Cara Potty Train Anak Lelaki Perempuan Tak Sama Ada Banyak Perbezaan


Cara ajar anak potty train atau latihan tandas bukanlah satu tugasan mudah. Tetapi benarkah terdapat perbezaan bagi cara potty training anak lelaki dan perempuan?

5 perbezaan cara potty training anak lelaki & perempuan
Ketika si manja mula menunjukkan kesediaan untuk menggunakan tandas – menukar lampin kepada seluar dalam – mungkin anda sudah pun membuat carian di internet mengenai tip potty train yang boleh dicuba.
Umumnya, tiada satu cara yang betul atau tepat untuk melatih anak menggunakan tandas.
Namun terdapat beberapa perbezaan antara latihan tandas untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan yang perlu diketahui sebelum mencuba sebarang cara ajar anak potty train.
1. Peralatan latihan tandas
Tempat duduk tandas (over-the-toilet seat) yang dijual di pasaran boleh digunakan sama ada untuk anak lelaki atau perempuan. Bahkan, tandas mini (mini-potty) juga tiada masalah untuk digunakan bagi kedua-dua jantina.
Namun cara potty train anak perempuan menggunakan potty chair amat disarankan kerana ia membantu menenangkan lantai pelvis mereka.
Jika memilih untuk menggunakan tempat duduk tandas, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk menyediakan bangku tangga.
Seperti dikatakan pada awal tadi, anak lelaki juga boleh menggunakan peralatan sama cuma mereka perlu belajar menyesuaikan diri dengan cara yang berbeza.
2. Posisi duduk dalam cara ajar anak potty train
Untuk anak perempuan, anda disarankan untuk menggalakkan mereka duduk ke belakang dengan lutut dibuka – ini dapat membantu otot pelvis mereka berehat.
Manakala untuk anak lelaki, mereka perlu menolak zakar ke bawah, sebelum atau semasa duduk supaya tidak berlaku ‘percikan air kencing’ di merata-rata bahagian bilik air.
Kanak-kanak lelaki yang sedang belajar latihan tandas juga mungkin perlu mencondongkan badan ke hadapan bagi memastikan zakar mereka kekal menghala ke bawah semasa proses kencing berlaku.
Jika anak lelaki anda ingin kencing berdiri, bantu mereka untuk dapat kekal berdiri dekat dengan tandas dan kaki dibuka supaya air kencing menuju ke arah yang betul.
Sekiranya ada anak perempuan yang ingin mencuba untuk kencing berdiri, biarkan – kerana pada akhirnya mereka akan menyedari bahawa ia bukanlah cara yang sesuai untuk jantina mereka.
3. Teknik mengelap dalam cara ajar anak potty train
Apabila bercakap mengenai latihan tandas, terdapat perbezaan anatomi yang perlu dipertimbangkan.
Dalam cara potty train anak perempuan, si kecil anda perlu diajar untuk mengelap dari depan ke belakang dan ia merupakan tabiat yang harus dikembangkan sejak daripada kecil.
Kenapa? Ini penting bagi mencegah penyebaran jangkitan saluran kencing (UTI). Jangkitan ini adalah lebih kerap berlaku kepada perempuan kerana uretra yang lebih pendek dan lebih dekat dengan dubur.
Untuk anak lelaki, perkara ini kurang menjadi tumpuan, sebaliknya perkara penting adalah bagi memastikan mereka dapat mengawal kedudukan zakar semasa kencing.
4. Guna taktik berbeza
Untuk mengekalkan minat si kecil semasa latihan tandas, anak perempuan anda mungkin lebih cenderung duduk di tandas lebih lama jika dipasangkan muzik kegemaran atau mempunyai teman untuk bercakap di tandas sepanjang ‘proses tersebut’ berjalan.
Cara potty training anak lelaki juga tidak jauh berbeza dalam penggunaan taktik. Cuma anda mungkin mendapati si kecil lebih tertumpu kepada zakar dan apa yang berlaku.
5. Tahap perkembangan
Secara purata cara ajar anak potty train bagi anak perempuan bermula ketika mereka berusia 30 bulan atau 2 tahun 5 bulan, manakala anak lelaki memerlukan lebih masa tambahan.
Pun begitu, segalanya bergantung kepada tahap kesediaan anak itu sendiri. Hanya anda dapat mengetahui bila si kecil sudah bersedia dan menyediakan pelan bersesuaian dengan tahap keperluan mereka untuk mencapai perkembangan tersebut.
Petua & cara ajar anak potty train untuk panduan ibu bapa
Tidak kira sama ada anak anda lelaki atau perempuan, berikut merupakan beberapa petua universal yang boleh dijadikan panduan:
Pastikan anak bersedia
Jika anda merasakan si kecil sudah bersedia untuk latihan tandas tetapi tidak berjaya, ambil masa untuk berehat seketika dan mulakan kembali proses dalam beberapa minggu atau bulan.
Jangkaan ibu bapa
Tiada had umur dan tempoh masa tetap untuk latihan tandas ini berjaya dilakukan. Namun secara puratanya ia boleh berlangsung sehingga 8 bulan.
Anda boleh membuat carian di internet untuk mendapatkan info dan pengalaman potty train ibu bapa lain. Tetapi jangan membiarkan pengalaman individu lain menekan anda untuk memulakan proses ini jika si kecil belum bersedia.
Jika bermula terlalu awal, ia boleh mengakibatkan anda berdepan proses yang lebih lama dan mungkin memenatkan.
Seperkara yang perlu anda ketahui, ada kanak-kanak mungkin hanya berminat untuk belajar melakukan satu perkara sahaja pada satu-satu masa.
Contohnya, anak mungkin berminat untuk mula membuang air kecil di dalam mini-potty dan selesa membuang air besar menggunakan lampin.
Sekiranya ini situasi yang anda alami, usah memarahi anak, sebaliknya tetaplah memberikan mereka galakan.
Kemungkinan akan terbabas
Walaupun anda berjaya menggunakan cara ajar anak potty train, masih wujud kemungkinan untuk si kecil ‘terbabas’ atau terkencing di atas katil semasa tidur mahupun ketika berada di luar.
Kemalangan yang tidak disengajakan ini boleh berlaku tidak mengira jantina si kecil. Jadi sentiasa bersedia untuk berdepan keadaan tersebut – meletakkan alas di katil dan membawa pakaian ekstra bersama ketika keluar.
Elakkan daripada memarahi anak sekiranya keadaan ini terjadi. Menjadikan latihan tandas sebagai pengalaman negatif pada mana-mana peringkat hanya akan menyukarkan anak untuk berjaya melepasi fasa ini.
Kesimpulan
Pengalaman setiap ibu bapa dalam melalui proses latihan tandas ini pastinya akan berbeza antara satu sama lain. Paling penting adalah untuk bersabar.
Cara ajar anak potty train dianggap berjaya apabila si kecil menyedari bahawa mereka perlu menggunakan bilik air, masuk ke bilik air sendiri serta boleh membersihkan diri selepas menggunakan tandas sama ada dengan sedikit atau tanpa bantuan.

Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik

Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang
The post Cara ‘Potty Train’ Anak Lelaki & Perempuan Tak Sama. Ada Banyak Perbezaan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/cara-potty-train-anak-lelaki-perempuan-tak-sama-ada-banyak-perbezaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pegang Iqra Seawal Umur 2 Tahun Ibu Ini Dedah Cara Jadikan Anak Pandai Mengaji

Pegang Iqra Seawal Umur 2 Tahun Ibu Ini Dedah Cara Jadikan Anak Pandai Mengaji

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 224 hits
Untuk ajar anak mengaji al Quran mungkin agak sedikit tricky lebih lebih lagi jika ia melibatkan anak pertama dalam keluarga Namun jika tahu langkah dan kaedah yang tepat ia boleh dilakukan tanpa sebarang masalah yang besar Ini perkongsian ...
Jangan Takut Bagi Suami Jaga Anak Cara Ika Nabella Tak Stres Urus Rumah Tangga

Jangan Takut Bagi Suami Jaga Anak Cara Ika Nabella Tak Stres Urus Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 157 hits
Dalam bab membesarkan anak dan menguruskan rumah tangga tak ada istilah isteri perlu buat semuanya Isteri patut beri kepercayaan pada suami kerana ini salah satu cara untuk memastikan masa rehat untuk isteri ada walaupun sekejap Cara ini ju...
Contraction Dah Ada Nanti Detik Bersalin Mua Bellaz Doa Sama Tarikh Anak Ketiga

Contraction Dah Ada Nanti Detik Bersalin Mua Bellaz Doa Sama Tarikh Anak Ketiga

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 135 hits
MUA yang cukup disegani MUA Bellaz menyatakan rasa terujanya untuk menantikan cahaya mata keempatnya beberapa hari lagi Sedang menunggu hari bersalin menerusi Facebooknya Bellaz meluahkan rasa teruja bercampur debaran menunggu detik bersali...
Cara Mengesan Gangguan Pada Anak Anak

Cara Mengesan Gangguan Pada Anak Anak

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 175 hits
AssalamualaikumApakah anda mempunyai anak yang anda rasakan lain dari anak anak yang lain seperti kerap sakit kerap demam selsema menangis di tengah malam kerap tersadung jatuh ketakutan anak yang sangat luar biasa selalu menceritakan terna...
Doktor Kongsi Cara Pilih Telur Berkualiti Untuk Anak Baru Anak Dapat Khasiat Sebenar

Doktor Kongsi Cara Pilih Telur Berkualiti Untuk Anak Baru Anak Dapat Khasiat Sebenar

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 243 hits
Umum mengetahui tentang khasiat telur terutama untuk anak kecil Namun nak memilih telur terbaik untuk anak juga perlu tahu caranya supaya anak dapat khasiat terbaik dari telur ayam Doktor Mazliana Mazlan berkongsi tip untuk memilih telur ya...
Nama Khair Ada Dalam Banyak Surah Mira Filzah Suami Kongsi Tutorial Pilih Nama Anak Guna Apps

Nama Khair Ada Dalam Banyak Surah Mira Filzah Suami Kongsi Tutorial Pilih Nama Anak Guna Apps

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 168 hits
Perkara paling payah sudah semestinya mencari nama terbaik buat anak yang bakal lahir Mahu nama ringkas dan penuh makna juga nama yang dapat membawa anak kecil itu menjadi lebih baik Itulah impian semua ibu bapa Perkongsian pelakon dan peng...
Asyik Mengelak Tak Nak Mandi Buat Je Beberapa Cara Ni Terus Anak Teruja

Asyik Mengelak Tak Nak Mandi Buat Je Beberapa Cara Ni Terus Anak Teruja

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 266 hits
Memang tidak dinafikan ada sesetengah kanak kanak liat sangat kalau disuruh mandi Mungkin kerana suhu air yang terlalu sejuk atau anak merasakan waktu mandi membosankan mereka mencari alasan untuk tidak mandi Mandi bukanlah sekadar untuk me...
Cara Lembutkan Hati Anak Sebutlah Ya Rauf Ya Latif Sambil Usap Belakang

Cara Lembutkan Hati Anak Sebutlah Ya Rauf Ya Latif Sambil Usap Belakang

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 240 hits
Setiap pasangan suami isteri pasti mengharapkan rezeki untuk memiliki zuriat sendiri Kehadiran anak dianggap sebagai penyejuk hati dan mungkin juga ujian buat kita Sehebat mana pun kita jadi ibu ayah mungkin ada juga sedikit cabarannya Tamb...
Negeri Banyak Sumbangan Kekayaan Paling Di Anak Tirikan

Negeri Banyak Sumbangan Kekayaan Paling Di Anak Tirikan

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 140 hits
22 Julai 20221 Akhirnya isu tuntutan waris kesultanan Sulu keatas aset Malaysia hanya dibenarkan dibincang ahli Parlimen di hotel Sari Pacific dan bukan di Parlimen semalam 2 Tuntutan waris kesultanan Sulu keatas aset Petronas berkaitan isu...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Ultimate Guide To Ghibli Park

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Honor Malaysia Bakal Lancar Empat Produk Baharu Pada 22 April

Finding Your Inner Peace Buddha Statues And The Path To Mindfulness

Bayi Meninggal Dunia Selepas Diberi Makan Cahaya Matahari

Banjir Besar 5 Negara Ragut Ratusan Nyawa

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur