Cara Yang Betul Membuang Topeng Muka
CARA YANG BETUL MEMBUANG TOPENG MUKA
Jika anda menggunakan topeng mulut dan hidung( face mask) / sarung tangan untuk mengelak daripada berlaku penularan wabak Covid-19 itu adalah usaha yang sangat baik. Namun demikian, ada satu persoalan yang menjadi kerisauan masyarakat adalah bagaimanakah cara anda membuang topeng mulut dan hidung(face mask)?
Adakah anda membuang topeng mulut dan hidung(face mask)/ sarung tangan dengan cara yang betul dan selamat? Jika anda membuang begitu sahaja, mungkin pakcik yang bertugas memugutnya akan menjadi mangsa. Sebenarnya anda telah membiarkan berpuluh-puluh warga kerja kontraktor kutip sampah terdedah kepada risiko COVID-19 dengan tindakan anda membuang topeng/sarung tangan tidak mengikut cara yang betul?
Biar ada kesedaran dalam diri kita bahawa kerja mengangkut dan memunggah sampah setiap pagi ke dalam lori mendedahkan mereka kepada pelbagai kuman, bakteria dan virus. Walaupun topeng muka/sarung tangan terpakai pada waktu pandemik COVID-19 tidak diklasifikasi sebagai bahan buangan berbahaya (hazardous waste material), ini tidak bermakna orang awam tidak perlu peka cara pembuangannya.
Demi menjamin kesihatan awam, anda perlu belajar prosedur cara betul membuang topeng/sarung tangan terpakai. Mask atau topeng muka ini seeloknya diganti selalu. Ia hanya boleh digunakan selama 8 jam maksimum .Terdapat lima langkah yang perlu diambil untuk mematuhi cara membuang topeng yang telah digunakan.
CARA YANG BETUL MEMBUANG TOPENG MUKA
#Pertama: Basuh dulu tangan anda.
#Kedua: Tanggalkan topeng dengan memegang gelung atau telinga topeng tanpa menyentuh lapik luar atau dalam topeng.
#Ketiga: Lipat topeng tanpa mendedahkan lapik ‘tercemar’ yang terkena bendalir dari mulut dan hidung.
#Keempat: Bungkus dalam plastik atau kertas sebelum dibuang dalam tong sampah.
#Kelima: Basuh tangan anda.
Perkongsian : Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp)
CARA YANG BETUL MEMBUANG SARUNG TANGAN
Untuk membuangnya, pastikan anda melakukan langkah ini:
#Pertama : Buka sarung tangan perlahan-lahan dan lipatkan dengan rapi.
#Kedua : Bubuh dalam beg plastik atau zip lock. Ikat dengan kemas sebelum dibuang ke tong sampah.
#Ketiha : Cuci tangan dengan bersih, terutamanya jika anda akan memakai sarung tangan yang baru.
Mungkin anda rasa agak menyusahkan diri sendiri tetapi inilah tindakan yang anda perlu lakukan untuk menjadi masyarakat yang bertanggungjawab.
The post CARA YANG BETUL MEMBUANG TOPENG MUKA appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/cara-yang-betul-membuang-topeng-muka.html