Maggi Memperkenalkan Program Mentor Wanita Cukup Berani Maggi 2023 Kerjasama Bersama Google Meta Dan Tiktok
Mengukuhkan komitmen syarikat untuk memperkasa wanita dan pemilik perniagaan kecil menerusi Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® (PMWCBM), sekali lagi MAGGI® kembali dengan usaha sama tiga buah syarikat gergasi teknologi – Google, Meta dan TikTok untuk menawarkan bengkel peningkatan kemahiran dan Masterclass dengan tumpuan terhadap penghasilan kandungan untuk media sosial, perkembangan peribadi dan strategi untuk mengembangkan perniagaan makanan.
Saya, bersama Pemenang Musim Pertama (Nur Hidayah Jeffri - Pemilik Hidayah Kitchen) dan Pemenang Musim Kedua (Nur Syahidah Amullah Abdul Rahim - Pemilik Syahidah's Food)
Berikutan peningkatan pengaruh media sosial dan pertumbuhan landskap digital, para pempengaruh media sosial dan pencipta kandungan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi permintaan pasaran pada sesebuah jenama. seiring dengan itu, MAGGI® mengambil langkah seterusnya untuk menambahbaik Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® bagi membuka peluang kepada wanita Malaysia terus menjaga pendapatan dengan mencipta kandungan berasaskan makanan dan memajukan perniagaan makanan mereka secara dalam talian.
Meraikan Hari Wanita Antarabangsa baru-baru ini, Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad berkata “Kami menyedari akan kemajuan yang dicapai oleh wanita setakat ini disamping memperbaharui komitmen untuk terus membawa perubahan yang positif ke arah membina kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman untuk seluruh komuniti di Malaysia. Dengan ketibaan era pendigitalan, Nestlé menerusi MAGGI® menggalakkan kesaksamaan gender dengan meningkatkan kemahiran dan memperkasa wanita dalam dunia digital. Kami berusaha untuk membantu wanita membina keyakinan diri dan menyumbang kepada tahap kewangan yang lebih baik untuk mereka."
Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI® di Nestlé (Malaysia) Berhad, Geetha Balakrishna berkata, "Ketika kita semakin maju ke hadapan bagi menyokong wanita dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran, kita perlu sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dan membuat perubahan tidak kira sekecil mana usaha kita. Kita perlu sentiasa bertanya kepada diri sendiri, 'Apa perubahan anda hari ini?'. Kami yakin bahawa menerusi Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI®, kami akan dapat meneruskan usaha dalam menggalakkan wanita untuk melakukan perubahan positif sejajar dengan semangat 'Tak Kenal, Tak Cinta' MAGGI® CukupRasa."
Ketika bercakap di majlis pelancaran, YB Dato' Sri Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berkata, "Tema Hari Wanita Antarabangsa pada tahun ini, #EmbraceEquity, adalah selaras dengan matlamat Kementerian untuk menggalakkan penyertaan wanita secara aktif sebagai tenaga kerja. Usaha untuk meningkatkan kemahiran wanita dan masyarakat terpinggir dengan kemahiran digital akan memberikan peluang pendapatan yang baharu, seterusnya merapatkan jurang kesaksamaan gender. Kesaksamaan gender memerlukan penglibatan, kerjasama dan sokongan daripada pelbagai pihak yang berkepentingan. Kami berbesar hati menjadi sebahagian dari usahasama antara sektor awam dan swasta ini. MAGGI® akan berkolaborasi dengan kementerian dalam usaha capaian komuniti di peringkat akar umbi dengan tumpuan terhadap kumpulan B40. Program ini akan menyediakan bengkel peningkatan kemahiran dan inisiatif untuk membantu mereka memanfaatkan ekonomi digital."
Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® tahun ini memperkenalkan sebuah modul dalam talian yang baharu untuk para peserta yang mahu memulakan perjalanan mereka sebgai pencipta kandungan berasaskan makanan samada sebagai individu atau pemilik perniagaan. Peserta juga diberi peluang untuk menyertai MAsterclass: Pempengaruh Makanan dan Pencipta Kandungan bersama MAGGI®. Tenaga pengajar yang mahir dari Google, Meta dan TikTok berkongsi panduan, nasihat dan amalan terbaik tentang penghasilan kandungan, manakala pempengaruh yang sudah berjaya pula berkongsi kisah mereka untuk memberi inspirasi kepada para peserta.
Selepas menjalani beberapa sesi pemilihan yang ketat, seramai 21 orang pemenang dipilih untuk menerima kontrak dari MAGGI® untuk menyertai program bimbingan eksklusif bagi menjadi pencipta kandungan di media sosial berasakan makanan.
Sesi perkongsian mengenai “Peningkatan Kemahiran Digital Usahawan Wanita”. (Kiri ke Kanan) Nana Mahazan, Geetha Balakrishna, Chuah Jia Wen, Nicole Tan, Ayeshah Mirzha, Sheila Rusly, Anne Idris
Sejak mula dilancarkan pada tahun 2020, Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® (PMWCBM) ini telah berjaya memberiimpak kepada lebih 3,500 orang wanita di seluruh negara dan melahirkan bakat memasak serta berniaga yang berkebolehan.
Pelancaran Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® 2023 oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. (Kiri ke Kanan) Ayeshah Mirzha, Chuah Jia Wen, Juan Aranols, YB Dato’ Sri Nancy Shukri, Geetha Balakrishna, Nicole Tan
Untuk maklumat lanjut tentang Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® 2023, boleh layari https://www.maggi.my/en/maggi-happenings/maggi-cukup-rasa/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.atiehilmi.com/2023/03/maggi-memperkenalkan-program-mentor.html