Panduan Azan Cara Jawab Azan Doa Selepas Azan



Bagaimana doa selepas azan?
Serta, bagaimana lafaz azan dan cara menjawab azan tersebut.
Panduan ini ditulis dengan lengkap untuk menerangkan topik lafaz azan, cara menjawab azan, doa selepas azan, serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Apa yang penting:
Setiap bacaan juga dipermudahkan dalam ejaan rumi (jika anda menghadapi kesukaran membaca tulisan arab)
Jika anda berminat dengan topik ini, jom kita mulakan..

Isi kandungan panduan ini adalah: 1. Pengenalan
2. Kalimah Seruan Azan
Lafaz Azan solat (selain waktu Subuh) Lafaz Azan solat Subuh 3. Cara Menjawab Azan
4. Doa Selepas Azan
5. Kelebihan Azan & Menjadi Muazzin
 
Pengenalan Azan ialah seruan atau laungan yang dilakukan untuk memberitahu para muslimin bahawa sudah masuk waktu solat.
Dari segi bahasa, azan bermaksud ialah “al-i`lam” (pemberitahuan) atau “an-nida’” (seruan).
Azan ialah suatu gabungan perkataan-perkataan tertentu untuk menandakan waktu solat fardu atau boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu solat.
Penandaan ini dibuat dengan melaungkan dengan lafaz-lafaz tertentu.
Hanya muazzin atau bilal (orang yang meneriakkan azan) lelaki yang boleh melakukan laungan azan.
Perempuan tidak boleh melaungkan seruan azan.
Sunat di waktu melaungkan azan:
Berwuduk Menghadap ke arah kiblat Berdiri sewaktu azan Dilakukan di tempat yang tinggi Muazzin hendaklah mengeluarkan suaranya dengan nyaring. Mengulang-ngulang lafaz syahadatain (dua kalimah syahadat) Muazzin menutup kedua-dua telinganya dengan jari telunjuk ketika mengucap “Haiyya a’lassolah” sambil memalingkan muka ke arah kanan dan berpaling ke arah kiri ketika mengucapkan “Haiyya ‘alalfalah”  
Kalimah Seruan Azan Ini adalah kalimah seruan azan yang dilaungkan untuk solat selain daripada waktu Subuh:
Lafaz Azan Dalam Rumi:
Allah u Akbar
Allah u Akbar
Ash-hadu allāilāha illallāh
Ash-hadu allāilāha illallāh
Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh
Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh
Hayya ‘alas-salāh
Hayya ‘alas-salāh
Hayya ‘alal-falāh
Hayya ‘alal-falāh
Allāhu akbar
Allāhu akbar
Lā ilāha illallāh
Lā ilāha illallāh
klik pada ‘play in browser’ untuk memainkan audio
 
Maksud azan:
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah.
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah.
Marilah mendirikan solat.
marilah mendirikan solat.
Marilah kepada kejayaan.
Marilah kepada kejayaan.
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Tiada Tuhan melainkan Allah.
 
Azan Solat Subuh Kalimah-kalimah seruan azan untuk solat waktu subuh ialah:

Lafaz Azan Subuh Dalam Rumi:
Allah u Akbar
Allah u Akbar
Ash-hadu allāilāha illallāh
Ash-hadu allāilāha illallāh
Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh
Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh
Hayya ‘alas-salāh
Hayya ‘alas-salāh
Hayya ‘alal-falāh
Hayya ‘alal-falāh
Aṣ-ṣalātu khayru min an-naūm
Aṣ-ṣalātu khayru min an-naūm
Allāhu akbar
Allāhu akbar
Lā ilāha illallāh
Lā ilāha illallāh
klik pada ‘play in browser’ untuk memainkan audio
Maksud azan subuh:
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah.
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah.
Marilah mendirikan solat.
marilah mendirikan solat.
Marilah kepada kejayaan.
Marilah kepada kejayaan.
Solat itu lebih baik daripada tidur.
Solat itu lebih baik daripada tidur.
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Tiada Tuhan melainkan Allah.
Azan Yang Baik Azan yang baik adalah azan yang dilakukan oleh orang yang bersuara lantang, elok lafaz azannya dan merdu suaranya.
Tetapi tidak dialunkan dengan berlagu yang berlebihan sehingga mengubah  makna kalimat-kalimat azan.
Perkara paling utama, kalimat-kalimat azan dan iqamah itu dilafazkan dengan hati yang ikhlas untuk mengajak manusia manusia menyembah Allah Yang Maha Besar.
Seruan yang dilakukan daripada hati dan suara yang merdu, InsyaAllah dapat melembutkan hati orang yang mendengarnya untuk melaksanakan perintah Allah SWT.
 
Cara Menjawab Azan Apabila kita mendengar azan, maka sunat untuk kita menjawabnya.
Cara menjawab azan ialah dengan mengikut atau mengulangi secara perlahan-lahan apa yang diucapkan muazzin dalam azan kecuali pada kalimah:
Hayya ‘alas-salāh Hendaklah dijawab dengan:
La Haula wala quwwata illa billah Maksudnya:
Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah.
 
Kalimah:
Hayya ‘alal-falāh Hendaklah dijawab dengan:
La Haula wala quwwata illa billah Maksudnya:
Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah.
 
Kalimah:
Aṣ-ṣalātu khayru min an-naūm Hendaklah dijawab dengan:
sodaqta wa bararta Maksudnya:
Benar dan Engkau mendapat kebaikan.
 
Doa Selepas Azan Selepas habis sahaja azan, kita disunatkan membaca doa selepas azan sebagai mendoakan selamat sejahtera atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW:

Doa selepas azan dalam rumi:
Allahumma rabba hazihid da’ watittamah.
Wassolatil qaimah.
Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah.
Wassyarafa waddarajatal ‘aliatar rafi’ah.
Wab’athhul maqamal mahmudal lazi wa’adtah.
Innaka laatukhliful mi’ad.
klik pada ‘play in browser’ untuk memainkan audio
 
Maksudnya:
Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan.
Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan,
Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.
 
Kelebihan Azan & Muazzin Azan mempunyai kelebihan yang sangat besar.
Abu Hurairah r.a menyatakan Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
Sekiranya manusia mengetahui kelebihan yang terkandung dalam seruan azan dan saf pertama, dan mereka tidak memperolehnya melainkan dengan undian, pasti mereka akan turut serta mencabut undi
— Riwayat Bukhari dan Muslim
Antara Kelebihan Azan dan Muazzin adalah: 1. Muazzin menjadi pemimpin pada hari kiamat
Ini sebagaimana yang diceritakan oleh Mu’awiyah bin Abu Sufyan r.a.
Beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Muazzin adalah orang yang paling panjang lehernya pada hari kiamat
— Riwayat Muslim
Ibnu Majah menjelaskan “panjang leher” merujuk kepada ketua atau pemimpin.
 
2. Azan dapat mengusir syaitan.
Abu Hurairah r.a. memberitahu Rasulullah SAW pernah bersabda, maksudnya:
Apabila diseru untuk bersolat (azan) syaitan akan berundur ke belakang sambil terkentut-kentut sehingga dia tidak mendengar azan lagi. Apabila sudah selesai azan, dia datang semula. Apabila diserukan iqamah, dia melarikan diri, apabila selesai iqamah dia datang kembali untuk mengganggu (membisikkan) bisikan ingatlah itu dan ini. Sehingga seseorang itu tidak tahu berapa rakaat solatnya. Sesiapa yang mengalami demikian (tidak tahu bilangan solat) hendaklah dia sujud dua kali (sujud sahwi) ketika dia masih duduk.
— Riwayat Bukhari dan Muslim
 
3. Dosa Muazzin Diampunkan Sejauh Suaranya Didengari.
Dosa-dosa muazzin diampunkan sejauh suaranya dapat didengar dan diberi pahala sebagaimana pahala orang orang yang bersolat kerana mendengar seruan azannya itu.
Al-Barra’ bin ‘Azib mengatakan Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya Allah SWT dan para malaikat berselawat ke atas saf yang hadapan dan muazin diampunkan dosanya sejauh suaranya dan siapa yang mendengar (suara azannya) akan membenarkannya sama ada yang hidup atau yang mati. Disamping itu, disediakan untuknya pahala orang yang bersolat bersama dengannya.
— Riwayat Nasa’i dan Ahmad
Imam Nasa’i mengatakan, yang dimaksudkan dengan pahala orang yang bersolat bersama dengannya itu tidak hanya tertakluk pada mereka yang bersolat bersama denganya di satu tempat atau dalam satu jemaah..
.. tetapi sesiapa juga yang bersolat sesudah mendengar seruan azannya.
 
4. Syurga Menanti Muazin
Muazzin yang melaungkan azan dan kemudian mendirikan solat semata-mata kerana takutkan Allah SWT diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam Syurga.
 
Penutup: Semoga Penerangan Yang Diberi Jelas Adakah anda sudah jelas dengan penerangan ini?
Saya berharap anda mendapat input yang jelas mengenai lafaz azan, cara jawab azan dan doa selepas azan.
Jika anda mempunyai apa-apa persoalan yang ingin ditanya berkaitan topik ini, anda boleh lakukannya pada ruangan komen di bawah.
The post Panduan Azan, Cara Jawab Azan & Doa Selepas Azan appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/ibadah/doa-selepas-azan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Mendaftar Mysalam Dan Cara Tuntutan Insuran Percuma B40

Panduan Mendaftar Mysalam Dan Cara Tuntutan Insuran Percuma B40

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 365 hits
Bagi merealisasikan Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam ini kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM2 bilion yang diharapkan dapat mengurangkan beban golongan B40 yang menghidap penyakit untuk membayar kos rawatan Sama juga konsepnya sep...
Niat Sholat Dhuha Doa Bacaan Tata Cara Dan Keutamaan

Niat Sholat Dhuha Doa Bacaan Tata Cara Dan Keutamaan

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 353 hits
Sholat dhuha adalah sholat sunnah yang istimewa dengan keutamaan luar biasa Bagaimana tata cara niat sholat dhuha doa dan bacaannya Serta apa saja keutamaan dan keajaibannya Berikut ini pembahasannya Keutamaan sholat dhuha Sholat dhuha memi...
Doa Selepas Solat Rumi

Doa Selepas Solat Rumi

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 5406 hits
Doa Selepas SolatDalam rumi Bis milla hirrahma nirrahimAlhamdu lillahi rabbil alamin Allahumma solliwasallim ala saiyidina Muhammadiw wa ala a lihi wasah bihi ajma in Allahumma inna nas alukal afwa wal afiah wal mu afatad da imah fiddi ni w...
Cara Solat Subuh Panduan Asas

Cara Solat Subuh Panduan Asas

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 806 hits
Bagaimana cara solat subuh Panduan ini akan membimbing anda melakukan solat fardu subuh secara mudah dan boleh difahami oleh semua orang Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai Setiap bacaan akan dipermudahkan denga...
Pening Bau Sendawa Busuk Selepas Makan Durian Doktor Ini Dedah Cara Untuk Atasinya

Pening Bau Sendawa Busuk Selepas Makan Durian Doktor Ini Dedah Cara Untuk Atasinya

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 453 hits
Sebut sahaja durian pastinya anda akan terbayang buah hijau berduri yang melindungi isi keemasan di dalamnya Buah mahsyur yang mendapat gelaran raja buah ini hanya muncul pada musim tertentu dan dijual dengan harga yang agak tinggi mengikut...
Cara Buat Add On Air Asia Selepas Booking

Cara Buat Add On Air Asia Selepas Booking

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 579 hits
Hai Anda seorang traveller Sering juga membuat tempahan tiket Air Asia ketika FreeSeat mahupun hari biasa kan Tapi masa murah kekadang kita lupa dan tak berminat lagi nak buat Add On seperti makanan bagasi tambahan insurance nak pilih seat ...
Doa Selepas Solat Dhuha Beserta Rumi

Doa Selepas Solat Dhuha Beserta Rumi

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 1018 hits
Doa Selepas Solat Dhuha Rumi Allahumma innadh dhuha a dhuha uka wal bahaa a bahaa uka wal jamaala jamaaluka wal quwwata quwwatuka wal qudrata qudratuka wal ishmata ishmatuka Allahuma inkaana rizqi fis samma i fa anzilhu wa inkaana fil ardhi...
Panduan Bacaan Doa Qunut Subuh Nazilah

Panduan Bacaan Doa Qunut Subuh Nazilah

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 4223 hits
Ini adalah panduan doa qunut untuk solat subuh secara bersendirian dan secara berjemaah Malah panduan untuk qunut nazilah juga turut disediakan Ejaan dalam RUMI juga turut disertakan dalam doa tersebut bagi membantu mereka yang sukar membac...
Cara Berbaik Semula Dengan Kekasih Selepas Bergaduh

Cara Berbaik Semula Dengan Kekasih Selepas Bergaduh

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 1329 hits
AssalamualaikumBismillahSetiap pasangan bercinta mesti pernah mengalami situasi ini Pergaduhan terjadi mungkin disebabkan oleh salah faham antara pasangan terlepas cakap sebab terlampau marah ungkit mengungkit kisah dulu dulu Paling parah b...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids