kad Visa Debit Touch n Go
Sebelum bercakap tentang Kad Visa Debit Touch n Go, admin rasa ramai yang tahu tentang kewujudan aplikasi Touch N Go (TNG) namun tak ramai yang memaksimakan pelbagai kemudahan yang disediakan oleh TNG ini. Hari ini kita akan fokus kepada bagaimana langkah-langkah dan cara cepat untuk membuat tempahan kad debit TNG ini dan lagi menarik bukan sekadar kad debit biasa, tetapi anda boleh customize meletakkan nama panggilan “Dato, Datin” dan sebagainya.
Akaun touch n go belum di verify.
Akaun touch n go sudah di verify
Antara kemudahan yang diberikan kepada mereka yang verify akaun tnc adalah anda akan dapat nikmati pelbagai fungsi penuh seperti pindahan wang, had pindahan yang tinggi da banyak lagi. Tetapi ianya tidak wajib bagi mereka yang hanya perlukan fungsi asas sahaja dan had lebih rendah sekitar RM200 sahaja.
Pergi ke butang profile di atas sebelah kanan dan tekan profile. Anda akan dibawa ke interface baru seperti dibawah.
Langkah #2
Pada paparan diatas, sila tekan “Get it now” bagi senarai Visa Card.
Langkah #3
Pada langkah ketiga ini, anda diingatkan oleh pihak Touch n Go bahawa kad visa debit ini bukan untuk kegunaan pembayaran tol di lebuhraya. Ingat, kad visa ini berbeza dengan kad touch go biasa. Jika anda faham, sila tekan “Got it!”
Langkah #4
Pada langkah ke-4, seperti anda lihat didalam gambar diatas anda hanya perlu tekan butang “Get Card Now” yang berada di bahagian tengah di bawah sekali display.
Langkah #5
Sila tekan butang “Complete Now” seperti gambar diatas.
Langkah #6
Sila masukkan nama anda disini. Sebelum ini ramai yang nak tahu cara letak nama panggilan di kad visa bukan? Baiklah disini rahsianya sebenarnya. Sangat mudah, hanya masukkan nama panggilan yang anda inginkan seperti Encik, Puan, Cik, Haji dan sebagainya.
Langkah #7
Isi sehingga selesai butiran anda melibatkan nama penuh, alamat, email, nombor telefon. Sila pastikan butiran yang diberikan adalah tepat. Setelah selesai, tekan butang “Next”.
Langkah #8
Pada langkah ke-8 ini, anda perlu pastikan butiran yang anda berikan sebelum ini adalah tepat. Selepas disemak beberapa kali, anda boleh buat bayaran sebanyak RM10.00 untuk pemprosesan tempahan kad visa. Langkah yang mudah, hanya tekan butang “Pay Now” seperti yang ditunjukkan dalam gambar diatas.
Langkah #9
Untuk langkah ini, jika ewallet anda tiada baki mencukupi terutama mereka yang belum pernah topup akaun ewallet maka anda perlu buat bayaran melalui cara yang lebih rumit sedikit. Caranya seperti yang ditunjukkan anda perlu topup dahulu.
Langkah #10
Selesaikan langkah 10 dengan memasukkan nombor MSOS Code yang anda diterima. Tekan butang “submit”.
Langkah #11
Selesai! Anda akan terima notifikasi seperti gambar dibawah menyatakan “Your physical card will arrive soon!”. Tekan butang “Done” dan tunggu selama 1-2 minggu. Anda akan dapat surat cinta dari touch n go.
Langkah #12
Setelah 2 minggu anda boleh tekan butang seperti langkah 1 hingga 3. Di dalam surat yang anda terima, anda akan dapat QR Code yang mana hanya perlu scan sahaja. Seperti gambar diatas, sila tekan “Scan Now”.
Langkah #13
Ini surat tersebut! 1-2 minggu sampai di rumah anda. Mungkin akan berbeza dari segi masa berdasarkan faktor jarak, musim dan sebagainya. Yang penting sila sabar menanti.
Langkah #14
Ini dia, ada kad + qr code yang anda perlu scan.
Langkah #15
Sila scan qr code dan tekan butang “Activate Physical Card”. Selesai.
FAQ Kad Visa Debit Touch n GO
Berapa lama penghantaran Kad Debit & surat dari touch n go untuk sampai ke alamat anda?
Mengikut pengalaman, 1-2 minggu sahaja.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |