Tenteramkan Bayi Menangis Kurang 5 Minit Ibu Boleh Cuba 5 Cara Ini


Bayi menangis sampai ibu bapa tak tak tahu cara nak tenteramkan bayi. Bagi yang pertama kali bergelar ibu bapa, ada masanya anda mendapati sukar untuk memahami apa yang sebenarnya bayi perlukan. Betul tak?
Adakah sebab lapar, sejuk, bosan, tak selesa atau mahu dipeluk. Mungkin bagi ibu bapa yang tak biasa, tangisan bayi ini boleh membuatkan anda bimbang.
Ok kali ini perkongsian dari Konsultan Tangisan Bayi Pertama Malaysia dan juga penulis buku Mengapa Bayi Anda Menangis, Puan Uswatun Hasanah boleh membantu ibu bapa meredakan tangisan anak dalam tempoh yang singkat.
Bedung
Langkah paling penting. Sebab tu ni langkah pertama. Kenapa? :
Sebab masa bayi mengamuk, reflek moronya sedang ‘on’ (hidup): iaitu kaki tangannya menghentak tanpa kawalan. Masa ni, bayi merasa bagai sedang berada dalam posisi kejatuhan bebas. Mereka akan terus menangis selama reflek ini tak ditutup.Reflek moro ini perlu dimatikan dengan menghentikan pergerakan luar kawalan bayi: -..dengan membedung.
Membedung memberi sensasi pelukan yang biasa didapatkan bayi semasa dalam kandungan hasil balutan dinding rahim. Jadi bayi akan dapat rasa sensasi yang dia kenal bila dibalut dan boleh bertenang dengan lebih mudah.
Pegang Bayi Pada Sisi Dan Perutnya
Bayi tak pernah berbaring rata di belakangnya semasa dalam kandungan, betul tak?. Mereka terapung dan hanya berpusing-pusing dalam posisi sama ada mereka berbaring secara sisi atau terlungkup dengan kakinya dan lututnya sedia ada menekan perutnya selama 9 bulan.
Jadi, masa nak tenangkan bayi, cara pegang pun kenalah betul: pada sisi atau pada perut bayi sahaja. Gambar-gambar diatas hanya sebahagian contoh cara pegang.
Nak tengok cara pegang yang lain boleh ‘search’ video koleksi di Baby Language.

Buat Bunyi Shhh
Siapa yang tak tau lagi rahim adalah alam yang sangat bising? Angkat tangan cepat. Ye, sangat bising. Mencecah 70db: sama kuat dengan bunyi vakum pembersih rumah tu. Jadi, bayi resah dengan suasana sunyi sebab dah terbiasa hidup dalam bising.
Jadi, bila bayi mengamuk teruk, berilah bunyi yang lebih atau sekurang-kurangnya sama kuat dengan jeritannya. Ye la, kalau ‘slow’ sangat nanti dia cuma dengar jeritan dia sendiri je.
Mana pulak nak cari bunyi ni? Ha paling mudah kita buat sendiri la. Rapatkan mulut anda ke telinga bayi dan buat bunyi shhh sekuat mungkin. ‘Shhh’ ini hampir menyamai bunyi rahim.

Hayun/Goyang
Bukan ‘goncang’ ok. Kenapa nak hayun? Sebab bayi manusia dah 9 bulan terbuai-buai dalam perut ibu setiap saat ibu bergerak.
Jadi, setelah membedung-pegang bayi pada posisi betul, sambil shhh tu goyang la sikit bayi. Jangan la statik je. Sokong kepala bayi sepanjang masa. Boleh buat perlahan-lahan hingga bayi dah selesa dan tenang.

Hisapan
Ada tak imej ultrasound bayi anda sedang hisap jari?. Kalau takde, rasanya semua orang pun pernah nampak imej bayi menghisap jarinya semasa dalam kandungan, samada di internet atau dalam buku.
Kenapa nak hisap jari lagi kalau tali pusat tu memang dah 24 jam salurkan makanan tanpa henti?. Mestilah bukan sebab bayi lapar kan?. Sebabnya..alam dah ajar bayi: hisap lah..ia mententeramkan.
Jadi, jika bayi masih tak tenang dengan 4 langkah sebelum ini, berilah elemen ke 5 ini iaitu menghisap. Oleh kerana bayi bawah 4 bulan belum ada koordinasi otot penuh untuk hisap ibu jari sendiri, maka alternatif yang ada terhad kepada: payudara ibu, botol, jari bersih ibu dan puting tiruan (pacifier).
* jari ibu tu mungkin kedengaran tak senonoh buat sebahagian kita, tapi ketahuilah ia diamalkan sebahagian budaya lain jadi ia tetap satu alternatif..

The post Tenteramkan Bayi Menangis Kurang 5 Minit, Ibu Boleh Cuba 5 Cara Ini! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tenteramkan-bayi-menangis-kurang-5-minit-ibu-boleh-cuba-5-cara-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dukung Bayi Dalam Posisi Menegak 20 Minit Boleh Bantu Hilangkan Sedu

Dukung Bayi Dalam Posisi Menegak 20 Minit Boleh Bantu Hilangkan Sedu

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 348 hits
Sedu yang berlaku bayi adalah perkara normal Namun begitu adakah terdapat sebarang cara untuk membantu bayi menghilangkan sedu Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut Apakah yang menyebabkan bayi anda mengalami sedu Pita s...
Payahnya Lelapkan Mata Dalam Pesawat Anda Boleh Cuba Cara Ini

Payahnya Lelapkan Mata Dalam Pesawat Anda Boleh Cuba Cara Ini

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 332 hits
Payahnya Lelapkan Mata Dalam Pesawat Anda Boleh Cuba Cara IniTERDAPAT dua jenis penumpang pesawat iaitu mereka yang tiada masalah tidur di dalam pesawat dan mereka yang matanya sentiasa berjaga sepanjang penerbangan
Fenomena Boba Ini 6 Menu Masakan Boba Yang Boleh Korang Cuba Di Rumah

Fenomena Boba Ini 6 Menu Masakan Boba Yang Boleh Korang Cuba Di Rumah

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 347 hits
Fenomena boba bubble tea atau pearl makin menular di kalangan masyarakat negara ini sejak beberapa bulan lalu Dikenali dengan pelbagai nama ia ternyata menjadi minuman popula yang selalu menghiasi dinding media sosial Rasanya yang enak dica...
Bayi Di Jerut Ibu Ketika Tukar Pampers

Bayi Di Jerut Ibu Ketika Tukar Pampers

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 485 hits
Bayi Di Jerut Ibu Ketika Tukar PampersViral di media sosial ketika ini video seorang wanita memukul dan menampar anaknya tanpa belas kasihan
Cara Memilih Deterjen Baju Bayi

Cara Memilih Deterjen Baju Bayi

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 438 hits
Seorang ibu memang akan tidak dapat dihindarkan dari pekerjaan membereskan tumpukan baju yang harus dibersihkan setiap harinya Anda juga akan mendapati bahwa berbagai macam deterjen akan dapat mempengaruhi kesehatan bayi Anda Anda perlu unt...
Elak Mandikan Bayi Dengan Air Sejuk Boleh Turunkan Suhu Badan Mengejut

Elak Mandikan Bayi Dengan Air Sejuk Boleh Turunkan Suhu Badan Mengejut

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 676 hits
Kenapa tidak boleh memandikan bayi dengan air sejuk Ramai ibu bapa lakukan 6 kesilapan ini semasa memandikan bayi Ramai yang bagi alasan kekok nak mandikan bayi yang baru lahir Terlalu kecil takut nak pegang bimbang terlepas terjatuh dan ma...
Ini Cara Betul Bancuh Susu Formula Untuk Anak Untuk Elak Nutrisi Terjejas Yang Ibu Bapa Wajib Tahu

Ini Cara Betul Bancuh Susu Formula Untuk Anak Untuk Elak Nutrisi Terjejas Yang Ibu Bapa Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 491 hits
Proses penyediaan susu formula bayi perlu dilakukan dengan teliti bagi mengelakkan sebarang jangkitan atau kontaminasi kimia ke dalam bancuhan tersebut Pencemaran yang berlaku akan mengganggu kesihatan bayi khususnya boleh menyebabkan cirit...
Susu Ibu Cukup Untuk Bayi Cumanya Mama Yang Risau Bayi Lapar

Susu Ibu Cukup Untuk Bayi Cumanya Mama Yang Risau Bayi Lapar

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 1254 hits
Susu sikit Mommies jangan panik Mommies perlu tahu saiz perut bayi yang baru dilahirkan hanya sebesar buah ceri Dan percayakah mommies bila mommies perah susu selepas kelahiran yang keluar hanyalah kolostrum dan jumlahnya adakalanya hanya b...
Selepas Mandikan Bayi Urut Bersembang Dengannya Boleh Bantu Bayi Cepat Bercakap

Selepas Mandikan Bayi Urut Bersembang Dengannya Boleh Bantu Bayi Cepat Bercakap

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 316 hits
Banyak cara yang boleh dilakukan untuk merangsang bayi anda bercakap Namun diingatkan supaya tidak memaksa anak anda bercakap kerana proses pembelajaran akan mengambil masa Didik bayi anda dengan kaedah santai sambil bermain main kerana ber...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya