Cara Untuk Menyelamatkan Diri Daripada Kereta Yang Terjunam Ke Dalam Air


Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan berita mengenai kemalangan jalan raya membabitkan kereta Mazda CX-5 yang terbabas di Jambantan Pulau Pinang lalu terhumban ke dalam laut.


Berdasarkan maklumat, usaha untuk menyelamatkan mangsa dan menaikkan kereta itu menggunakan bantuan kren.

Kejadian sebegini bukan kali pertama berlaku, dalam beberapa kes ada kemalangan kenderaan yang terhumban ke dalam sungai turun membabitkan kanak-kanak.

Pernahkah anda terfikir apa yang perlu dilakukan sekiranya kereta tercampak ke dalam air?

Dalam kekalutan kereta yang kian tenggelam, seseorang itu hanya mempunyai beberapa saat untuk bertindak dan menyelamatkkan diri.

Bagi anda yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan, jom pelajari panduan keselamtan melalui video di bawah.


Yang paling penting adalah, anda jangan PANIK !

Dua aspek penting dalam keadaan ini adalah waktu yang diambil untuk bertindak dan kepantasan untuk berbuat demikian.

Sesebuah kereta tidak akan tenggelam dengan segera. Ini bermakna ada peluang kecil untuk cuba menyelamatkan diri.

Perkara utama yang paling perlu anda ingat ialah untuk tidak sesekali membuka pintu kereta anda. Tekanan air yang kuat akan menyukarkan usaha anda.

Lagipun, tindakan ini akan membuatkan lebih banyak air masuk dan akhirnya menyebabkan kereta anda tenggelam dengan lebih cepat.

Sebaliknya, cuba turunkan cermin tingkap, tanggalkan tali pinggang keledar dan berenang keluar.


Jika anda mengambil masa terlalu lama untuk bertindak, tekanan air akan menekan cermin tingkat itu hingga ia tidak boleh digerakkan langsung. Ini bermakna anda perlu pecahkan cermin itu.

Jangan cuba pecahkan cermin hadapan kereta kerana ia telah dicipta untuk melawan impak yang kuat. Sebaliknya, sasarkan cermin tepi.

Gunakan kaki untuk tendang pada bahagian atas tingkap, ataupun tanggalkan tempat letak kepala di tempat duduk anda dan "cucuk" di bahagian bawah tingkap.

Selepas memecahkan tingkap, cepat-cepat tarik nafas panjang dan berenang menerusinya untuk ke permukaan air.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan alat khas yang ada dijual di pasaran untuk memecahkan tingkat kereta. Ia boleh disimppan di dalam peti simpanan kereta atau ddiletakkan bersama loket gantungan kunci anda.

Jika kereta anda terbalik dan tali pinggang keledar kereta menyekat anda daripada bergerak, alat ini juga boleh memotong tali berkenaan.

Sumber : Hijab Heels, Tech Insider

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tigapadel.blogspot.com/2019/01/cara-untuk-menyelamatkan-diri-daripada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Jaga Bateri Kereta Supaya Tahan Lama

Cara Jaga Bateri Kereta Supaya Tahan Lama

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 403 hits
ADAKAH ANDA TAHU JANGKA HAYAT UNTUK BATERI KERETA ANDA Bateri kereta terbahagi kepada dua 1 Bateri Kering 2 Bateri Basah Tempoh biasa jangka hayat untuk bateri basah boleh mencecah 3 4 tahun manakala bateri kering pula sehingga 2 tahun 6 bu...
Malu Perut Menggeleber Buncit Lepas Bersalin Lakukan Cara Ni Tanpa Mudaratkan Diri

Malu Perut Menggeleber Buncit Lepas Bersalin Lakukan Cara Ni Tanpa Mudaratkan Diri

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 322 hits
Masalah perut menggeleber selepas bersalin tidak mungkin dapat dielakkan selepas bersalin sungguhpun sesetengah wanita tidak menambah banyak berat badan ketika mengandung Menurut perubahan hormon akan berlaku sebaik saja bayi dilahirkan di ...
10 Teknik Diet Air Putih Dengan Cara Yang Betul Untuk Turunkan Berat Bada

10 Teknik Diet Air Putih Dengan Cara Yang Betul Untuk Turunkan Berat Bada

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 450 hits
Ramai yang mendambakan berat badan yang ideal baik yang muda ataupun yang telah berusia Ini kerana bagi mereka mempunyai berat badan yang ideal akan menaikkan lagi keyakinan diri Bagi anda yang menurunkan berat badan anda boleh memanfaatkan...
Dua Cara Mengatasi Tekanan Air Paip Rendah

Dua Cara Mengatasi Tekanan Air Paip Rendah

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 1344 hits
pl row pl col col 12 pl text Umun untuk mengatasi tekanan air rendah adalah dengan mengeluarkan sedikit budget Sama Ada dengan mengunakan pump atau modifikasi pada bahagian tangki air Antara yang paling popular adalah modifikasi paip dari t...
7 Cara Mencegah Karyawan Mengundurkan Diri

7 Cara Mencegah Karyawan Mengundurkan Diri

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 286 hits
Pasca hari raya lebaran kerap menjadi waktu favorit yang dipilih karyawan untuk mengundurkan diri dari perusahaannya mengingat telah cairnya THR dan banyaknya perusahaan yang membuka lowongan kerja usai lebaran sehingga menjadikan momen ini...
Inilah Sebab Aku Tak Suka Budak Budak Ramai Cermin Kereta Pecah Di Raya Kedua Angkara Anak Anak Tetamu Yang Buas

Inilah Sebab Aku Tak Suka Budak Budak Ramai Cermin Kereta Pecah Di Raya Kedua Angkara Anak Anak Tetamu Yang Buas

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 604 hits
Inilah sebab aku tak suka budak budak ramai pastu jenis anak buas mak bapak tak reti nak jaga Main baling baling batu kena cermin kereta aku demikian luah seorang pengguna Twitter 6 Jun lalu nbsp Menurut Muhammad Fairus Abu Bakar 27 kejadia...
Pemandu Lori Terbunuh Motosikal Langgar Kereta

Pemandu Lori Terbunuh Motosikal Langgar Kereta

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 379 hits
M RIZAL NOR 09 Jun 2019 7 38 PM RAUB Seorang pemandu lori terbunuh selepas motosikalnya melanggar kereta di Kilometer 341 Jalan Kuala Lumpur Kota Bharu di sini ha
Kereta Terbakar Jalan Sesak 10 Kilometer

Kereta Terbakar Jalan Sesak 10 Kilometer

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 589 hits
Nurul Amanina Suhaini SEORANG wanita terselamat apabila kereta Toyota Camry dipandunya terbakar selepas terbabit kemalangan di Kilometer 64 Lebuhraya Utara Selatan dekat Kluang pagi tadi Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohd Abd...
Menulis Artikel Link Building Jalan Rezeki Saya Sebagai Surirumah

Nasi Kandar Deen Mutiara Penang

Breakfast Dengan Roti Canai Sarang Burung Di Sup Tulang Zz Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang

Tragic Test Drive Salesman S Negligence And Substance Use Lead To Fatal Crash

Ayam Masak Kicap Masakan Pertama Di London

What Is The Difference Between Cempedak And Jackfruit

Pokok Dan Cabang Agama Telaah Kritis Terhadap Pembagian Ushul Furu

The Lykov Family 42 Years In Siberian Isolation


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Seniwati Legenda Sophia Ibrahim Meninggal Dunia

Homemade Ayam Percik Resepi Mudah Tapi Sedap

Tabung Emosi Aku Penuh

Kad Kahwin Eksklusif Cipta Kenangan Bermakna Dengan Rekaan Tersendiri

Saya Cuba Diet Viral Tiktok Tapi Guna Makanan Malaysia Je Hasilnya Menangis Dalam Toilet

Jalan Jalan Santai Di Harajuku Shinjuku Ginza Dan Ueno