Cara Mohon I Sinar Kwsp Secara Online


Kepada ahli KWSP yang ingin mengeluarkan wang KWSP akaun 1 atau dikenali juga sebagai i-SINAR KWSP bermula Januari 2020.

Ahli boleh pilih CARA MOHON i-SINAR KWSP ONLINE(PERMOHONAN GUNA i-AKAUN) atau CARA MOHON i-SINAR KWSP ONLINE (portal i-Sinar).
APA ITU i-SINAR?
Melalui pembentangan Belanjawan 2021 6 November lalu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul telah membuat pengumuman bagi membenarkan pengeluaran simpanan KWSP.
Pada mulanya, beliau menyatakan pengeluaran Akaun 1 KWSP yang dibenarkan hanya berjumlah RM500 sebulan dan kemudahan ini akan diberikan kepada kira-kira 600,000 orang ahli sahaja.
Namun, apa yang lebih menggembirakan, KWSP telah mengeluarkan kenyataan media baru-baru ini yang menyatakan mereka telah meluaskan skop i-Sinar dan lebih ramai pencarum akan layak untuk memohon kemudahan i-Sinar.
Perkara ini merupakan berita baik yang sangat dinantikan oleh ahli pencarum kerana mereka yang layak akan dibenarkan mengeluarkan simpanan KWSP sebanyak 10% dari Akaun 1 dengan syarat baki minimum sebanyak RM 100.
Program ini dinamakan program i Sinar bagi membantu ahli yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan bagi meneruskan kelangsungan hidup semasa.
Ia merupakan kesinambungan kepada program i-Lestari yang telah memberi manfaat kepada sebilangan besar pencarum KWSP sebelum ini.
Walaupun begitu, program ini menetapkan beberapa syarat khusus bagi pencarum yang terjejas.
Kepada yang mohon Geran Khas Prihatin(GKP) 2.0,boleh buat SEMAKAN GKP 2.0 bermula 27 November 2020
SIAPA YANG LAYAK MOHON i-SINAR?
1. Ahli KWSP yang telah kehilangan pekerjaan
2. Ahli KWSP yang diberi cuti tanpa gaji oleh majikan
3. Ahli KWSP yang tiada tiada sumber pendapatan.
Pekerja sektor formal yang tidak mampu mencarum selama 2 bulan berturut-turut
SEMAKAN SYARAT PENGELUARAN i-SINAR
Pencarum yang telah menghabiskan jumlah pengeluaran maksimum inisiatif i-Lestari daripada Akaun 2 terlebih dahulu sebelum boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 1 menerusi inisiatif i-Sinar.
CARA MOHON i-SINAR KWSP ONLINE(TANPA i-AKAUN)
Berikut adalah contoh untuk buat permohonan pengeluaran i-Sinar tanpa perlu login i-Akaun(Portal i-SINAR KWSP). Maklumat rasmi adalah tertakluk kepada pengumuman rasmi KWSP dalam masa terdekat. :
Sila Klik Permohonan Baharu KWSP
Isikan Nombor MyKad.
Pemohon mestilah belum lagi mencapai umur 55 tahun semasa permohonan permohonan pengeluaran i-SINAR melalui portal
Isikan Nombor Telefon Bimbit,Alamat Email, Alamat Rumah,Poskod, Bandar,Negeri.
Pilih Amaun Pendahaluan ( Berdasarkan syarat layak),amaun bulanan pula ditentukan oleh KWSP dalam tempoh 6 bulan.
Selepas buat pilihan Amaun, pilih Bank
Pilihan Bank untuk permohonan pengeluaran i-SINAR online Masukkan Akaun Bank (Simpanan / Semasa) Aktif untuk buat pengeluaran i-SINAR
Pastikan nombor akaun bank aktif & betul bagi memastikan bayaran i-SINAR masuk tanpa sebarang masalah.
Sila sahkan bahagian pengesahan permohonan.
Klik Hantar
CARA MOHON i-SINAR KWSP ONLINE(GUNA i-AKAUN)
Berikut adalah contoh untuk buat permohonan pengeluaran i-Sinar i-Akaun KWSP). Maklumat rasmi adalah tertakluk kepada pengumuman rasmi KWSP dalam masa terdekat. :
Sila log masuk ke i-Akaun KWSP https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
Klik pengeluaran
Pilih i-SINAR
Baca syarat & terma, klik OK
Klik Seterusnya
Pilih Amaun Pendahaluan ( Berdasarkan syarat layak),amaun bulanan pula ditentukan oleh KWSP dalam tempoh 6 bulan.
Selepas buat pilihan Amaun, pilih Bank
Pilihan Bank untuk permohonan pengeluaran i-SINAR online Masukkan Akaun Bank (Simpanan / Semasa) Aktif untuk buat pengeluaran i-SINAR
Pastikan nombor akaun bank aktif & betul bagi memastikan bayaran i-SINAR masuk tanpa sebarang masalah.
Sila buat semakan BUTIRAN MAKLUMAT
Sila sahkan bahagian pengesahan permohonan.
Klik SETUJU,klik permohonan TAC,kemudian masukan TAC
Klik HANTAR
SOALAN LAZIM CARA MOHON i-SINAR KWSP ONLINE
Bilakah boleh buat permohonan i-Sinar KWSP?
Bermula awal Disember 2020
Macam mana nak buat semakan kelulusan i-Sinar KWSP?
Boleh buat semakan melalui portal i-Sinar atau i-Akaun KWSP.
Bila boleh dapat duit i-Sinar?
Bagi pemohon yang ada buat permohonan pengeluaran pada bulan Disember, bayaran akan bermula Januari 2020.
Berapa banyak amaun i-Sinar KWSP yang boleh dikeluarkan?
Ahli yang layak dapat membuat pengeluaran sebanyak 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100
Terdapat dua kategori pengeluaran iaitu Simpanan Akaun 1 RM90,000 dan ke bawah dan Simpanan Akaun 1 RM90,000 ke atas.
Baki Akaun 1 RM 90,000 dan ke bawah
Bagi ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1), had maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM9,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.
Pengeluaran bulanan seterusnya ialah pada tahap maksimum RM 1,000 sebulan.
Baki Akaun 1 RM 90,000 ke atas
Bagi pencarum yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1), mereka akan mempunyai akses pengeluaran pendahuluan sebanyak 10%.
Jumlah maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000.
Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.
Pengeluaran bulanan seterusnya ialah pada jumlah maksimum RM10,000 sebulan.
Bagaimana jika pemohon tidak mempunyai akaun bank?
Tidak boleh buat permohonan i-Sinar
Untuk pengeluaran menggunakan sistem i-SINAR, anda mesti ada akaun atas nama sendiri.
Bolehkah guna akaun bank pasangan?
Walaupun permohonan boleh dibuat oleh sesiapa sahaja, termasuk suami atau isteri, maklumat bank mestilah sama dengan nama pemohon.
Ini bermakna, jika pemohon ialah suami, maka suami mestilah menggunakan akaun bank yang atas nama sendiri.
Adakah perlu ganti balik pengeluaran i-SINAR?
Ahli tidak perlu membayar pendahuluan yang dikeluarkan
Anda hanya perlu mengganti semula pendahuluan ini apabila bekerja semula dan caruman baharu diterima.
Caruman baru yang diterima ini akan dilakukan dengan 100 peratus caruman baharu akan dimasukkan terlebih dahulu ke Akaun 1 sehingga wang pendahuluan ini habis digantikan.
Selepas itu, sistem caruman akan kembali kepada sistem biasa iaitu 70 peratus bagi Akaun 1 dan 30 peratus bagi Akaun 2.
Sumber : https://semakanstatus.com/cara-mohon-i-sinar-kwsp-onlinepermohonan-guna-i-akaun/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zackzaihan.com.my/2020/11/cara-mohon-i-sinar-kwsp-secara-online.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tarikh Rasmi Dan Cara Mohon I Sinar Kwsp

Tarikh Rasmi Dan Cara Mohon I Sinar Kwsp

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 1132 hits
Permohonan i Sinar Online Pengeluaran Akaun 1 KWSP Tarikh Rasmi dan Cara Mohon i Sinar KWSP Kumpulan Simpanan Wang Pekerja hari ini telah mengumumkan perincian mengenai Skim i Sinar KWSP Pengumuman inilah yang sangat ditunggu tunggu oleh ra...
Cara Apply I Sinar Kwsp

Cara Apply I Sinar Kwsp

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 532 hits
CARA APPLY i SINAR KWSP Kepada ahli yang nak apply i SINAR KWSP berikut adalah CARA APPLY i SINAR KWSP Sebelum ini mari kita fahami konsep penting pengeluaran i SINAR berikut adalah butiran asas yang perlu ahli fahami Pengeluaran duit EPF b...
Permohonan Pengeluaran I Sinar Kwsp Online 2020

Permohonan Pengeluaran I Sinar Kwsp Online 2020

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 762 hits
Pengeluaran KWSP akaun 1 kini boleh dimohon melalui i Sinar KWSP bagi semua ahli KWSP yang kehilangan pekerjaan diberi cuti tanpa gaji atau terjejas ketiadaan sumber pendapatan Permohonan Pengeluaran i Sinar KWSP Online 2020 Credit Pic Ahli...
Belanjawan 2021 Cara Syarat Memohon I Sinar Kwsp

Belanjawan 2021 Cara Syarat Memohon I Sinar Kwsp

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 1179 hits
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mengumumkan kemudahan i Sinar kini dibuka kepada semua ahli KWSP yang terjejas pendapatan akibat Pandemik Covid 19 dengan permohonan dalam talian bermula pada 21 Disember 2020 Untuk makluman dalam pembentangan...
Syarat Dan Permohonan Pengeluaran I Sinar Akaun 1 Kwsp Online

Syarat Dan Permohonan Pengeluaran I Sinar Akaun 1 Kwsp Online

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 564 hits
Apakah syarat dan permohonan pengeluaran i Sinar Pihak KWSP akan umumkan syarat syarat i sinar dan permohonan pengeluaran akaun 1 KWSP ini dalam masa terdekat Apa yang penting adalah kita dibenarkan membuat pengeluaran akaun 1 KWSP ini deng...
Login I Sinar Kwsp Cara Log Masuk I Sinar

Login I Sinar Kwsp Cara Log Masuk I Sinar

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 1023 hits
LOGIN i SINAR KWSP CARA LOG MASUK i SINAR Kepada yang ingin buat pengeluaran i SINAR KWSP secara online tetapi tidak mempunyai i Akaun KWSP biasanya pihak KWSP akan menyediakan portal khas seperti portal i Lestari bagi memudahkan ahli KWSP ...
Cara Daftar I Akaun Dan Semak Penyata Kwsp Online

Cara Daftar I Akaun Dan Semak Penyata Kwsp Online

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 1103 hits
Last updated Oct 27 2020 Pernahkah anda semak penyata KWSP anda secara online Jika belum di sini kami akan huraikan cara untuk anda daftar i Akaun dan semak penyata anda Sebenarnya kita mempunyai banyak kelebihan apabila kita menjadi ahli K...
Skim I Sinar Cara Mohon Pengeluaran I Sinar Kwsp Rm10 000

Skim I Sinar Cara Mohon Pengeluaran I Sinar Kwsp Rm10 000

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 847 hits
SKIM i SINAR CARA MOHON PENGELUARAN i SINAR KWSP RM10 000 Kerajaan telah mengumumkan SKIM i SINAR pada hari ini bahawa ahli yang terjejas pendapatan dapat mengeluaran i SINAR akaun 1 KWSP sebanyak RM10 000 Permohon mulai 1 Disember 2020 mel...
Cara Daftar Akaun I Sinar Akaun 1 Kwsp

Cara Daftar Akaun I Sinar Akaun 1 Kwsp

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 556 hits
Program i Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bermula tahun 2020 kini dibuka dan diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas pendapatan mereka tidak kira disebabkan hilang pekerjaan atau terkurang pendapatan pencarum layak memohon untuk m...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord