Cara Mohon Program Payung Rahmah 2023
Cara Mohon Program Payung Rahmah 2023.
Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah hari ini admin ingin berkongsi sedikit maklumat berkaitan dengan insiatif yang dibuat oleh kerajaan sekarang untuk rakyat rakyat yang kurang kemampuan lebih-lebih lagi golongan yang digelar B40
Kerajaan sekarang sangatlah menitikberatkan akan permasalahan yang besar di kalangan rakyat iaitu masalah kos sara hidup yang tinggi bahan-bahan dapur yang tinggi menyebabkan rakyat sukar untuk berbelanja lebih.
Di sini pelbagai insentif atau jenis bantuan kewangan yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan.
Jom ikuti info berkaitan dengan Cara Mohon Program Payung Rahmah 2023
Ikuti Telegram kami untuk mengetahui berkaitan dengan info info bantuan kerajaan, info kerjaya dan maklumat berkaitan dengan kerajaan di bawah:
Cara Mohon Program Payung Rahmah 2023
Makluman kepada pembaca bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai kementerian atau jabatan jabatan di peringkat Persekutuan atau negeri yang bersesuaian dengan tugas tanggungjawab dan kumpulan yang telah ditekankan
Antara salah satu bantuan atau insentif yang terbaru adalah Cara Mohon Program Payung Rahmah 2023 yang telah diwujudkan oleh ketua atau kementerian perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup kpdn bagi bantuan tahun 2023
Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, inisiatif itu turut meliputi Bakul Rahmah, Jualan Rahmah, Kafe Rahmah dan Pakej Rahmah yang akan diancarkan esok dengan mendapat kerjasama pelbagai rakan strategik KPDN
Kita selepas ini akan berunding lagi dengan beberapa pihak yang berminat dan lancar satu-persatu di seluruh negara dalam masa 100 hari saya berada di KPDN dalam usaha membasmi kelompok miskin tegar,” kata beliau dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan KPDN serta menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2023 di sini hari ini.
Berdasarkan data terbaharu yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia, setakat akhir tahun lalu dianggarkan terdapat kira-kira 130,000 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar.
Kelompok berkenaan ujarnya, banyak bergantung kepada kerajaan dan KPDN terlibat secara langsung terutama dalam penetapan harga kawalan pelbagai barang yang bersubsidi.
KPDN turut memperkenalkan Rezeki Suri dan Aduan Suri bagi membantu golongan suri rumah mudah menjana pendapatan dan mengemukakan aduan terus kepada pihak KPDN.
Selain itu tambah beliau, Tabung Amanah Pembangunan Peruncitan Bumiputera juga akan dilancarkan untuk penambahbaikan 30 peratus ekuiti Bumiputera dalam pasar raya.
Salahuddin turut mengumumkan beberapa tawaran menarik berkuat kuasa serta merta bagi orang awam yang berurusan dengan KPDN dan semua agensinya di seluruh negara antaranya akuan penerimaan aduan lengkap daripada satu hari bekerja kepada dua jam sahaja selain maklum balasnya dalam masa hanya 14 hari berbanding 21 hari bekerja.
Juga kelulusan pendaftaran aktiviti perniagaan syarikat menerusi sistem MySafe daripada empat hari bekerja kepada tiga hari bekerja selepas permohonan yang lengkap diterima.
“Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) turut menawarkan pengurangan kompaun hingga 90 peratus daripada nilai asal bagi kesalahan lazim atau berstatus bubar,” kata beliau
Sumber: Utusan Malaysia
Apa itu Payung Rahmah Dan Cara Mohon Program Payung Rahmah
Cara Mohon Program Payung Rahmah 2023 atau bantuan ini pada awalnya adalah untuk membantu mereka yang memerlukan yang berada dalam kesusahan kewangan khususnya lagi untuk meringankan beban golongan b40 yang mana tidak ada gaji yang tetap
Di sini kami kongsikan antara inisiatif daripada bantuan-bantuan yang akan dilaksanakan dibawah payung Rahmah
BAKUL RAHMAH
Bakul Rahmah ialah pembahagian bakul makanan yang akan diberikan pada setiap bulan.
BARANGAN RAHMAH
Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata demikian pada sidang media selepas majlis kesyukuran Parti Amanah Negara (AMANAH) Parlimen Pulai, pada 7 Januari 2023.
Barangan Rahmah pula merupakan pakej 10 barangan asas yang dijual pada harga lebih rendah untuk golongan B40.
KAFE RAHMAH
Kafe Rahmah pula merupakan insentif khusus untuk pelajar universiti bagi mendapatkan makanan pada harga lebih murah kepada pelajar yang susah pasti akan dibantu.
JUALAN RAHMAH
Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata Cara Mohon Program Payung Rahmah 2023 ini merupakan hasil kerjasama pihaknya dengan beberapa kementerian seperti Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian Pertanian dan Keselamatan Makanan.
“Econsave telah bermurah hati untuk menyampaikan Sumbangan Bakul Rahmah kepada tiga puluh penerima di sekitar Pandamaran dan Klang.
“Pasar Raya Econsave juga menyambut amanat saya dengan pelancaran Kempen Penurunan Harga 1,000 Barangan yang dijual dalam Pasarayanya seluruh negara,” katanya.
Baca juga selain dari Cara Mohon Program Payung Rahmah 2023:
Inisiatif Payung Rahmah: Senarai Bantuan untuk Golongan B40
Cara Mohon Program Payung Rahmah 2023 Merupakan Inisiatif Jualan Rahmah
Dalam masa sama, Jualan Rahmah pula adalah program jualan murah sepanjang tahun yang akan dilaksanakan oleh hypermarket dan pasaraya di seluruh negara.
“Kita mengajak semua pasar raya di seluruh negara menyertai Jualan Rahmah. Setakat ini, pihak kementerian sudah dan sedang membincangkan kerjasama dengan beberapa pasar raya, antaranya Econsave, Mydin, Aeon Big, 99 Speedmart.
“KPDN boleh memberi permit jualan murah bagi mana-mana pasar raya untuk melaksanakan Jualan Rahmah sehingga empat bulan dengan sasaran tawaran harga barangan keperluan antara 10 hingga 30 peratus lebih murah berbanding pasaran.” kata Salahuddin .
Menurutnya lagi, program berkenaan merupakan langkah jangka pendek bagi mengurangkan beban sara hidup golongan B40 dalam tempoh enam bulan dan dijangka dilaksanakan dalam tempoh .
Maklumat lanjut tentang Cara Mohon Program Payung Rahmah 2023 ini dan cara permohonan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Diharapkan Bantuan Diperkenalkan Oleh Kerajaan Membantu Anda
Alhamdulillah semoga Cara Mohon Program Payung Rahmah 2023 yang telah diperkenalkan oleh kerajaan sekarang dapat membantu rakyat Malaysia yang mengalami bebanan kewangan atau masalah kos sara hidup dapat dikurangkan dengan jayanya insya-allah.
Maklumat Tambahan:Cara Mohon Program Payung Rahmah 2023
Apa itu KPDN?
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ialah sebuah kementerian Malaysia yang ditubuhkan pada 27 Oktober 1990 untuk menggalak pembangunan perdagangan dalam negeri serta untuk meningkatkan keberkesanan perlindungan pengguna. Menteri KPDN yang terkini ialah Datuk Seri Salahuddin Ayub. Kementerian ini dahulunya dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Sejarah Penubuhan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna ditubuhkan pada 27 Oktober 1990. Matlamat penubuhan Kementerian adalah untuk menggalak pembangunan perdagangan dalam negeri yang beretika dan melindungi kepentingan pengguna
Bidang tugas dan fungsi
KPDN mengawalseliakan perdagangan dalam negeri melalui:
Penentuan dan pemantauan harga barang-barang perlu
Perlesenan dan pengawalan pengeluaran, pengedaran dan penjualan barang-barang perlu
Hal ehwal perlindungan pengguna
Urusan berkaitan harta intelek yang meliputi hak cipta, cap dagangan, paten dan rekabentuk perindustrian
Perlesenan bagi penjualan dan pengedaran barangan petroleum dan petrokimia
Penyelarasan dasar: peraturan dan aktiviti-aktiviti berkaitan keselamatan industri petroleum, petrokimia dan gas
Pelesenan urusniaga jualan langsung
Membanteras penyelewengan dalam perdagangan
Perlaksanaan peraturan timbang dan sukat
Pendaftaran dan penyeliaan syarikat dan syarikat-syarikat amanah
Pendaftaran dan penyeliaan perniagaan-perniagaan
Penggubalan dan pengkajian dasar dan strategi berkaitan pembangunan perdagangan dalam negeri, kepenggunaan dan harta intelek.
Jabatan/Agensi Yang Terlibat:
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2023/04/cara-mohon-program-payung-rahmah.html