Beribu Bungkus Laksam Dijual Guna Resipi Ni Begini Cara Masaknya


Sedapnya kalau dapat menikmati semangkuk Laksam yang lembut. Ada pula kuah yang lemak serta penuh rasa ikan. Memang sempurna! Namun ramai yang gerun nak cuba masak sendiri kerana mi Laksamnya tu kadang-kadang tak menjadi. Jangan risau kerana saudari Rosni Musa kongsikan bahan-bahan yang anda perlukan untruk menyediakan Laksam yang enak. Resipi ini beliau telah gunakan untuk berniaga. Beribu-ribu pek telah dihasilkan. Pasti ‘special’ kan? Jom cuba! Bolehlah masak untuk yang tersayang.
RESIPI LAKSAM YANG SEDAP, MUDAH & DIJAMIN MENJADI
BAHAN-BAHAN LAKSAM:
3 cawan tepung beras (beli online disini)
1 cawan tepung gandum (beli online disini)
6 cawan air
CARA MEMASAK:
Satukan semua tepung di dalam satu bekas. Gaul sebati. Kemudian tuang 3 cawan air terlebih dahulu. Kacau-kacau supaya tidak berketul. Pastikan guna cawan yang sama untuk sukat tepung dan air.
Kemudian tambahkan lagi 3 cawan air. Adun sekata.
Adunan jadi seperti di dalam gambar. Tidak berketul-ketul. Jika aduna berketul, bolehlah ditapis terlebih dahulu.
Panaskan pengukus. Sementara nak menunggu air mendidih, sapukan loyang laksam dengan sedikit minyak. Boleh juga menggunakan tudung periuk, pizza pan atau loyang biasa.
Bila air di dalam pengukus sudah mendidih, masukkan loyang ke dalam pengukus dan tuang 2 senduk bancuhan tepung tadi. Pastikan adunan tepung dikacau terlebih dahulu supaya sekata.
Tutup pengukus dan masak Laksam selama 3-4 minit.
Tip untuk tahu laksam sudah masak atau tidak, bila penutup pengukus diangkat, laksam jadi menggelembung seperti dalam gambar. Itu tandanya sudah masak. Waktu ni kena berhati-hati dengan wap panas.
Keluarkan laksam yang telah masak. Sejukkan sebentar. Dan ulang semula langkahp mengukus sehingga habis adunan tepung.
Bila Laksam suam-suam kuku, boleh mula menggulung. Gulung dengan cermat supaya gulungan laksam nampak sempurna.
Laksam siap dan boleh diketepikan bagi menyediakan kuahnya pula.
BAHAN-BAHAN KUAH LAKSAM:
1kg Ikan sardin (direbus & diperisikan)
500gm bawang besar (beli online disini)
3-4 ulas bawang putih (beli online disini)
1 inci halia – dihiris
1 sudu teh halba (beli online disini)
2 sudu teh lada hitam (beli online disini)
Sedikit belacan (beli online disini)
500ml santan segar
100ml santan kotak
1 keping asam gelugur (beli online disini)
CARA MEMASAK:
Kisar bawang besar, bawang putih dan belacan. Masukkan halia, halba, lada hitam dan asam keping. Renihkan selama 15 minit.
Ikan yang telah diperisikan dikisar hingga halus. Kemudian masukkan ke dalam periuk yang berisi kisaran bawang tadi. Renihkan lagi hingga mendidih.
Kepala dan tulang-tulang ikan dikisar dan tapis airnya. Masukkan sekali ke dalam periuk. Didihkan lagi sehingga menggelegak.
Kemudian masukkan santan segar. Kacau sebati.
Perasakan dengan garam, perasa dan sedikit gula mengikut cita rasa masing-masing.
Akhir sekali, tuang santan kotak.
Didihkan sehingga kuah laksam betul-betul menggelegak. Pastikan kuah sentiasa dikacau supaya tidak berketul.
BAHAN SAMBAL LAKSAM:
10-13 biji cili padi
2 ulas bawang putih
1 sudu makan cuka
CARA MEMASAK:
Kisar cili padi bersama bawang putih hingga halus.
Kemudian tuang ke dalam periuk. Didihkan cili dan masukkan cuka.
Masak cili hingga agak-agak pekat. Angkat.
Untuk menikmati laksam, potong laksam ke dalam mangkuk dan masukkan hirisan ulam seperti kubis, daun kesum, kacang panjang, bunga kantan atau apa-apa sayur kegemaran yang telah dihiris halus.
Tuang kuah dan letak sambal ikut cita rasa. Boleh juga masukkan belacan bakar.
Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mida Asmida
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah & sedap di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2020/12/beribu-bungkus-laksam-dijual-guna.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mudah Cuci Bilik Air Tanpa Perlu Sental Guna Bahan Berharga Rm2 10 Ni Jer Jimat

Cara Mudah Cuci Bilik Air Tanpa Perlu Sental Guna Bahan Berharga Rm2 10 Ni Jer Jimat

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 324 hits
loading Cara Mudah Cuci Bilik Air Tanpa Perlu Sental Guna Bahan Berharga RM2 10 Ni Jer Jimat Ada pendapat mengatakan kalau nak tahu sama ada penghuni rumah tu bersih atau tak tengok bahagian bilik air atau tandasnya Agak agak betul tak
Cara Tukar Lagu Copyright Claim Guna Lagu Audio Library Youtube

Cara Tukar Lagu Copyright Claim Guna Lagu Audio Library Youtube

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 495 hits
Cara Tukar Lagu Copyright Claim Guna Lagu Audio Library Youtube Salam semua entri yang lepas sis ada kongsi cara nak tahu lagu yang kita letak dalam video terkena copyright atau tidak selepas upload di youtube Kali ini nak kongsi dengan kor...
Cara Mudah Ukur Size Cincin Emas Perempuan Guna Pembaris Dan Kertas

Cara Mudah Ukur Size Cincin Emas Perempuan Guna Pembaris Dan Kertas

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 395 hits
Cara Mudah Ukur Size Cincin Emas Perempuan Guna Pembaris Dan Kertas Bagaimana cara nak dapatkan saiz cincin emas perempuan yang betul Sebenarnya tak ramai yang tahu cara untuk mengukur saiz cincin pada jari masing masing Disebabkan itu jika...
Resipi Muffin Pandan Sedap Gebu Bakar Guna Air Fryer

Resipi Muffin Pandan Sedap Gebu Bakar Guna Air Fryer

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 326 hits
Sedapnya Muffin Pandan ni Nampak lembut dan gebu Bagi anda yang suka makan kek dan muffin resipi perkongsian saudari Nur Filzah Akma ni antara yang boleh dicuba Bakar guna air fryer je Sangat mudah kan Jika tiada air fryer boleh guna ketuha...
Habislah Rosak Kulit Si Kecil Ni Jangan Takut Guna Cara Ini Untuk Lindungi Mereka

Habislah Rosak Kulit Si Kecil Ni Jangan Takut Guna Cara Ini Untuk Lindungi Mereka

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 308 hits
Sebagai ibu bapa kita sangat mengambil berat dan memastikan anak anak kita sentiasa dalam keadaan yang baik Ini termasuklah memastikan kulit anak kita bersih sihat dan selesa untuk mereka Tetapi ada perkara yang membimbangkan kita ketika an...
Cabai Merah Palsu Beredar Ternyata Begini Cara Tersangka Warnai Cabai Hijau Jadi Merah

Cabai Merah Palsu Beredar Ternyata Begini Cara Tersangka Warnai Cabai Hijau Jadi Merah

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 292 hits
Beredarnya cabai merah manipulasi hasil pewarnaan yang menghebohkan warga Banyumas membuat polisi bergerak cepat BN pelaku pewarna cabai yang ternyata warga Temanggung diamankan oleh Polisi semalam Pelaku mengaku mewarnai cabai dengan cat s...
Cara Buat Bekas Pelbagai Guna Mudah Simple Dari Bahan Terpakai

Cara Buat Bekas Pelbagai Guna Mudah Simple Dari Bahan Terpakai

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 320 hits
Suka melihat kedai dekorasi yang menjual aneka hiasan di dapur Nak membeli pun kena bajet dengan ekonomi yang tidak menentu kini Sebenarnya dari bahan terpakai juga menarik jika dijadikan bahan yang boleh digunakan di ruang dapur iaitu sepe...
Chef Kongsi Cara Buat Popcorn Karamel Homemade Masak Guna Periuk Je

Chef Kongsi Cara Buat Popcorn Karamel Homemade Masak Guna Periuk Je

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 279 hits
Sedapnya Popcorn Karamel perkongsian Chef Garang ni Bahan bahan yang digunakan sangatlah ringkas dan anda sendiri boleh cuba buatnya di rumah Jangan risau alatan memasaknya juga mudah Cukup sekadar ada periuk dan ketuhar Dah boleh buat snek...
Cara Guna Arch Linux Untuk Pemalas

Cara Guna Arch Linux Untuk Pemalas

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 278 hits
Tips Arch Linux Buat Si Pemalas Untuk yang guna Arch Linux kalau hangpa dah malas sangat nak install sesuatu dari AUR tapi nak main auto bolehlah guna pamac Pamac ni package manager dari Manjaro tetapi dah ada yang bawa masuk ke dalam Arch ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord