Mesej Dalam Gmail Ghaib Ini Cara Nak Dapatkan Balik
Mesej Dalam Gmail ‘Ghaib’, Ini Cara Nak Dapatkan Balik
E-mel menjadi medium komunikasi yang sangat penting, bukan sahaja untuk urusan peribadi, tetapi juga kepada dunia pekerjaan. Walaupun telah melalui pelbagai revolusi sejak penciptaannya pada 1970-an, e-mel masih lagi kekal relevan sehingga ke hari ini.
Setiap urusan membabitkan aplikasi atau urusan rasmi, semuanya memerlukan e-mel. Jadi setiap orang wajib memiliki sekurang-kurangnya satu akaun e-mel untuk memudahkan urusan.
Aplikasi e-mel yang paling terkenal dan banyak digunakan ialah Gmail dari Google.
Namun, dalam sesetengah keadaan, kadang kala ada mesej dalam e-mel yang ditunggu-tunggu tidak masuk ke dalam bahagian peti masuk. Ramai yang mungkin menghadapi masalah ini dan tidak tahu jalan penyelesaiannya.
Ditambah lagi, ia merupakan mesej penting melibatkan kerja.
Justeru, artikel kali ini akan merungkai ke mana sebenarnya mesej itu ‘menghilang’ dan langkah mencarinya semula.
Menurut bahagian bantuan Gmail, sebenarnya terdapat pelbagai punca yang mungkin menyebabkan mesej e-mel hilang.
Sebagai contoh, mesej tersebut mungkin masuk ke bahagian spam dan bukannya peti masuk anda.
Periksa perkara ini jika mesej dalam Gmail hilang
Perkara pertama yang perlu dilakukan terlebih dahulu apabila berlaku masalah tersebut ialah dengan memeriksa storan akaun Google anda.
Seperti yang diketahui, storan tersebut dikongsi dengan Google Drive dan Google Photos. Jika storan anda penuh, mungkin anda tidak akan dapat menghantar atau menerima e-mel.
Ia mungkin juga berada dalam bahagian trash atau spam. Menurut Gmail, e-mel dalam trash atau spam akan dipadam secara kekal selepas 30 hari anda mengosongkan kedua-dua bahagian itu secara manual.
Selain itu, anda juga mungkin telah memadam e-mel tersebut dari peranti lain. Hanya terdapat satu salinan sahaja bagi setiap e-mel.
Jika anda memadam e-mel daripada mana-mana peranti yang diselaraskan (synced) dengan akaun Gmail anda, e-mel tersebut akan dipadam selama-lamanya.
Mesej tersebut juga mungkin telah dipadam melalui klien e-mel lain yang diselaraskan dengan akaun Gmail seperti Apple Mail.
Jika masih tidak menemui mesej-mesej tersebut, ikuti langkah mencarinya di peranti android, komputer dan iPhone dan iPad.
Android
Langkah pertama: Cari e-mel
Jika anda tidak menemui e-mel dalam peti masuk, anda perlu mencarinya merentasi akaun Gmail. Berikut caranya.
1. Pada telefon atau tablet Android anda, buka aplikasi Gmail
2. Di bahagian atas, dalam bar carian, taip in:anywhere
3. Masukkan maklumat yang terdapat dalam e-mel yang hilang.
Gunakan operator carian untuk menapis hasil carian anda.
Jika anda tidak pasti tentang perkataan atau butiran yang tepat, biarkan ruangan tersebut kosong.
Tip:
Jika terdapat e-mel penting dalam folder Trash anda, keluarkan e-mel tersebut daripada folder tersebut.
Untuk mengelakkan Gmail daripada menghantar e-mel secara automatik ke folder Spam, laporkan e-mel tersebut sebagai “Bukan spam.”
BACA: Ni Cara ‘Bersihkan’ E-mel Tak Penting Sepantas 30 Saat
Langkah kedua: Semak penapis anda
Jika anda telah menetapkan penapis (filters), cari sebarang penapis yang secara automatik mengarkib atau memindahkan e-mel masuk ke folder Trash. Anda boleh memilih sama ada untuk menyunting penapis tersebut atau memadamkan sepenuhnya.
Cara-caranya:
1. Pada komputer anda, buka Gmail.
2. Di bahagian atas sebelah kanan, klik Tetapan (Settings) dan kemudian pilih Lihat semua tetapan (See all settings).
3. Di bahagian atas, klik tab Penapis dan Alamat Disekat (Filters and Blocked Addresses).
4. Dalam senarai penapis, cari penapis yang mengandungi perkataan:
“Delete it”
“Skip Inbox”
5. Di bahagian kanan, klik Edit atau Delete.
Langkah ketiga: Semak tetapan penghantaran semula & POP atau IMAP
Jika anda menghantar semula (forward) e-mel daripada klien lain ke Gmail, atau membaca e-mel anda melalui klien lain, anda boleh memilih sama ada untuk mengarkibkan atau memadam e-mel asal.
Sebagai contoh, dalam Microsoft Outlook, anda boleh menetapkan sama ada tindakan memadam e-mel di Outlook juga akan memadam e-mel tersebut daripada Gmail.
Komputer
Langkah pertama: Cari e-mel
Pada komputer anda, buka Gmail.
1. Di bahagian atas, dalam bar carian, klik Tunjukkan pilihan carian (Show search options) ![ikon tetapan carian].
2. Di sebelah “Search,” klik menu lungsur All Mail, kemudian pilih Mail & Spam & Trash.
4. Masukkan maklumat yang terdapat dalam e-mel yang hilang.
Gunakan operator carian untuk menapis hasil carian anda.
Jika anda tidak pasti tentang perkataan atau butiran yang tepat, biarkan ruangan tersebut kosong.
5. Di bahagian bawah kotak, klik Search.
Langkah kedua: Semak penapis anda
Jika anda telah menetapkan penapis (filters), cari sebarang penapis yang secara automatik mengarkib atau memindahkan e-mel masuk ke folder Sampah (Trash). Anda boleh memilih sama ada untuk mengedit penapis tersebut atau memadamkannya sepenuhnya.
Cara semak penapis:
1. Pada komputer anda, buka Gmail.
2. Di bahagian atas sebelah kanan, klik Tetapan (Settings) → Lihat semua tetapan (See all settings).
3. Di bahagian atas, klik tab Penapis dan Alamat Disekat (Filters and Blocked Addresses).
4. Dalam senarai penapis, cari penapis yang mengandungi perkataan:
“Delete it”
“Skip Inbox”
5. Di bahagian kanan, klik Edit atau Delete.
Langkah ketiga: Semak tetapan penghantaran semula & POP atau IMAP
Jika anda menghantar semula (forward) e-mel daripada klien lain ke Gmail, atau membaca e-mel anda melalui klien lain, anda boleh memilih sama ada untuk mengarkibkan atau memadam e-mel asal.
Sebagai contoh, dalam Microsoft Outlook, anda boleh menetapkan sama ada tindakan memadam e-mel di Outlook juga akan memadam e-mel tersebut daripada Gmail.
iPhone dan iPad
Langkah pertama: Cari e-mel
1. Pada iPhone atau iPad anda, buka aplikasi Gmail.
2. Di bahagian atas, dalam bar carian, taip in:anywhere.
3. Masukkan maklumat yang terdapat dalam e-mel yang hilang.
Gunakan operator carian untuk menapis hasil carian anda.
Jika anda tidak pasti tentang perkataan atau butiran yang tepat, biarkan ruangan tersebut kosong.
Langkah kedua: Semak penapis anda
Jika anda telah menetapkan penapis (filters), cari sebarang penapis yang secara automatik mengarkibkan atau memindahkan e-mel masuk ke folder Sampah (Trash). Anda boleh memilih sama ada untuk mengedit penapis tersebut atau memadamkannya sepenuhnya.
Cara semak penapis:
1. Pada komputer anda, buka Gmail.
2. Di bahagian atas sebelah kanan, klik Tetapan (Settings) → Lihat semua tetapan (See all settings).
3. Di bahagian atas, klik tab Penapis dan Alamat Disekat (Filters and Blocked Addresses).
4. Dalam senarai penapis, cari penapis yang mengandungi perkataan:
“Delete it”
“Skip Inbox”
5. Di bahagian kanan, klik Edit atau Delete.
Langkah ketiga: Semak tetapan penghantaran semula & POP atau IMAP
Jika anda menghantar semula (forward) e-mel daripada klien lain ke Gmail, atau membaca e-mel anda melalui klien lain, anda boleh memilih sama ada untuk mengarkibkan atau memadam e-mel asal.
Sebagai contoh, dalam Microsoft Outlook, anda boleh menetapkan sama ada tindakan memadam e-mel di Outlook juga akan memadam e-mel tersebut daripada Gmail.
Langkah-langkah ini mempunyai sedikit persamaan untuk ketiga-tiga peranti. Anda dinasihatkan untuk mengikut langkah yang diberikan agar mesej yang hilang dapat ditemui semula. Semoga bermanfaat.
Sumber: Gmail Support
The post Mesej Dalam Gmail ‘Ghaib’, Ini Cara Nak Dapatkan Balik appeared first on Siakap Keli.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://siakapkeli.my/2025/10/23/mesej-dalam-gmail-ghaib-ini-cara-nak-dapatkan-balik/