Cara Mudah Jadikan Barang Lama Atau Buruk Nampak Cantik
hai assalammualaikum
Cara Mudah Jadikan Barang Lama Atau Buruk Nampak Cantik - Kalau kita ni berduit, barang tu nampak buruk atau dah lama, atau dah tak lawa, mesti kita buang dan beli baru kan. Tapi masalahnya nad ni tak berapa banyak duit, jadinya tak dapatla nak beli lain. Barang tu masih boleh dipakai, cuma rupanya yang dah tak cantik atau nampak biasa je. Sejak nad masuk kelab dekorasi ni, adala diaorang ajar cara nak cantikkan barang lama yang tak nampak lawa tu, menjadi lawa atau nampak cantik. Hanya dengan menggunakan wallpaper sahaja you alls.
Cara Mudah Jadikan Barang Lama Atau Buruk Nampak CantikBiasala, orang perempuan, tak boleh nampak barang tu tak cantik atau buruk. Mestila ada niat nak beli baru, tapi sedar tak mampu..hahaa. Sudahnya gunakan kaedah yang murah untuk cantikkan barang tu. Diaorang ajar denagn hanya menggunakan wallpaper yang hanya berharga bawah RM15 tu. Dekat Kaison ada, online ada, mana-mana la ada orang jual wallpaper ni. Kene tengok juga la wallpaper apa yang sesuai untuk barang yang nak dicantikkan tu.
Banyka jenis wallpaper dah sekarang. Ada yang nampak bentuk batu bata, tiles licin yang hampair sama macam asli dan bercorak. Memang sebelum ni, fikir, wallpaper hanay untuk dinding sahaja, tapi tak sangka, boleh digunakan untuk barang lain juga.
Ni antara barang yang nad tampal dengan wallpaper sebab rupanya yang tak cantik..hehee. Almari baju ni suami punya. Zaman muda dia. Memang corak biasa je. KIta ni perempuan kan, tengok bilik dah susun molek, tiba almari ni buat hal la pulak..haha..Sudahnya carila wallpaper bercorak hitam dekat Kaison. Lepas tu buat sorang-sorang tampal wallpaper ni dekat almari..hahaa..Excited nak bagi cantik..
Dan hasilnya..taraaa...Almari dah berubah wajah..kihkih..Cantik pulak kejadiannya..hahaha..Puas hati..Baru nampak bilik gegirl cantik kan..
Barang lain, tempat letak gincu ni. Asalnya kotak beg dompet kickers. Kotak corak biasa je, merah putih. Jadi nak nampak wow, kita balut dengan wallpaper..hahaha. Sebab dalam bilik, jadi guna sama denagn wallpaper almari la..
Lagi satu, tempat letak kasut ni. Memang tangan tak berseni ye, comot sana sini..Tapi lantakla, dalam bilik je. Siapa yang tengok..kita je..yang penting seragam dan cantik. Dari asalnya hanya warna putih transparent, so kita tampal wallpaper..Cantik dah..hehee..
Lagi satu tikar. Yang ni ramai orang buat. Sebab tikar lama warna coklat dan buruk dengan segala kekotoran, tampal wallpaper jadila cantik. Senang bila pasang wallpeper, sebb dia kalis air, senang nak sapu sampah yang ada dekat situ. Senang dibersihkan ok..Bagus sangat..
Hah, macam ni la cara nak cantikkan barang yang masih boleh pakai tapi nampak tak lawa dan buruk, ditukar menjadi cantik..Dah tak perlu buang atau beli lain..Jimat!!..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2019/06/cara-mudah-jadikan-barang-lama-atau.html