai.‬

‪Selepas muktamar, Tuan Guru Ustaz Mawardi jatuh sakit. Aku menziarahinya di rumah dengan seorang sahabat yang kini menjadi Menteri Kerajaan Persekutuan. Ustaz Mawardi kelihatan terlalu uzur. Dia memberitahu kami, perbuatan Exco Kelantan yang memukulnya semasa muktamar tempuhari amat memakan dalam jiwa dirinya. Dia merasakan masanya untuk pergi kian hampir. ‬

‪Selama lebih setahun Tuan Guru Ustaz Mawardi beruzuran dan  kemudiannya meninggal dunia, dan pilihanraya kecil DUN Lundang diadakan pada 24 Mac 1994 berikutan kematiannya.‬

‪Aku mengingati Tuan Guru Ustaz Mawardi Ahmad Tok Kenali sebagai seorang ulama yang sangat beristiqamah melawan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah dalam Kerajaan Negeri Kelantan sehingga akhir hayatnya.‬

- Abd Malek Hussin

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/02/kenangan-lama-seorang-sahabat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berdalih Basmi Klitih Pemuda Mabuk Di Yogyakarta Aniaya Seorang Pria

Berdalih Basmi Klitih Pemuda Mabuk Di Yogyakarta Aniaya Seorang Pria

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 215 hits
Petugas kepolisian membekuk seorang pria berinisial AP alias Acil warga Bantul karena diduga melakukan penganiayaan kepada korban berinisial NF Pelaku menganiaya korban karena menuding korban adalah pelaku klitih
Hati Seorang Isteri Sangat Halus Dia Pun Tak Faham Diri Dia Kalau Isteri Bahagia Bahagialah Rumahtangga

Hati Seorang Isteri Sangat Halus Dia Pun Tak Faham Diri Dia Kalau Isteri Bahagia Bahagialah Rumahtangga

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 292 hits
Hati seorang isteri sangat halus jika seseorang isteri itu bahagia pasti dia akan cuba lakukan terbaik dalam rumahtangga Mengemas rumah tanpa rungutan memasak dengan ikhlas menjaga anak dengan rela hati malah tak kisah dalam membantu ekonom...
Gadis Ini Kongsi Tips Trip Bajet Dari Jb Larkin Ke Singapura Hanya Dengan Rm200 Seorang

Gadis Ini Kongsi Tips Trip Bajet Dari Jb Larkin Ke Singapura Hanya Dengan Rm200 Seorang

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 260 hits
NOTA Tips bajet yang disediakan ini adalah untuk 3 orang RM200 seorang dan tips ini juga tidak termasuk dengan kos makan di Singapura small Cover image via Hanany Rossdy Facebook small Dah lamanya tak bercuti ke luar Malaysia Hmmm Asyik ber...
Seorang Lelaki 2 Kanak Kanak Parah Terkena Tembakan

Seorang Lelaki 2 Kanak Kanak Parah Terkena Tembakan

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 283 hits
Seorang lelaki 2 kanak kanak parah terkena tembakan nbsp Dikemas kini 48 minit yang lalu Diterbitkan pada 6 Feb 2020 2 14PM
Sakit Hati Seorang Driver Ojek Online Di Denpasar Bunuh Ibu Rumah Tangga

Sakit Hati Seorang Driver Ojek Online Di Denpasar Bunuh Ibu Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 303 hits
Seorang driver ojek online SF pria asal Jember Jawa Timur membunuh seorang ibu rumah tangga bernama Senawati Candra di Denpasar Utara Bali Rabu sekitar pukul 13 00 WITA Pelaku sakit hati hingga nekat menghabisi nyawa korban
Seorang Pelajar Sekolah Dibuli Sehingga Menangis

Seorang Pelajar Sekolah Dibuli Sehingga Menangis

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 506 hits
Sumber Gambar Apa nak jadi dengan budak zaman sekarang ni Baru baru ini telah tersebar satu video seorang pelajar sekolah dibuli di SMK Anderson Ipoh Video yang dirakam oleh salah seorang pelajar di kelas tersebut menunjukkan mangsa menangi...
Zynakal Dedah Dirinya Anak Angkat Ibu Kandung Seorang Pengemis

Zynakal Dedah Dirinya Anak Angkat Ibu Kandung Seorang Pengemis

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 559 hits
Tahun lalu kontroversi panas terpalit penyanyi Zynakal sehingga terpaksa ditahan di wad psikiatri bagi menjalani rawatan pemulihan di hospital Bagaimanapun tahun 2020 The post appeared first on
Anggaran Kekerapan Hubungan Seks Mengikut Usia

The Salt March Of 1930 Gandhi S Peaceful Revolution That Shook An Empire

Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights

Cukai Perkhidmatan 8 Oleh Bank Bermula 1 Julai 2025 Apa Kesan Kepada Kita

Sarapan Pulut Panggang Inti Sambal Tumis

Which Snack Is Better For Health Chips Or Biscuits

The Science Behind Stress Sips How Breakthrough Boosts Hormonal Harmony

Lg Ai Home Promo Gives You Rm2 800 Ewallet Credits


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Scooter Day 2025

Naikkan Imej Produk Wangian Anda Dengan Kotak Perfume Premium

Insiden Letupan Paip Gas Putra Heights Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah Sabotaj Atau Cuai

Seronok Travel Tapi Perut Buat Hal Pula Ini Cara Nak Rasa Lebih Selesa Sepanjang Perjalanan

Dua Mayat Ibu Dan Anak 2 Tahun Ditemui Sudah Reput Dalam Bilik Tidur Sebuah Pangsapuri

How The Ai Gold Rush Is Making People Rich