Cara Mudah Ke Mid Valley Megamall The Gardens Mall
Cara Mudah Ke Mid Valley Megamall & The Gardens Mall
Cara Mudah Ke Mid Valley Megamall & The Gardens Mall | Cara Mudah Ke Mid Valley Megamall | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Memandangkan Momi ni pengunjung setia ke Mid Valley Megamall (sebab nak main Pokemon GO) , jadi Momi nak kongsikan dengan anda cara mudah ke Mid Valley Megamall dan The Gardens Mall. Jika dulu hanya ada bas dan KTM sahaja, tapi sekarang lebih mudah dengan beberapa alternatif lain untuk ke Mid Valley Megamall dan The Gardens Mall
Cara Ke Mid Valley Megamall Menaiki LRTCara terbaru ke Mid Valley Megamall kini lebih mudah dengan menaiki LRT. Laluan baru telah dibuka untuk pengguna LRT jika anda berhenti di stesen Abdullah Hukum. Jejantas dari Stesen LRT Abdullah Hukum sepanjang 70 meter itu dibuka bermula jam 6.00 pagi hingga 1.00 pagi setiap hari
Cara Ke Mid Valley Megamall Menaiki BasUntuk menaiki bas, anda boleh naik bas RapidKL : 500, 650, 781 dan 822. Selain itu, Mid Valley Megamall juga menyediakan bus Shuttle mengikut jadual yang disediakan dibawah dan mengikut keadaan trafik :
Bas Shuttle Percuma (Isnin - Khamis)Setiap 30 minit
Dari Stesen LRT BangsarBas Pertama : 8.05 pagiBas Terakhir : 10.40 malam
Dari Mid Valley MegamallBas Pertama : 8.10 pagiBas Terakhir : 10.45 malam
Tiada perkhidmatan shuttle pada waktu ini :10.55 pagi – 11.25 pagi3.10 petang – 4.10 petang7.30 malam – 8.00 malam
Bas Shuttle Percuma (Jumaat - Ahad)Setiap 30 minit
Dari Stesen LRT BangsarBas Pertama : 8.05 pagiBas Terakhir : 10.50 malam
Dari Mid Valley MegamallBas Pertama : 8.10 pagiBas Terakhir : 10.55 malam
Tiada perkhidmatan shuttle pada waktu ini :10.55 pagi – 11.25 pagi2.45 petang – 3.45 petang7.15 malam – 7.45 malam
Cara Ke Mid Valley Megamall Menaiki KeretapiJika anda dari Sentul, Rawang dan Seremban, lebih mudah jika anda menaiki Keretapi KTM Berhad dan berhenti di stesen Mid Valley atau stesen Abdullah Hukum
Haa.. mudah kan? Lepas ni tak perlu pening-pening nak ke Mid Valley, risau tiada parking dan sebagainya. Sekarang lebih mudah dan senang untuk ke Mid Valley Megamall. Harap info ini dapat membantu anda. Terima kasih
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.rafzantomomi.com/2020/01/cara-mudah-ke-mid-valley-megamall.html