Menyusu Badan Tidur Cukup Kurang Meragam Baru 2 Bulan Berat Sarima Cecah 6kg
Selepas dua bulan melahirkan bayi perempuan, Syatilla Melvin berkongsi gambar terkini Sarima yang buatkan ramai geram melihat badan Sarima yang bersemangat dan pipinya yang tembam.
Menerusi perkongsian Syatilla, berat Sarima kini dah hampir mencecah 6 kilogram dan mungkin akan mengatasi abangnya, Syeriv ketika bayi.
View this post on Instagram
Dr fauziah kesayangan kami
dia yg belah perut kami bok keluaq syeriv n mima
btw, sarima dh nk cecah 6kg
hebat kan? @drfmh
A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on Jun 25, 2019 at 11:11pm PDT
Berdasarkan perkongsian Syatilla sebelum ini, dia memang menyusukan Sarima dengan susu badan dan bersyukur rezeki susunya meriah untuk Sarima.
Begitu juga ketika melahirkan Syeriv susunya juga banyak dan puas hati dapat menyusukan anak tanpa mencampurkan susu formula. Apa yang penting kena konsisten memberikan susu dan rajin mengepam untuk pengeluaran susu lancar.
View this post on Instagram
My mima shingg shingg shingg
@sarima_samheizy
A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on Jun 21, 2019 at 7:06pm PDT
“Paling utama, ibu yang menyusu ini kena disiplin. Jika ibu bekerja kena rajin mengepam tiga atau empat jam sekali untuk pastikan susu sentiasa meriah.
“Selain itu, menjaga pemakanan ketika menyusukan bayi juga antara tip paling penting. Nak makan apa sahaja terpulang tetapi boleh kurangkan makan pedas, elak minuman berkafein atau makanan terlalu manis dan berminyak,” katanya yang berkongsi tip dalam video diinstagramnya bulan lalu.
View this post on Instagram
Apa ni?apa ni?apa ni?
A post shared by Sarima Samheizy (@sarima_samheizy) on Jun 17, 2019 at 8:15am PDT
Dalam perkongsian di instagram Sarima, melalui apa yang dikongsikan Syatilla, setakat ini Sarima anak yang mudah dijaga dan tak banyak ragam. Jika dia menangis pun hanya nak menyusu.
Waktu tidurnya memang lama dan boleh sampai 3 jam barulah bangun untuk menyusu semula.
View this post on Instagram
Dah 3jam lenaaaaa xmangkit2
A post shared by Sarima Samheizy (@sarima_samheizy) on Jun 23, 2019 at 2:16am PDT
Kata Syatilla kalau diikutkan bayi yang cukup susu, tidur yang lena perkembangannya lebih baik dan membesar dengan sihat.
Sumber: ig Samtilla & Sarima_samheizy
The post Menyusu Badan, Tidur Cukup & Kurang Meragam. Baru 2 Bulan Berat Sarima Cecah 6kg appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/menyusu-badan-tidur-cukup-kurang-meragam-baru-2-bulan-berat-sarima-cecah-6kg/