Cara Memasang Microsoft Edge Dalam Arch Linux


Microsoft Edge Dalam Ubuntu. Arch Linux ibarat anda memilih sendiri bawang yang ingin dibeli berbanding hanya membeli bawang yang dah siap dibungkus. Anda perlu lakukan semuanya, barulah dapat menggunakan sistem operasi itu dengan lancar.
Untuk sesetengah orang ia tampak rumit, tapi untuk para peminat tegar, ia memberi lebih ruang dalam mencorakkan sistem operasi yang diguna.
Microsoft Edge sudah lama dilepaskan untuk pengguna Linux, tetapi bagi Arch Linux, masih belum lagi terdapat pakej untuk pemasangan. Oleh kerana itu, kita perlu buat semuanya sendiri dari mula.
Tetapi caranya tidaklah sesukar mana. Apa yang anda perlukan ialah:
Aplikasi debtap. Fail .deb Microsoft Edge. Debtap ialah skrip untuk menukar format fail pemasang .deb kepada fail pakej Arch Linux. Anda boleh gunakan ia untuk memasang mana-mana aplikasi yang tidak terdapat dalam repo mahupun AUR.
Debtap boleh dimuat turun di sini: AUR – Debtap
Cara menggunakannya juga agak senang. Muat turun sahaja mana-mana fail .deb yang anda mahu, lalu tempatkan ia ke dalam folder.
Jalankan perintah ini terlebih dahulu:
$ sudo debtap -u
*Perintah ini hanya perlu dijalankan sekali sahaja. Selepas siap, perintah ini tidak diperlukan lagi. Anda boleh teruskan mengguna perintah di bawah.
Setelah itu, masuk ke dalam folder di mana anda tempatkan fail .deb, contohnya saya pasangkan Microsoft Edge Dev, yang boleh dimuat turun di sini:
Microsoft Edge Insider (Linux)
Seterusnya, anda perlu jalankan perintah ‘debtap’ diikuti dengan nama pemasang .deb yang telah anda muat turun itu, contohnya:
$ debtap microsoft-edge-dev_89.0.752.1-1_amd64.deb
Anda perlu tunggu sehingga selesainya penukaran format. Namun, ketika di beberapa bahagian, anda perlu ‘menjawab’ soalan seperti nama pakej dan lesen, contohnya seperti tangkap layar di bawah:
Penamaan aplikasi dan lesen. Saya hanya letakkan saja ‘Microsoft Edge Dev’ sebagai nama dan ‘Proprietary’ sebagai lesennya.
Kemudian, ada pula beberapa perkara yang anda perlu sunting dan buang dari senarai nama fail diperlukan oleh Micrsoft Edge. Anda akan diberikan pilihan penyunting teks yang manakah anda mahu gunakan sama ada vi, nano, dan sebagainya lagi. Saya pilih nano iaitu nombor 2 dari senarainya. Tekan saja nombor 2, dan tekan kekunci Enter.
Kemudian, buang baris yang mengandungi perkataan ‘www-browser’, dan tukar perkataan ‘libu2f-udev’ kepada ‘libu2f-host’. Simpan dengan menekan kekunci Ctrl + O, dan keluar dengan menekan kekunci Ctrl + X.
Penyuntingan senarai keperluan aplikasi. Tunggu sehingga pakej siap dibuat oleh debtap.
Kemudian apabila telah selesai proses penukaran format, jalankan perintah ini:
$ sudo pacman -U microsoft-edge-dev-...–-x86_64.pkg.tar.zst
*Gantikan tanda * dengan versi Microsoft Edge yang telah anda muat turun itu.
Pemasangan aplikasi. Proses terakhir. Selesai. Microsoft Edge sudah pun siap dipasang dalam Arch Linux anda.
The post Cara Memasang Microsoft Edge Dalam Arch Linux appeared first on OMG! Hackers?.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/cara-memasang-microsoft-edge-dalam-arch-linux/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Guna Arch Linux Untuk Pemalas

Cara Guna Arch Linux Untuk Pemalas

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 278 hits
Tips Arch Linux Buat Si Pemalas Untuk yang guna Arch Linux kalau hangpa dah malas sangat nak install sesuatu dari AUR tapi nak main auto bolehlah guna pamac Pamac ni package manager dari Manjaro tetapi dah ada yang bawa masuk ke dalam Arch ...
Pelajar Ump Ikuti Cara Ini Untuk Dapatkan Akses Microsoft 365 Secara Percuma

Pelajar Ump Ikuti Cara Ini Untuk Dapatkan Akses Microsoft 365 Secara Percuma

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 330 hits
Ikuti cara ini untuk anda dapatkan akses Microsoft 365 secara percuma Tutorial ini khusus kepada pelajar sahaja Inilah antara kelebihan pelajar universiti apabila anda akan diberi akses percuma kepada produk Microsoft iaitu Office 365 for E...
Cara Terkini Untuk Mendapatkan Harga Murah Hotel Mewah

Cara Terkini Untuk Mendapatkan Harga Murah Hotel Mewah

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 379 hits
Berehat di hotel mewah dengan harga budget Memang semua orang suka Yang tak suka tu biasanya orang berkepentingan sahaja Munkin komisen tak berapa nak banyak Atau penat sangat kot nak melayan tetamu Melayan tetamu ini memang sesuatu yang sa...
Myrail5 Cara Daftar Pas Perjalanan Tanpa Had Pelajar Oku Online

Myrail5 Cara Daftar Pas Perjalanan Tanpa Had Pelajar Oku Online

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 408 hits
MyRail5 CARA DAFTAR PAS PERJALANAN TANPA HAD PELAJAR OKU ONLINE KTMB memperkenalkan MyRail5 pas perjalanan bulanan tanpa had istimewa untuk pelajar sekolah Tahun 1 hingga Tingkatan 6 dan golongan Orang Kurang Upaya APA ITU PAS MyRail5 Pas p...
Kejagung Polri Bentuk Tim Kecil Usut Korupsi Asabri Begini Cara Kerjanya

Kejagung Polri Bentuk Tim Kecil Usut Korupsi Asabri Begini Cara Kerjanya

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 274 hits
Ali mengatakan tim kecil yang sudah dibentuk untuk saat ini masih menunggu materi hasil penyidikan atas dugaan korupsi asuransi pelat merah tersebut
Cara Nak Hilangkan Darah Beku Dengan Cepat Jangan Dibiarkan Kalau Tidak Makin Berdenyut Denyut Kat Jari

Cara Nak Hilangkan Darah Beku Dengan Cepat Jangan Dibiarkan Kalau Tidak Makin Berdenyut Denyut Kat Jari

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 292 hits
loading Tersepit jari di pintu bukanlah satu perkara yang biasa biasa kerana denyutan akibat tersepit itu boleh buat kita hilang selera makan minum dan tidur
Beribu Bungkus Laksam Dijual Guna Resipi Ni Begini Cara Masaknya

Beribu Bungkus Laksam Dijual Guna Resipi Ni Begini Cara Masaknya

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 313 hits
Sedapnya kalau dapat menikmati semangkuk Laksam yang lembut Ada pula kuah yang lemak serta penuh rasa ikan Memang sempurna Namun ramai yang gerun nak cuba masak sendiri kerana mi Laksamnya tu kadang kadang tak menjadi Jangan risau kerana sa...
Cara Buat Cream Puff Inti Kastard

Cara Buat Cream Puff Inti Kastard

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 499 hits
Cara Buat Cream Puff Inti Kastard Langkah Demi Langkah Siapa tak suka dengan cream puff lebih lebih lagi dengan inti kastard yang meleleh apabila masuk di mulut Kalau dapat saiz yang comel sekali ngap terus habis Saya kongsikan resepi ni de...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin