Cara Tuntut Hutang Di Mahkamah Tanpa Lantik Lawyer Kos Kecil Saja


CARA TUNTUT HUTANG DI MAHKAMAH TUNTUTAN KECIL
Kawan Liat Bayar Hutang?
Mungkin ramai tak tahu bahawa anda sebenarnya boleh tuntut hutang di Mahkamah Tuntutan Kecil. Lagi-lagi tengah musim orang berkira sebab kekurangan duit sekarang.
Di sini kami kongsikan serba sedikit penerangan tentang prosedur Mahkamah Tuntutan Kecil yang dikongsikan di media sosial dan portal berita tempatan, BERNAMA.
Apakah Itu Mahkamah Tuntutan Kecil? Diwujudkan untuk mendapatkan tuntutan di bawah RM5,000.00.Mempercepatkan proses/prosedur untuk menuntut kembali wang/barangan/bayaran dan/atau apa-apa hutang termasuk pelanggaran kontrak;Meringankan beban mahkamah dalam menyelesaikan tuntutan-tuntutan;Kos yang terlibat untuk isi dan failkan borang adalah RM20.00 sahaja Berikut dikongsikan bebenang yang trending di Twitter tentang cara tuntut hutang di Mahkamah Tuntutan Kecil:
Mahkamah Tuntutan Kecil ni Mahkamah Majistret, tapi khas untuk tuntutan kecil.

Ada beberapa syarat utk tuntut:
1. Tuntutan kena RM5K ke bawah.
2. Kedua pihak tak boleh diwakili peguam.
3. Plaintif (orang yang menuntut) mesti individu dan bukannya syarikat atau entiti lain.
— Syahredzan Johan (@syahredzan) February 12, 2020 Syarat-syarat Antara prasyarat yang perlu dipatuhi sebelum memfailkan tuntutan tersebut adalah seperti berikut:
1. Tuntutan hendaklah tidak melebihi RM 5,000.00;
2. Kehadiran peguam tidak diperlukan didalam tuntutan ini;
3. Tuntutan hanya boleh dibuat oleh individu dan/atau warga rakyat Malaysia; dan
4. Tuntutan tersebut boleh difailkan terhadap mana-mana individu dan syarikat namun tuntutan hanya boleh dibuat oleh individu dan/atau warga rakyat Malaysia. Syarikat tidak dibenarkan untuk memfailkan tuntutan di Mahkamah Tuntutan Kecil.
Apakah Perkara-Perkara Yang Boleh Dituntut? 1. Mendapatkan kembali hutang.
2. Tuntutan barangan.
3. Upah sesuatu perkhidmatan yang tak dibayar.
4. Sewa menyewa.
5. Tuntutan atas barangan yang rosak.
6. Tuntutan persembahan yang tidak dilaksanakan.
Cara Tuntut Hutang Di Mahkamah Tuntutan Kecil 1.Tuntutan (saman) ini boleh dibuat di mana-mana Mahkamah Majistret yang berhampiran. Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret dibuka pada waktu pejabat.
2. Bagi memulakan saman, plaintif dikehendaki mengisi Borang 198 yang telah disediakan di Mahkamah dalam [4] salinan dan menyatakan amaun dan butir-butir tuntutannya. Butir-butir itu mestilah menyatakan tarikh relevan dan bagaimana tuntutan itu telah berbangkit dan apakah asas tuntutan itu.Tandatangan di borang tersebut atau cap jari. Borang 198 tersebut boleh didapati secara percuma.
3. Setelah menyiapkan borang, plaintif mestilah memfailkan borang dalam 4 salinan tersebut di Pejabat Pendaftaran bagi Mahkamah Majistret Kelas Dua. Plaintif mestilah membayar bayaran pemfailan sebanyak RM20.00. Pejabat Pendaftaran akan meletakkan meterai Mahkamah ke atas 4 salinan borang itu dan mengisikan tarikh pendengaran.
4. Seterusnya, plaintif perlu membuat penyampaian Borang 198 kepada alamat terakhir defendan yang diketahui.
Boleh download borang tersebut di pautan https://mahknp.files.wordpress.com/…/10/borang-no-198.docx
5. Seeloknya Plaintif perlulah menyertakan satu salinan surat (“cover letter”) untuk diserahkan kepada Defendan bersama-sama dengan borang tersebut. Plaintif hendaklah mendapatkan tandatangan dan/atau cop defendan serta tarikh penyampaian tersebut dibuat. Hal ini akan membantu Plaintif dalam membuktikan penyerahan telah dibuat secara kediri dengan berjaya sekiranya Defendan akan menyangkal penyerahan/penyampaian (“denied service”) yang telah dibuat itu.
6. Sekiranya defendan yang telah disampaikan secara sempurnanya dengan Borang 198 mempertikaikan tuntutan, defendan bolehlah menyampaikan pembelaannya dalam Borang 199 yang difailkan dalam empat salinan dalam empat belas hari selepas penyampaian tuntutan itu.
7. Apabila peringkat di atas telah selesai plaintif/defendan dikehendaki hadir ke Mahkamah pada tarikh yang ditetapkan oleh Mahkamah.
Sumber: BERNAMA https://www.facebook.com/watch/?v=1088341188728821
Bagaimana Jika Orang Yang Berhutang Tu Buat Tak Tahu Je Selepas Penghakiman? Sekiranya Defendan masih bersifat degil dan keras kepala, anda hanya perlu kembali ke Mahkamah Majistret tersebut dan fail kes anda, menggunakan borang 208 yang boleh juga didapati secara percuma.
Sampaikan Borang 208 ini seperti anda menyampaikan Borang 198.
Defendan perlu hadir di Mahkamah pada tarikh yang ditetapkan untuk menunjukkan sebab, melainkan jika dia menyelesaikan hutang itu dalam tempoh 10 hari dari penerimaan notis.
Di Mahkamah, Mahkamah Majistret mempunyai 3 pilihan untuk berurusan dengan defendan. Mahkamah boleh:
1. memberi defendan lebih banyak masa untuk menjelaskan penghakiman itu atau membolehkan bayaran ansuran;
2. memerintahkan writ penyitaan dan penjualan. Ini bermakna bailiff yang akan menilai barangan defendan, menyitanya dan lelong. Hasil lelongan kemudiannya boleh digunakan untuk menampung hutang; atau
3. perintah defendan untuk dipenjarakan. Jika defendan tidak hadir di Mahkamah yang diarahkan, waran tangkap akan dikeluarkan oleh seorang Majistret.
Sumber: Liyana The Lawyer, Twitter Syahredzan Johan
Baca juga:
Cara Check Scammer Online Melalui Portal PDRM (Semakmule)MySPR Daftar: Cara Daftar SPR Online Untuk Pengundi Baru Tips & Maklumat Lanjut Tentang Prosedur Tuntut Hutang Di Mahkamah Sekiranya anda perlu memberi pinjam wang kepada rakan anda, lakukan dengan cara pindahan wang melalui transaksi online sahaja. Jangan berikan wang secara tunai.
Sekiranya rakan anda tidak mempunyai akaun bank dan perlu pindahan secara tunai, pastikan anda menyediakan surat akuan terima wang yang ringkas dan minta rakan anda menandatangani surat tersebut.
Surat itu menjadi bukti penerimaan wang oleh rakan anda dan akan menjadi bukti penting dalam mahkamah kelak.
Pastikan tempoh pembayaran balik dipersetujui terlebih dahulu sebelum wang diberikan. Masa bayaran dan cara bayaran dilakukan juga perlu ditetapkan terlebih dahulu. Semua terma perlu jelas supaya tidak menjadi pertikaian kelak di mahkamah.
Selamat mencuba!
Info lanjut:
https://www.thestar.com.my/opinion/columnists/a-humble-submission/2017/11/13/making-a-small-claim-in-courthttps://www.malaysianbar.org.my/article/news/legal-and-general-news/members-opinions/kenali-mahkamah-tuntutan-kecilhttps://www.kehakiman.gov.my/sites/default/files/MEWAKILI%20DIRI%20SENDIRI%20DALAM%20PERBICARAAN.pdfhttps://m.facebook.com/452986735456697/photos/mahkamah-tuntutan-kecilapakah-mahkamah-tuntutan-kecil-mahkamah-majistret-yang-me/524474274974609/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/tuntut-hutang-mahkamah-kecil/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tuntut-hutang-mahkamah-kecil

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maknanya Sekarang Pm Tak Perlu Tergesa Gesa Lagi Nak Bubar Parlimen Abaikan Saja Desakan Kluster Mahkamah

Maknanya Sekarang Pm Tak Perlu Tergesa Gesa Lagi Nak Bubar Parlimen Abaikan Saja Desakan Kluster Mahkamah

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 173 hits
Pertikaian sama ada Parlimen perlu dibubarkan dengan segera atau sebaliknya kini menjadi isu yang semakin membahang antara dua kumpulan dalam UMNO Kluster mahkamah dan mereka yang menyokong kumpulan itu telah dan sedang mengasak Perdana Men...
Sabar Sabarlah Kluster Mahkamah Pendirian Pm Dalam Penentuan Tarikh Pru Adalah Betul

Sabar Sabarlah Kluster Mahkamah Pendirian Pm Dalam Penentuan Tarikh Pru Adalah Betul

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 163 hits
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob telah membuat satu kenyataan yang betul apabila beliau menyatakan bahawa Perdana Menteri tidak boleh mendahului kuasa Yang di Pertuan Agong dalam soal menentukan tarikh pilihanraya umum ke 15 pada masa se...
Sabar Selesaikan Kes Mahkamah Baharu Pru 15 Hassan Karim

Sabar Selesaikan Kes Mahkamah Baharu Pru 15 Hassan Karim

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 185 hits
agendaily com06 06 2022Ahli Parlimen PKR Pasir Gudang Hassan Karim mahu kes mahkamah melibatkan pemimpin UMNO diselesaikan terlebih dahulu Sikap terburu buru Barisan Nasional khususnya kumpulan Kluster Mahkamah yang mendesak agar pilihan ra...
Kluster Mahkamah Mahu Halang Ismail Jadi Presiden Umno Kata Nazri Aziz

Kluster Mahkamah Mahu Halang Ismail Jadi Presiden Umno Kata Nazri Aziz

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 176 hits
Menurut veteran Umno itu rata rata ahli parti menentang gesaan pemimpin tertentu untuk PRU diadakan lebih awal Tindakan kumpulan kluster mahkamah dalam Umno menangguhkan pemilihan parti bertujuan untuk menghalang perdana menteri Ismail Sabr...
Najib Mohon Mahkamah Persekutuan Isyhtihar Quot Batalkan Quot Keseluruhan Perbicaraan Kes Src

Najib Mohon Mahkamah Persekutuan Isyhtihar Quot Batalkan Quot Keseluruhan Perbicaraan Kes Src

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 191 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Razak memohon Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan keseluruhan perbicaraan penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi batal dan tidak sah Beliau juga memohon mahk...
Rakyat Tak Desak Tapi Kluster Mahkamah Desak Macam La Umno Boleh Menang Tak Adanya Macam Zaman Dulu Dulu

Rakyat Tak Desak Tapi Kluster Mahkamah Desak Macam La Umno Boleh Menang Tak Adanya Macam Zaman Dulu Dulu

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 178 hits
Rakyat tak desak PRU15 diadakan lebih awal ia hanya desakan politik kata KJ June 5 2022 Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bercakap kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Peringkat Negeri Melaka S...
Sembang Luar Mahkamah

Sembang Luar Mahkamah

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 288 hits
Mahkamah rakyat telah pun buat keputusan ke atas Najib pada 2018 melalui PRU dan diikuti melalui mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan Semasa Najib PM ratusan orang tahu mengenai 1MDB tetapi pada masa itu dianggap sah kerana Najib tidak menda...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities