Apa Yang Saya Belajar Tentang Mencari Idea Niaga Setelah Lebih 20 Tahun Berniaga



Kalau orang kata "berniaga itu tak mudah", saya setuju 100%.
Hanya orang yang dah terjun berniaga saja ada pengalaman macam mana rasanya susah berniaga tu. 
Lebih-lebih lagi yang berniaga dalam keadaan cukup makan saja.
Jika makan pun tak cukup, bertambahlah lagi terasa susahnya.
Bagi yang belum berniaga pula, kalau ada hasrat nak mula, perlu ada idea nak niaga apa.
Bagi saya, yang dah ada bisnes ni, bab cari idea niaga, adalah jauh lebih susah dari menguruskan perniagaan yang ada.
Maksud saya adalah, apabila anda cuba cari idea perniagaan lain, selain dari bisnes yang sedang dibuat.
Mungkin susah sebab terlalu berhati-hati membuat pilihan idea niaga baru. 
Bagi anda dah ada perniagaan dan masih nampak jalan ke depan yang mahu ditempuhi, bersyukurlah!
Berikan tumpuan terhadap bisnes tu dan bersedia untuk buat perubahan demi perubahan agar bisnes anda kekal relevan memenuhi permintaan pasaran.
Idea bisnes lain tak perlu bila dah niagaSebenarnya, yang jadi susah bila dah berniaga ni adalah perangai asyik nak cabut lari setiap kali berhadapan dengan kesukaran dalam menguruskan perniagaan.
Sales jatuh, untung tak tau ke mana perginya, pekerja tak ada yang boleh diharap, pusingan duit sentiasa tak berlaku dengan elok ketika masanya, mohon pinjaman pula asyik tak diluluskan .. dan seribu satu macam masalah lagi yang berlaku dalam bisnes yang dijalankan.
“Antara cabaran besar berniaga adalah, terasa bisnes orang lain nampak lebih baik dari bisnes sendiri !”
Bila jadi macam kat atas tu, mata mula liar pandang kawan yang buat bisnes lain.
Tengok hanya dari seberang sungai, memang padang rumput sebelah sana nampak rata, cantik, hijau dan segar.
Mula timbul idea nak terjun pergi sebelah sana.
Macam itulah yang berlaku selalunya pada usahawan yang cuba larikan diri dari masalah dalam perniagaannya sendiri.
Jika perasaan itu dapat dikawal dan dirantai kuat dari keluar merasuk minda usahawan, pengurusan bisnes insyaallah sedikit demi sedikit akan bertambah baik juga akhirnya.
Tak perlu nak cari idea bisnes lain lagi.
Bertahan bila ada idea bisnes bagusBisnes awal saya masa kat kampung dulu adalah jual baja.
Sebelum itu ada la juga usaha lain seperti MLM, niaga di pasar malam, trading dan lain-lain bisnes kecil.
Tapi tak kekal bertahan lama semua usaha niaga tu. 
Dalam kesemua bisnes tersebut, hanya bisnes baja saja yang nampak ada jalan dan boleh berkembang. Tapi niat buat bisnes baja itu hanya untuk tempuhi pengalaman sahaj. Tak ada niat nak buat lama.
Banyak pengalaman awal saya dapat ketika buat semua tu.
Paling besar adalah peluang menjalinkan rangkaian perhubungan dengan kawan-kawan bisnes lain yang sangat sukses.
Sedang rancak buat bisnes baja, saya cabut keluar dari kampung menuju ke Kotaraya besar ibu negara. Niatnya nak cari idea niaga lain pula. Yang mahu diusahakan sampai jadi.
Setelah berpusing ke sana sini, naik atas turun bawah, akhirnya idea bisnes dalam industri pest control jadi pilihan.
Saya bernasib baik. Ketika buat keputusan untuk jalankan bisnes tersebut, sentiasa teringat ilmu yang kawan-kawan bisnes kat kampung kongsikan.
Mereka yang sukses berikan petua, kalau nak pastikan bisnes berjaya, perlu degil dengan bisnes yang kita usahakan.
Itu membuatkan saya cekal berazam sejak awal buat bisnes tu, untuk kekal bertahan berikan tumpuan sampai bisnes tersebut stabil.
Saya cuba sedaya upaya untuk tidak cemburu dengan apa saja bisnes yang orang lain buat. Sekalipun nampak padang mereka sangat hebat dan subur.
Biarlah mereka dengan padang mereka dan saya akan kekal bermain dan berlatih dalam padang yang ada sekalipun rasa punyalah buruk padang tu.
Panduan yang kawan-kawan sukses bagi kat atas tu ternyata sangat kuat memberikan kesan kepada ketahanan saya untuk terus berusaha tanpa terliur dengan bisnes orang lain.
Mula cari idea bisnes baruBila semuanya dah berjalan secara automatik, saya mula mencari idea-idea bisnes lain yang nak dijalankan.
Dari situ barulah sedar betapa sukarnya nak cari idea niaga.
Cara mudah adalah dengan mendengar idea niaga orang lain.
Orang yang tengah mencari macam saya ketika itu, akan mudah menerima tawaran idea dari orang lain.
Kesilapan yang saya buat ketika itu adalah melayan nafsu nak kaut untung dengan mudah sebagai sasaran utama. Ada pengaruh dengan prinsip 'guna duit buat duit'.
Maklumlah, dah ada duit sikit ketika itu.
Mata orang yang sedang lapar duit mungkin mudah dikesan oleh scammer yang terdesak perlukan duit.
Agaknya macam itulah yang berlaku beberapa kali bila saya habiskan duit pada projek yang gagal.
Sudah tentu tak boleh nak kata orang tipu saya.
Memang lumrah kehidupan begitu. Kita sendirilah yang perlu waspada dan sediakan diri dari menjadi seorang yang mudah terpedaya.
Ertinya sayalah yang silap dan perlu dipersalahkan dalam semua pembaziran duit dan harapan palsu yang dah berlaku.
Hasil dari semua pengalaman itu saya belajar ilmu baru dalam bab nak cari idea kedua bisnes.
Panduannya adalah untuk tidak melayan nafsu gelojoh terhadap duit sebagai motivasi utama nak buat bisnes kedua. 
Sebaliknya berikan tumpuan kepada minat yang mendalam sebagai syarat paling penting.
Contohnya jika ada hamba Allah cadangkan buat bisnes Restoran Masakan Thai dengan unjuran keuntungan yang lumayan berdasarkan perkiraan dan andaian yang baik pada mata kasar.
Tolak saja bulat-bulat seandainya itu bukan sesuatu yang menjadi minat anda. 
Habis cerita.
Biarlah hamba Allah tu nak kata apapun. 
Sekalipun dia yakinkan anda, dalam tempoh setahun saja boleh jadi salah seorang dari 10 orang Malaysia terkaya. 
Abaikan saja, seandainya itu bukan minat anda.
Tak perlu risau takut terlepas peluang jadi jutawan.
Kalau nak jadi jutawan, biarlah dengan bisnes yang anda suka dan sangat bermotivasi melakukannya.
Ini akan menjamin kualiti dan ketahanan bisnes anda yang dah ada. Agar tidak tergugat tamak pada kekayaan yang sebenarnya, dah mencukupi ada pada diri dan bisnes yang sedang anda jalankan.
Layan minat, buka fikiran terhadap ideaMinat dan kesukaan saya adalah membaca dan menulis.
Saya sedar perkara itu pun bukannya sejak zaman sekolah dulu. Hanya bila dah dewasa baru sedar. Itupun bila terdetik nak buat blog.
Membaca memang dah jadi amalan atas dasar keperluan ketika mula makan gaji dulu. Paksa diri tambah maklumat melalui membaca, sebab nak cepat belajar dan nak mudahkan urusan kerja.
Akhirnya melekat jadi amalan biasa. 
Menulis pula saya mulakan setelah minat membaca dah melekat pada diri. Saya mulakannya dari aktiviti blogging.
Bila dah mula menulis, saya sangat leka. 
Tak terasa masa berlalu dalam usaha untuk siapkan tulisan. Ada saja idea yang datang. Bahkan kalau tak duduk depan komputer untuk tulispun, apa saja perkara menarik yang diperhatikan mencetuskan idea untuk menulis.
Dari pembacaan saya dapat tahu bahawa, apa yang saya alami itu menunjukkan bahawa itu adalah aktiviti yang membuatkan saya bahagia. 
Itu adalah minat dan kecintaan saya.
Jadi itulah yang saya buat sebagai memenuhi aktiviti masa lapang.
Saya teruskan melayan minat tu sehingga terhasil blog hidupringkas.com ini. Mulanya diblogspot. Kemudian berpindah ke wordpress. Dan sekarang patah balik ke blogspot.
Dan tak tersangka pula hasil dari minat inilah ia berkembang menjadi satu bisnes. 
Bisnes memberikan bimbingan perniagaan kepada usahawan kecil dan sederhana. 
Macam yang saya katakan tadi, bukan berorientasikan duit dan keuntungan. Tapi atas dasar minat.
Rumusan tentang idea niagaUntk pendekkan artikel ni saya berikan rumusan berikut buat anda yang masih lagi mencari idea perniagaan untuk dijalankan.
Anda perlu tahu bahawa ada 2 kategori idea bisnes sahaja secara umumnya.
Idea bisnes biasa – ini semua jenis perniagaan yang anda sedang lihat ada di depan mata sejak dulu sampai sekarang. Kedai makan, kedai runcit, kedai kasut, bengkel kenderaan, gerai burger, jual pakaian, repair rumah .. tak habis kalau nak senaraikanIdea bisnes baru – ini yang selalu kita dengar perkataan ‘start-up’. Ia merupakan satu idea luar biasa yang diluar kotak. Jika kena cara dan gayanya akan menjadikan anda seorang celebriti, jutawan, dipanggil ceramah, ditemuramah, dicemburui, dijadikan idola dan menjadi impian semua orang.Bila anda terfikirkan idea niaga, biasanya idea yang kedua itulah yang menaikkan nafsu anda untuk mencuba. 
Tapi bila tak jelas beza antara keduanya, ramai yang sekadar buat bisnes dari kategori yang pertama saja kat atas tu.
Dia harap nak jadi macam usahawan kategori kedua dengan buat bisnes kategori pertama.
Agak sukar nak menjadi kalau macam tu.
Seandainya anda sedar akan wujudnya 2 kategori di atas tu, ia dapat membantu anda terselamat dari tersasar dan hilang fokus.
Paling penting ia dapat bantu anda abaikan perasaan cemburu kepada usahawan ketegori ke-2 di atas. Aman sikit hidup.
Fokus yang perlu diberikan pada anda yang buat bisnes kategori pertama adalah lengkapkan semua amalan yang dilakukan oleh semua usahawan yang berjaya dalam bisnes tersebut.
Dari segi pemilihan lokasi, harga, produk dan promosi.
Dengan berbuat demikian saja anda akan dapat lihat hasilnya. Insyaallah akan ada untung untuk membolehkan bisnes itu berterusan.
Bila dah ada untung, simpan untuk keperluan masa hadapan yang tidak pasti. 
Dalam masa yang sama buka mata, buka telinga untuk mencari ruang yang masih kosong untuk penambah baikan.
Berfikiran terbuka untuk melihat wujudnya permintaan tetapi tiada bekalan. 
Tapi masih kekal dalam bisnes yang anda jalankan juga. Bukan pergi cari idea bisnes lain. 
Begitulah berterusan. Jadikan semua amalan itu sebagai budaya syarikat anda.
Tetapi jika anda memang ada satu idea niaga, atau ada produk yang luar dari biasa. yang dapat selesaikan masalah yang selama ini memang belum ada sesiapa dapat lakukannya.
Itu bermakna anda dah berjaya mendapat ilham idea niaga kategori kedua.
Baguslah kalau macam tu. Mungkin anda akan jadi celebriti baru selepas ini.
Tapi ingat. Produk atau idea niaga jenis itu peratusan yang berjaya adalah sangat rendah.
Saya tengok kat Amerika, data tahun 2020. Peratusan yang gagal dalam start-up adalah 90%.
Jadi bersedialah jika anda memang nak teruskan juga dengan idea start-up anda tu. 
Pastikan guna segenap inci bantuan yang kerajaan berikan. 
Jangan belasah habiskan duit sendiri sebab risikonya memang tinggi. 
Memang kerja kerajaan untuk pupuk suasana kemunculan start-up agar inovasi tidak terbantut di dalam negara kita demi masa hadapan yang lebih baik.
Moga artikel ini berguna buat anda yang sedang mencari idea niaga 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2022/08/apa-yang-saya-belajar-tentang-mencari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Luna Maya Ulang Tahun Ini Potret Kebersamaan Keduanya Sama Sama Cantik

Ibu Luna Maya Ulang Tahun Ini Potret Kebersamaan Keduanya Sama Sama Cantik

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 263 hits
Di hari ulang tahun sang ibunda Luna Maya membagikan potret kebersamaan mereka Seketika foto fotonya mendapat banyak respon positif dari netizen Ibu dan anak ini ramai dipuji sama sama cantik dan memesona Ini foto fotonya
Park Sunghoon Ryu Hyunkyung Putus Setelah 6 Tahun Bercinta

Park Sunghoon Ryu Hyunkyung Putus Setelah 6 Tahun Bercinta

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 267 hits
Pelakon Ryu Hyun kyung dan Park Sung hoon dikhabarkan sudah putus cinta Eh ARTIKEL BERKAITAN Pasangan itu dikhabarkan telah memutuskan hubungan percintaan mereka yang telah berlangsung selama 6 tahun dan turut bersetuju untuk kekal sebagai ...
Berapa Banyak Syarikat Perniagaan Di Negara Kita Yang Wujud Sejak Lebih Dari 100 Tahun Lalu

Berapa Banyak Syarikat Perniagaan Di Negara Kita Yang Wujud Sejak Lebih Dari 100 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 215 hits
Apa syarikat yang paling lama wujud di negara kita yang sampai sekarang masih ada lagi Jawapannya POS Malaysia Mungkin anda terkejut kalau saya beritahu syarikat POS Malaysia tu dah wujud sejak tahun 1800 Dah lebih 222 tahun Lama gila tu Sa...
Cara Tentukan Harga Produk Dalam Perniagaan Untuk Anda Yang Baru Belajar Berniaga Penulis Jemputan

Cara Tentukan Harga Produk Dalam Perniagaan Untuk Anda Yang Baru Belajar Berniaga Penulis Jemputan

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 287 hits
Kebanyakan mereka yang baru berniaga kurang arif bagaimana untuk menetapkan harga kos produk Dari harga pembekal operasi pemasaran sehingga ke harga akhir yang sesuai untuk di jual pada pembeli Berapakah sepatutnya harga yang perlu di marku...
Setelah Hampir 6 Tahun Kim Jaejoong Bakal Lancar Album Penuh Konsert Jelajah Asia

Setelah Hampir 6 Tahun Kim Jaejoong Bakal Lancar Album Penuh Konsert Jelajah Asia

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 210 hits
Penyanyi Kim jae joon bakal membuat comeback tidak lama lagi dengan album penuh baharu ARTIKEL BERKAITAN Menurut agensinya C Jes Entertainment yang mengesahkan perkara itu turut berkata Jae joong bakal melancarkan album penuh baharu pada Se...
Pengalaman 45 Tahun Berakhir Dengan Kosong Hujah

Pengalaman 45 Tahun Berakhir Dengan Kosong Hujah

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 219 hits
Yang dikejar Tak dapat yang dikendong keciciran oleh peguam dan anak guamnya Masih ada niat menangguh di Mahkamah Persekutuan adalah satu kesilapan besar yang tidak patut dilakukan oleh seorang peguam yang MENGAKU 45 TAHUN pengalaman Idea b...
5 Potret Terbaru Liza Natalia Awet Muda Di Usia 46 Tahun

5 Potret Terbaru Liza Natalia Awet Muda Di Usia 46 Tahun

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 226 hits
Sosok Liza Natalia tentu sudah tak asing lagi bagi para penggemar dangdut era 2000 an Wanita 46 tahun ini dikenal sebagai salah satu penyanyi dangdut senior yang sudah merilis berbagai lagu populer Kini pedangdut kelahiran Jakarta ini mulai...
Senarai Konsert Artis Antarabangsa Yang Berlangsung Di Malaysia Sepanjang Tahun 2022

Senarai Konsert Artis Antarabangsa Yang Berlangsung Di Malaysia Sepanjang Tahun 2022

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 342 hits
Senarai Konsert Yang Berlangsung Di Malaysia Tahun 2022Jadi jom kita selongkar antara persembahan atau konsert yang bakal berlangsung di Malaysia daripada artis antarabangsa sepanjang tahun 2022 18 Ogos 2022 Billie Eilish27 Ogos 2022 Rain J...
Korupsi Dana Covid 19 Dua Mantan Pejabat Di Samosir Cuma Dihukum Satu Tahun Penjara

Korupsi Dana Covid 19 Dua Mantan Pejabat Di Samosir Cuma Dihukum Satu Tahun Penjara

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 153 hits
Mantan Sekretaris Daerah Kabupaten Samosir Jabiat Sagala dan mantan Kepala Pelaksana Badan Penanggulangan Bencana Daerah Samosir Mahler Tamba terbukti korupsi anggaran penanggulangan Covid 19 lebih dari Rp944 juta pada Maret 2020
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut