Cara Mengajar Bayi Kenal Rutin Siang Malam Baru Tak Meragam
Setiap hari bayi anda belajar perkara baru. Biasanya bila sudah melepasi tempoh berpantang bayi akan mempunyai pola tidur yang berubah. Ketika berusia sebulan bayi anda akan lebih kerap tidur berbanding berjaga.
Apabila mencecah usia dua bulan ke atas, kebanyakan bayi akan mula mengalami kesukaran tidur atau mereka agak keliru antara waktu siang dan malam.
Inilah masa yang sesuai untuk anda mengajar bayi rutin hariannya mengikut masa siang dan malam. Dengan mendisiplinkannya, anda akan mengajar bayi menjadi individu yang memahami rutin dan masa.
Berikut antara tip yang boleh diamalkan untuk membiasakan bayi dengan masa antara siang dan malam, persekitaran yang sibuk dan mendisiplinkan dia mudah tidur tanpa meragam.
1. Tukar bajunya apabila di terjaga di waktu pagi untuk menandakan permulaan hari yang baru.
2. Bermain dengan bayi anda sebanyak mungkin selepas dia mandi dan minum susu.
3. Jadikan sesi penyusuan pada waktu siang sebagai masa untuk bersosial. Berbual dan menyanyilah ketika menyusukan bayi anda.
4. Sentiasa pastikan rumah anda dan bilik bayi cerah dan terang sebagai tanda ia adalah waktu siang.
5. Biarkan bayi mendengar bunyi bising biasa di dalam rumah seperti TV atau mesin basuh.
6. Kejutkan bayi dengan lembut jika dia tidur semasa sedang menyusu.
7. Susukan bayi anda dengan senyap pada waktu malam.
8. Pastikan cahaya dalam rumah dan bunyi-bunyi bising di tahap minima, dan jangan terlalu banyak bercakap dengannya.
9. Pakaikan bayi baju tidur untuk menandakan hari sudah tamat.
10.Tidurkan bayi dengan alunan zikir atau bacaan ayat al-Quran sebagai petunjuk masa untuk tidur sudah tiba pada waktu malam.
The post Cara Mengajar Bayi Kenal Rutin Siang & Malam. Baru Tak Meragam appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/cara-mengajar-bayi-kenal-rutin-siang-malam-baru-tak-meragam-2/