Cara Tentukan Harga Produk Dalam Perniagaan Untuk Anda Yang Baru Belajar Berniaga Penulis Jemputan



Kebanyakan mereka yang baru berniaga kurang arif bagaimana untuk menetapkan harga kos produk. Dari harga pembekal, operasi, pemasaran sehingga ke harga akhir yang sesuai untuk di jual pada pembeli.
Berapakah sepatutnya harga yang perlu di ‘markup’ dan berapa keuntungan ‘profit’ barangan yang anda jual?
Adakah anda sebagai peniaga, benar-benar tahu apa yang dibuat dan dijual?
Ada peniaga yang gagal untuk melakukan kira-kira dan akhirnya mereka mengalami kerugian setiap bulan. 
Saya harap itu tak berlaku pada anda yang membaca ni.
Peniaga yang sebegitu, produknya habis. Angka jualan keseluruhan nampak sangat bagus. Tetapi pada penghujung, tutup buku kira-kira tetap rugi juga.
Kenapa jadi macam itu?
Kira markup dan profit marginBagaimana cara untuk mengira Markup Margin dan Profit Margin?
Bunyi seakan sama tetapi mempunyai maksud yang berlainan.
Kepada peniaga yang melakukan ‘trading’ iaitu ambil dari pembekal dan terus jual kepada orang ketiga pengiraannya agak mudah.
Tetapi kepada peniaga yang membuat berasas dari bahan mentah contohnya kedai roti, pengiraan akhir kos agak sukar sedikit.
Tapi cara pengiraan tersebut semuanya adalah mudah. Tidak perlu kalkulus atau algebra untuk selesaikannya.
Trading – PerdaganganAdalah urusan beli dan jual. Saya membeli dari pembekal A dan menjual semula kepada pelanggan B.
Saya membeli dari pembekal A secara pukal dan menjual semula kepada pelanggan B secara runcit.
Harga yang saya dapat adalah jauh lebih murah dari harga mereka yang beli secara runcit.
Contohnya:-
Beli dari pembekal – RM10.00
Jual kepada pelanggan – RM13.00
Saya mendapat keuntungan dari urus niaga di atas sebanyak RM3.00
Soalan:-
Berapa Markup Margin saya?
Berapa Profit Margin saya?
Beli RM10.00
Jual RM13.00
Untung RM3.00
Mark-up Margin?
Profit Margin?
Perbezaan di antara Markup Margin dan Profit Margin
RM10.00 + 30% = RM13.00
Markup Margin dengan mudah kita hanya menambah peratus kepada harga belian dari pembekal dan di sini kebanyakan peniaga membuat kesilapan dengan menambah 30% ianya sudah di anggap keuntungan sebanyak 30%.
Nota: Cuba lihat bahawa markup adalah keuntungan yang diambil berdasarkan kos atau harga belian barang.
www.bisneskecil.comMari kita lihat bagaimana Profit Margin pula di kira
RM3.00/RM13.00 x 100 = 23%
Kesilapan Yang Di Buat
Macam mana boleh dapat 23% sahaja sedangkan saya menambah 30% dari harga belian asal?
Di sini kebanyakan peniaga membuat kesilapan yang mana keuntungan sebenar adalah 23% bukan 30%.
Nota: Cuba lihat di sini, profit adalah peratusan yang dikira berdasarkan harga jualan produk tersebut. Bukan berdasarkan harga atau kos belian barang seperti dalam kes Markup di atas tadi.
Apabila percaturan ini silap. Pada penghujung kira-kira syarikat di dapati syarikat anda terlebih berbelanja dan mengalami kerugian.
Markup Margin boleh di tambah berapa peratus atau ribuan peratus.
Jadi kita sebagai usahawan kena bijak membuat percaturan supaya tidak terlebih berbelanja dengan keuntungan yang di dapati.
Jika Profit Margin hanya 23% berbelanja sekadar 15% termasuk kos utiliti, gaji dan bermacam lagi bukan berbelanja sebanyak 30% dan oleh sebab itu perniagaan anda rugi setiap masa kerana perlu menambah modal untuk kos operasi.
Markup Margin boleh di tambah terus mengikut kesesuaian perniagaan sama ada puluhan, ratusan, ribuan anda kira sendiri.
Profit Margin jumlahnya adalah kurang dari 100% dan jika anda tidak percaya sila buat kira-kira.
Jadi dari kes di di atas bagaimana kita nak maintain keuntungan 30% (profit margin) dan berapakah ‘markup margin’ yang di perlukan?
Mark Up MarginRM10.00 + 43% = RM14.30
Profit MarginRM4.30/RM14.30 x 100 = 30%
Perhatian! – Jadi Markup Margin adalah 43% baru dapat Profit Margin 30%.
Segala pengiraan Markup Margin dan Profit Margin di atas adalah berdasarkan pengiraan kos yang telah di ambil kira.
Contohnya Ahmad berniaga di permis yang mungkin sewanya murah dan mempunyai pekerja hanya beberapa orang sudah tentu harga jualannya juga murah berbanding Ali yang mempunyai permis di tengah bandar dan sewanya 2 kali ganda dari permis Ahmad dan pekerja Ali juga lebih ramai dari Ahmad.
Sudah pasti harga Ali lebih mahal sedikit dari harga Ahmad.
Kegunaan gross profit marginSebab itu kita sebagai pembeli harus menilai segala aspek sebelum kita menilai pemilik perniagaan tersebut.
30% akan digunakan untuk :-
SyarikatBil-bilSewaGajiCukaiPinjamanKos PemasaranKos-kos lainIni contoh penolakan yang harus di lakukan setiap bulan.
‘Keuntungan Syarikat’ pula adalah simpanan syarikat untuk di gunakan apabila anda ingin membesarkan perniagaan (business expand).
Contoh di atas adalah kos-kos nyata yang perlu ada untuk menajalankan operasi perniagaan.
Jangan lupa untuk masukkan kos pemasaran dan pengangkutan juga.
Kos-kos pengangkutan adalah termasuk petrol dan segala baik pulih sekiranya berlaku kerosakan pada kenderaan anda.
Formula Mudah profit marginSaya ada satu lagi formula pengiraaan yang mudah bagi seorang peniaga mempunyai matlamat untuk mencapai jualan bulanan dengan profit margin yang telah di tetapkan.
Target Profit Margin = 30%
Kos Operasi = RM4,000
RM4,000 / 30% = RM13,333
Jadinya anda perlu membuat jualan setiap bulan sebanyak RM13,333.00 untuk menampung kos operasi perniagaan anda.
Lagi kurang Profit Margin semakin banyak jualan kasar yang di perlukan dan semakin tinggi Profit Margin semakin sedikit jualan kasar yang di perlukan.
Lagi banyak profit yang di ambil semakin berkurangan jualan kasar yang harus di perolehi.
Semoga pengiraan Markup Margin dan Profit Margin memudahkan anda mengira semula keuntungan syarikat sebelum anda terus mengalami kerugian.
Sekiranya penulisan ini bermanfaat sila kongsi dengan sahabat-sahabat anda yang berniaga semoga ada keberkatan kita bersama.
Nota:
Cara Penetapan Harga khas untuk yang baru berniaga ini adalah sumbangan dari En Azad Jasmi. Untuk sebarang maklumat latihan, Business Coaching atau Pembangunan Prestasi Perniagaan boleh hubungi Azad Jasmi di [email protected] 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2022/08/cara-tentukan-harga-produk-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Yang Perlu Anda Buat Bila Pelanggan Kata Harga Produk Anda Mahal Sangat

Apa Yang Perlu Anda Buat Bila Pelanggan Kata Harga Produk Anda Mahal Sangat

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 288 hits
Waa Mahal lah Biasa dengar pelanggan cakap begitu Anda akan dapat ungkapan sedemikian seandainya produk atau servis yang dijual adalah jenis premium berprestasi tinggi Produk spek tinggi dah tentu disusuli dengan tawaran harga tinggi juga K...
Harga Baru Tiket Feri Ke Langkawi Dari Jeti Kuala Perlis Kuala Kedah 2022

Harga Baru Tiket Feri Ke Langkawi Dari Jeti Kuala Perlis Kuala Kedah 2022

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 488 hits
Kali terakhir kenaikan tambang feri Langkawi adalah 15 tahun lepas pada 15 Disember 2007 iaitu RM5 bagi laluan Kuala Kedah dan RM3 bagi Kuala Perlis Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan kenaikan kadar tambang baharu bagi lalua...
Kad Touch N Go Nfc Kelebihan Cara Tambah Nilai Harga Dan Senarai Lokasi Jual Kad Touch N Go Nfc

Kad Touch N Go Nfc Kelebihan Cara Tambah Nilai Harga Dan Senarai Lokasi Jual Kad Touch N Go Nfc

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 313 hits
Kad Touch n Go baru 2022 Malaysia telah dipertingkatkan dengan teknologi NFC yang boleh tambah nilai pada bila bila masa di mana sahaja untuk gaya hidup tanpa sentuh tanpa tunai dan lebih memudahkan pengguna Kad Touch n Go yang lama penggun...
Cara Order Roti Gardenia Untuk Doorgift Kahwin Harga Terkini

Cara Order Roti Gardenia Untuk Doorgift Kahwin Harga Terkini

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 290 hits
HARGA CARA ORDER ROTI GARDENIA UNTUK DOORGIFT KAHWIN Musim kenduri ni memang ramai yang buntu nak fikir idea doorgift kan Kalau boleh mestilah nak yang cantik mudah dan yang paling penting dapat digunakan atau dimanfaatkan oleh semua peneri...
Jadi Jutawan Tapi Produk Tak Pernah Nampak Orang Pakai Individu Dedah Cara Founder Kosmetik Tipu Netizen

Jadi Jutawan Tapi Produk Tak Pernah Nampak Orang Pakai Individu Dedah Cara Founder Kosmetik Tipu Netizen

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 223 hits
Kebanyakan founder produk kosmetik dan kecantikan di Malaysia ini mengamalkan gaya hidup mewah dan selalu tayang kemewahan mereka di media sosial Namun tanpa ramai ketahui bermegah dan menunjukkan kekayaan kepada dunia luar itu adalah salah...
Cara Mudah Daftar Email Gmail Baru

Cara Mudah Daftar Email Gmail Baru

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 280 hits
Salah satu sebab kita kena ada akaun email Gmail adalah untuk akses pelbagai fungsi aplikasi yang ada dalam telefon ataupun aplikasi atas talian Lagi lagi sejak PKP lepas ramai yang kena daftar akaun email Gmail sebab nak akses sistem pembe...
Apa Yang Saya Belajar Tentang Mencari Idea Niaga Setelah Lebih 20 Tahun Berniaga

Apa Yang Saya Belajar Tentang Mencari Idea Niaga Setelah Lebih 20 Tahun Berniaga

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 227 hits
Kalau orang kata berniaga itu tak mudah saya setuju 100 Hanya orang yang dah terjun berniaga saja ada pengalaman macam mana rasanya susah berniaga tu Lebih lebih lagi yang berniaga dalam keadaan cukup makan saja Jika makan pun tak cukup ber...
Tuala Cadar Putih Kekal Putih Bersih Macam Baru Jadi Lagi Lembut Ikut Cara Ni

Tuala Cadar Putih Kekal Putih Bersih Macam Baru Jadi Lagi Lembut Ikut Cara Ni

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 204 hits
Mencuci pakaian putih seperti tuala dan cadar memang merisaukan Tambah lagi bila mana kesan karat air yang buat tuala putih jadi kekuningan Sebenarnya hendak mencuci pakaian putih lebih lebih lagi tuala perlu ada caranya Perkongsian ini bol...
Lancar Pink Venom Peminat Kagum Dengan Lagu Baru Blackpink

Lancar Pink Venom Peminat Kagum Dengan Lagu Baru Blackpink

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 267 hits
Penantian BLINK kini berakhir Pink Venom akhirnya menemui peminat ARTIKEL BERKAITAN Akhirnya penantian hampir 2 tahun lamanya untuk mereka mengeluarkan single terbaru kini lagu pra pelancaran Pink Venom BLACKPINK sudah mula disiarkan di pla...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord