Ramai Salah Faham Mekanik Dedah Cara Bezakan Bateri Kong Dengan Alternator Rosak


Ramai Salah Faham, Mekanik Dedah Cara Bezakan Bateri “Kong” Dengan Alternator Rosak
Kereta ialah kenderaan yang direka untuk memudahkan pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain.
Hampir setiap keluarga hari ini memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta, kerana fungsinya yang penting dalam kehidupan moden.
Namun di sebalik keselesaan itu, ramai yang jarang ambil tahu apa yang sebenarnya berlaku di bawah bonet kereta. Asalkan boleh hidup dan bergerak, semuanya dianggap baik-baik saja.
Hakikatnya, kereta juga perlukan perhatian, sama seperti tubuh manusia yang perlu dijaga untuk kekal sihat.
Setiap pemilik kereta pasti pernah berdepan detik cemas bila enjin tiba-tiba tidak boleh dihidupkan.
Apabila butang “Start” ditekan, kereta hanya senyap tanpa sebarang tindak balas. Dipulas pula kunci, tetapi enjin tetap tidak berbunyi.
Ada yang menyangka bateri rosak, lalu terus menukar kepada bateri baharu tetapi malangnya, masalah yang sama tetap berulang.
Di sebalik situasi yang sering berlaku ini, sebenarnya ramai masih keliru tentang punca sebenar enjin gagal dihidupkan.
SK hari ini akan kongsikan satu penjelasan menarik daripada seorang mekanik yang menjelaskan cara mudah untuk bezakan antara bateri rosak dengan alternator rosak, supaya anda tidak tersilap langkah dan rugi duit tanpa sebab.
Tanda bateri kereta “kong” Untuk makluman pembaca, perkongsian ini diambil daripada mekanik menerusi akaun TikTok @Altimat Saujana.
Menurut mekanik tersebut, antara tanda paling biasa apabila bateri kereta mula lemah atau rosak ialah bunyi enjin yang tersekat-sekat ketika cuba dihidupkan.
Bunyi itu datang daripada starter yang gagal berpusing dengan sempurna akibat bekalan kuasa yang tidak mencukupi.
Selain itu, perubahan pada sistem elektrik kereta juga boleh menjadi petunjuk. Antaranya lampu hadapan kelihatan malap, meter kereta lemah dan radio pula hidup-mati secara tiba-tiba.
Jika tanda-tanda ini mula muncul, besar kemungkinan bateri kereta anda sudah hampir rosak dan perlu diganti segera.
Sekiranya dibiarkan, enjin mungkin langsung tidak dapat dihidupkan
Tanda alternator rosak Berbeza dengan bateri, masalah alternator biasanya berlaku apabila komponen ini gagal mengecas semula bateri semasa enjin hidup.
Cara paling mudah untuk mengesahkan masalah ini adalah dengan melihat pada papan meter kereta. Jika lampu ikon bateri menyalah walaupun enjin sudah dihidupkan, itu petanda alternator mungkin bermasalah.
Menurut mekanik tersebut, anda boleh lakukan satu ujian ringkas dengan menggunakan spanar saiz sepuluh, dan cabut terminal negatif bateri ketika enjin sedang hidup.
Jika enjin terus mati selepas terminal dicabut, itu bermakna alternator tidak lagi berfungsi untuk menyalurkan tenaga dan kereta anda hanya bergantung pada kuasa bateri semata-mata.
Jadi sebelum anda terburu-buru menukar bateri baharu, periksa dahulu tanda-tanda ini.
sUntuk penjelasan penuh, anda boleh menonton video TikTok di bawah.
@altimatsaujana Ini dia tips untuk korang bezakan bateri yang rosak atau Alternator yang rosak!! #altimatautogarage #PETRONASAutoExpert #saujanautamasungaibuloh #saujanautama #BengkelBumiputera Doakan kami untuk menjadi bengkel kereta terbaik dan pakar aircond kereta terbaik di Kuang dan Sg Sungai Buloh. We will do our best to provide the best car workshop & repair and car aircond specialist in Saujana Utama and Sg Sungai Buloh
♬ original sound – Altimat Saujana Utama – Altimat Saujana Utama

BACA: Ramai Selalu Buat, Mekanik Dedah Risiko Tutup Enjin Tanpa Matikan “Aircond”
Sumber: Altimat Saujana via TikTok
The post Ramai Salah Faham, Mekanik Dedah Cara Bezakan Bateri “Kong” Dengan Alternator Rosak appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/21/ramai-salah-faham-mekanik-dedah-cara-bezakan-bateri-kong-dengan-alternator-rosak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramai Selalu Buat Mekanik Dedah Risiko Tutup Enjin Tanpa Matikan Aircond

Ramai Selalu Buat Mekanik Dedah Risiko Tutup Enjin Tanpa Matikan Aircond

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 193 hits
Ramai Selalu Buat Mekanik Dedah Risiko Tutup Enjin Tanpa Matikan Aircond Kereta sebagai pengangkutan memainkan peranan penting dalam memudahkan urusan seharian Dari menghantar anak ke sekolah hingga ke tempat kerja ia sudah menjadi pilihan ...
Ramai Selalu Buat Mekanik Dedah Bahaya Cas Telefon Terlalu Kerap Dalam Kereta

Ramai Selalu Buat Mekanik Dedah Bahaya Cas Telefon Terlalu Kerap Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 178 hits
Ramai Selalu Buat Mekanik Dedah Bahaya Cas Telefon Terlalu Kerap Dalam Kereta Dalam dunia moden hari ini telefon pintar telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian Daripada kerja komunikasi hinggalah kepada hiburan dan navigasi jal...
Cara Bezakan Kasut Tomaz Original Vs Tiruan

Cara Bezakan Kasut Tomaz Original Vs Tiruan

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 293 hits
Cara Bezakan Kasut Tomaz Original vs Tiruan Jenama Tomaz semakin popular di Malaysia kerana rekaan bergaya dan kualiti premium dengan harga berpatutan Tapi bila sesuatu jenama dah terkenal pasti akan muncul juga produk tiruan di pasaran ter...
Ramai Salah Pilih Ini Cara Betul Pilih Tayar Motor Sesuai

Ramai Salah Pilih Ini Cara Betul Pilih Tayar Motor Sesuai

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 276 hits
Tips Pilih Tayar Motor Sesuai Panduan Penting Untuk Keselamatan PrestasiRamai penunggang motosikal di Malaysia hanya menukar tayar apabila sudah botak tanpa memikirkan jenis saiz dan kesesuaian tayar untuk tunggangan harian Hakikatnya pemil...
Jangan Sampai Salah Ini 7 Cara Memilih Laptop Terbaik Sesuai Kebutuhan Kamu

Jangan Sampai Salah Ini 7 Cara Memilih Laptop Terbaik Sesuai Kebutuhan Kamu

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 352 hits
Cara memilih laptop terbaik dapat dipertimbangkan dari 1 OS yang digunakan 2 Ukuran desain laptop 3 Spesifikasi utama 4 Kualitas layar 5 Daya tahan baterai laptop dll
Cara Betul Makan Makanan Panduan Sihat Yang Ramai Tak Tahu

Cara Betul Makan Makanan Panduan Sihat Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 286 hits
Pernah tak rasa pelik Dah makan makanan sihat tapi badan tetap rasa lesu berat atau cepat penat Sebenarnya bukan semua makanan boleh dimakan ikut suka Ada cara betul makan makanan dan kalau salah khasiatnya boleh hilang begitu saja Jangan r...
Cara Lajukan Laptop Belajar Terus Dengan Chatgpt

Cara Lajukan Laptop Belajar Terus Dengan Chatgpt

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 225 hits
Beberapa minggu lepas saya perasan laptop saya makin perlahan Padahal RAM dah 12GB tapi buka Chrome Canva WhatsApp Web pun dah rasa tersekat sekat Saya ni jenis suka cari punca dulu sebelum format jadi saya pun tergerak hati nak tanya ChatG...
Nampak Macam Baharu Ini Cara Mudah Hilangkan Kotor Pada Kasut Putih

Nampak Macam Baharu Ini Cara Mudah Hilangkan Kotor Pada Kasut Putih

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 307 hits
Nampak Macam Baharu Ini Cara Mudah Hilangkan Kotor Pada Kasut Putih Tidak hairan lagi kasut merupakan salah satu aksesori yang mampu mengubah cara penampilan seseorang Dari kasut yang formal sehingga kasut kasual masing masing mempunyai pen...
Cara Ringkas Daftar Akaun Str Sumbangan Tunai Rahmah 2026

Cara Ringkas Daftar Akaun Str Sumbangan Tunai Rahmah 2026

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 234 hits
Apakah itu STR Sumbangan Tunai Rahmah 2026Sumbangan Tunai Rahmah adalah merupakan salah satu inisiatif pihak kerajaan untuk membantu meringankan beban dan mengurangkan kos sara hidup rakyat terutamanya bagi isi rumah yang berpendapatan rend...
Quick Diet Dinner Recipes Veg

10 Negeri 1 Wilayah Diramal Alami Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

From Graduate Engineer To Professional Engineer A Complete Guide To Bem S Latest Outcome Based Pae

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan

Cara Tambah Income Bulanan Strategi Praktikal Untuk Jana Pendapatan Automatik

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants

Uqasha Senrose Tegas Rumah Baharu Dibeli Dengan Duit Sendiri Tidak Terpengaruh Kritikan Netizen


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The Colours Of Life Tekken 8 Season 8 15 Dis Ghost Jalan Ranked Pun Jalan

Apple Chooses Samsung As The Main Memory Supplier For Iphone 18

Ready 2026 Sesi Refleksi Persediaan Akhir Tahun Bersama Tuan Fazrul Ismail

Tajuk Menghayati Konsep Separuh Masa Dalam Ilmu Nuklear

Pihak Berkuasa Turki Menahan 115 Individu Berkait Is Dalam Operasi Terbaru

Treler Hilang Kawalan Hempas Bumbung Stesen Minyak Pelanggan Cemas Elak Tragedi