Cara Paling Mudah Buat Website Wordpress Sendiri
Kalau anda sedang baca artikel ni maksudnya anda ingin buat website atau laman web sendiri. Saya pada mula-mula dulu terkial-kial juga mencari cara membina laman web sendiri. Lagipun masa tu saya bukannya tahu coding. Jenuh jugalah saya mencari di google. Baca banyak artikel pun tak faham-faham juga. Tapi lama-lama tahu jugalah. Lebih-lebih lagi bila dah kenal ramai orang di dalam bidang yang sama. Di sini saya mengajar anda cara buat laman web sendiri dengan menggunakan Wordpress sahaja, tak perlu coding. Ohya laman web yang saya guna sekarang ni adalah blogger, tapi saya juga menggunakan Wordpress.
Memang ramai yang cakap buat laman web Wordpress ni sangat senang, sangatlah mudah, seperti petik jari saja laman web tu dah muncul. Banyak juga yang beranggapan buat website Wordpress ni free. Wordpress tu memanglah free tapi nak mendesignkan laman web tu tak free.
Walaupun ramai yang mengatakan ia sangat mudah, tapi pada pendapat saya, anda tetap memerlukan kesungguhan yang kuat, kesabaran, ketabahan, keyakinan, dan ‘passion’…..bukan keghairahan ya? Lagi satu, sedikit wang untuk menjaminkan anda memperoleh website yang sempurna atau sekurang-kurangnya berfungsi elok.
Saya ni bukan otai buat website tapi saya di sini bercakap berdasarkan pengalaman sahaja. Jika ada pembaca yang rasa apa yang saya tulis tak betul silalah contact saya dan saya perbetulkan.
Okay. Ini adalah langkah-langkah untuk membuat laman web Wordpress sendiri.
1. Beli Nama Domain dan Hosting
Ada banyak laman web yang menawarkan nama domain. Terdapat macam-macam jenis harga juga. Saya biasanya beli dari Namesilo. Sebabnya, harga berpatutan, support pun laju dan bagus. Namesilo tak pernah mengecewakan saya.
Kalau anda nak tahu, domain name tu seperti nama website saya ni(sambalserai.com). Dalam Namesilo, harga domain dotcom dalam $6.99-$8.99. US DOLLAR ya bukan RINGGIT! .net, .org, .xyz pun ada, yang ni lebih murah harganya. Tapi orang biasanya beli .com. Tapi kena check dulu kat button Search tu kalau nama yang anda inginkan masih available. Kalau nama tu dah dibeli orang, anda kena cari nama lain. Jangan pula duk menaip/mencari domain yang dah diambil orang. Sebab domain ni unik, ianya satu jer dalam dunia ni.
Lepas tu anda kena beli hosting. Hosting ni macam rumah kepada laman web anda. Tiada rumah, tidak berjalan website tu. Kalau nak beli hosting boleh juga beli terus di Namesilo. Lebih mudah kan, tak payah beli sana-sini. Kang letih juga nak ingat banyak sangat akaun dan password. Saya cakap begini berdasarkan pengalaman, terlalu banyak akaun dan password perlu diingat dan disimpan. Tapi saya tidak mengehadkan pilihan anda. Di Malaysia banyak juga pembekal hosting. Google sahaja pasti banyak yang keluar. Namun, hati-hatilah memilih hosting. Kadang-kadang tu ada hosting murah giler..tapi servisnya hampeh…Slow tahap nak gila. So, elakkan hosting slow. Yang terlalu laju dan terlalu mahal pun elakkan juga. Anda baru jer nak belajar buat website, tak payah dulu yang terlalu mahal atau terlalu laju.
2. Pasang Theme dan Plugin
Selepas anda mendaftar hosting, anda akan diberi akses ke Cpanel. Di situ anda boleh memasang Wordpress. Terdapat butang install Wordpress di situ, ikut sahaja arahan. Namun pertama sekali, anda perlu tukar DNS di tempat anda beli domain tadi. Hosting akan beri DNS tu kepada anda. Selepas anda letak DNS dari hosting ke DNS tempat anda beli domain, anda kini boleh add domain di Cpanel.
Lepas add domain, anda boleh klik butang wordpress dan mula install.
Anda akan diberi akses admin Wordpress. Silalah masuk.
Lepas tu anda dinasihatkan untuk memasang Theme. Dari Appearance - Theme
Search theme percuma yang anda minati. Namun saya nasihatkan anda untuk menggunakan Premium theme supaya mudah untuk diedit dan customize nanti. Saya berkata begini berdasarkan pengalaman, sebab saya tidak suka free theme, ia melecehkan. Premium theme memang bukan murah, ada banyak macam-macam jenis harga.
Selepas memasang Theme, anda kini perlu memasang plugins. Antara plugin yang perlu dipasangkan adalah:
1. Yoast SEO
2. Google Analytics
3. Wordfence Security
4. UpdraftPlus
5. WPForm
Dan banyak lagi. Ikut kemahuan anda. Tapi jangan pula pasang plugin yang tidak diperlukan. Sebab ia akan membebankan website nanti. Jadi, pasang yang perlu sahaja. Contohnya plugin untuk SEO, Backup, Security. Untuk mula-mula bolehlah gunakan plugin yang free, kalua nak upgrade fungsi yang lebih baik anda boleh beli versi Pro bilalah website dah stabil.
Selepas semua ni selesai anda sudah boleh mengedit laman web. Anda boleh buat post, page, tukar warna, buat design dan macam-macam lagi. Dengan adanya website anda boleh mempromosikan bisnes, memperkenalkan bisnes kepada dunia. Macam-macam anda boleh buat sebenarnya.
Namun jika anda masih berasa sukar untuk memahami dan malas nak buat website sendiri, anda boleh hire saya untuk buat. Harga adalah berdasarkan kemampuan anda. KLIK DI SINI UNTUK HIRE SAYA.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sambalserai.com/2019/06/cara-paling-mudah-buat-website.html