Cara Atasi Kebuntuan Otak Nak Cari Bisnes Apa Yang Mahu Dilakukan Setelah Berhenti Kerja




Ini sambungan dari artikel yang lalu bagaimana proses saya jadi usahawan selepas berhenti kerja makan gaji.
Ada 3 ramuan penting yang perlu ada jika anda buat keputusan untuk berhenti kerja makan gaji dan sara kehidupan dengan berniaga sendiri. Ramuan tersebut adalah seperti berikut.
Berani – saya ambil risiko buat terjunan kamekaze dengan beri surat letak jawatan semata-mata untuk berkawan dengan kawan-kawan yang berniaga.Ada kemahuan kuat untuk berniaga – Kalau duduk dengan penjual minyak atar sudah tentu saya juga akan berbau minyak atar. Bila dah berkawan dengan orang yang berniaga tentu saya juga terpengaruh mahu berniaga.Yakin berjaya – Apa lagi yang nak saya percaya bila semua kawan sekeliling memang usahawan yang percaya pada diri dan berjaya. Tentu saya juga percaya bahawa akan berjaya bila berniaga.Bila sebut saya mahu tumpu pada satu perniagaan, semua kawan-kawan meleleh air liur mahu tahu saya nak berniaga apa. Itu satu perkara yang usahawan berjaya mahu tahu, walupun mereka dah berjaya. 
Saya belajar dari mereka yang berjaya:
Walaupun dah berjaya, tapi sikap dahagakan peluang tak pernah padam dalam diri. Mereka sentiasa membuka mata dan menadah telinga untuk mendengar idea berniaga baru.Bila ada orang yang mereka lihat berpotensi untuk berjaya, mereka tak segan-segan menawarkan diri untuk bantuan samada dalam bentuk kewangan atau kemudahan. Tukarannya adalah perkongsian. Mereka tak mahu lepas peluang.Malangnya saya buntu untuk menemui jawapan perniagaan apakah yang mahu diceburi. Itu membuatkan saya terfikir kenapa kawan-kawan berminat sangat mahu tahu saya nak berniaga apa.
Rupa-rupanya ..

Menentukan perniagaan yang mahu diceburi bukan semudah menentukan baju apa nak pakai hari ini.
Sepanjang berkawan dengan para usahawan, memang saya ada jalankan perniagaan sendiri. Namun tujuan berniaga tersebut semata-mata untuk 3 perkara ini.
Cari duit bagi sara hidup dan tanggungan.Mendedahkan diri dalam dunia perniagaan dan cuba memahami apa itu berniaga.Untuk meloloskan diri berkawan dengan para peniaga yang berjayaSepanjang 2 tahun saya tidak kerja makan gaji, namun masih mampu menyara hidup. Saya masih mampu menjana pendapatan.
Tapi itu bukan perniagaan lagi. Saya tak ada kefahaman untuk membina satu perniagaan sehingga ia bertukar menjadi mesin yang menjana duit untuk kita. Belum lagi pada waktu itu.
Setelah sedar apa yang saya mahu, dan apa yang perlu dibuat, maka mengenal pasti satu perniagaan untuk saya bina dan berikan tumpuan sehingga ia berjaya dan membesar memerlukan satu penelitian yang serius.
Akhirnya saya buat keputusan untuk berehat sebentar sambil melakukan apa yang Mat Saleh kata ‘soul-searching’.
Saya perlu cari jawapan kepada soalan, nak niaga apa?
Nak niaga apa?Saya perlu tenangkan dri berehat untuk cari jawapan nak niaga apa. Caranya adalah dengan mencari kerja makan gaji semula.
Saya kembali menjadi seorang yang makan gaji untuk berehat. Sebab apa saya kata berehat dengan makan gaji?
Sebab saya tahu masalah orang yang makan gaji hanyalah 10% sahaja. Itu peluang mudah untuk saya gunakan bagi menjawab soalan nak niaga apa.
Sepanjang berkawan dengan para usahawan, ada satu perkara pelik yang saya perhatikan pada kumpulan ini. Mereka lebih suka berjaga, jumpa orang atau kawan-kawan atau berjalan daripada tidur. Jika dipilih untuk keluar ke kedai minum dengan kawan atau baring atas katil untuk tidur, mereka lebih rela keluar minum sekalipun diri mengantuk.
Ini perkara pelik yang mungkin ramai tak tahu. Saya terikut-ikut dengan cara mereka dan hasilnya adalah jadual kehidupan lari lintang pukang.
Untuk menjadi normal semula perlu tanam disiplin menetapkan jadual kerja. Itu juga alasan kenapa saya makan jagi semula, sebagai latihan untuk mendapatkan disiplin mengikut jadual.
Tambahan pula saya dibayar untuk berlatih mendisiplinkan diri. Betapa beruntungnya mereka yang makan gaji.
Akhirnya saya diterima bekerja di sebuah syarikat multinasional di KL. Sepertimana yang saya katakan sebelum ini, untuk mendapatkan kerja, ia bukanlah menjadi satu masalah sangat kepada saya.
Saya hanya perlu tahu ada kekosongan, saya dapatkan kenalan kawan yang bekerja di situ dan berikan resume padanya untuk dijaja.
Bila dipanggil temuduga saya dengan penuh yakin akan melaluinya. Tak ada apa yang nak dirisaukan sebab kerja makan gaji ni perkara mudah yang masalahnya hanya 10% berbanding berniaga yang masalahnya 90%, dan saya dah pernah berniaga. Jadi makan gaji adalah mudah bagi saya.
Nak diringkas kan cerita. Keyakinan selamba itu membuatkan saya terus diterima kerja, disuruh segera laporkan diri dan ditawarkan gaji lebih daripada yang saya minta.
Alasannya simple saja mereka takut saya terima tawaran orang lain. Itulah hikmat mempamerkan keyakinan bahawa, “kamu yang perlukan saya bukan saya yang perlukan kamu”
Lega, saya dah boleh berehat dan gunakan masa rehat itu untuk memilih perniagaan.
Saya rancang akan kerja paling lama 5 tahun dan paling cepat 3 tahun untuk berhenti semula dengan satu perniagaan yang telah diputuskan. Apa yang saya buat sepanjang kerja makan gaji itu akan saya sambung nanti.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2023/11/cara-atasi-kebuntuan-otak-nak-cari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Cari Kerja Di Singapura

Nak Cari Kerja Di Singapura

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 283 hits
Nak Cari Kerja di Singapura menjadi pilihan utama bagi mereka yang tinggal sekitar Johor Bharu Pasir Gudang Senai dan kawasan sekitarnya Sebab utama orang Malaysia sanggup meredah jem keluar pagi dan pulang lewat malam disebabkan oleh gaji ...
Cadar Tuala Putih Nampak Bertompok Bila Kena Kesan Karat Air Paip Ikut Tip Ini Cara Nak Cuci

Cadar Tuala Putih Nampak Bertompok Bila Kena Kesan Karat Air Paip Ikut Tip Ini Cara Nak Cuci

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 222 hits
dan putih memang cantik nampak cerah dan bersih apabila dibentang di atas katil Begitu juga dengan tuala putih Masalah cadar putih dan tuala putih apabila dicuci selalunya ada kesan karat yang datangnya dari kotoran melalui air paip Boleh j...
Anak Bersin Tak Berhenti Pakar Otak Kongsi Petua Mudah Redakan Guna Bawang Putih

Anak Bersin Tak Berhenti Pakar Otak Kongsi Petua Mudah Redakan Guna Bawang Putih

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 307 hits
Setiap kali bersin setiap pagi mulalah rasa tidak selesa Makin jadi tidak keruan bila anak pun turut mengalami alahan yang sama setiap pagi Bersin tanpa henti Bukan kita sahaja yang mengalami masalah resdung atau sinus tetapi turut sama dia...
Macam Mana Nak Atasi Masalah Anak Dengan Penggunaan Teknologi Yang Kerap Mungkin Tip Ni Membantu

Macam Mana Nak Atasi Masalah Anak Dengan Penggunaan Teknologi Yang Kerap Mungkin Tip Ni Membantu

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 294 hits
Setiap benda pasti ada baik dan buruknya Begitu jugak dengan teknologi Memang la mustahil nak sekat sepenuhnya penggunaan sekarang ni kan tapi kita boleh mengawal penggunaannya terutama pada anak anak kita Macam mana nak atasi masalah anak ...
Cara Atasi Mata Pedih Berair Ketika Bangun Tidur Lihat Hp

Cara Atasi Mata Pedih Berair Ketika Bangun Tidur Lihat Hp

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 377 hits
Cara Atasi Mata Pedih Berair Ketika Bangun Tidur Lihat HPCara Atasi Mata Pedih Berair Ketika Bangun Tidur Lihat HP Blue Light wujud pada cahaya dari skrin digital yang kita lihat setiap minit Cahaya cerah yang ada pada smartphone kadar blue...
Pengalaman Cara Atasi Sembelit Selepas Bersalin Berpantang

Pengalaman Cara Atasi Sembelit Selepas Bersalin Berpantang

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 220 hits
Pengalaman Cara Atasi Sembelit Selepas Bersalin BerpantangPengalaman Cara Atasi Sembelit Selepas Bersalin Berpantang Saya dah dekat 30 hari berpantang tapi tiap kali buang air besar rasa takut gila sebab sembelit lepas tu rasa sakit gila It...
Cara Mohon Kerja Mercato Part Time Dan Full Time Di Cawangan Seluruh Malaysia

Cara Mohon Kerja Mercato Part Time Dan Full Time Di Cawangan Seluruh Malaysia

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 294 hits
Mohon kerja Mercato yang merupakan antara pasar raya yang berkelas dunia kerana menawarkan pelbagai pilihan produk serta mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai produk produk yang terbaik untuk para pelanggan Bekerja di bawah pasar ray...
Lebai Lebai Ada Ja Otak Nak Menipu Walaun

Lebai Lebai Ada Ja Otak Nak Menipu Walaun

papar berkaitan - pada 24/11/2023 - jumlah : 147 hits
Che Ibrahim Sedap alik dia sokmo bab alasan gat dia ingat wat mana beli MCD atau KFC tu tak meilbat kesan apa apa kalu beli ayam goreng wat makcik kiah buat
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Petanda Hubungan Percintaan Tidak Sihat

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Pengalaman Berdepan Situasi Terminal Lucidity

Shell Pulai Perdana 2 Livina

Pengomen Tegar Bertuah Untuk Tahun 2024 Siapakah Orangnya

Selamat Hari Lahir Buatku

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy

Najib Bos Saya Sahabat Seperti Adik Beradik Zahid