Cara Mudah Semak Baki Ptptn
Siapa yang tak tahu cara mudah semak baki ptptn?ada ke yang geng dengan k.fiezz. haha. K.fiezz pun tak tahu ceritanya. Kemain lah beria sis call PTPTN. Dah lah nak kena tunggu mesin tu jawab dulu, lepas tu tekan satu satu arahan baru dapat cakap dengan customer service PTPTN. Leceh kan. Tapi nasib baik lah call PTPTN ni tak ambil masa lama sangat. Cuma membazir je lah kredit kita sebab nak tunggu tu pun dah kena caj. haha. Dasar kedekut camni ler. Jom k.fiezz ajar cara mudah semak baki PTPTN untuk sesiapa yang masa belajar dulu ada ambil loan pendidikan dengan PTPTN.
Mana tahu ada yang nak settle pinjaman PTPTN ni atau saja nak semak berapa lah baki pinjaman PTPTN kita yang bayar setiap bulan ni, hah. Kena lah ambil tahu juga kan. Duk bayar-bayar tapi tak tahu berapa baki lagi yang ada.
Senang je cara untuk semak baki pinjaman PTPTN ni. Ingatkan susah. K.fiezz pun baru tahu bila customer service PTPTN yang ajarkan masa k.fiezz call diaorang. Ingatkan nak kena isi borang bagai. Eh, sekali rupanya sonang je.Ni k.fiezz kongsikan dengan korang juga yang mana tak tahu cara untuk semak baki pinjaman PTPTN. Tak payah nak susah-susah bazirkan kredit telefon. Ni caranya.
CARA UNTUK SEMAK BAKI PTPTN Langkah 1 - Buka Website PTPTN. Lepas tu klik Bayaran Balik
Langkah 2 - Lepas dah klik bayaran balik tu, kita akan ke page berikutnya. Pilih Penyata Pinjaman Online
Langkah 3 - Dah klik kat Penyata Pinjaman Online tu, kita akan di bawah ke page berikutnya (rujuk di bawah). Semakan Penyata Pinjaman. Masukkan no. kad pengenalan, lepas tu klik kanta (carian yang kat sebelah tu. Langkah 4 - Lepas tu, kita akan ke page berikutnya (rujuk gambar di bawah), Permohonan Pinjaman/Semakan Penyata. Masukkan no. kad pengenalan & kata laluan. Kata laluan adalah no kad pengenalan sendiri.
Note - Sekiranya tak boleh masuk, klik reset password. Nanti password baru akan di hantar melalui e-mail yang kita dah daftar untuk PTPTN ni.
Langkah 5 - Dah berjaya masuk, klik Penyata Baki Terperinci.
Langkah 6 - Dah klik penyata baki tersebut, baru lah kita dapat tengok penyata seperti di bawah
Ni baki penyata pinjaman k.fiezz. Sorry kena hitamkan. hehe. Kang bocor rahsia berapa jumlah sis pinjam dengan PTPTN masa belajar dulu. hehe.
Dah tengok langkah-langkah ni, senang kan cara untuk semak baki pinjaman PTPTN. Lepas ni tak payah nak susah payah telefon customer service PTPTN. Semua di hujung jari je konsepnya sekarang.
Tak ada diskaun ke bayar awal?
Biasa kita dengar kan kalau bayar loan awal ada diskaun sikit. Untuk PTPTN ni, tak pasti pula k.fiezz. Kalau nak tahu, mungkin korang boleh terus ke mana-mana cawangan atau kaunter PTPTN yang berdekatan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2021/05/Cara-Mudah-Semak-Baki-PTPTN.html