Cara Menjawab Salam Ketika Solat



Soalan:
Apakah terdapat petunjuk daripada Nabi SAW apabila diberi salam ketika sedang solat?

Jawapan:
Hukum mengucapkan salam adalah sunnah yang amat digalakkan (سنة مستحبة) dan amat dituntut oleh Rasulullah SAW. Ini kerana, di sana terdapat perintah atau arahan daripada Nabi SAW agar kita menyebarkan serta mengucapkan salam kepada orang lain. Namun, perintah tersebut bukanlah bersifat wajib tetapi ia hanyalah sunnah yang amat digalakkan. Ini adalah pendapat yang masyhur dalam kalangan para ulama. Adapun hukum menjawab salam adalah wajib, berdasarkan firman Allah SWT:

وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا
“Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama).” (Al-Nisa’: 86)

Berdasarkan soalan di atas, terdapat sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidzi di dalam kitabnya iaitu daripada Bilal RA apabila Ibn Umar R.anhuma bertanya kepadanya:

كَيْفَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرُدُّ عَلَيْهِمْ حِينَ كَانُوا يُسَلِّمُونَ عَلَيْهِ وَهُوَ فِي الصَّلَاةِ؟ قَالَ: كَانَ يُشِيرُ بِيَدِهِ
“Bagaimanakah Nabi SAW menjawab salam sekiranya Baginda SAW diberi salam dalam keadaan sedang mendirikan solat?” Bilal menjawab: “Baginda SAW mengisyaratkan dengan tangannya.” [Riwayat al-Tirmidzi (368), Imam al-Tirmidzi menilai hadith ini sebagai hasan sahih, Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith ini adalah sahih]

Syeikh al-Mubarakfuri ketika mensyarahkan hadith ini menyatakan bahawa Baginda SAW pernah mengisyaratkan dengan jarinya berdasarkan kepada riwayat yang lain daripada Suhaib dan tidak ada percanggahan dengan hadith ini bahawa Baginda SAW mengisyaratkan dengan tangannya. Ini kerana, ia boleh difahami bahawa kadang-kadang Rasulullah SAW mengisyaratkan dengan jarinya dan kadang-kadang dengan tangannya. Selain itu, ia juga boleh difahami bahawa yang dimaksudkan dengan tangan adalah jari kerana perkara yang muqayyid itu termasuk di dalam perkara yang mutlak sepertimana yang dinyatakan oleh al-Syaukani. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 2/305]

Di dalam mazhab al-Syafie, tidak dibenarkan menjawab salam dengan lafaz di dalam solat dan tidak wajib ke atasnya untuk menjawabnya, bahkan hukumnya adalah sunat pada waktu itu menjawabnya dengan isyarat atau dia boleh menjawabnya selepas daripada salam secara lafaz. [Lihat: al-Majmu’, 4/104]

Penutup

Kesimpulannya, cara menjawab salam bagi orang yang diberi salam adalah dengan memberi isyarat kepadanya atau boleh menjawabnya selepas daripada selesai mendirikan solat. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kekuatan dalam mengamalkan sunnah Nabi SAW serta memelihara kita daripada sifat-sifat yang dikeji oleh Allah SWT dan juga Rasulullah SAW. Amin.

Wallahua’lam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/07/cara-menjawab-salam-ketika-solat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Memanjangkan Takbir Dan Salam Ketika Shalat

Memanjangkan Takbir Dan Salam Ketika Shalat

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 279 hits
Memanjangkan Takbir dan Salam ketika Shalat Terkadang ada imam yang bacaan takbir dari sujud bangkit ke rakaat berikutnya sangat panjang Demikian pula salamnya dibuat sangat panjang Bagaiman hukumnya Jawab Bismillah was shalatu was salamu a...
Pakai Kasut Bawa Anjing Berlari Lari Dalam Masjid Ketika Orang Sedang Solat

Pakai Kasut Bawa Anjing Berlari Lari Dalam Masjid Ketika Orang Sedang Solat

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 352 hits
Tular di media sosial samada di dalam Facebook atau Twitter beberapa rakaman menunjukkan seorang wanita masuk ke dalam masjid dengan membawa seekor anjing dan memakai kasut Pakai Kasut Bawa Anjing Berlari Lari Dalam Masjid Ketika Orang Seda...
Cara Pikat Bakal Majikan Ketika Jawab Soalan Temuduga

Cara Pikat Bakal Majikan Ketika Jawab Soalan Temuduga

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 333 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBaiklah Untuk kali ini aku nak kongsikan kepada mereka yang sedang menunggu untuk ditemuduga dan juga sedang mencari kerja Ada beberapa panduan untuk anda menjawab soalan ketika temuduga Kebiasaannya ramai...
Begini Cara Mengatasi Ngidam Makanan Ketika Sedang Pms

Begini Cara Mengatasi Ngidam Makanan Ketika Sedang Pms

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 253 hits
Ngidam ini merupakan salah satu gejala PMS yang paling umum selain perubahan suasana hati Walau begitu hal ini juga tidak dialami oleh semua wanita yang sedang PMS
Suhu Jadi Lebih Dingin Dibanding Biasa Begini Cara Untuk Menghadapinya

Suhu Jadi Lebih Dingin Dibanding Biasa Begini Cara Untuk Menghadapinya

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 152 hits
Pada beberapa minggu belakangan suhu di pulau Jawa lebih dingin dibanding biasanya terutama pada malam hingga pagi hari Terkait hal itu Dinas Kesehatan Jawa Barat menerbitkan imbauan kepada masyarakat pada saat memasuki cuaca ekstrem saat i...
Cara Mudah Jadikan Barang Lama Atau Buruk Nampak Cantik

Cara Mudah Jadikan Barang Lama Atau Buruk Nampak Cantik

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 786 hits
hai assalammualaikumCara Mudah Jadikan Barang Lama Atau Buruk Nampak Cantik Kalau kita ni berduit barang tu nampak buruk atau dah lama atau dah tak lawa mesti kita buang dan beli baru kan Tapi masalahnya nad ni tak berapa banyak duit jadiny...
Cara Berbaik Semula Dengan Kekasih Selepas Bergaduh

Cara Berbaik Semula Dengan Kekasih Selepas Bergaduh

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 1322 hits
AssalamualaikumBismillahSetiap pasangan bercinta mesti pernah mengalami situasi ini Pergaduhan terjadi mungkin disebabkan oleh salah faham antara pasangan terlepas cakap sebab terlampau marah ungkit mengungkit kisah dulu dulu Paling parah b...
8 Cara Tingkatkan Sales Produk Anda Dengan Mudah

8 Cara Tingkatkan Sales Produk Anda Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 390 hits
Macam mana perkembangan bisnes anda Makin padu Makin power Atau sebaliknya Hari ni saya nak share sikit ilmu tentang 8 Tips Untuk Tingkatkan Sales Kalau bisnes anda sendu je sales tu haa saya sarankan untuk baca ilmu yang saya nk kongsikan ...
Panduan Azan Cara Jawab Azan Doa Selepas Azan

Panduan Azan Cara Jawab Azan Doa Selepas Azan

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 2310 hits
Bagaimana doa selepas azan Serta bagaimana lafaz azan dan cara menjawab azan tersebut Panduan ini ditulis dengan lengkap untuk menerangkan topik lafaz azan cara menjawab azan doa selepas azan serta perkara perkara yang berkaitan dengannya A...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Bertolak Ansurlah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Cek Pertama Dari Google Adsense

Training Refresher Sistem 24 10 2024 29 10 2024

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Kru Voodoo Chord

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles