Cara Top Up Touch N Go Dengan 5 Langkah Mudah


Kini, kemudahan cara top up Touch n Go semakin ditingkatkan untuk memudahkan anda dalam menjalani pembayaran tanpa tunai. Pada masa ini, terdapat pelbagai lokasi dan kaedah yang boleh digunakan untuk menambah nilai kad Touch n Go anda. Berikut adalah maklumat terkini berkaitan cara-cara top up kad dan e-Wallet Touch n Go.
Pengenalan dan Kegunaan Kad Touch n Go Apakah Itu Touch ‘n Go (TNG)? Touch ‘n Go adalah kad pintar tanpa sentuh dan sistem pembayaran elektronik yang berkembang di Malaysia. Ia telah menjadi perintis dalam pengenalan kad kredit Visa Wave dan MasterCard PayPass di negara Malaysia. Selain itu, ia juga dapat digunakan bersama dengan SmartTAG, sebuah sistem pembayaran elektronik yang memudahkan penggunaan kenderaan.
Selain itu, Touch ‘n Go adalah dompet elektronik (e-wallet) dengan saiz kad kredit, yang digunakan secara meluas dalam industri pengangkutan dan boleh digunakan di mana-mana tempat yang mempamerkan logo Touch n Go. Pelancaran rasmi Touch ‘n Go berlangsung pada bulan Mac 1997 sebagai inisiatif kerajaan Malaysia untuk menyediakan sistem pembayaran elektronik yang bersepadu dan sistem tiket tunggal bagi membayar tol lebuh raya, tiket pengangkutan awam, bayaran tempat letak kenderaan, dan tiket masuk taman tema.
Jenis Touch n GoPenggunaanKad Touch n Go
(Cara Top Up Touch n Go melalui manual)Kaedah pembayaran buat kereta api dan bas, serta parking sebagai transaksi tanpa tunai.Smartag
(Cara Top Up Touch n Go melalui manual)Digunakan sebagai pembayaran tolTouch n Go eWallet
(Cara Top Up Touch n Go melalui perbankan online)Sebagai dompet elektronik yang memudahkan para pengguna melakukan transaksi tanpa tunai.Touch n Go RFID
(Cara Top Up Touch n Go melalui ewallet)Merupakan pelekat yang mengandungi cip radiofrekuensi. Cip ini adalah unik buat setiap pengguna. Tag ini boleh dilekatkan pada lampu kiri kenderaan dan dipautkan dengan Touch n Go eWallet.Touch n Go NFC / Dipertingkatkan
(Cara Top Up Touch n Go melalui ewallet)Kad TNG terbaru yang dinaik taraf dengan dilengkapi teknologi terkini iaitu, “Near Field Communication (NFC)”, bagi membolehkan dan memudahkan penambahan nilai melalui Touch n Go eWallet sahaja. Pendaftaran Kad Touch n Go Untuk Kali Pertama Anda boleh mendapatkan kad TNG ini dengan harga RM10.00 di mana-mana stesen minyak, kedai runcit, dan kiosk layan diri yang terpilih. Selepas anda membeli kad TnG, adalah penting untuk mendaftarkannya secara dalam talian di portal MYTouchnGo. Pendaftaran ini membantu memastikan keselamatan dan keselesaan anda dalam membuat pembayaran tanpa tunai.
Anda juga memiliki pilihan untuk menghadkan atau membatalkan kad anda dengan menghubungi :
Pusat Careline Touch 'n Go, Talian : 03-2714 8888 Waktu Operasi : Jam 7:00 pagi hingga 10:00 malam Hari Operasi : Setiap hari termasuk hari cuti Selain itu, anda boleh dengan mudah mengawasi semua transaksi Touch ‘n Go anda, memeriksa rebat yang diterima, dan menguruskan pemilikan kad anda melalui portal yang disediakan.
Cara Top Up Touch n Go Untuk Kad biasa , NFC dan E-wallet Terkini Cara Top Up Touch n Go Untuk Kad TnG Biasa Untuk cara top up touch n go adalah ianya berdasarkan lokasi yang mempunyai autoriti menyediakan perkhidmatan tambah nilai. Anda boleh secara lansung menanbah nilai melaui lokasi yang ditetapkan. Berikut adalah beberapa lokasi umum di mana anda boleh tambah nilai kad Touch ‘n Go:
Stesen Minyak Pusat Perkhidmatan Pelanggan TnG ATM Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Kiosk Petrol Kedai Serbaneka dan Runcit Plaza Tol Pusat Beli-Belah Pusat Transit Pengangkutan Awam Anda boleh menambah nilai kad TnG anda dengan jumlah tertentu yang sesuai dengan keperluan anda, untuk mengetahui lokasi dengan lebih terperinci, anda boleh merujuk lokasi yang berdekatan melalui pautan rasmi lokasi.
Cara Top Up Touch n Go Untuk Kad TnG NFC Kad Touch ‘n Go NFC dengan keluaran terbaru yang membolehkan anda menambah nilai dengan hanya menggunakan telefon anda sahaja. Ini bermakna anda tidak perlu lagi ke stesen minyak atau kaunter penambahan nilai. Proses ini lebih mudah dan cepat dan ianya adalah di hujung jari sahaja.
Berikut adalah langkah-langkah care top up touch n go bagi kad NFC melalui telefon:
1. Beli kad Touch ‘n Go yang baru. Anda boleh mendapatkannya melalui aplikasi atau membelinya di stesen minyak berdekatan. Pastikan juga anda memuat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
2. Masukkan maklumat kad ke dalam aplikasi. Anda boleh menggunakan ciri NFC pada telefon anda untuk memindai kad Touch ‘n Go atau memasukkan nombor siri kad secara manual.
3. Tekan butang ‘Reload now’. Ini akan membawa anda ke skrin yang membolehkan anda memilih jumlah nilai kredit yang ingin ditambah.
4. Masukkan jumlah nilai kredit yang anda mahu tambah. Nilai kredit minimum yang boleh ditambah ialah RM10.
5. Sentuh kad untuk menambah nilai. Seterusnya, anda hanya perlu menyentuh kad Touch ‘n Go ke bahagian NFC di belakang telefon anda. Proses ini hanya mengambil masa sekitar satu hingga dua minit sahaja.
Dengan cara ini, anda boleh menambah nilai kad Touch ‘n Go dengan lebih mudah dan tidak perlu lagi keluar rumah dan mencari tempat untuk tambah nilai. Semua proses boleh dilakukan dengan mudah melalui telefon anda. Jadi, lebih mudah untuk membuat pembayaran tanpa tunai di tempat-tempat yang menerima kad Touch ‘n Go dalam Malaysia.
Cara Top Up Touch n Go Untuk eWallet TNG Untuk menambah nilai eWallet Touch ‘n Go (TNG), anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:
Buka aplikasi Touch ‘n Go eWallet yang telah diinstal pada telefon anda. Dalam menu utama aplikasi, cari dan klik pada pilihan “Top Up” atau “Tambah Nilai.” Anda akan diberi pilihan untuk memilih kaedah pembayaran yang bermacam. Anda boleh memilih kaedah seperti kad kredit/debit, perbankan atas talian, DuitNow Transfer, atau kaedah lain yang disokong. Tetapkan jumlah nilai yang ingin anda tambah kepada eWallet anda. Terdapat juga pilihan jumlah yang telah ditetapkan, atau anda boleh memasukkan jumlah yang anda inginkan mengikut maksimum jumlah pakej tng anda. Seterusnya, ikuti arahan dan lengkapkan proses pembayaran mengikut kaedah yang anda pilih. Sekiranya anda memilih kaedah perbank atas talian, anda akan diminta untuk mengesahkan atau secure transaksi bank online anda. Selepas pembayaran berjaya, jumlah nilai yang anda tambahkan akan muncul dalam baki eWallet anda. Anda sekarang boleh menggunakannya untuk membuat pembayaran di tempat-tempat yang menerima Touch ‘n Go eWallet. Pastikan anda mengikuti panduan yang diberikan dalam aplikasi dan pastikan juga bahawa anda mengesahkan maklumat pembayaran dengan betul untuk memastikan bahawa nilai tambahan disalurkan dengan lancar ke eWallet anda dan tidak tersilap langkah.
Soalan FAQs Berkenaan Cara Top Up Touch n Go Apa perbezaan antara kad Touch ‘n Go NFC dan kad Touch ‘n Go yang masih beredar di pasaran? Kad Touch ‘n Go dilengkapi dengan teknologi terkini yang dikenali sebagai “Near Field Communication (NFC),” yang membolehkan pengguna untuk dengan mudah menambah nilai melalui Touch ‘n Go eWallet. Untuk kad Touch ‘n Go versi lama tidak memiliki ciri NFC ini.
Oleh itu, hanya pemegang kad Touch ‘n Go NFC yang dapat menggunakan Touch ‘n Go eWallet bagi menambah nilai. Untuk membezakan di antara kad versi lama dan yang telah dikemaskini, anda boleh merujuk kepada simbol NFC pada kad (lihat imej di bawah). Walau bagaimanapun, kedua-dua jenis kad Touch ‘n Go boleh juga ditambah nilai melalui kaedah fizikal yang sedia ada.
Adakah kad Touch ‘n Go NFC mempunyai tempoh jaminan? Ya, kad Touch ‘n Go NFC mempunyai tempoh jaminan selama tiga puluh (30) hari dari tarikh pembelian. Untuk memastikan bahawa jaminan masih berkuat kuasa, pengguna disarankan untuk menyimpan resit sebagai bukti pembelian jika keadaan perlu untuk menuntut penggantian kad dalam tempoh jaminan
Berapakah jumlah tambah nilai minimum dan maksimum untuk akaun Touch ‘n Go eWallet? Jumlah tambah nilai minimum untuk semua saiz eDompet adalah RM20, dan anda boleh melakukannya melalui perbankan atas talian, kad debit, dan kad kredit.
Jika anda ingin menambah nilai kurang daripada RM20, anda boleh menggunakan DuitNow Transfer. Namun nilai tambah nilai adalah berbeza mengikut pakej TNG seperti berikut:
1.Saiz Lite: Anda boleh menambah nilai sehingga RM200.
2.Saiz Pro dan warganegara Singapura: Anda boleh menambah nilai sehingga RM5,000.
3.Saiz Premium: Anda boleh menambah nilai sehingga RM20,000.
Bolehkah saya melakukan transaksi dalam mata wang yang berbeza melalui Touch ‘n Go eWallet? Tidak, semua transaksi melalui Touch ‘n Go eWallet hanya menggunakan Ringgit Malaysia.
Bagaimana saya boleh membuat laporan jika saya menghadapi situasi yang mencurigakan atau penipuan dalam penggunaan Touch ‘n Go eWallet? Anda boleh melaporkan sebarang situasi yang mencurigakan atau penipuan melalui pautan. Sila laporkan jika anda mendapati diri anda dikenakan bayaran untuk sesuatu yang tidak dibeli, seseorang telah menggunakan TNG eWallet anda tanpa kebenaran anda, atau jika anda disesatkan untuk membuat bayaran atau transaksi bagi pihak yang tidak berkaitan atau yang terlibat dalam penipuan.
Sebagai alternatif, anda juga boleh menghubungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997 untuk melaporkan kes penipuan (scam). NSRC beroperasi dari Isnin hingga Ahad, dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam (termasuk hari cuti). Anda juga boleh merujuk laman web NSRC untuk maklumat lanjut.
Apa yang perlu saya lakukan jika saya lupa/ingin menukar Soalan Keselamatan saya? Jika anda lupa atau ingin menukar Soalan Keselamatan anda dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet, berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda ikuti:
Langkah 1: Klik ikon “Profile” di bahagian atas sebelah kanan halaman utama aplikasi.
Langkah 2: Klik “Tetapkan Semula Soalan Keselamatan.”
Langkah 3: Masukkan 6 karakter terakhir dari ID berdaftar anda.
Langkah 4: Tetapkan Soalan Keselamatan dan Jawapan baru anda.
Dengan mengikuti langkah-langkah di atas, anda akan dapat menetapkan semula Soalan Keselamatan anda dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet. Pastikan juga anda mengingati Soalan Keselamatan yang baru dengan baik untuk tujuan keselamatan akaun anda yang akan datang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2023/10/cara-top-up-touch-n-go.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
15 Cara Mudah Kulit Bersih Dan Cantik

15 Cara Mudah Kulit Bersih Dan Cantik

papar berkaitan - pada 12/10/2023 - jumlah : 169 hits
15 cara mudah kulit bersih dan cantik Apakah anda antara mereka yang pernah berperang dengan masalah kulit sejak usia remaja Memiliki kulit cantik bersih dan mulus sebenarnya tidak sukar Dengan mengamalkan diet yang baik dan mempraktikkan p...
Tahnik Bayi Baru Lahir Ustaz Don Daniyal Kongsi Cara Langkah Nak Buat

Tahnik Bayi Baru Lahir Ustaz Don Daniyal Kongsi Cara Langkah Nak Buat

papar berkaitan - pada 11/10/2023 - jumlah : 275 hits
Tahnik adalah perbuatan mengunyah tamar atau manisan umpamanya madu yang kemudian disapukan kepada lelangit bayi baharu lahir Kehadiran si kecil sememangnya amat dinanti nantikan Salah satu amalan yang sering dilakukan apabila menerima keha...
Cukai Pintu Selangor Kemaskini Nombor Akaun Dan Cara Mudah Pembayaran Online

Cukai Pintu Selangor Kemaskini Nombor Akaun Dan Cara Mudah Pembayaran Online

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 167 hits
Cukai pintu selangor merupakan sejenis bayaran tahunan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan kepada penduduk dalam kawasan perbandaran Duit cukai pintu yang diperoleh oleh PBT digunakan untuk menampung kos penyelenggaraan bandar seper...
15 Langkah Untuk Dapatkan Kad Visa Debit Touch N Go Dengan Title Dato Datin

15 Langkah Untuk Dapatkan Kad Visa Debit Touch N Go Dengan Title Dato Datin

papar berkaitan - pada 14/10/2023 - jumlah : 270 hits
kad Visa Debit Touch n Go Sebelum bercakap tentang Kad Visa Debit Touch n Go admin rasa ramai yang tahu tentang kewujudan namun tak ramai yang memaksimakan pelbagai kemudahan yang disediakan oleh TNG ini Hari ini kita akan fokus kepada baga...
Off Road Essentials Customizing Your Bronco With Top Parts

Off Road Essentials Customizing Your Bronco With Top Parts

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 313 hits
Ford Bronco is comprised of a variety of parts that combine to make an impressive vehicle This is particularly applicable to the harsh terrains Each part from crucial Bronco components to the more specialized Bronco parts for trucks as well...
Top Kitchen Decorating Trends Of 2024

Top Kitchen Decorating Trends Of 2024

papar berkaitan - pada 14/10/2023 - jumlah : 277 hits
The heart of the home the kitchen is undergoing a transformation that promises to redefine the way we approach aesthetics and functionality As we step into 2024 many exciting trends are reshaping kitchen spaces and merging innovation The po...
All In On Learning Top Recommendations For Best Poker Books

All In On Learning Top Recommendations For Best Poker Books

papar berkaitan - pada 18/10/2023 - jumlah : 332 hits
Poker a riveting game of skill strategy and luck has won the hearts of fans across the globe Every player aspires to improve their skills whether they re beginners or skilled To improve your skills and tactics in this intriguing game examin...
Bersediakah Pas Teraju Putrajaya Tanpa Pertandingan Top 5 Pada Muktamar

Bersediakah Pas Teraju Putrajaya Tanpa Pertandingan Top 5 Pada Muktamar

papar berkaitan - pada 19/10/2023 - jumlah : 149 hits
freemalaysiatoday com19 Oct 2023 PAS perlukan pemimpin pelapis untuk bersedia menerajui Putrajaya ketika parti itu di prestasi terbaiknya Muktamar PAS tahun ini dijangka tenang kerana tidak ada pemilihan bagi lima jawatan tertinggi parti PE...
Formasi Bertahan 4 5 1 Top Eleven

Formasi Bertahan 4 5 1 Top Eleven

papar berkaitan - pada 26/10/2023 - jumlah : 119 hits
Formasi 4 5 1 adalah formasi yang sering digunakan oleh mereka yang mahu bertahan dan menyerang balas Ia adalah formasi yang terkenal di Eropah Ada beberapa formasi 4 5 1 tapi formasi bertahan Top Eleven yang Tedi gunakan adalah yang pernah...
Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Jom Ke Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 21 24 Mac 2025

Happy Beday Sweetie

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod One Cent Thief Season 2 Astro Sooka

Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir


Pm Anwar S Misplaced Priorities Chasing International Recognition While Ignoring Domestic Needs

Pengalaman Menginap Di Rekta Habitat Pulau Gadong Melaka

Cerita Air Kencing Harimau

Restoran Makanan Tempatan Dan Antarabangsa Di Dalam Putrajaya Marriot Hotel

Asal Usul Kampung Keledek Kuala Lipis

Kembali Ke Sekolah Program Jualan Rahmah Madani 2025