Cara Upgrade Status Diri Kepada Social Media Influencers Di Bawah Sushivid
Upgrade status diri kepada social media influencers di bawah Sushivid | Perkongsian kali ni Annur nak cerita bagaimana Sushivid mengiktiraf korang sebagai social media influencers dan menjadikan korang terkenal di kalangan product owner. Special nya menjadi social media influencers ni, korang akan selalu menerima produk free untuk di review, dan dibayar untuk menyiarkan review produk dan OOTD (outfit of the day) di media social seperti Instagram, Youtube, facebook dan blog. Lagi best kalau dapat penajaan percutian dan menginap free di hotel. Pergh
Trend product review melalui instagram | Jangan tak tahu, artis-artis yang review dan buat demo macam-macam produk melalui instagram diorang tu, bukan suka-suka tau. Diorang telah di bayar hokey? Kalau artis yang hot dan ramai followers macam Che'Ta tu, bayaran paling cikai pun mencecah 4 angka. Korang? Tiap-tiap hari mengadap dan scroll instagram berjam-jam, dapat berapa angka? *tanya jer*
So ini IG Annur. Sendu je pun. Tapi dengan SushiVid, ada la Annur chance nak dapat job review.
So siapa SushiVid ni sebenarnya?"Brand meet influencer ~ Influencer meet brand"; Sesuai dengan tagline, SushiVid menjadi pihak perantara yang bertindak sebagai public relation yang mewakili sesuatu brands atau company untuk 'dijodohkan' dengan influencers. Diorang jugak menyediakan platform bagi memudahkan para influncers untuk 'melamar' job/review melalui kempen-kempen marketing yang dilancarkan oleh sesuatu brands.
Macam mana nak jadi influencers di bawah SushiVid?Korang yang nak menyertai network SushiVid ni perlulah melalui jemputan. Pendaftaran melalui link dan email jemputan sahaja yang akan menerima bonus RM 10.00 ke dalam akaun. Jika korang signup sendiri tanpa melalui link jemputan, akaun korang takkan di kreditkan RM 10.00. So kalau korang berminat nak join, just drop email korang kat ruangan komen, nanti aku hantar invitations
Tak pun, korang klik je gambar bawah ni dan korang akan redirected ke page pendaftaran.
Gila! Baru daftar, dah terus dapat RM 10.00 dalam akaun. (= USD 2.31)
Saya blogger suam-suam kuku jer. Boleh ke join?Bolehh. Malah kalau korang tak capai syarat minimum 2000 pageview sebulan pun masih lagi layak mendaftar tau! Apa yang korang perlu buat, cuma klik link jemputan dan daftar sebagai blogger. Seterusnya, korang link kan blog korang dengan SushiVid. Pastu, dalam dua tiga hari, sistem akan detect pageview korang secara automatik. Kalau passed, automatik akaun korang akan masuk RM10.00. Senang nau nak dapat seploh hengget kan
Alaa..saya tiada blog. Tapi teringin nak join juga?Jangan risau. Korang masih boleh join sebagai seorang Instagrammer. Asalkan jumlah followers instagram korang tak kurang dari 2000 orang. Tapi kalau korang lebih top dekat youtube, dan minimum korang ada 250 subscribers, pun korang layak untuk menjadi influncers
Pilih salah satu, sama ada youtube atau instagram. Kalau dua-dua pun tak lepas syarat, korang pilihlah mana-mana satu yang paling hampir nak capai syarat. Pastu, korang daftar dan lengkapkan maklumat korang sampai siap. Tak payah tunggu cukup syarat pun, korang masih boleh daftar. Cuma selagi syarat tu tak tercapai, duit bonus RM10.00 korang tu akan pending atau tergantung lah. Itu je
Signup sebagai Instagrammer atau Youtuber
Apa kelebihan SushiVid ni berbanding platform lain?
Tiada yuran pendaftaran dan yuran tahunan | Tiada bayaran yang di kenakan untuk menjadi sebahagian dari ahli SushiVid.
Tak terikat pada kontrak | Andai kata korang ni duta bagi produk kecantikan, contohnya. Dan korang dah sign kontrak selama 5 tahun dengan syarikat tu dan dalam tempoh tu korang tak dibenarkan ikat kontrak dengan mana-mana company atau produk lain dah. Tapi korang masih boleh berkerja di bawah Sushivid tau. Sebab sushivid ni korang tak perlu sign kontrak pun. Berkerja bawah sushivid umpama korang join sebuah network online 'mencari jodoh' gittew! So, korang bebas nak buat benda yang korang minat.
Tiada caj tersembunyi | Yang aku suka tentang Sushivid ni, diorang ni transparent. Diorang takkan caj kita atas benda yang tak diketahui dan tersembunyi. Bila kita bersama sushivid, kita completed je job kita, kita akan dibayar ikut harga yang kita demand. Takdenye dikurangkan atau dipotong sesuka hati oleh sushivid. Ok, nak bagi korang lebih faham, jom Annur bagi contoh.
Tengok ni. Annur propose job dari Hurr.TV pada harga USD 60.kan?
Tapi, semasa proposal, sushivid dah mark up by 25% sebagai caj transaksi. So secara automatik, jumlah yang dimohon akan jadi USD 75 lah. Rujuk gambar bawah ni.
Annur demand USD 60, tapi sushivid submit USD 75 kat Hurr.TV.
Sekiranya proposal Annur ni lulus, Annur akan buat lah task yang ditetapkan oleh Hurr.TV. Bila kempen selesai, sebanyak USD 75 akan dibayar oleh Hurr.TV kepada Sushivid. Lepastu, barulah Sushivid akan masukkan bayaran Annur sebanyak USD 60 tu ke akaun. Semua ni ada dinyatakan masa kita mengisi borang proposal. Jangan risau, diorang tak suka main sorok-sorok.
Bayaran adalah dalam matawang USD dan terjamin lebat oii! | Brand yang berkerjasama dengan SushiVid ni semuanya dah established. Sebab tu range harga yang ditawarkan adalah tak kurang dari USD 50. Celah gigi je tu bagi diorang. Kelebihan buat kita ni influencer dari Malaysia, bila nilai USD tu di convert kepada Malaysian Ringgit, nilai yang bakal korang terima, fuhh! Kalah pendapatan MLM tau hahaha. Tapi kerjanya lagi senang dari buat MLM tau.
Tiada amaun minimum untuk cashout | Seperti kebiasaan, platform online yang melibatkan transaksi USD ni, diorang akan letakkan had minimum pengeluaran pada satu amaun tertentu. Contohnya, selagi duit yang terkumpul tak melepasi USD 100, korang tak layak untuk request pengeluaran. Tapi tidak, untuk SushiVid. Diorang memberi kebebasan kepada influencer untuk buat cashout pada bila-bila masa sahaja. I love freedom! Korang suka tak?
Support team yang friendly | Kalau korang ada apa--apa masalah atau pertanyaan, korang boleh terus emel persoalan korang direct kat saudara Firdaus. Dia akan respon dengan cepat, paling lama pun 24jam. So tak perlulah korang gusar. Kalau korang tak reti nak buat proposal pun, korang just email je tanya kat
[email protected]. Korang pasti akan dilayan.
Baca juga : 5 Tips Berkesan Bagi Mendapatkan Job Review dari SushiVid
Menariknya! Tapi saya masih ragu-ragu untuk mendaftar.Tak apa lah wehh kalau awak masih tak terbuka hati untuk buat duit melalui social media. Kerjanya santai je. Sambil-sambil mendodoi anak pun boleh upload gambar kat facebook dan instagram. So, memang ramai yang join dan pilih untuk iklankan produk yang diorang idamkan. Bukan setakat dapat barang free, malah di bayar pulak tuh. Kasut dan baju-baju cantik pun banyak! Tunggu masa untuk dilamar je ni ha.
Annur : Cepat wehh, banyak giler job duk menuggu ni. Meh tinggalkan email kat komen, japgi aku hantar invitation. Tak pun, klik je terus kat SINI
Tengok! Aku baru je cash out USD 25.00 Bila convert ke Malaysian Ringgit, tudia! kaching!! kaching!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.annursyuhadah.com/2017/10/iktiraf-diri-sebagai-social-media-influencers-dengan-sushivid.html