ARTIKEL BERKAITAN
Hanya Dalam Seminggu, Album BLACKPINK 'BORN PINK' Raih Lebih 1.5 Juta Pra-Tempahan
Akhirnya, penantian hampir 2 tahun lamanya untuk mereka mengeluarkan single terbaru, kini, lagu pra pelancaran “Pink Venom” BLACKPINK sudah mula disiarkan di platform Youtube.
Lagu yang bergenre hip-hop dan dimulakan dengan iringan alunan instrumen Korea iaitu ‘geomungo’, lagu “Pink Venom” kali ini dilihat sangat berpontensi untuk mewujudkan fenomena baru dari BLACKPINK. Muzik video “Pink Venom” juga merupakan antara lagu yang paling memerlukan bajet yang paling tinggi menurut YG Entertainment.
Set dan pakaian mereka kali ini berjaya meraih perhatian kerana ianya sangat bold dan menyerlahkan lagi bentuk badan mereka yang menawan.
“Pink Venom” ini merupakan pra pelancaran yang bakal menyusulkan comeback BLACKPINK pada September ini dengan album penuh kedua mereka iaitu “Born Pink”.
Lagu BLACKPINK pun baru keluar, jom kita tengok reaksi peminat terhadap lagu baru dorang!|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |