Asam Keping Penganti Asam Jawa Ini Cara Pembuatannya


Apakah perbezaan asam keping dan asam jawa dalam masakan? Bagaimanakah pula proses pengolahan buah asam gelegur menjadi produk asam keping?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat asam keping dan cara pembuatannya di rumah.
Baca juga:
Khasiat Asam Jawa Khasiat Tomato Khasiat Daun Limau Purut Apa itu asam keping? Asam keping atau juga dikenali sebagai asam gelugar sangat sinonim dalam penggunaan masakan masyarakat Melayu. Buah ini berasal dari pokok asam gelugur yang mempunyai silara berbentuk seperti kon.
Pokok ini biasanya banyak tumbuh meliar di hutan tanah pamah hingga berbukit serta perkarangan rumah.
Bukan sahaja buahnya mempunyai manfaat, bahagian daun dan pucuknya juga boleh digunakan dala perubatan.
Daunnya lazim digunakan sebagai satu daripada ramuan untuk bertangas, barut perut, lulur badan dan pelapik tungku.
Dalam perubatan tradisional Orang Asli, air rebusan daun diminum untuk merawat lelah dan melegakan batuk kering atau dijadikan mandian untuk meredakan demam dan demam kuning.
Selain itu, air rebusan atau rendaman asam keping dipercayai dapat membantu mengawal tekanan darah tinggi oleh masyarakat Orang Asli dan Melayu.
Pucuknya yang mempunyai rasa masam-masam lemak popular dijadikan ulaman. Amalan pemakanan ini dapat mengawal paras glukosa dalam darah.
Selain manfaatnya dalam bidang perubatan, asam ini juga sering digunakan dalam masakan seperti masak lemak cili padi, kari, asam pedas dan laksa. Rasanya yang masam sangat sesuai dijadikan pengganti asam jawa dalam masakan.
Fakta kandungan nutrisi Setiap 100 gram asam keping mengandungi kandungan nutrisi seperti berikut:
Air: 28.3 g Tenaga: 255 kcal Protein: 2.52 g Jumlah lemak: 0.57 g Karbohidrat: 66.2 g Serat: 4.6 g Gula: 44.9 g Kalsium: 67 mg Zat besi: 2.52 mg Magnesium: 83 mg Fosforus: 102 mg Kalium: 565 mg Zink: 0.09 mg Kuprum: 0.078 mg Selenium: 1.2 µg Vitamin C: 0.6 mg Thiamin: 0.27 mg Riboflavin: 0.125 mg Vitamin E: 0.09 mg Cara membuat asam keping sendiri Dengar kata asam keping semakin mahal hari ini? Apa kata kalau anda cuba buat asam ini sendiri di rumah. Kami kongsikan kaedah yang paling ringkas dan mudah untuk anda cuba.
Pilih buah asam gelugur yang besar dan matang (warna hijau). Jangan pilih buah yang sudah masak atau yang berwarna kuning. Ianya kerana ia akan menghasilkan warna asam keping yang lebih gelap. Kemudian, buah tersebut dan keringkan seketika. Hiris nipis buah asam gelugur untuk memudahkan ia cepat kering apabila dijemur nanti. Apabila siap dipotong, jemur buah tersebut di bawah cahaya matahari terik selama 3-4 hari atau apabila ia benar-benar cukup kering. Masukkan asam keping tersebut dalam bekas tertutup dan simpankannya dalam peti ais untuk tahan lebih lama dan kekal cantik warnanya. Elak dari terkena air atau permukaan yang basah. Khasiat dan manfaat Terdapat banyak khasiat asam kepada kesihatan manusia. Berikut adalah antara khasiatnya:
1. Meningkatkan kesihatan jantung
Seperti kebanyakkan buah-buahan yang berwarna gelap, asam kaya dengan polifenol dan flavonoid.
Nutrien ini memberikan kesan positif terhadap tahap kolesterol seseorang yang mana ia boleh membantu dalam pemecahan dan pengambilan kolesterol LDL dalam darah dan meningkatkan kolesterol HDL.
Keseimbangan kedua-dua jenis kolesterol ini boleh menjana kesihatan kardiovaskular secara keseluruhannya.
2. Kesan anti-kanser
Antioksidan adalah bahan yang boleh menghalang kerosakan sel. Ia mengatasi kesan radikal bebas yang terlibat dalam perubahan selular sehingga menyebabkan kanser.
Dalam satu kajian, ekstrak asam boleh mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh kanser sel buah pinggang.
3. Kesan anti-radang
Kesan anti-radang yang terkandung dalam asam boleh digunakan sebagai analgesik topikal untuk merawat luka. Ia boleh mengurangkan bengkak dan kesakitan di sekeliling luka.
4. Meningkatkan kesihatan hati
Dalam ubat-ubatan tradisional, asam dianggap sebagai ubat yang boleh meningkatkan kesihatan hati.
Kesan segera pengambilan asam berupaya melegakan senak dan loya serta kesan positif kepada kesihatan hati.
Asam mengandungi antioksidan yang dipanggil procyanidins, dan pakar percaya ia melindungi hati dan melawan penyakit hati berlemak.
5. Menangani masalah penghadaman
Oleh kerana kandungan seratnya yang tinggi, asam bertindak sebagai ubat julap semula jadi.
Dipercayai bahawa ia mampu untuk meningkatkan kecekapan sistem pencernaan. Serat misalnya boleh memudahkan pergerakan najis melalui saluran usus.
Ia mempunyai keupayaan untuk merangsang aktiviti hempedu melarutkan makanan dengan lebih cepat dengan jus gastrik.
Beza asam jawa dan asam keping Asam jawa umumnya digunakan untuk menggantikan asam keping. Apabila membuat sambal tumis untuk nasi lemak, biasanya penggunaan asam jawa lebih sesuai.
Walaupun kedua-duanya adalah agen masam tetapi rasanya agak berbeza sedikit. Rasa asam keping lebih tajam manakala asam jawa mempunyai raa yang lebih manis.
Bahkan, bezanya lagi kedua-duanya asam ini juga berasal dari pokok yang berbeza. Anda juga hanya boleh dapatkan asam jawa dalma bentuk pes manakal asam keping dalam bentuk hirisan nipis.
Bagi yang ingin sesuatu yang ringkas dan segara, asam keping boleh terus digunakan dalam masakan. Sedangkan untu menggunakan asam jawa, anda perlu mencairkannya terlebih dahulu.
Cara memilih asam keping yang segar Asam keping yang berkualiti dan segar biasanya lebih ringan, lembut, dan berwarna agak cerah sedikit.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan khasiat asam keping dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
Asam Keping / Asam Gelugur / Tamarind Slice. New Malaysian Kitchen The Medicinal Properties of Tropical Fruit ‘Asam Keping’. Asia Research News

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/asam-keping/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=asam-keping

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asam Jawa Petua Orang Lama Untuk Kulit Glowing

Asam Jawa Petua Orang Lama Untuk Kulit Glowing

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 111 hits
Asam jawa sering digunakan dalam masakan Melayu untuk melengkapkan rasa masam dalam hidangan Biasanya kita melarutkan ia ke dalam air lalu digunakan dalam masakan Hampasnya sahaja yang dibuang Ada juga yang dijadikan air minuman untuk menye...
Bagaimana Cara Konsumsi Protein Untuk Membangun Massa Otot

Bagaimana Cara Konsumsi Protein Untuk Membangun Massa Otot

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 103 hits
Protein merupakan komponen utama otot rangka yang membentuk 80 massa otot Yuk simak cara mengkonsumsi protein yang baik untuk membangun massa otot
13 Cara Membuat Akhir Pekan Lebih Menyehatkan

13 Cara Membuat Akhir Pekan Lebih Menyehatkan

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 132 hits
Akhir pekan bisa diisi dengan kegiatan menyehatkan baik bagi fisik dan mental
92 Ribu Nik Warga Jakarta Akan Dinonaktifkan Begini Cara Ajukan Keberatan

92 Ribu Nik Warga Jakarta Akan Dinonaktifkan Begini Cara Ajukan Keberatan

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 154 hits
92 ribu NIK itu terdiri dari 81 119 warga yang telah meninggal dunia dan 11 374 warga yang RT nya sudah tidak ada
Ketahui Apa Itu Pra Diabetes Kenali Gejala Dan Cara Pencegahannya

Ketahui Apa Itu Pra Diabetes Kenali Gejala Dan Cara Pencegahannya

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 80 hits
Sebelum seseorang mengalami diabetes terdapat kondisi pra diabetes yang mungkin terjadi dan bisa dikenali
Nasi Impit Kuah Kacang Dan Cara Buat Kuah Kacang Simple

Nasi Impit Kuah Kacang Dan Cara Buat Kuah Kacang Simple

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 251 hits
Teringin nak makan nasi impit kuah kacang selepas terus order kacang kisar di Tiktok minggu lepas Antara juadah paling mudah disiapkan di pagi raya atau sebarang majlis dan open house Nasi impit kuah kacang ni resipi mak saya Tapi di olah s...
Cara Perapan Ayam Bakar Lada Hitam Sesuai Untuk Ibu Berpantang

Cara Perapan Ayam Bakar Lada Hitam Sesuai Untuk Ibu Berpantang

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 154 hits
Buat ibu yang sedang melalui tempoh berpantang pasti anda tidak asing lagi dengan menu yang menggunakan kaedah bakar contohnya ayam bakar Tetapi ini bukanlah ayam bakar biasa seperti di restoran nasi campur kerana resipi ini sesuai untuk ib...
Cara Membuat Peyek Renyah Dan Tidak Keras Cocok Buat Jualan

Cara Membuat Peyek Renyah Dan Tidak Keras Cocok Buat Jualan

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 189 hits
Peyek dikenal sebagai salah satu snack atau camilan renyah gurih dan nagih yang sangat digemari oleh masyarakat Indonesia Bagaimana cara membuat peyek renyah dan tidak keras Tentunya takaran dan resep yang digunakan juga harus pas serta sei...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp