Mohon Segera Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Untuk Anak Negeri Sembilan
Berita baik untuk anak Negeri Sembilan, anda kini boleh mohon Bantuan Sara Hidup Mahasiswa bagi pelajar di pelbagai peringkat pengajian di IPT.
Bantuan ini bertujuan bagi membantu meringankan beban mahasiswa Anak Negeri Sembilan yang datang dari keluarga berpendapatan rendah. Bantuan sebanyak RM100 sebulan akan diberikan kepada pelajar yang berkelayakan.
Cara Mohon Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan
Bagi Tahun 2020, permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) Mahasiswa Anak Negeri Sembilan perlu dibuat melalui talian terus (online) mengikut kawasan DUN tempat tinggal masing-masing.
Setiap DUN telah disediakan link untuk pemohon memohon mengikut tempat DUN masing-masing.
Contoh: Pemohon yang tinggal dikawasan DUN Sikamat ,perlu menggunakan link DUN Sikamat untuk memohon.
ChennahTemiangPertangRepah RahangGemasBukit KepayangSri TanjungSeremban JayaLinggiLenggengBagan PinangLobakKotaSenalingSikamatSungai LuiAmpanganJuassehMambau BahauGemenchehChuahJoholLukutJeram PadangPalongParoiLabuNilaiKuala KlawangSertingKuala PilahSeri MenantiRantauChembong
Selain itu, bagi penerima BSH Mahasiswa 2019 juga perlu membuat permohonan semula untuk mendapatkan bantuan ini.
BACA : Bantuan Pendaftaran Pelajar Ke IPT, iBITA Negeri Pulau Pinang Sudah Dibuka
Syarat Permohonan
Pendapatan ibu bapa / isi rumah kurang dari Rm 3930.00 (B40)Pengajian sepenuh masa dari semester 2 dan ke atasPeringkat Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah Sarjana di IPTA dan POLITEKNIKPemohon anak kelahiran Negeri Sembilan (05/59/31)Ibu ATAU bapa lahir di Negeri SembilanJika tidak lahir di Negeri Sembilan dan Telah menetap lebih dari 8 tahun di Negeri Sembilan sila buat pengesahan sijil sekolah rendah dan menengah melalui pejabat DunPemohon yang telah mendapat sebarang bantuan Biasiswa atau bantuan kewangan dari mana-mana agensi tidak akan dipertimbangkanIbu atau bapa mestilah penerima BSHBorang permohonan yang tidak lengkap (tidak menjawab semua ruangan) tidak akan diprosesMendapat pengesahan daripada Pejabat DUN dan Pihak Universiti
Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang Yayasan Negeri Sembilan di www.yns.gov.my anda hubungi pihak YNS di
Tel : 06-762 8046
Emel :
[email protected]
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://pendidikan4all.net/bantuan-sara-hidup-mahasiswa-negeri-sembilan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bantuan-sara-hidup-mahasiswa-negeri-sembilan