Myrail5 Cara Daftar Pas Perjalanan Tanpa Had Pelajar Oku Online


MyRail5: CARA DAFTAR PAS PERJALANAN TANPA HAD PELAJAR  & OKU ONLINE

KTMB memperkenalkan MyRail5, pas perjalanan bulanan tanpa had istimewa untuk pelajar sekolah Tahun 1 hingga Tingkatan 6 dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
APA ITU PAS MyRail5?
Pas perjalanan bulanan tanpa had selama 30 hari dengan harga RM5 kepada pelajar sekolah Tahun 1 hingga Tingkatan 6 serta golongan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang, KTM Komuter sektor Utara dan Shuttle Timuran (Kuala Lipis – Tumpat).
Pas ini diperkenalkan untuk meringankan beban kos pengangkutan pelajar sekolah dan golongan OKU yang menggunakan perkhidmatan KTM Komuter dan Shuttle Timuran selain mengalakkan pelajar sekolah dan golongan OKU menggunakan pengangkutan awam.
Nak mohon pas My30? Rujuk My30 Rapid KL
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN MyRail5
Berikut adalah syarat kelayakan :
Warganegara Malaysia Pelajar sekolah tahun 1 hingga tingkatan 6 Golongan OKU TARIKH PENDAFTARAN MyRail5
Pendaftaran  bermula 27 Disember melalui kaunter tiket atau secara dalam talian.Ia boleh digunakan bermula 1 Januari 2021.
Pas ini akan berada di pasaran dari 1 Januari hingga 31 Disember 2021 dengan harga RM5/sebulan.
Pas ini boleh digunakan selama 30 hari berturut-turut (termasuk hujung minggu dan cuti am) dari tarikh pembelian / pembaharuan pas MyRail5.
LOKASI PENDAFTARAN & PEMBAHARUAN MyRail5
Pengguna KTM Komuter sektor Lembah Klang
Mendaftar di mana-mana 13 kaunter tiket stesen KTM Komuter terpilih (fasa permulaan) seperti berikut:
Sentul, Batu Caves, Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Bandar Tasek Selatan, Kajang, Seremban, KL Sentral, Kepong, Sungai Buloh, Rawang dan Tanjung Malim Pendaftaran di lain-lain stesen akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui saluran rasmi KTMB Pengguna KTM Komuter sektor Utara & Shuttle Timuran
Bagi pengguna baharu:
Mendaftar di mana-mana kaunter tiket KTM Komuter / Shuttle Timuran
Secara dalam talian.
Bagi pengguna sedia ada:
Mendaftar MyRail5 mengikut saluran permohonan awal konsesi (KITS) mereka sama ada di kaunter atau secara dalam talian.
CARA PERMOHONAN & PENDAFTARAN ONLINE MyRail5
Permohonan online: Sila daftar di laman web https://bit.ly/3ppUuqs dan sertakan dokumen yang diperlukan (muatnaik)
CARA PERMOHONAN & PENDAFTARAN MANUAL MyRail5
Sila ke kaunter tiket KTMB yang dinyatakan di atas dengan membawa dokumen yang diperlukan.
SENARAI DOKUMEN DIPERLUKAN UNTUK  PENDAFTARAN MyRail5
i) Pengguna Baharu – (KTM Komuter sektor Lembah Klang / Utara dan Shuttle Timuran)
Kad pengenalan; Dokumen pengesahan daripada pihak sekolah (bagi pelajar sekolah tahun 1 hingga tingkatan 6) atau; Kad daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (bagi OKU)ii) Pengguna Sedia Ada – (KTM Komuter sektor Lembah Klang) Kad Pengenalan; dan Kad Konsesi Komuter Link sedia ada iii) Pengguna Sedia Ada – (KTM Komuter Utara dan Shuttle Timuran)
PNR (KITS) Kad Pengenalan Kad daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (bagi OKU) DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PEMBAHARUAN
i) Pengguna KTM Komuter sektor Lembah Klang
Kad pengenalan Kad Konsesi Komuter Link sedia ada (bagi perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang sahaja)ii) Pengguna KTM Komuter sektor Utara dan Shuttle Timuran PNR (KITS) Kad pengenalan Kad OKU SOALAN LAZIM MyRail5
Bilakah pendaftaran pas MyRail5 akan dibuka?
Bermula 27 Disember 2020.
Berapakah bayaran yang dikenakan untuk mendapatkan dan memperbaharui pas MyRail5?
RM5.
Saya merupakan pengguna kad Konsesi Komuter Link sedia ada di sektor Lembah Klang dan saya masih mempunyai baki dalam kad Konsesi Komuter Link berkenaan. Bolehkah saya membuat bayaran RM5 menggunakan baki dalam kad Konsesi Komuter Link tersebut?
Boleh, jika baki kad Konsesi Komuter Link sedia ada melebihi RM5 melalui penolakan daripada baki kad. Sekiranya baki kad Konsesi Komuter Link sedia ada kurang daripada RM5, pengguna perlu membuat bayaran RM5 di kaunter tiket.
Bolehkah pas MyRail5 dipindah milik?
Tidak.
Bolehkah saya melanggan pas MyRail5 menggunakan kad Touch n’ Go?
Tidak.
Bolehkah saya menggunakan pas MyRail5 di rangkaian RapidKL rel dan bas, MRT atau ERL?
Tidak. Pas MyRail5 hanya sah untuk perjalanan tanpa had di rangkaian KTM Komuter mengikut sektor di Lembah Klang atau sektor Utara dan juga Shuttle Timuran.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sila rujuk media sosial KTMB di: Facebook KTM Berhad
Hubungi Pusat Panggilan KTMB: 03-2267 1200 (7.00 pagi – 11.00 malam)
 
The post MyRail5: CARA DAFTAR PAS PERJALANAN TANPA HAD PELAJAR  & OKU ONLINE appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/myrail5.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kempen My30 Plus30 Tawaran Beli Satu Percuma Satu Untuk Pas Perjalanan Tanpa Had My30

Kempen My30 Plus30 Tawaran Beli Satu Percuma Satu Untuk Pas Perjalanan Tanpa Had My30

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 288 hits
Prasarana kini hadir dengan kempen istimewa dengan menawarkan pakej beli satu percuma satu untuk pas perjalanan tanpa had My30 Melaluinya para pengguna perkhidmatan tren dan bas Rapid KL akan diberikan satu baucar pas percuma My30 untuk set...
Cara Mohon Kwsp I Sinar Akaun 1 Daftar I Akaun Kwsp Online

Cara Mohon Kwsp I Sinar Akaun 1 Daftar I Akaun Kwsp Online

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 720 hits
Cara mohon kwsp i Sinar akaun 1 daftar i akaun kwsp online Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Haritu saya ada buat video youtube berkaitan dengan cara mohon kwsp i sinar secara online kelayakan syarat untuk keluar duit 10k dari aka...
Cara Kira Bmi Orang Dewasa Menggunakan Kalkulator Bmi Online

Cara Kira Bmi Orang Dewasa Menggunakan Kalkulator Bmi Online

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 449 hits
Cara Kira BMI Orang Dewasa Menggunakan Kalkulator BMI Online Salah satu perkara yang senantiasa terselit dalam azam setiap tahun adalah untuk menjaga BMI supaya tidak tersasar dari landasan untuk sihat Malangnya di penghujung tahun 2020 BMI...
Cara Daftar Grabfood Merchant

Cara Daftar Grabfood Merchant

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 856 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraAnda adalah pemilik bagi kedai makan restoran warung atau gerai dan ingin menambah pendapatan dan menjana keuntungan yang lebih berikut adalah cara cara untuk anda mendaftar sebagai GrabFood Merchant GrabF...
5 Cara Semak Saman Secara Online

5 Cara Semak Saman Secara Online

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 577 hits
5 Cara Semak Saman Secara Online Setiap daripada kita yang membawa apa apa kenderaan seperti kereta motor lori dan sebagainya pasti memiliki kisah kisah tersendiri di saman samada ianya lucu atau sebaliknya Terkenang dulu masa admin disaman...
Ditipu Oleh Peniaga Online Ini Cara Semak Penipu Online

Ditipu Oleh Peniaga Online Ini Cara Semak Penipu Online

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 455 hits
Ditipu Oleh Peniaga Online Ini Cara Semak Penipu Online peniaga online penjual online benda yang sama jangan anda terkan tipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini mahu makan duit tipu duit haram sahaja Kita sedia maklum ada di antara...
Ada Bantuan Uang Rp1 Juta Dari Pemerintah Untuk Pelajar Yuk Daftar Dan Cek Di Sini

Ada Bantuan Uang Rp1 Juta Dari Pemerintah Untuk Pelajar Yuk Daftar Dan Cek Di Sini

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 242 hits
Kabar gembira ada bantuan uang tunai Rp1 juta dari pemerintah khusus untuk pelajar mahasiswa Pelajar hingga mahasiswa bisa cek penerima bantuan Rp1 juta dari pemerintah secara online di link pip kemdikbud go id Cara cek penerima bantuan uan...
Cara Mudah Semak Wang Tidak Dituntut Secara Online

Cara Mudah Semak Wang Tidak Dituntut Secara Online

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 459 hits
Cara Mudah Semak Wang Tidak Dituntut Secara Online Apakah yang dimaksudkan dengan wang yang tidak dituntut Wang Tidak Dituntut adalah wang yang sepatutnya dibayar kepada individu atau syarikat tetapi tidak dibayar dalam tempoh masa tidak ku...
Ini Syarat Daftar Bantuan Pelajar Dan Mahasiswa Rp 1 Juta Dari Kemendikbud

Ini Syarat Daftar Bantuan Pelajar Dan Mahasiswa Rp 1 Juta Dari Kemendikbud

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 211 hits
Berikut ini adalah syarat atau tata cara mendaftar bantuan Rp 1 juta untuk pelajar dan mahasiswa dari Kemendikbud melalui program PIP KIP yang wajib dipenuhi Ada beberapa berkas yang harus dipersipakan agar menerima bantuan Rp 1 juta untuk ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization