Cara Masak Nasi Atas Dapur Guna Periuk Biasa
Cara Masak Nasi Atas Dapur Guna Periuk Biasa | Ha, gitu tajuk entri blog kali ini. Selalu dah biasa sangat masak nasi guna rice cooker kan.
Sekali, bila migrate ke Australia dan duduk dekat temporary accomodation, tiba-tiba kena masak nasi atas dapur guna periuk biasa.
Mula-mula tu gelabah juga lah Fadzi. Macam mana nak masak ni? Berapa lama nak biar nasi dalam periuk. Cukup ke tidak air? Kalau tinggal atas dapur karang lupa, hangit pula. Macam-macam duk fikir.
Cara Masak Nasi Atas Dapur Guna Periuk BiasaRupa-rupanya bila dah selalu buat, senang je nak masak nasi atas dapur guna periuk biasa ini. Disebabkan dah ada pengalaman kan, Fadzi kongsikan dalam entri kali ini.
Nampak sangat dah tak ada idea nak tulis apa dalam blog ni kan. Hahahahha. Okay, jom mula.
Langkah 1Masukkan 1 cawan beras ke dalam periuk biasa. Cuci bersih. Masukkan 1 1/2 cawan air. Yang ini rasanya kena trial and error. Kena ikut jenis beras apa yang korang pakai.
Macam Fadzi pakai long grain rice. 1 cawan beras = 1 1/2 cawan air. Kalau nak extra lembut tambah sikit lagi air.
Langkah 2Letakkan periuk atas dapur. Buka api. Nak buka api paling kuat pun boleh tak ada masalah sebab kita nak bagi air mendidih.
Biarkan sampai air menggelegak. Kalau dah nampak berbuih-buih pecah bunyi blub blub blub, ha kira dah boleh follow step seterusnya dah.
Langkah 3Tutup periuk selama 15 minit. Fadzi set timer dekat phone. Sebab masa tanak nasi tu, Fadzi masak lauk juga. Takut terlupa.
Masa tengah tanak nasi dengan periuk bertutup ini, nanti penutup periuk akan menari-nari. Siap ada air nasi yang melimpah ruah dekat tepi-tepi periuk.
Tapi jangan risau. Itu normal. Nanti dah nak dekat 15 minit, penutup tu akan slowly tak menari-nari dah. Tu kira tanda nasi dah masak sepenuhnya.
Langkah 4Selepas 15 minit, alihkan periuk dari api. Biarkan periuk masih bertutup selama 5 minit. Yang ini tak payah lah set timer. Huhuhu.
Lepas 5 minit, nasi dah sedia untuk dimakan. Nasi yang korang akan dapat nanti akan jadi cukup masak, lembut, tidak hangus dan tidak melekat pada periuk.
Itu kalau korang ikut langkah demi langkah yang Fadzi tuliskan dekat atas lah.
Setakat ini, Fadzi dah mula tanak nasi atas dapur guna periuk biasa macam ini 2 minggu dah.
Lepas kuarantin dekat hotel hari itu, kitaorang duduk dekat temporary accomodation dulu sementara nak tunggu dapat rumah sewa dan barang-barang yang kitaorang bawa dari Malaysia sampai.
Mula-mula tu rasa macam pening juga lah macam mana nak tanak nasi macam biasa. Rasa takut-takut tak jadi cemtu. Tapi bila dah sehari dua buat, rasa macam alah kacang sangat.
Setakat ini Alhamdullilah nasi yang Fadzi tanak atas dapur guna periuk biasa tak pernah hangit. Hohoho. Tapi kena set timer. Kalau tak set, confirm Fadzi lupa punya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fadzirazak.com/2020/12/cara-masak-nasi-atas-dapur-guna-periuk.html