Cara Beli Rumah 2020 Proses Dari Mula Dapat Kunci Elak Ditipu


Cara Beli Rumah 2020, Proses dari mula - dapat kunci | ELAK KENA TIPU!Ditulis oleh: Afiq ShamnazriGreat Casa Realty(twitter @AfiqShamnazri)
Thread ni untuk sesiapa yang nak tahu proses untuk beli rumah. Lepas baca thread ni korang akan dapat idea sikit la flow beli rumah dari mula sampai la dapat kunci.
Buat yang pernah baca sebelum nih content kali ni up to date dan ada penambahan info penting.
#SekolahPropertycara beli rumah proses dari loan depositNiat saya share ni untuk bagi semua orang tahu cara nak beli rumah, proses dia, apa yang perlu korang sediakan, bukan nak kata semua orang kena beli rumah.
Kadang-kadang ada jumpa orang yang stress sebab tengok kawan-kawan dah beli rumah, unnecessary pressure, faktor dari social media.
Ambil inspirasi dari kejayaan orang lain bagus tapi jangan terlalu be hard on yourself.  Kena ingat hidup kita subjektif. Jangan compare hidup kita dengan orang lain.cara beli rumah proses dari loan depositSharing ni secara general proses beli rumah dari A-Z. Setiap point tu ada banyak lagi kena tahu so boleh cari bahan bacaan lain. Google je. Matlamat sharing ni nak korang tahu proses dulu. At least get the flow proses dia.
Okay jom kita start.
Kita pecahkan kepada 3 fasa supaya tak pening sangat.
1. Fasa persediaan2. Fasa pembelian3. Fasa tukar nama
1. FASA PERSEDIAAN
Fasa persediaan ni maksudnya bila korang ada niat nak beli rumah benda ni yang korang patut buat:
+ Semak berapa loan rumah yang korang boleh amik.Loan ni part paling kritikal melainkan korang beli cash boleh skip part ni.
Bank akan tengok 3 benda ni nak approve/reject loan kita:- Income- CCRIS- Scoring
(i) INCOME
Income bank akan kira DSR (Debt Service Ratio).
DSR ni dalam Bahasa mudah percentage loan yang korang boleh amik mengikut gaji korang.
Contoh gaji korang 3,000 then ada loan 1,500 komitmen bulanan so, DSR korang 50% la. Kalau lebih certain percent DSR tu loan mungkin kena reject. Lagi banyak gaji lagi besar peratus DSR yang korang boleh ambil.
Contoh gaji 10k, DSR 80% pun boleh lepas lagi sebab balance 20% tu ada lagi 2000. So pada pandangan bank dia masih ada lagi 2000 as living cost.
Term dia Ndi (net disposable income). Kalau gaji < 3,000 korang tolak segala komitmen baru and lama korang tu then kena ada at least 1,000-1,200 (beza ikut bank) boleh lepas.
Contoh dekat gambar ni, tapi ni maybe tak up to date just nak bagi korang the idea.perbandingan net disposable income (NDI) bank di MalaysiaCredit to Amir Syahir.
Formula untuk kira DSR untuk beli rumah:
Komitmen lama + Komitmen bulanan rumah yang baru nak beli / gaji bersih x 100
Contoh:Komitmen lama: 400 (kereta)Komitmen baru : 900 (anggaran bayaran bulanan rumah harga 200k)Gaji bersih: 2,800
400 + 900 / 2800 x 100= 47% *check mark
(ii) CCRIS
Ccris ni record kalau ada commitment dengan bank. Kalau ada commitment dengan bank kena la bayar ikut time.
Kalau takde record langsung boleh apply ke?
Boleh.
Jangan  fully utilize loan. Kira boleh lepas 300k. Amik la loan 250k. Selain tu korang kena score part scoring.
(iii) SCORING
Scoring ni maksudnya kau ni ada ciri-ciri seorang peminjam yang baik.
Antara benda yang bank refer:- CCRIS- Kerja permanent/contract- Kerja dah berapa lama- Position kerja- Ada personal loan (tak bagus)- Saving (Bank/Tabung HJ/ASB)- Umur
Setiap benda ni ada point dia. Contoh CCRIS tak ada record tapi benda benda lain tu semua ada point boleh lepas loan tu.
Document apa yang bank nak?
1 copy ic2 payslip3 bank statement4 epf5 employment letter
Boleh je mintak tolong agent tolong check kelayakan loan korang. Biasa agent akan liase terus dengan banker. Bagi je korang punya document tu.
So settle satu part iaitu loan.
Extra tips untuk loan:Setiap bank ada pakej sendiri dan kriteria yang dorang nak berbeza. Jadi boleh survey sendiri bank mana yang sesuai untuk anda. Takkan ada bank yang terbaik cuma ada bank yang sesuai. Pengiraan DSR bank pun berbeza.
Boleh walk in dekat branch bank dan pergi terus jumpa mortgage banker. Lagi mudah kalau ada kawan agent yang bagus sebab normally agent ada network banker dia sendiri.
Next pasal deposit pulak.
Kos-kos yang terlibat untuk beli rumah:Paling terbaik kalau boleh sediakan 15% dari harga rumah.
Contoh rumah harga 200kDeposit owner 10%: 20kOther fees 5%: 10k
Contoh RM200,000 harga rumah. Kena ready RM30,000. Ini the best-case scenario lah kalau boleh sediakan memang bagus tapi kalau tak cukup boleh ke?
Boleh.
Pilihan lain untuk deposit 10% kepada adalah dengan guna duit EPF acc 2. Boleh keluarkan 10% dari harga rumah atau semua nya sekali (mana yang lagi rendah).
Contoh 10% deposit 20k dalam epf acc 2 ada 19k jadi boleh keluarkan semua la.
Contoh 10% deposit 20k dalam epf acc 2 ada 100k. Boleh keluarkan 20k sahaja.
Pilihan lain kalau nak beli rumah dengan deposit minimum adalah dengan beli project baru. Setiap project ada pakej pakej developer yang bantu kurangkan deposit.
Other fees yang pembeli kena prepare:
1. Lawyer snp fees: Ikut harga rumah (ada lawyer yang boleh bantu bayar secara bulanan)2. Loan lawyer fees3. Valuer4. Insurance
No 2,3,4 berkaitan bank. Ada bank yang boleh finance into loan jadi membantu korang yang nak kurangkan deposit just kena bayar bulanan je nanti.
Lepas tahu berapa loan korang boleh amik last thing to do is korang kena buat plan. Plan pasal rumah tu.
Benda benda yang kena fikirkan:
- Nak duduk atau sewakan- Nak duduk lama or sekejap- Dalam masa 5 tahun lagi ada nak beli rumah lain tak- Ada plan nak kahwin dalam masa terdekatcara beli rumah proses dari loan depositSebab bila korang amik loan. Commitment kena bayar setiap bulan. Perbelanjaan korang pun akan berubah sikit. Yela nak bayar hutang bank.
Lepas dah ada proper plan barulah korang dah settle fasa pertama which mean korang dah sedia lah nak beli rumah.
Fasa persediaan *checked!
2. FASA PEMBELIAN
Bila fasa pembelian ni nak window shopping refer balik dekat 'plan' yang korang buat masa fasa persediaan tu. Carilah rumah yang match dengan criteria yang korang nak. Tak dapat semua ada few yang match pun okay.
Dah jumpa rumah yang berkenan kenalah bagi booking untuk proceed dengan langkah seterusnya.
PENTING: Duit booking mestilah kepada property agency atau law firm (third party) walaupun beli dekat sedara, jiran, kenalan. Jangan bank in kepada akaun personal. Sebab apa?
Sebab property agency atau lawyer akan act ikut standard conduct by Lembaga Penilai Pentaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH).
Kalau loan reject standard conduct akan fully refund. Dulu aku ada client beli dekat jiran. Dah bagi booking RM2,000 dekat pakcik tu. Sekali lawyer kata tak lepas untuk beli sebab tak lepas syarat consent Selangor. Masalahnya duit RM2000 tu pakcik dah guna.
Amount booking ialah 3.18% dari harga rumah tu.
Contoh harga rumah RM200,000= 3.18% x RM200,000= RM6,360
Bila dah bayar booking then owner pun dah signed. Form tu attach sekali dengan document document untuk loan tadi korang submit la dekat bank untuk apply loan. Takpun certain agent dorang yang tolong buatkan.
Kalau document semua lengkap dalam masa seminggu dah boleh dapat approval loan.
Bila loan dah approve agent akan inform lawyer untuk prepare Sale & Purchase Agreement (Snp). Dalam masa 2 minggu dah boleh sign.
Masa sign snp ni kena la bayar balance deposit. Booking dah bayar 3%, jadi ada lagi 7%.
6.82% dari RM200,000= RM13,640
Kalau nak keluar epf tak perlu la bayar benda ni. Untuk rumah freehold lepas sign snp dah terus boleh keluarkan epf. Kalau rumah leasehold kena tunggu dapat consent dulu.
Selesai fasa no 2 iaitu Fasa pembelian *checked!
3. FASA TUKAR NAMA
Fasa tukar nama ni korang boleh tenang sikit. Sebab banyak lawyer je yang buat kerja.
Rumah freehold kebiasaan ambil masa 3-4 bulan.Rumah leasehold 6 bulan - setahun.Kalau rumah lowcost dia lambat sikit sebab kena minta consent.
Apa yang korang kena buat just follow up sebulan sekali dekat lawer proses dia. Jangan la nak marah-marah lawyer sebab proses ni bukan satu pihak je. 2 3 pihak terlibat.
Kadang-kadang pending dekat tempat lain lawyer takleh proceed.
Sampai satu masa bank yang kita apply loan akan release certain amount of duit kepada acc bank home loan owner (kalau owner masih ada hutang). Term dia first disbursement. Ni procedure biasa bank.
Kalau kita jual rumah pun bank akan tutup hutang kita dulu then akhir sekali akan dapat net duit kita. Kalau bank bagi sekali dengan hutang-hutang tu memang lari tak bayar hutang la.
Pada masa ni rumah masih milik owner sebab owner tak dapat duit lagi. Ada few processes before bank release semua balance loan.
Jadi bila dah settle semua lawyer akan panggil  tengok rumah. Korang datang la tengok rumah tu. Kalau benda kecik tutup sebelah mata la, dulu pun kita kemain nego harga. Cuma check jela tiba-tiba pintu takda pulak ke boleh la claim.
Kalau semua okay boleh la ambik kunci dari lawyer.
So tadaaa. Dah dapat la kunci rumah pertama anda.
Sebab korang susah payah kan nak beli. Lepas dapat kunci ada last benda kena buat iaitu tukar nama dekat bil air, api, indah water, maintenance, cukai taksiran. Biasa rumah pertama ni mesti korang sayang lebih sikit.
Hopefully korang ada dapat ilmu la lepas baca thread ni.
Kalau korang belajar sesuatu harap dapat share tweet (post) ni supaya orang lain dapat manfaat sama.
Kalau nak tanya apa-apa soalan boleh click link ni ya https://linktr.ee/afiqshamnazri
Terima kasih, stay safe :D
SESI SOAL JAWAB (Q&A) PROSES BELI RUMAH TERKINI
Q: Kalau nak beli rumah cash, duit deposit atau duit apa-apa bayaran, sepatutnya bayar kt siapa? Nak elak kes kena tipu. Saya pernah baca kes yang dah bayar booking/ deposit tapi duit kena songlap dan rumah tak dapat.
A: saya ada explain dalam thread ni.
Q: Sorry saya tak jumpa. Ada baca yang booking brapa %, deposit brapa %, tulis bayar kat owner. So elok kita bagi bank draft ke? Atau bukti bayar tu resit transfer atau cdm je dah cukup? Bukan bayar atas nama lawyer kan?
Wonder jugak kalau bayar cash, kita bawak cash semua ke? Atau melalui bank?
A: Better melalui bank je. Saya pernah ada buyer bayar cash 14k. Berpeluh ketiak nak bawak pergi bank nak pergi cash in..........
Q: Kalau ccris tak cantik, ada effect rate interest bank tak?
A: ya kalau approve. sebab bank tengok as peminjam berisiko. Takpun tak dapat approval terus......
Q: Selalunya akan ambik masa berapa lama ya untuk dapat kunci rumah bila dah sign snp? Projek rumah yang dibeli tu dah siap.
A: sama macam proses yang saya share. refer fasa tukar nama.
Moga bermanfaat!
Till next time, daa~ wassalam! :)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sayidahnapisah.com/2020/08/cara-beli-rumah-2020-proses-dari-mula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
E Lelong Daftar E Bidding Cara Beli Rumah Lelong Di Malaysia 2020

E Lelong Daftar E Bidding Cara Beli Rumah Lelong Di Malaysia 2020

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 341 hits
E LELONG DAFTAR E BIDDING CARA BELI RUMAH LELONG DI MALAYSIA 2020 APA ITU E LELONG e Lelong adalah satu sistem pertama di Malaysia yang mengendalikan lelong awam harta tak alih di Mahkamah secara atas talian mengikut masa sebenar di mana pe...
Nak Beli Rumah Pertama Tapi Tiada Deposit Ini Cara Dapatkan Insentif Rm30 000

Nak Beli Rumah Pertama Tapi Tiada Deposit Ini Cara Dapatkan Insentif Rm30 000

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 424 hits
Buat anda yang ingin memiliki rumah pertama pasti anda pernah dengar dengan skim perumahan pertama yang diperuntukkan oleh kerajaan Skim MyDeposit ini membolehkan anda mendapat insentif sebanyak RM30 000 untuk membuat deposit rumah pertama ...
Cara Mudah Buat Pemeriksaan Puspakom Bagi Proses Pindahmilik Kenderaan

Cara Mudah Buat Pemeriksaan Puspakom Bagi Proses Pindahmilik Kenderaan

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 525 hits
Kebelakangan ini ramai yang ingin menjual kenderaan lama mereka namun ada halangan kecil untuk melakukann proses itu iaitu pihak JPj mewajibkan kenderaan tersebut di hantar untuk pemeriksaan di Puspakom sebelum pindahmilik di lakukan Pemeri...
Cara Mudah Dan Praktis Basmi Rayap Di Rumah

Cara Mudah Dan Praktis Basmi Rayap Di Rumah

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 344 hits
Rayap merupakan serangga kecil yang keberadaannya bikin jengkel Bagaimana tidak meskipun memiliki tubuh yang kecil namun serangga ini sangat rakus Serangga kecil ini mampu merusak barang barang yang terbuat dari kayu bahkan rayap juga sanga...
Cara Tuntut Gantirugi Pemaju Lewat Serah Milikan Kosong Dan Kecacatan Rumah Baru

Cara Tuntut Gantirugi Pemaju Lewat Serah Milikan Kosong Dan Kecacatan Rumah Baru

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 800 hits
CARA TUNTUT GANTIRUGI PEMAJU LEWAT SERAH MILIKAN KOSONG ATAU KECACATAN RUMAH BARU Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini Lately susah sangat curi masa tulis post dalam blog Idea banyak sampai tak tahu nak cerita...
5 Idea Dan Cara Mudah Buat Duit Dari Rumah

5 Idea Dan Cara Mudah Buat Duit Dari Rumah

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 446 hits
Cara Mudah Buat Duit dari Rumah Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia Sejak berlaku penularan Covid 19 di seluruh dunia semua
Cara Pembayaran Bsh 2020

Cara Pembayaran Bsh 2020

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 412 hits
CARA PEMBAYARAN BSH 2020 Kepada yang telah membuat permohonan dan hanya menunggu duit yang akan dimasukkan oleh kerajaan bagaimana CARA PEMBAYARAN BSH 2020 CARA PEMBAYARAN BSH 2020 Cara pembayaran BSH 2020 terbahagi kepada dua iaitu pengkre...
Cara Tebus E Wallet Mysejahtera Rm50 2020

Cara Tebus E Wallet Mysejahtera Rm50 2020

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 816 hits
MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaann Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID 19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri Cara Tebus E Wallet MySeja...
Cara Mohon I Suri Untuk Suri Rumah Bantuan Kerajaan Rm480 Setiap Tahun

Cara Mohon I Suri Untuk Suri Rumah Bantuan Kerajaan Rm480 Setiap Tahun

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 405 hits
i Suri adalah perlindungan kewangan bagi suri rumah Golongan suri rumah ini sudah boleh memilih untuk mencarum di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dengan insentif khas di bawah i Suri Cara Mohon i Suri Untuk Suri Rumah Bantuan Kerajaan RM480 ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba