Hidung Berdarah Punca Rawatan Cara Pencegahannya


Hidung Berdarah: Punca, Rawatan & Cara Pencegahannya
Masalah hidung berdarah adalah keadaan di mana seseorang itu mengeluarkan darah melalui rongga hidung secara tiba-tiba.
Justeru, adakah masalah kesihatan ini perkara biasa yang berlaku atau ia merupakan petanda kepada penyakit tertentu?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan masalah hidung berdarah dengan lebih lanjut.
Baca juga:
Muntah Darah Pecah Dara Berak Berdarah Apa itu hidung berdarah? Hidung berdarah atau epistaxis adalah masalah biasa yang berlaku dikalangan kanak-kanak.
Ia selalunya berkaitan dengan satu bahagian di dalam hidung iaitu “little area” yang senang untuk berdarah.
Masalah ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira usia. Terdapat dua jenis pendarahan hidung yang perlu anda tahu iaitu pendarahan depan (anterior) dan pendarahan belakang (posterior).
Pendarahan depan (anterior) adalah pendarahan yang berlaku daripada saluran darah bahagian hadapan hidung.
Manakala pendarahan belakang (posterior) adalah pendarahan yang berlaku daripada saluran darah jauh di dalam hidung. Yang mana pendarahan akan berlaku di bahagian belakang mulut atau di bahagian tekak.
Epistaxis, Causes, SIgns and Symptoms, Diagnosis and Treatment | Medical Centric Gejala hidung berdarah Hidung berdarah boleh datang dengan beberapa simptom lainnya seperti yang berikut:
Darah jenis cair atau darah pekat Pendarahan yang tidak berhenti Lendiran bercampur darah Hidung berasa tersumbat Susah untuk bernafas Rasa darah dalam mulut atau tekak Demam Liang hidung berasa kering Hidung rasa sakit Punca hidung berdarah Hidung berdarah boleh berlaku secara spontan atau disebabkan oleh trauma. Walau bagaimanapun, kebanyakkan sebab-sebabnya tidak dapat dikenal pasti.
Kecedaraan di hidung Udara yang terlampau sejuk atau kering Menghembus hidung dengan kuat Terlalu kerap bersin Ketumbuhan dalam rongga hidung  (contoh: polyps, tumor) Tindak balas bahan kimia Apa nak buat bila hidung berdarah? Berikut adalah cara merawat hidung berdarah yang betul dan boleh dilakukan ketika kecemasan:
Jangan mendongak untuk hentikan pendarahan kerana ia menyebabkan darah membeku di dalam hidung. Duduk dengan tegak dan bongkokkan badan ke hadapan. Tekan bahagian hidung untuk 10 minit. Gunakan ais dan letakkan di batang hidung. Bernafas menggunakan mulut bukan hidung. Jangan lalukan perkara seperti berikut:
Berbaring atau mendongakkan kepala Menyumbat hidung dengan tisu, kapas atau kain Menghembus hidung atau mengorek hidung Makan makanan panas atau pedas boleh menyebabkan hidung kembali berdarah Cara untuk elak pendarahan hidung 10 ways to Stop a Nose Bleed | Vik Veer – ENT Surgeon 1. Elak koreng hidung
Buang tabiat anda yang gemar korek hidung. Kuku yang panjang dan tajam boleh memberi risiko rongga hidung cedera.
2. Gunakan semburan saline
Jika anda mempunyai jenis kulit mudah kering, anda digalakkan untuk menggunakan semburan saline bagi menjaga kelembapan dalam hidung.
Hal ini kerana permukaan dalma hidung yang kering akan lebih mudah tercedera dan berdarah.
Pilihan lain selain semburan saline adalah gel pelembap atau petroleum jelly seperti vaseline bagi mendapatkan manfaat yang sama.
3. Gunakan pelembap udara
Fungsi pelembap udara adalah untuk menyeimbangkan kadar kelembapan di dalam bilik supaya dapat membantu melegakan gejala kering seperti bibir pecah, kulit kering, dan kerengsaan mata.
4. Gunakan alat pelindung muka
Bagi ahli sukan yang terlibat dalam sukan lasak seperi ragbi, softball, boxing atau sebagainya, anda boleh menggunakan pelindung muka bagi mengurangkan risiko dan impak keceraan pada hidung.
5. Tahu alahan pada bahan kimia
Seseorang yang mempunyai alahan kepada bahan kimia tertentu perlu peka dalam hal ini.
Elakkan dari bersentuhan atau terhidu secara langsung atau tidak langsung dengan bahan tersebut.
Bahan kimia yang kuat sifatnya biasanya akan menyebabkan kerengsaan pada bahagian lapisan hidung. Hal ini berlaku terutama sekali dalam industri kimia.
Justeru itu, pastikan anda sentiasa memakai penutup muka yang sesuai.
Bila perlu jumpa doktor? Seseorang yang hidungnya berdarah perlu jumpa doktor sekiranya anda mengalami gejala berikut:
Pendarahan berlebihan dan tidak berhenti. Pendarahan hidung terjadi selepas trauma/kemalangan. Gangguan pernafasan sebagai simptom tambahan Pendarahan lebih daripada 15 minit walaupun sudah mencuba setiap rawatan di rumah. Kanak-kanak kecil yang mengalami hidung berdarah. Rasa hendak pitam akibat pendarahan berlebihan. Kesimpulannya, pendarahan hidung adalah perkara biasa yang kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak.
Namun begitu, segera dapatkan rawatan jika anda mengalami pendarahan hidung yang tidak berhenti atau berlaku berulang kali. 
Diharapkan semoga perkongsian kami ini mengenai masalah hidung berdarah dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
Hidung Berdarah? Ini Apa Yang Perlu Anda Lakukan! My Sihat Pendarahan Hidung. My Health

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/hidung-berdarah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=hidung-berdarah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Punca Dan Cara Mencegah Gigi Berlubang

Punca Dan Cara Mencegah Gigi Berlubang

papar berkaitan - pada 6/11/2023 - jumlah : 244 hits
Gigi berlubang Gigi adalah salah satu bahagian penting dalam sistem pencernaan manusia Selain berfungsi untuk mengunyah makanan gigi juga memainkan peranan dalam pertuturan senyuman dan penampilan estetika Namun ramai di antara kita yang me...
Tangan Menggigil Punca Kaedah Rawatan

Tangan Menggigil Punca Kaedah Rawatan

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 268 hits
Meskipun sinonim dengan orang lanjut usia namun masalah tangan menggigil boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia Orang tua sering mengalami tangan gigil atau gementar ketika melakukan aktiviti harian seperti menuang air atau ...
Kek Selalu Menjadi Bentat Ini 4 Punca Dan Cara Untuk Atasi Masalah Itu

Kek Selalu Menjadi Bentat Ini 4 Punca Dan Cara Untuk Atasi Masalah Itu

papar berkaitan - pada 19/11/2023 - jumlah : 156 hits
Bagi mereka yang baru berjinak untuk membuat kek perlu ingat ia mengambil masa yang lama untuk pastikan resipi tersebut menjadi Kadangkala buat pertama kali elok sahaja kejadian dan rupa kek tapi bila masuk kali kedua kek jadi bantat dan pa...
Kocak Cara Wanita Ini Agar Suami Dan Anaknya Tak Main Hp Saat Makan Bareng Keluarga

Kocak Cara Wanita Ini Agar Suami Dan Anaknya Tak Main Hp Saat Makan Bareng Keluarga

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 161 hits
Berapa banyak ibu yang kesal dengan perilaku suami dan anaknya terlalu sering pegang HP di rumah Bahkan saat makan bareng Cara ini mungkin sangat ampuh
Cara Set Jam Azan Bilal

Cara Set Jam Azan Bilal

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 374 hits
Assalamualaikum berikut saya sharekan cara tutorial Jam Azan Bilal dari Buruj Watches Semoga entri ini dapat membantu anda semua Jika masih tidak dapat setting hubungi saya semula ya Cara Set NamaCara Betulkan Waktu Solat Cara Set BahasaCar...
Cara Mohon Kerja Econsave Kelayakan Spm Diploma Dan Ijazah Seluruh Malaysia

Cara Mohon Kerja Econsave Kelayakan Spm Diploma Dan Ijazah Seluruh Malaysia

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 230 hits
Terkenal di seluruh Malaysia sebagai pasar raya yang mengekalkan harga murah Kini mohon kerja Econsave juga kian mendapat sambutan yang tinggi dengan jumlah permohonan yang banyak Ini adalah kerana Econsave sebuah syarikat yang mempunyai ra...
Togel Sdy Langsung Cara Terbaik Untuk Memenangkan Permainan Togel

Togel Sdy Langsung Cara Terbaik Untuk Memenangkan Permainan Togel

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 172 hits
Togel SDY Langsung Cara Terbaik untuk Memenangkan Permainan Togel Apakah Anda seorang penggemar judi Togel SDY Langsung Jika iya Anda pasti ingin tahu cara terbaik untuk memenangkan permainan ini Togel SDY Langsung adalah permainan yang san...
4 Cara Simpan Duit Gaji Terpaling Bijak

4 Cara Simpan Duit Gaji Terpaling Bijak

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 319 hits
Dalam artikel ini saya nak share bagaimana cara simpan duit gaji yang saya amal kan sejak sekian lama Walaupun kita ni bergaji rendah bergaji minimum kebangsaan RM1500 kita tetap perlu berjimat cermat dan cuba untuk simpan duit gaji anda se...
10 Cara Hilangkan Senggugut Semasa Datang Haid

10 Cara Hilangkan Senggugut Semasa Datang Haid

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 250 hits
Bagaimanakah cara hilangkan senggugut yang datang setiap bulan Masalah senggugut sudah tidak asing lagi bagi setiap wanita yang sedang datang haid Ia akan menjadi keluhan pada mereka kerana menyebabkan keterbatasan untuk melakukan banyak pe...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta