Cara Daftar Akaun I Sinar Akaun 1 Kwsp


Program i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula tahun 2020, kini dibuka dan diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas pendapatan mereka, tidak kira disebabkan hilang pekerjaan atau terkurang pendapatan, pencarum layak memohon untuk membuat pengeluaran daripada akaun satu KWSP.



Tanpa mengira sama ada ahli pekerja sektor formal atau bekerja sendiri, aktif mencarum atau tidak, selagi terjejas pendapatan dengan ketara, bolehlah mengeluarkan simpanan dari akaun satu KWSP.

Daripada dua juta ahli yang layak sebelum ini, i-Sinar kini kita buka kepada lebih lapan juta ahli.

Had pengeluaran i-Sinar juga dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM10,000 membabitkan peruntukan RM70 bilion.

Pemohon cuma perlu memohon dalam talian atau hadir di mana-mana pejabat KWSP dengan menunjukkan bukti kehilangan pekerjaan, notis cuti tanpa gaji, potongan gaji, elaun atau bayaran lebihan masa dan pengurangan pendapatan jika bekerja sendiri.

Pada Mac tahun 2020, disebabkan keadaan yang luar biasa, kerajaan inilah yang pertama sekali membenarkan pengeluaran daripada akaun dua KWSP melalui program i-Lestari.

Seramai 4.7 juta rakyat dibenar mengeluarkan simpanan akaun dua sehingga RM6,000.

2 KATEGORI PENGELUARAN

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan dua kategori pencarum yang layak mengeluarkan simpanan dalam Akaun 1 melalui skim i-Sinar yang dilaksanakan bagi membantu rakyat menangani kesan Covid-19.

Perincian itu diumumkan seminggu selepas Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mempersetujui gesaan beberapa pemimpin politik untuk memperluaskan program berkenaan meskipun terdapat kebimbangan bahawa ia boleh menjejaskan perancangan kewangan persaraan ahli KWSP.

Dalam kenyataan media, KWSP memaklumkan, ahli yang layak boleh membuat pengeluaran dari Akaun 1 berdasarkan baki dalam akaun mereka.

Mereka yang mempunyai RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran dan pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga maksimum RM5,000.

Bagi ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1, mereka boleh membuatkan pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1, atau sehingga RM60,000 (yang mana lebih rendah).

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan pembayaran pertama sehingga RM10,000.

Bagi memastikan kelancaran proses permohonan, ahli digalakkan untuk mendaftar i-Akaun, mengemas kini nombor telefon bimbit untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC) di kios atau kaunter KWSP, dan memastikan nombor akaun bank mereka adalah aktif.

Bagi dua kategori ahli yang layak untuk i-Sinar, KWSP menyatakan bahawa ahli Kategori 1 adalah mereka yang tiada caruman KWSP sekurang-kurangnya selama dua bulan berturut-turut semasa permohonan, atau ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas Mac 2020.

Bagi ahli Kategori 1, kriteria kelulusan untuk pengeluaran i-Sinar akan dilakukan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP dan tidak memerlukan dokumen sokongan.

Ahli hanya perlu membuat permohonan secara dalam talian melalui laman web i-Sinar KWSP mulai 21 Disember 2020, dan pembayaran akan dibuat mulai pertengahan Januari 2021.

Sementara itu, ahli Kategori 2 adalah mereka yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas termasuk gaji pokok, elaun, dan faedah lain selepas Mac 2020.

Menurut KWSP, pengurangan tersebut hanya akan dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan.

Dokumen sokongan tersebut merupakan slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan dan notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa.

Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

Bagi ahli dalam Kategori 2 boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.

Ahli-ahli akan dimaklumkan berhubung status permohonan mereka dalam tempoh dua hingga tiga minggu, dan jika ia diluluskan, pembayaran akan dilakukan sebelum hujung bulan berikutnya.

CARA DAFTAR i-SINAR KWSP ONLINE

Berita baik yang sangat dinantikan oleh ahli pencarum kerana mereka yang layak akan dibenarkan mengeluarkan simpanan KWSP sebanyak 10% dari Akaun 1 dengan syarat baki minimum sebanyak RM100.

Program ini dinamakan program i-Sinar bagi membantu ahli yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan bagi meneruskan kelangsungan hidup semasa.

Ia merupakan kesinambungan kepada program i-Lestari yang telah memberi manfaat kepada sebilangan besar pencarum KWSP sebelum ini.

Walaupun begitu, program ini menetapkan beberapa syarat khusus bagi pencarum yang terjejas.

SIAPA YANG LAYAK MOHON i-SINAR?

Kelayakan:
Ahli KWSP yang telah kehilangan pekerjaan. Ahli KWSP yang diberi cuti tanpa gaji oleh majikan. Ahli KWSP yang tiada tiada sumber pendapatan. Pekerja sektor formal yang tidak mampu mencarum selama 2 bulan berturut-turut.
Berikut adalah syarat terkini Program i-SINAR:
Tidak kira sama ada disebabkan hilang pekerjaan, atau pendapatan mereka berkurangan tahun ini, ahli berkenaan layak memohon untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 1. Tanpa mengira sama ada ahli adalah pekerja sektor formal atau bekerja sendiri, tanpa mengira ahli aktif mencarum atau tidak, selagi terjejas pendapatan dengan ketara bolehlah mengeluarkan simpanan daripada Akaun 1 KWSP.
CARA MOHON i-SINAR KWSP ONLINE (TANPA i-AKAUN)

Berikut adalah contoh untuk buat permohonan pengeluaran i-Sinar tanpa perlu login i-Akaun (Portal i-SINAR KWSP):
Sila Klik Permohonan Baharu KWSP. Isikan Nombor MyKad. Pemohon mestilah belum lagi mencapai umur 55 tahun semasa permohonan permohonan pengeluaran i-SINAR melalui portal. Isikan Nombor Telefon Bimbit, Alamat Email, Alamat Rumah, Poskod, Bandar, Negeri. Pilih Amaun Pendahaluan (Berdasarkan syarat layak), amaun bulanan pula ditentukan oleh KWSP dalam tempoh 6 bulan. Selepas buat pilihan Amaun, pilih Bank. Pilihan Bank untuk permohonan pengeluaran i-SINAR online. Masukkan Akaun Bank (Simpanan/Semasa) yang aktif untuk membuat pengeluaran i-SINAR. Pastikan nombor akaun bank aktif dan betul bagi memastikan bayaran i-SINAR masuk tanpa sebarang masalah. Sila sahkan bahagian pengesahan permohonan. Klik Hantar.
CARA MOHON i-SINAR KWSP ONLINE (GUNA i-AKAUN)

Berikut adalah contoh untuk buat permohonan pengeluaran i-Sinar i-Akaun KWSP):
Sila log masuk ke i-Akaun KWSP https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login Klik pengeluaran. Pilih i-SINAR. Baca syarat & terma, klik OK. Klik Seterusnya. Pilih Amaun Pendahuluan (Berdasarkan syarat layak), amaun bulanan pula ditentukan oleh KWSP dalam tempoh 6 bulan. Selepas buat pilihan Amaun, pilih Bank. Pilihan Bank untuk permohonan pengeluaran i-SINAR online. Masukkan Akaun Bank (Simpanan/Semasa) yang aktif untuk buat pengeluaran i-SINAR. Pastikan nombor akaun bank aktif dan betul bagi memastikan bayaran i-SINAR masuk tanpa sebarang masalah. Sila buat semakan BUTIRAN MAKLUMAT. Sila sahkan bahagian pengesahan permohonan. Klik SETUJU, klik permohonan TAC, kemudian masukan TAC. Klik HANTAR.
SOALAN LAZIM CARA MOHON i-SINAR KWSP ONLINE

Bilakah boleh buat permohonan i-Sinar KWSP?
Sekiranya anda tergolong dalam Kategori 1, anda boleh mula memohon pada 21 Disember 2020. Bagi anda yang tergolong dalam Kategori 2 pula, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021. Permohonan i-Sinar hanya secara online di laman web isinar.kwsp.gov.my.
Macam mana nak buat semakan kelulusan i-Sinar KWSP?
Boleh buat semakan melalui portal i-Sinar atau i-Akaun KWSP.
Bila boleh dapat duit i-Sinar?
Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021. Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi. Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda. Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.
Berapa banyak amaun i-Sinar KWSP yang boleh dikeluarkan?
Ahli yang layak dapat membuat pengeluaran sebanyak 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100. Terdapat dua kategori pengeluaran iaitu Simpanan Akaun 1 RM100,000 dan ke bawah dan Simpanan Akaun 1 RM100,000 ke atas.
i. Baki Akaun 1 RM100,000 dan ke bawah
Bagi ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), had maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM10,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM5,000. Pengeluaran bulanan seterusnya ialah pada tahap maksimum RM1,000 sebulan.
ii. Baki Akaun 1 RM100,000 ke atas
Bagi pencarum yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 (Akaun 1), mereka akan mempunyai akses pengeluaran pendahuluan sebanyak 10%. Jumlah maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000. Pengeluaran bulanan seterusnya ialah pada jumlah maksimum RM10,000 sebulan.
Bagaimana jika pemohon tidak mempunyai akaun bank?
Tidak boleh buat permohonan i-Sinar. Untuk pengeluaran menggunakan sistem i-SINAR, anda mesti ada akaun atas nama sendiri.
Bolehkah guna akaun bank pasangan?
Walaupun permohonan boleh dibuat oleh sesiapa sahaja, termasuk suami atau isteri, maklumat bank mestilah sama dengan nama pemohon. Ini bermakna, jika pemohon ialah suami, maka suami mestilah menggunakan akaun bank yang atas nama sendiri.
Adakah perlu ganti balik pengeluaran i-SINAR?
Ahli tidak perlu membayar pendahuluan yang dikeluarkan. Anda hanya perlu mengganti semula pendahuluan ini apabila bekerja semula dan caruman baharu diterima. Caruman baru yang diterima ini akan dilakukan dengan 100 peratus caruman baharu akan dimasukkan terlebih dahulu ke Akaun 1 sehingga wang pendahuluan ini habis digantikan. Selepas itu, sistem caruman akan kembali kepada sistem biasa iaitu 70 peratus bagi Akaun 1 dan 30 peratus bagi Akaun 2.
Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Ketahui 17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dikeluarkan Awal Tapi Ramai Tak TahuSejauh Mana Telusnya Simpanan Patuh Syariah KWSP?
sumber: 1 | 2 | 3

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/12/cara-daftar-akaun-i-sinar-akaun-1-kwsp.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Apply I Sinar Kwsp

Cara Apply I Sinar Kwsp

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 481 hits
CARA APPLY i SINAR KWSP Kepada ahli yang nak apply i SINAR KWSP berikut adalah CARA APPLY i SINAR KWSP Sebelum ini mari kita fahami konsep penting pengeluaran i SINAR berikut adalah butiran asas yang perlu ahli fahami Pengeluaran duit EPF b...
Cara Daftar Spa9 Untuk Akaun Baru Dan Akaun Tamat Tempoh

Cara Daftar Spa9 Untuk Akaun Baru Dan Akaun Tamat Tempoh

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 369 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraPasti ramai yang ingin memohon jawatan dalam Perkhidmatan Awam Kepada anda yang berminat untuk memohon jawatan jawatan tersebut anda bolehlah membuat permohonan melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhan...
Syarat Permohonan Kelayakan Akaun Kwsp Epf Under I Sinar

Syarat Permohonan Kelayakan Akaun Kwsp Epf Under I Sinar

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 411 hits
Salam to all readers Syarat Permohonan Kelayakan Akaun KWSP EPF under I Sinar Sudah semestinya ramai yang terkesan dengan pandemic Covic 19 ini Bukan hanya meragut nyawa orang malah mengancam ekonomi sehingga buat orang hidup melarat Ada di...
Permohonan Pengeluaran I Sinar Rm10000 Ahli Terjejas Pendapatan Layak Buat Pengeluaran Akaun 1 Kwsp

Permohonan Pengeluaran I Sinar Rm10000 Ahli Terjejas Pendapatan Layak Buat Pengeluaran Akaun 1 Kwsp

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 617 hits
PERMOHONAN PENGELUARAN i SINAR RM10000 AHLI TERJEJAS PENDAPATAN LAYAK BUAT PENGELUARAN AKAUN 1 KWSP Kerajaan mengumumkan diperluaskan kepada semua ahli yang menghadapi masalah kewangan Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul ...
Ini Pemohon Yang Layak Memohon I Sinar Akaun Satu Yang Diupdate Oleh Pihak Kwsp

Ini Pemohon Yang Layak Memohon I Sinar Akaun Satu Yang Diupdate Oleh Pihak Kwsp

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 337 hits
KUALA LUMPUR Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan mengumumkan perincian i Sinar pada awal minggu hadapan berikutan pengumuman Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada sesi ucapan penggulungan Belanjawan 2021 hari ini ...
I Sinar Kwsp Semua Ahli Layak Untuk Mengeluarkan Maksimum Rm10 000 Daripada Akaun 1 Kwsp Mereka

I Sinar Kwsp Semua Ahli Layak Untuk Mengeluarkan Maksimum Rm10 000 Daripada Akaun 1 Kwsp Mereka

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 495 hits
Program i SINAR Diperluaskan i Sinar KWSP Semua Ahli Layak Untuk Mengeluarkan Maksimum RM10 000 Daripada Akaun 1 KWSP Mereka Program i Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas dengan lapan juta ...
Belanjawan 2021 Cara Syarat Memohon I Sinar Kwsp

Belanjawan 2021 Cara Syarat Memohon I Sinar Kwsp

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 1107 hits
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mengumumkan kemudahan i Sinar kini dibuka kepada semua ahli KWSP yang terjejas pendapatan akibat Pandemik Covid 19 dengan permohonan dalam talian bermula pada 21 Disember 2020 Untuk makluman dalam pembentangan...
Tarikh Rasmi Dan Cara Mohon I Sinar Kwsp

Tarikh Rasmi Dan Cara Mohon I Sinar Kwsp

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 1073 hits
Permohonan i Sinar Online Pengeluaran Akaun 1 KWSP Tarikh Rasmi dan Cara Mohon i Sinar KWSP Kumpulan Simpanan Wang Pekerja hari ini telah mengumumkan perincian mengenai Skim i Sinar KWSP Pengumuman inilah yang sangat ditunggu tunggu oleh ra...
Cara Mohon I Sinar Kwsp Secara Online

Cara Mohon I Sinar Kwsp Secara Online

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 1752 hits
Kepada ahli KWSP yang ingin mengeluarkan wang KWSP akaun 1 atau dikenali juga sebagai i SINAR KWSP bermula Januari 2020 Ahli boleh pilih CARA MOHON i SINAR KWSP ONLINE atau CARA MOHON i SINAR KWSP ONLINE APA ITU i SINAR Melalui pembentangan...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Ultimate Guide To Ghibli Park

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Tips For Achieving Your Saving Goals

Gunung Ruang Meletus Ini Senarai Penerbangan Mas Airasia Yang Dibatalkan

The Spark Of Innovation

Lirik Lagu Hidupku Sebelum Mati Kunto Aji

Doa 12 Pintu Pembuka Pintu Rezeki Segala Kebaikan

Daun Kelor Mujarab Untuk Diebetes Fahami 15 Khasiatnya