Permohonan Rayuan Bsh Fasa 3 Jangan Lakukan Kesilapan Ini Semasa Permohonan Rayuan Bsh 2020
PERMOHONAN RAYUAN BSH FASA 3: JANGAN LAKUKAN KESILAPAN INI SEMASA PERMOHONAN RAYUAN BSH 2020
Jangan sesekali ikut kesilapan ini jikalau anda tidak mahu ada masalah kelulusan permohonan & proses kemaskini bantuan sara hidup anda kelak
SENARAI KESILAPAN SEMASA BUAT PERMOHONAN RAYUAN BSH FASA 3
JANGAN sesekali letak no akaun bank suami ketika permohonan dan kemaskini sebaliknya letak nombor akaun bank ISTERI
JANGAN sampai ada pertindihan maklumat. Ibu tunggal sila sertakan surat pengesahan cerai dan surat hak kelayakan penjagaan anak (dapatkan daripada surat perintah mahkamah) kepada LHDN secara manual. Untuk kelulusan yang lebih mudah!
JANGAN biarkan bekas suami anda menggunakan nama anda semasa permohonan yang dilakukannya
Baca PERMOHONAN RAYUAN BSH 2020 BAGI ISI RUMAH BERCERAI
JANGAN abaikan situasi yang mana nama anda tidak berjaya didaftarkan disebabkan suami anda telah daftarkan bersama madu yang lain (POLIGAMI). Sila CHECK!
JANGAN hantar permohonan ketika anda berada di luar negara
JANGAN pandang ringan aktiviti ulang alik ke Thailand atau Singapura untuk urusan kerja. Jadi anda perlu buktikan dan mengesahkan yang anda sedang bekerja di Singapura atau Thailand tetapi masih tinggal di Malaysia melalui bil elektrik dan bil air terkini serta surat pengesahan majikan
JANGAN letak anak tiri dalam senarai tanggungan anda
JANGAN letakkan nombor telefon lama anda semasa proses pendaftaran dan kemaskini
JANGAN biarkan status meninggal dunia suami atau isteri tanpa ada sokongan surat pengesahan kematian semasa memohon ataau kemaskini maklumat
JANGAN biarkan status perkahwinan anda menjadi sebab permohonan dan kemaskini yang anda lakukan ditolak. Seeloknya kepilkan bersama salinan sijil kahwin semasa permohonan dan kemaskini untuk tujuan pengesahan
JANGAN ambil remeh nama anda dalam syarikat yang berdaftar dengan SSM. Ini kerana Ada SSM, secara automatik LHDN anggap pendapatan anda RM2k walaupun pendapatan bisnes anda bulan-bulan RM1500 sahaja.
Memang syarat begitu. Ikut sahaja. SSM RM2k + gaji KASAR suami + isteri. Selagi nama anda dalam SSM yang tidak dipotong, selagi ituah nama anda disenaraikan sebagai SSM aktif walaupon telah dibatalkan.
NOTA TAMBAHAN : PENDAPATAN KASAR bukannya gaji dan pendapatan bersih.
Jikalau sebenarnya syarikat anda sudah tidak aktif, batalkan ssm dan bawa surat sijil yang mengesahkan nama anda telah dipotong pada ssm.
Ada borang yang perlu anda isi di SSM untuk proses pembatalan dan tamat syarikat. Kena caj bayar RM10 untuk 1 ssm.
Dan tunjukkan bersama penyata bank antara 3 hingga 6 bulan kepada LHDN.
The post PERMOHONAN RAYUAN BSH FASA 3:JANGAN LAKUKAN KESILAPAN INI SEMASA PERMOHONAN RAYUAN BSH 2020 appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/permohonan-rayuan-bsh-fasa-3jangan-lakukan-kesilapan-ini-semasa-permohonan-rayuan-bsh-2020.html