Cara Solat Sunat Istikharah Lengkap Dengan Doa




CARA SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
LENGKAP DENGAN DOA

Solat Sunnat Istikharah
Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya

Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat

Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa

Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah


Tata Cara Solat Istikharah
Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah


Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
"Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala"

Rakaat pertama-Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlasSelepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”

Doa istikharah
Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:



Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir


Ertinya:-
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi

Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”
Foto Kredit: Unisza


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.tengkubutang.com/2019/03/cara-solat-sunat-istikharah-lengkap.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+SharingMyCeritera+%28Sharing+My+Ceritera%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bakal Pengantin Lelaki Jangan Lupa Solat Sunat Selepas Akad Nikah

Bakal Pengantin Lelaki Jangan Lupa Solat Sunat Selepas Akad Nikah

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 372 hits
Bakal Pengantin Lelaki Jangan Lupa Solat Sunat Selepas Akad Nikah Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW ahli keluarga baginda SAW sahabat baginda SAW serta orang orang yang mengi...
Wanita Kena Tahu Bila Cara Doakan Suami Waktu Itulah Makbulnya Doa Seorang Isteri

Wanita Kena Tahu Bila Cara Doakan Suami Waktu Itulah Makbulnya Doa Seorang Isteri

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 478 hits
Wanita Kena Tahu Bila Cara Doakan Suami Waktu Itulah Makbulnya Doa Seorang Isteri Apabila seseorang itu sudah mendirikan rumah tangga pastinya tiada lain yang diharapakan ialah kebahagiaan Suami yang diharapkan mampu menjadi pemimpin untuk ...
Ruginya Jika Tak Pernah Solat Sunat Dhuha Walaupun Sekali Ini Antara Kelebihannya

Ruginya Jika Tak Pernah Solat Sunat Dhuha Walaupun Sekali Ini Antara Kelebihannya

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 363 hits
Ruginya Jika Tak Pernah Solat Sunat Dhuha Walaupun Sekali Ini Antara Kelebihannya Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasulullah SAW sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha Meskipun ia adalah solat sunat tapi sangatlah rugi ...
Doa Agar Anak Rajin Solat

Doa Agar Anak Rajin Solat

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 973 hits
Doa agar anak rajin solat Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah
Panduan Lengkap Solat Tahajjud

Panduan Lengkap Solat Tahajjud

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 1050 hits
Original Content Apa Itu Solat Tahajjud Solat sunat tahajud atau sembahyang tahajud dikenali sebagai solat malam Ia dilakukan pada waktu malam selepas tidur Waktu solat tahajjud adalah selepas daripada waktu isyak sehingga terbit fajar Pali...
Ibu Bapa Perlu Amal 7 Doa Ini Supaya Anak Dengar Kata Dan Rajin Solat Sejak Kecil

Ibu Bapa Perlu Amal 7 Doa Ini Supaya Anak Dengar Kata Dan Rajin Solat Sejak Kecil

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 448 hits
Doa ibu untuk anak tiada hijabnya Justeru dalam apa jua keadaan sentiasa doakan anak anak Malah tatkala mereka melakukan perkara yang tidak disenangi adalah lebih baik terus mendoakan kebaikan daripada mengeluarkan kata kata kesat Dalam pad...
Rugi Kalau Solat 5 Waktu Tapi Tak Solat Sunat Rawatib Amat Besar Ganjarannya

Rugi Kalau Solat 5 Waktu Tapi Tak Solat Sunat Rawatib Amat Besar Ganjarannya

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 1242 hits
Apakah solat sunat rawatib Bagaimana cara mengerjakannya Panduan ini akan membimbing anda melakukan solat rawatib secara mudah dan boleh difahami oleh semua orang Apa yang terbaik dalam panduan ini Anda akan dibimbing langkah demi langkah s...
Solat Sunat Taubat

Solat Sunat Taubat

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 2004 hits
Di antara rahmat Allah S W T kepada para hamba Nya adalah dengan memberikan peluang dan ruang untuk mereka kembali kepada Nya setelah melakukan maksiat dan dosa Pintu taubat itu sentiasa terbuka bagi sesiapa sahaja yang mencarinya Taubat be...
Ustaz Sharhan Shafie Ajar Cara Nak Amalkan Surah Dan Doa Untuk Mengubat Sa Kit Tapak Kaki Insha Allah

Ustaz Sharhan Shafie Ajar Cara Nak Amalkan Surah Dan Doa Untuk Mengubat Sa Kit Tapak Kaki Insha Allah

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 546 hits
Sa kit tumit atau dalam bahasa perubatannya plantar fascitiis adalah sak it pada bahagian tumit yang kerap dialami oleh orang dewasa dan ada yang turut merasakan sa kit sehingga seluruh tapak kaki atau ke buku lali SIMPTOM ini terjadi apabi...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

My Duty Role As Src Director Only Existed In Name Shahrol Tells Court

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Taman Tema Genting Highland

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Tuah Adzmi Zack Zakwan Adikkk Muna Shahirah Wani Syaz Nurul Iman Ya Raya Chord

Neoclassical Apartments Interior Decor Inspirations



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Tadabbur Surah Surah Lazim Qarin Persiapan Mencari Lailatulqadar

Singo Pear Manfaat Pada Kesihatan Dan Petua Redakan Batuk

10 Malam Akhir Ramadan 2024 Kelebihan Tarikh Amalan Sunat

Cara Daftar Lalamove Online Driver Motor Dan Kereta

Hablun Minallah By Dr Hm Rakib S H M Ag Nurul Ikhlas Pekanbaru

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan