Cara Membina Unique Selling Proposition Untuk Bisnes Homestay


Memulakan perniagaan homestay pada hari ini mungkin tidak semudah berbanding beberapa tahun dahulu. Pada hari ini cabarannya adalah berkali ganda lebih besar.
 
Ramai orang sudah mula sedar akan potensi keuntungan yang boleh diperolehi menerusi perniagaan jenis ini.
 
Ini sekaligus menyebabkan persaingan untuk mendapatkan tetamu semakin sengit.
 
Oleh itu, jika anda juga berhasrat untuk menjalankan perniagaan homestay, anda mungkin akan dapati mempunyai unit hartanah di lokasi yang strategik, dengan dilengkapi dengan perabot serba baru, sebenarnya masih belum cukup untuk menarik pelanggan untuk memilih homestay anda.
 
Jadi, apa yang patut anda lakukan?

Anda perlu menonjolkan keunikkan homestay milik anda, berbanding pesaing.
 
Salah satu cara untuk menonjolkan keunikkan bisnes homestay anda adalah dengan cara menghasilkan sebuah USP atau nama lainnya Unique Selling Proposition.
 
Posting kali ini, kita akan bincangkan mengenai istilah dan konsep USP dengan lebih lanjut dalam konteks bisnes homestay.
 
USP ni kalau dalam bahasa Melayu, apa maksud dia?
Dari pembacaan yang saya lakukan, istilah USP ini kalau dalam bahasa Melayu bermaksud Cadangan Unik Jualan.

 
Sebagai usahawan, atau pemilik perniagaan, kita sebenarnya ingin pembeli untuk membeli produk kita dan disebabkan itu, kita pun mencadangkan apa dia keunikkan, kelebihan dan keistimewaan yang terdapat pada tawaran kita.
 
Sepanjang penulisan ini, saya akan lebih banyak menggunakan istilah dalam bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu.
 
Apa yang dimaksudkan dengan istilah Unique Selling Proposition (USP) ini?
Unique Selling Proposition (USP) adalah merujuk kepada suatu faktor atau ciri tersendiri yang membezakan produk, perkhidmatan, atau dalam konteks perbincangan kita disini, homestay anda berbanding homestay milik pesaing.
 
Pada asasnya, kewujudan USP inilah yang menjadikan homestay anda unik, istimewa dan lebih berharga kepada bakal tetamu, berbanding lain-lain homestay yang turut beroperasi disekitar anda.
 
Kepentingan memiliki USP bagi perniagaan homestay Apa kelebihan mempunyai tawaran USP yang kuat bagi perniagaan homestay?
 
Boleh jadi, bukan semua orang yang menjalankan bisnes homestay ini, memikirkan tentang keperluan untuk mempunyai USP. Sebahagian mereka tak pernah peduli pun dengan hal-hal seperti ini.
 
Bagi mereka, cukup sekadar mewar-warkan atau mengiklankan perniagaan homestay yang dia jalankan. Nanti-nanti pasti akan ada tetamu yang datang untuk menginap.
 
Kalau anda juga beranggapan sedemikian, maka artikel ini bukan untuk anda. Saya tulis artikel ini, khusus untuk pengusaha bisnes homestay yang berminat untuk mencipta USP bagi perniagaan mereka.
 
Kita bincangkan, apakah dia manfaat mempunyai USP bagi bisnes homestay.
 
(1) Perniagaan anda jadi lebih berdaya saing
Dalam industri hospitaliti yang boleh dikatakan agak sesak dengan pelbagai jenis perniagaan, sudah semestinya anda memerlukan satu tawaran yang dapat membuatkan anda lebih menarik berbanding pesaing anda.
 
Jika tawaran anda sama sahaja apabila dibandingkan dengan lain-lain homestay yang ada disekitar anda, ini akan membuatkan anda perlu bersaing dari segi harga.
 
Kalau semua tawaran dalam pasaran adalah sama sahaja, sebagai pelanggan, mereka akan lebih cenderung untuk memilih penjual yang boleh berikan harga yang paling murah.
 
Kenapa perlu bayar lebih?
Bayar mahal dapat servis yang sama.
Bayar murah pun dapat servis yang sama.
 
Tetapi, apabila sesuatu homestay itu mula menitikberatkan soal kelainan dan keunikkan, ini akan membuatkan bakal pelanggan jadi lebih terbuka untuk buat pemilihan. Mereka tidak lagi membuat keputusan berdasarkan kepada kriteria harga paling murah semata-mata.
 
Mereka mungkin akan pilih homestay yang menepati ciri tertentu seperti
1. Ada swimming pool yang besar
2. Ada pemandangan yang cantik
3. Dekat dengan tempat percutian
4. Tema dan reka bentuk hiasan dalaman yang paling cantik
5. Paling dekat dengan tempat menarik
 
(2) Menarik minat pelanggan ideal
Apabila kita tidak mempunyai pelanggan ideal, kita akan cuba memuaskan hati semua orang.
 
Kita tahu, membuatkan semua orang puas dan suka dengan kita, adalah sesuatu yang mustahil dan sangat memenatkan untuk dilakukan.
 
In fact, kalau dalam bidang saya, iaitu bidang penulisan, konsep yang sama juga boleh diguna pakai. Kalau kita cuba untuk menulis untuk semua orang, ianya adalah mustahil.
 
Apa yang lebih praktikal adalah untuk menulis untuk kelompok pembaca yang kita katakan sebagai pembaca ideal.
 
Kita tahu dan faham apa yang mereka perlukan, dan kita sediakan perkhidmatan kita mengikut apa yang menjadi kemahuan mereka.
 
Formula yang sama juga terpakai untuk bisnes jenis tempat perkhidmatan seperti homestay. Siapakah sebenarnya pelanggan ideal yang memang sesuai untuk mendapatkan perkhidmatan dari anda?
 
(3) Bina jenama
Mempunyai USP dapat membantu anda untuk membina jenama dan reputasi perniagaan anda.
 
Sampai satu tahap, anda akan tahu bahawa usaha anda untuk membina reputasi ini memang berhasil, apabila ada dalam kalangan tetamu anda yang mula menjadi pelanggan berulang.
 
Mereka datang untuk menginap di homestay untuk beberapa kali dalam setahun.
 
Kalau mereka tak menginap dihomestay anda pada waktu kedatangan mereka, mungkin sebab pada waktu itu, homestay anda telahpun di tempah oleh pelanggan lain.
 
Jika ada kekosongan, tetamu anda ini pasti akan memilih tempat anda.
 
Nak lagi best?
Tetamu anda ini mula mencadangkan homestay anda kepada kenalan mereka tanpa perlu anda minta.
 
(4) Pengalaman unik dan terbaik buat tetamu
Pernahkah anda terfikir, kenapa tetamu sanggup membayar sejumlah wang untuk menginap ditempat anda, sedangkan mereka boleh pilih untuk menginap ditempat lain?
 
Ada atau tidak terlintas difikiran anda, yang sebenarnya tetamu ini sanggup membayar kerana mereka ingin mendapatkan pengalaman dan kenangan yang baik ditempat anda.
 
Jika tidak, lebih baik mereka duduk rumah sendiri.
Ia lebih menjimatkan wang, masa dan tidak memenatkan.
 
Kalau ada tetamu yang sanggup datang dari jauh, untuk menginap dihomestay anda, bermakna mereka ini menjangkakan untuk mendapatkan pengalaman penginapan yang terbaik sepanjang berada ditempat anda.
 
Poin mengenai pengalaman unik ini, nanti kita cerita lagi dibahagian bawah ya.
Sila teruskan pembacaan anda.
 
Kita telahpun bincangkan, apakah kepentingan atau kelebihan mempunyai USP apabila menjalankan bisnes homestay.
 
Sekarang ini, kita nak beralih pula kepada perbincangan bagaimana cara untuk cipta atau hasilkan USP bagi bisnes homestay yang anda jalankan.
 
Saya faham, kalau nak sebut “bisnes homestay anda perlu memiliki USP tersendiri”, ramai orang boleh cakap benda yang serupa.
 
Tapi persoalannya ialah, macam mana nak cipta USP untuk bisnes homestay?
Apakah proses berfikir yang perlu dilakukan bagi membantu seseorang itu mencipta USP yang berkesan?
 
Ya, perkara inilah yang kita cuba nak bincangkan.

In Shaa Allah saya akan cuba berikan beberapa idea, yang mungkin berguna (tapi ada kemungkinan idea ini juga tak berkesan) untuk membantu anda menghasilkan USP bagi perniagaan homestay yang anda jalankan.
 
Tapi sebelum itu, saya nak beritau dulu, kenapa saya beriya-iya nak cakap pasal topik USP untuk bisnes homestay ini.
 
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya menerima job untuk mempromosikan bisnes homestay. Ada homestay yang senang untuk dipromosikan, dan ada homestay yang agak mencabar untuk saya promosikan.
 
Homestay yang pada saya senang untuk dipromosikan ini adalah homestay yang pemiliknya sudah jelas dengan konsep USP dan mereka ini mempunyai USP yang khusus.
 
Peranan saya adalah menghasilkan artikel promosi mengikut USP yang mereka telah tetapkan. Apabila seseorang itu sudah mempunyai USP, bermakna mereka ini
1. Sudah jelas dengan kategori dan kelompok pelanggan ideal mereka
2. Sudah ada mesej yang jelas untuk disampaikan kepada target audiens
 
Kerja promosi jadi lebih mudah, sebabnya saya hanya perlu kuatkan atau sebarluaskan lagi mesej tersebut kepada golongan yang bertepatan dengan kriteria pelanggan ideal mereka.
 
Bagaimana pula dengan job promosi homestay yang saya katakan agak sukar tu?
Job yang sukar ini melibatkan pemilik homestay yang tak jelas dengan konsep USP.
 
Bila saya tanya kepada pemilik homestay, apa USP untuk homestay encik?
Dia tanya saya balik, USP tu benda apa?
 
Apa yang menjadikan job ini susah ialah, apabila homestay tersebut tak ada USP, ia akan menjadikan homestay miliknya sama sahaja dengan lain-lain homestay di luar sana.
 
Untuk mendapatkan pelanggan, dia perlu bersaing dari segi harga, memandangkan homestay miliknya tak ada apa-apa yang istimewa yang dapat diketengahkan.
 
Selain itu, homestay miliknya juga boleh jadi akan jadi pilihan kedua atau pilihan terakhir, hanya setelah homestay lain disekitarnya telahpun fully booked.
 
Dari sisi yang lain, bila pemilik homestay yang ingin dapatkan khidmat saya tak mempunyai sebarang USP, nak tak nak saya perlu bantu mereka untuk fikirkan, apakah USP yang sesuai untuk diketengahkan.
 
Maka saya perlu fikirkan,
i. Adakah homestay tersebut menyediakan kemudahan yang tak ada di tempat lain?
ii. Adakah homestay miliknya mempunyai suasana yang lain dari yang lain?
iii. Adakah homestay itu terletak dilokasi yang sangat strategik?
 
Justeru, buat para pemilik homestay, yang bercadang untuk mencipta USP bagi homestay milik anda namun masih belum ada idea untuk hasilkan satu, saya tulis artikel ini khusus untuk kalian.
 
Ini adalah panduan, bagaimana cara untuk mencipta USP untuk perniagaan homestay yang anda jalankan.

(1) Kenalpasti ciri unik homestay anda Lakukan analisis terhadap perkara yang dapat membuatkan homestay anda berbeza berbanding lain-lain homestay yang menjadi pesaing anda.
 
Antara perkara yang membezakan setiap homestay adalah dari segi
1. Lokasi
2. Kemudahan dan peralatan yang anda sediakan
3. Perkhidmatan tambahan
4. Reka bentuk dan hiasan dalaman
5. Tema homestay anda
6. Pemandangan yang memukau
7. Tetamu berpeluang mempelajari sesuatu yang baru
 
Kita akan bincangkan serba sedikit poin yang dinyatakan.
 
1. Lokasi Apa yang unik dan menariknya dari aspek lokasi homestay anda ini?
 
Bila membincangkan mengenai aspek lokasi ini, kata kunci yang penting ialah, ianya mestilah terletak dilokasi yang strategik dan berdekatan dengan tempat tumpuan tertentu.
 
i. Berdekatan dengan tempat tarikan pelancong
Kita mensasarkan kategori tetamu yang datang menginap atas tujuan untuk pergi melancong dan bercuti. Mereka ini memerlukan tempat penginapan yang selesa yang memudahkan mereka untuk mengunjungi tempat-tempat tarikan pelancongan yang berdekatan.
 
ii. Berdekatan dengan kemudahan asas
Kemudahan disini saya merujuk kepada shopping mall, serbaneka, klinik kesihatan, hospital, lapangan terbang dan sebagainya.
 
iii. Mempunyai pemandangan yang menarik
Boleh jadi dari homestay anda, boleh lihat pemandangan yang menarik lagi memukau.

Mungkin dari homestay anda boleh lihat pemandangan
1. Tasik atau sungai
2. Boleh nampak pantai
3. Ada kawasan pergunungan
4. Ada ladang teh, sayur-sayuran atau buah-buahan
5. Pemandangan sawah padi
6. Ada kebun atau taman bunga dengan landskap yang menarik
 
iv. Akses mudah ke tempat riadah
Melalui homestay anda, terdapat laluan khas yang boleh membawa tetamu terus ke tempat dimana mereka boleh lakukan aktiviti riadah bersama keluarga.
 
Kalau homestay anda berdekatan dengan kawasan pantai, mungkin ada laluan khas yang boleh membawa anda untuk pergi ke tepi pantai yang tak ramai pengunjung.
 
Ataupun, dari homestay anda ada laluan khas untuk mulakan aktiviti jungle trekking, hiking, ke sungai dan sebagainya.
 
Salah satu homestay yang saya pernah menginap sebelum ini, iaitu di Ocean View Resort Port Dickson, pengunjung boleh gunakan laluan khas dibahagian belakang untuk terus menuju ke pantai.
 
2. Kemudahan yang anda sediakan Kaedah seterusnya untuk fikirkan satu USP yang sesuai, kita boleh guna pendekatan berdasarkan kepada kemudahan dan kelengkapan yang anda sediakan untuk para tetamu.
 
Manalah tahu kan, kalau nak cerita dari aspek lokasi, homestay anda mungkin tak begitu kuat dari aspek tersebut. Oleh itu, kita cuba fikirkan cara untuk bina USP yang kuat melalui tawaran kemudahan yang anda sediakan buat para tetamu yang datang menginap.
 
i. Tawaran kelengkapan yang unik
Pertama sekali, anda perlu lakukan analisis terhadap tawaran yang disediakan oleh pesaing anda, dari sudut kemudahan yang disediakan.
 
Kemudian barulah anda tawarkan sesuatu yang pesaing anda memang tak ada tawarkan.
 
Apa yang pesaing anda tak tawarkan, tapi anda boleh sediakan?
 
Boleh jadi
1. Bath tub
2. Swimming pool
3. Gym
 
ii. Ciri moden dan berteknologi
Homestay anda mungkin dilengkapi dengan smart system. Ada smart tv, smart lock, dan pelbagai lagi ciri smart.
 
iii. Ciri yang sesuai untuk aktiviti bersama keluarga
Bila berkumpul bersama keluarga, sudah tentu akan jadi lebih bermakna sekiranya ada aktiviti tertentu yang kita boleh lakukan bersama.
 
Aktiviti disini tak perlu terlalu besar, tapi yang penting dapat mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga. Setidak-tidaknya bila check in homestay, tak adalah semua orang buat hal masing-masing.
 
Bila kita kata buat hal masing-masing ini, biasanya orang akan bermain handphone masing-masing sahaja.
 
Oleh yang demikian, anda mungkin boleh ketengahkan tentang sebarang aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga, apabila menginap ditempat anda nanti.
 
Boleh jadi di homestay anda ada ruang untuk beriadah, ada permainan board games, set BBQ dan sebagainya.
 
3. Pengalaman unik Apakah pengalaman unik yang tetamu boleh perolehi hanya apabila mereka menginap dihomestay milik anda?
 
Kita dah sentuh mengenai faktor lokasi dan juga kemudahan yang anda sediakan dalam rumah. Kalau melalui dua pendekatan ini, anda masih belum dapat idea, macam mana nak cipta USP yang berkesan, maka kita cuba untuk cipta USP melalui pendekatan memberikan pengalaman yang unik kepada para tetamu.
 
Kita bermula dengan bertanyakan soalan, apakah pengalaman yang unik, yang anda mampu berikan kepada para tetamu anda?
 
1. Servis yang terbaik
Highlight mengenai kualiti perkhidmatan yang anda pernah berikan kepada para tetamu anda sebelum ini.
 
Sebagai contoh, anda pernah menyediakan kad ucapan selamat datang beserta dengan sebekas buah-buahan bagi menyambut kedatang mereka.

Ataupun anda pernah sediakan persiapan dan dekorasi untuk acara tertentu, misalnya seperti sambutan hari ulangtahun kelahiran atau ulangtahun perkahwinan.
 
2. Pengalaman unik
Orang bandar, apabila dia memilih untuk menginap di homestay tertentu, boleh jadi sebab dia ingin merasa suatu pengalaman yang mereka tak pernah rasa sebelum ini.
 
Saya pernah pergi bercuti di Sekinchan dan untuk tujuan tersebut, saya sengaja memilih unit homestay yang terletak betul-betul ditengah sawah padi.

Kenapa saya pilih unit kediaman ini?
Simple.
 
Sebab saya tak pernah rasa pengalaman bermalam di sawah bendang. Kebetulan ada unit homestay yang memang dibina betul-betul ditengah sawah bendang, jadi saya ambil keputusan untuk menginap disitu.
 
Kalau diikutkan, bukannya tak ada unit kediaman lain yang lebih murah disekitar Sekinchan. Tapi untuk yang mampu memberikan pengalaman yang berharga, ianya tak banyak.
 
Bercakap dari sudut pengalaman unik ini, kita tak seharusnya dihadkan hanya kepada jenis atau lokasi tempat penginapan itu semata-mata.
 
Kita juga boleh kembangkan lagi, kepada memberikan perkhidmatan yang unik kepada bakal pelanggan.
 
Saya ada membuat sedikit kajian melalui platform Airbnb untuk mengetahui, bagaimana cara pengendali bisnes homestay yang menggunakan platform tersebut menjana pendapatan.
 
Sebenarnya saya nak tahu, selain mereka tawarkan perkhidmatan penginapan, apa lagi yang mereka buat untuk jana pendapatan melalui bisnes ini?
 
Saya dapati, terdapat antara mereka yang turut menawarkan perkhidmatan dibawah subjek “experiences” atau “pengalaman”.

Justeru, kenapa tidak untuk anda juga lakukan hal yang sama?
 
Sebenarnya pada sayalah ini bukanlah suatu idea yang sangat hebat atau terlalu bombastik. Saya percaya ada banyak orang yang boleh lakukan perkara yang sama.
 
Persoalannya ialah, sama ada anda mempunyai tenaga kerja dan masa untuk anda berikan perkhidmatan tambahan seperti ini ataupun tidak.
 
Ini antara cadangan “pengalaman unik” yang mungkin anda boleh tawarkan kepada tetamu.
i. Kelas memasak
Tetamu yang menginap di homestay anda, boleh ikuti sesi atau kelas memasak selama satu jam. Sudah tentu, jika mereka minat perlu buat bayaran tambahan.
 
ii. Kacau dodol
Biasanya kalau tetamu duduk beramai-ramai, aktiviti yang akan dilakukan adalah barbeque. Apa kata kali ini, kita berikan pilihan untuk mereka buat aktiviti kacau dodol.
 
Rasanya zaman sekarang ini, tak ramai yang ada pengalaman buat dan kacau dodol.
 
Selain kacau dodol, mungkin boleh buat sesi belajar menganyam ketupat?
 
iii. Hiking atau jungle trekking
Jika dari homestay anda ada tempat untuk buat aktiviti hiking, anda boleh tawarkan servis tour guide untuk para tetamu.
 
iv. Island hopping
Aktiviti ini sesuai kalau homestay anda berdekatan dengan laut.
 
v. River cruising
Kalau berdekatan dengan homestay anda ada sungai yang sesuai untuk buat aktiviti bersiar-siar seperti river cruising ini, mungkin anda juga boleh tawarkan kepada mereka.

Apa pun aktiviti yang anda ingin tawarkan, pastikan keselamatan sentiasa diberikan perhatian.
 
vi. Trip memancing
Anda mungkin mempunyai bot dan boleh membawa tetamu anda yang minat memancing untuk buat aktiviti ini.
 
Ini hanya sebahagian daripada idea yang anda boleh praktikkan. Kalau anda ada cadangan yang lebih baik, boleh gunakan idea anda sendiri. Kalau anda nak kongsi idea lagi bagus.
 
Apa kata anda kongsi idea anda dibahagian komen.
 
4. Reka bentuk dan suasana Homestay yang agak moden lazimnya pemiliknya akan mempunyai tema unik yang mewakili perkhidmatan tersebut.
 
Mereka ini bukan buat bisnes homestay secara acuh tak acuh. Sebaliknya mereka memang telah fikirkan masak-masak, bagaimana rupa bentuk homestay yang bakal mereka tawarkan nanti.
 
Atas sebab itulah, kalau kita lihat di platform Online Travel Agency (OTA), seperti Airbnb, Agoda dan sebagainya, ada banyak homestay yang cantik-cantik dari segi hiasan dalamannya.
 
Setiap homestay memang nampak kelainannya, memandangkan mereka mempunyai tema tersendiri.
 
Ada tema seperti
 
i. Minimalist
Hiasan dalaman yang cukup ringkas tapi kemas dan sedap mata memandang.
 
ii. Suasana pantai
Hiasan dalaman yang memberikan suasana seperti berada di pantai, atau mungkin tema seperti berada diatas sebuah kapal layar.
 
iii. Budaya masyarakat
Apa kata anda membuat dekorasi rumah yang konsepnya adalah untuk mengetengahkan budaya masyarakat, seperti seni bina melayu tradisional, baba dan nyonya dan sebagainya.
 
Ini juga dapat memberikan sesuatu yang unik terhadap tawaran anda.
 
Penggunaan tema dan dekorasi ini dapat menimbulkan mood dan suasana penginapan yang lebih menarik.
 
(2) Fahami kelompok pelanggan sasaran anda Kalau dalam point sebelum ini, kita berbincang mengenai apakah ciri unik yang ada pada homestay anda yang anda boleh ketengahkan.
 
Seterusnya adalah kita ke langkah yang seterusnya iaitu mengenali siapakah sebenarnya pelanggan ideal yang anda sasarkan.
 
Pelanggan ideal disini, mungkin terdiri daripada
1. Golongan muda yang sukakan cabaran dan pengembaraan
2. Keluarga
3. Pasangan yang inginkan suasana romantik
4. Individu yang travel atas urusan kerja atau perniagaan
5. Dan lain-lain?
 
Apa yang kita ingin lakukan pada poin ini ialah, kita ingin sesuaikan USP yang telah kita hasilkan kepada kelompok pelanggan atau tetamu sasaran.
 
Pelanggan atau tetamu sasaran yang saya maksudkan ini, merujuk kepada pelanggan ideal yang kita mahukan.
 
(3) Ketengahkan manfaat, bukan sekadar ciri Fokus bagaimana ciri-ciri unik yang ada pada homestay anda, dapat memberikan manfaat kepada tetamu yang bakal menginap ditempat anda.
 
Sebagai contoh, jika homestay anda terletak dikawasan yang agak pedalaman, anda boleh ketengahkan tentang suasana kampung, ketenangan, dan peluang untuk menikmati semula pengalaman semasa kanak-kanak dulu, terutama sekali bagi mereka yang dulunya lahir dan membesar dalam suasana kampung.
 
(3) Tawarkan perkhidmatan tambahan Adakah tetamu yang datang untuk menginap di homestay, mereka datang semata-mata sebab mereka perlukan tempat untuk bermalam pada hari tersebut?
 
Besar kemungkinan jawapannya adalah tidak.
 
Mereka mempunyai sebab lain, yang membuatkan mereka ada keperluan untuk pergi travel.
Baca juga: Kenapa orang pergi travel?
 
Kemudian apabila urusan mereka telah selesai, akhirnya mereka hanya duduk-duduk sahaja tanpa buat apa-apa. Tetapi, kalau anda boleh berikan khidmat tambahan, seperti yang kita telah bincangkan sebelum ini, rasanya tak pelik kalau ada tetamu anda yang tempah extra satu malam sebab mereka nak ikuti pakej aktiviti yang anda tawarkan.
 
(4) Paparkan testimoni Seperti biasa, testimoni, feedback ataupun review dari tetamu terdahulu yang pernah menginap di homestay milik anda adalah sangat penting dan berharga.
 
Oleh kerana kita bincang mengenai topik USP, maka sebaik-baiknya review yang ditulis oleh tetamu sepatutnya menyentuh tentang USP yang anda pilih.
 
Kalau USP yang anda pilih adalah mengenai kolam renang yang hebat, yang anda sediakan untuk kegunaan tetamu, maka salah satu daripada review yang patut disentuh oleh tetamu adalah mengenai betapa seronoknya mereka menggunakan kolam renang tersebut.

Bakal tetamu akan merasa lebih yakin untuk menempah homestay anda, jika mereka membaca review positif dari pelanggan terdahulu, berbanding sekadar anda yang menulis tentang betapa unik dan hebatnya tawaran yang anda berikan.
 
(5) Laburkan sejumlah wang untuk marketing Marketing material ini, boleh jadi dalam bentuk
1. Fotografi
2. Videografi
3. Copywriting
 
Bagi mendapatkan sesuatu yang berkualiti, adakalanya anda memang perlu membelanjakan sejumlah wang bagi mendapatkan hasil kerja yang betul-betul berkualiti.
 
Kita cuba sentuh satu per satu.
 
(1) Fotografi
Gambar-gambar yang anda gunakan bagi tujuan pemasaran sepatutnya dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai USP bagi homestay milik anda.
 
Apabila bakal tetamu melihat gambar-gambar yang anda bekalkan, mereka terus rasa jatuh cinta dan teringin untuk menginap ditempat anda.
 
Kalau homestay anda berdekatan dengan pantai, boleh tunjukkan gambar yang menunjukkan betapa dekatnya kedudukan homestay anda dengan pantai.
 
(2) Videografi
Sesetengah bakal tetamu lebih suka berinteraksi dengan konten dalam bentuk video.
 
Konten video ini sesuai kalau diupload di platform seperti Youtube, Tiktok dan juga media sosial.
 
Jika ada bakal tetamu yang menonton video tersebut dan mereka merasakan homestay anda memang menarik, mereka akan menghubungi anda untuk bertanya tentang kekosongan.
 
(3) Copywriting
Bagi mendapatkan review yang betul-betul berkualiti tinggi dan menepati kriteria yang anda mahukan, anda mungkin perlu membuat kerjasama dengan seseorang yang boleh menulis review seperti yang anda mahukan, atau setidak-tidaknya seseorang yang memang tahu apa yang perlu ditulis dalam review.
 
Anda boleh berharap pada tetamu yang berpuas hati dengan perkhidmatan anda untuk menulis review yang positif, tapi mungkin agak sukar untuk mengharapkan tetamu ini menulis review seperti yang anda mahukan.
 
Cuba letakkan diri anda dalam sudut pandang para tetamu.
 
Mereka ini telah membayar sejumlah wang untuk menginap di homestay milik anda. Pada mereka, mereka memang selayaknya untuk menerima yang terbaik dari anda.
 
Satu lagi, bukan kerja mereka untuk menulis review yang bagus-bagus lagi bombastik semata-mata sebab nak bantu anda dapatkan booking yang banyak.
 
Review ini juga, apabila digunakan dengan cara yang betul, boleh dijadikan sebagai satu alat untuk tujuan pemasaran.
 
(6) Kongsi cerita dan kisah menarik tentang homestay anda Kongsi cerita dan kisah sepanjang anda menjalankan bisnes ini.
 
Lazimnya, orang kita tak suka baca ayat-ayat iklan.
Tapi mereka tak ada masalah untuk ambil tahu dan baca kisah-kisah menarik yang diceritakan.
 
Saya percaya, disebalik anda menjalankan bisnes ini, pasti ada kisah-kisah menarik yang pernah berlaku dalam kehidupan anda.
 
Kita mulakan proses brainstorming.
 
i. Kenapa anda menjalankan bisnes ini?
Setiap orang pasti ada “the reason why” kenapa dia memilih untuk memulakan bisnes ini.
 
Kadang-kadang cerita disebalik sebab kenapa seseorang itu memulakan sesuatu bisnes agak menarik.
Baca juga: Kenapa pilih untuk menjalankan bisnes homestay?
 
ii. Apa cabaran yang anda telah lalui untuk memulakan bisnes ini?
Cabaran ini sebenarnya dilalui bukan sahaja kepada mereka yang dah lama menjalankan bisnes ini, malahan mereka yang baru nak bermula juga ada berdepan dengan cabaran.
 
iii. Siapa yang pernah anda bantu sepanjang anda mempunyai homestay?
Mungkin anda pernah ada pengalaman membantu mangsa kebakaran, mangsa keganasan rumah tangga, mangsa banjir atau sesiapa sahaja.
 
Anda berikan mereka menginap ditempat anda untuk beberapa malam sehingga mereka berjaya dapatkan tempat untuk mereka meneruskan kehidupan.
 
iv. Homestay anda pernah dijadikan set penggambaran untuk video youtube, drama atau filem?
Kalau pernah, anda boleh kongsikan video tersebut, atau tajuk filem yang terdapat footage homestay anda.
 
Kisah benar atau fiksyen?
Dalam penggunaan cerita bagi tujuan pemasaran, adakah perlu gunakan cerita betul atau cerita rekaan?
 
Pada pendapat saya, tak salah kalau anda tokok tambah cerita, bagi tujuan menyedapkan jalan cerita. Asalkan mesejnya sampai dan cerita tersebut tidak berubah dari segi pengajarannya.
 
Bagaimana pula kalau gunakan cerita rekaan?
Ini juga boleh, tapi ia agak berbahaya.
 
Bahaya kalau ada yang tahu, kisah tersebut sebenarnya rekaan dan tak pernah berlaku. Silap percaturan, anda akan dituduh sebagai seorang penipu pula.

Kesimpulan Adakah homestay anda masih belum mempunyai USP yang tersendiri?
 
Saya harap selepas anda membaca perkongsian ini, anda dapat luangkan masa dan gunakan maklumat yang saya kongsikan disini bagi tujuan membina USP untuk bisnes homestay anda.
 
Fungsi USP bukanlah semata-mata untuk menjadikan tawaran anda unik berbanding pesaing anda, sebaliknya ianya juga berperanan sebagai suatu jaminan dan janji kepada bakal tetamu, bahawa mereka pasti akan berpuas hati dengan perkhidmatan yang anda sediakan, dan mereka pasti tidak akan menyesal kerana memilih anda.
 
Dari masa ke masa, anda juga mungkin perlu kemaskini atau tukar USP anda, bergantung kepada keperluan.
 
Sebagai contoh, kalau anda sasarkan tetamu dari kategori A, maka anda gunakan USP yang bersesuaian.
Kalau anda sasarkan tetamu dari kategori B, maka anda gunakan pula USP yang berbeza dari tetamu kategori A.
 
Sebagai penutup, kita boleh rangkumkan, bahawa untuk mencipta USP anda boleh lihat dari aspek
1. Lokasi
2. Kemudahan dan kelengkapan yang anda sediakan
3. Pengalaman unik yang anda boleh tawarkan
4. Reka bentuk, hiasan dalaman dan suasana homestay anda
 
Baiklah, saya harap perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Muat turun panduan bisnes homestay disini
 
The post Cara membina Unique Selling Proposition untuk Bisnes Homestay appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/cara-bina-usp-bisnes-homestay/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mencipta Keunikan Bagi Bisnes Homestay Anda Berbanding Pesaing Di Pasaran

Cara Mencipta Keunikan Bagi Bisnes Homestay Anda Berbanding Pesaing Di Pasaran

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 314 hits
Perniagaan homestay adalah salah satu perniagaan yang semakin berkembang dan menarik minat pemain baru untuk mencuba nasib dalam perniagaan ini Sebagai pemain baru mereka mempunyai kelebihan untuk membuat analisis terhadap persaingan sedia ...
Cara Atasi Kebuntuan Otak Nak Cari Bisnes Apa Yang Mahu Dilakukan Setelah Berhenti Kerja

Cara Atasi Kebuntuan Otak Nak Cari Bisnes Apa Yang Mahu Dilakukan Setelah Berhenti Kerja

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 187 hits
Ini sambungan dari artikel yang lalu bagaimana proses saya jadi usahawan selepas berhenti kerja makan gaji Ada 3 ramuan penting yang perlu ada jika anda buat keputusan untuk berhenti kerja makan gaji dan sara kehidupan dengan berniaga sendi...
Hidung Berdarah Punca Rawatan Cara Pencegahannya

Hidung Berdarah Punca Rawatan Cara Pencegahannya

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 180 hits
Hidung Berdarah Punca Rawatan Cara Pencegahannya Masalah hidung berdarah adalah keadaan di mana seseorang itu mengeluarkan darah melalui rongga hidung secara tiba tiba Justeru adakah masalah kesihatan ini perkara biasa yang berlaku atau ia ...
Perintah Langsung Presiden Ini Cara Menko Pmk Dan Kapolri Kurangi Dampak Pemanasan Global

Perintah Langsung Presiden Ini Cara Menko Pmk Dan Kapolri Kurangi Dampak Pemanasan Global

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 131 hits
Pemanasan global dan perubahan iklim mempengaruhi berbagai aspek alam dan kehidupan manusia
Prabowo Dorong Myanmar Cari Penyelesaian Konflik Dengan Cara Damai Dan Non Kekerasan

Prabowo Dorong Myanmar Cari Penyelesaian Konflik Dengan Cara Damai Dan Non Kekerasan

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 168 hits
Pada prinsipnya ASEAN tidak ingin ikut campur di dalam masalah negara lain tapi kita ingin gunakan pengaruhnya kata Prabowo
E Baucar Buku Kita Selangor Cara Tebus Online Baucar Buku Rm200

E Baucar Buku Kita Selangor Cara Tebus Online Baucar Buku Rm200

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 311 hits
e Baucar Buku Kita Selangor Cara Tebus Online Baucar Buku RM200 E baucar buku Kita Selangor yang bernilai RM200 kini tersedia untuk 1 000 mahasiswa di Selangor Dato Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari baru baru ini melancarkan bantuan in...
Cara Elak Terlupa Anak Dalam Kereta

Cara Elak Terlupa Anak Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 314 hits
Hari ini kita dikhabarkan dengan satu berita sedih pemergian seorang bayi kerana tidak sengaja ditinggalkan di dalam kereta yang diparkir untuk masa yang lama Kes seperti ini kerap berlaku dan boleh berlaku kepada sesiapa termasuk diri kita...
Go Reward Touch N Go Penerangan Tutorial Dan Cara Claim

Go Reward Touch N Go Penerangan Tutorial Dan Cara Claim

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 199 hits
Kini pihak Touch n Go telah memperkenalkan sebuah program kesetiaan yang dinamakan GO Reward Touch n Go Program ini membolehkan ahli mengumpul serta menebus mata melalui aplikasi Dengan beberapa cara yang mudah pengguna boleh menyertai prog...
10 Cara Mudah Tidur Untuk Dapatkan Rehat Mencukupi Pada Waktu Malam

10 Cara Mudah Tidur Untuk Dapatkan Rehat Mencukupi Pada Waktu Malam

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 201 hits
Adakah anda sukar untuk lelap mata dan sedang mencari cara tidur mudah Sebenarnya mendapatkan rehat yang mencukupi pada waktu malam adalah sangat penting demi memastikan tahap produktiviti yang optimum pada waktu siang Pada masa yang sama t...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Hoya Pro1 Uv Filter

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly