Go Reward Touch N Go Penerangan Tutorial Dan Cara Claim
Kini pihak Touch n Go telah memperkenalkan sebuah program kesetiaan (loyalty program) yang dinamakan GO Reward Touch n Go. Program ini membolehkan ahli mengumpul serta menebus mata melalui aplikasi ewallet Touch n Go. Dengan beberapa cara yang mudah pengguna boleh menyertai program tersebut bagi mengumpul mata.
Penyertaan program ini adalah percuma dan tiada yuran tambahan diperlukan. Ini cuti ini diperkenalkan untuk memupuk lebih ramai rakyat Malaysia menggunakan ewallet Touch n Go yang merupakan hak milik syarikat tempatan. Berikut adalah perkongsian mengenai Go Reward Touch n Go.
Saluran Telegram Tutorial dan Informasi Malaysia
Go Reward Tawarkan Ganjaran Untuk Pengguna
Apakah Itu Go Reward Touch n Go?
Go reward touch tinggi adalah merupakan sebuah program kesetiaan yang memberi ganjaran di dalam bentuk ewallet. Program ini diadakan untuk memberi keseronokan dan manfaat kepada pengguna dalam manfaatkan penggunaan ewallet dalam kehidupan.
Cara ganjaran diberikan adalah di dalam bentuk point yang mana anda selaku pengguna boleh melakukan apa-apa transaksi seperti yang dinyatakan melalui ewallet Touch n Go dan anda akan diberi ganjaran point yang mana point tersebut anda boleh tebus bagi mendapatkan keistimewaan seperti baucar diskaun, produk yang menarik, cabutan bertuah dan apa-apa jua bentuk ganjaran.
Pengumpulan Point yang diperolehi
Pengguna boleh memperolehi point daripada pelbagai jenis transaksi melalui pembayaran yang dibuat hanya melalui e wallet Touch n Go. Untuk memperolehi point bagi Go reload touch and go adalah seperti di bawah;
Pembayaran melalui kod QR
Imbasan kod QR TNGD
Imbasan kod QR duit now yang dikeluarkan oleh Touch n Go ewallet
Pembayaran dalam talian (online)
Pembayaran melalui kad visa ewallet Touch n Go
Pembayaran bil
Penggunaan perkhidmatan Telekom seperti pascabayar dan prabayar
Menggunakan app store dan Google play
Membayaran insurans
Kiriman wang antarabangsa keluar melalui GOremit
Kiraan Point Go Reward Touch n Go
Bagi setiap point yang mewakili ganjaran adalah berdasarkan pembayaran yang kita buat menggunakan e wallet Touch n Go. Kiraan bagi satu point adalah mewakili RM1. Untuk contoh mata yang kita perolehi dikira adalah seperti di bawah:
RM5.90 = 5 Point
RM1.11 = 1 Point
RM0.90 = 0 Point
Aktifkan Go Reward Touch n Go Di Aplikasi TNG Ewallet
Sebelum anda mengumpul point, adalah perlu untuk anda mengaktifkan terlebih dahulu Go Reward Touch n Go anda dahulu. Berikut adalah tutorial bagaimana untuk mengaktifkan Go Reward Touch n Go:
Buka aplikasi ewallet Touch n Go dan klik “GOrewarda”.
Kemudian klik “Join Now”.
Selesai
Anda kini telah mengaktifkan penggunaan Go Reward Touch n Go. Anda boleh mula mengumpul point untui claim ganjaran anda.
Cara Mengumpul Point Go Reward Touch n Go
Untuk mengumpul point Go reload Touch n Go anda hanya perlu membuat dan melakukan kaedah pembayaran yang melayakkan anda menerima point. Berikut adalah kaedah pembayaran yang memberi anda point:
Scan to pay QR
Scan to pay Duitnow QR
Show QR to pay
Touch n Go viaaa card
Bagi membuat pembayaran adalah pembayaran dalam perkhidmatan yang dibenarkan untuk mengumpul point sahaja. Terdapat banyak perkhidmatan yang boleh anda kumpul point melalui ewallet Touch n Go dengan menggunakan perkhidmatan seperti berikut:
Perkhidmatan E-Commerce (E-dagang)
Anda boleh mendapatkan point melalui sebarang pembelian dalam talian yang dibayar dengan menggunakan tng ewallet atau tng ewallet kad. Banyak pembayaran yang boleh dilakukan melalui perkhidmatan E-Commerce ini dan antaranya ialah:
Pembayaran di Shopee
Pembayaran di Testpaper (Beli nota dan bahan soalan peperiksaan anak)
Pembayaran di lain-lain aplikasi e-dagang
Perkhidmatan Bayaran Bil
Melalui pembayaran bil anda boleh mendapatkan point dengan mudah serta menyelesaikan bayaran bil-bil anda. Berikut adalah senarai bil yang boleh dibayar melalui tng e wallet:-
Bayar bil elektrik TNB
Bayar bil Internet telco
Bayar bil air
Bayar bil-bil lain yang berkaitan
Perkhidmatan Merchants (Jual beli secara lansung)
Untuk pembayaran melalui perkhidmatan ini adalah anda boleh membuat pembayaran melalui kad visa tng ewallet dan kod QR.
Selain itu anda juga boleh membuat pembayaran melalui QR duitnow yang dikeluarkan oleh tng ewallet tng card tng card visa ewallet. Banyak perkara yang anda boleh bayar di premis yang sedia kaedah pembayaran melalui tng ewallet barangan keperluan harian seperti:
Bahan mentah dan masakan
Baju dan seluar
Barangan elektronik
Kasut
Lampin bayi
Dan barang-barang keperluan harian
Perkhidmatan Insurans
Dengan menggunakan perkhidmatan pembayaran tng e wallet, anda boleh membayar perkhidmatan insurans yang boleh dibayar seperti Carinsure, Parkinsure, Walletsafe, safetrip, safehome, Cl Insure dan Motoinsure.
Perkhidmatan Kiriman Wang
Anda juga boleh memperolehi point daripada Go Reward Touch n Go dengan menghantar wang ke luar negara melalui Goremit.
Cara Tebus Ganjaran Point Go Reward Touch n Go
Cara untuk membuat penebusan adalah sangat mudah. Berikut adalah cara tebus ganjaran Go Reward Touch n Go:
Anda hanya perlu klik bahagian “GOrewards”.
Lalu paparan ganjaran akan dipaparkan kepada anda.
Anda boleh klik “Redeem” bagi ganjaran yang sukai.
Sahkan dengan klik “Confirm” dan isi pin anda.
Selesai dan baucar akan beradi di “Collection”.
Tempoh Sah Laku Point Go Reward Touch n Go
Untuk makluman kepada semua, tempoh sah laku untuk claim atau tabus point adalah hanya laku untuk 6 bulan sahaja sesudah anda menerima point tersebut. Jadi, adalah perlu untuk anda membuat penebusan sebelum point anda luput.
Contoh, Sekiranya anda menerima dalam bulan Januari maka pada hujung bulan Jun akan tamat tempoh penebusan ganjaran anda.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2023/11/go-reward-touch-n-go.html