Nik Nazmi Akui Ph Gagal Tumpu Isu Periuk Nasi Rakyat Ketika Mentadbir


AHLI Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat Nik Nazmi Nik Ahmad mengakui bahawa Pakatan Harapan melakukan beberapa kesilapan ketika mentabir negara selama 22 bulan selepas menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14.
AHLI Parlimen Setiawanga itu berkata, Kerajaan Pakatan Harapan gagal memberi fokus terhadap beberapa isu berkaitan rakyat.
“Walaupun PH melakukan yang terbaik untuk memperkenalkan agenda perubahan, kami harus mengakui kami ada melakukan kesilapan. Kami gagal memberi tumpuan kepada isu periuk nasi yang penting bagi kebanyakan rakyat Malaysia.
“Cara kami menangani isu-isu berkaitan bangsa, agama dan bahasa Kebangsaan masih perlu diperbaiki – ini bukan sahaja memberi modal kepada musuh politik kami, tetapi turut memburukkan keadaan berbanding menyembuhkan luka di negara kita.
“Cuma, dalam kehidupan, pengalaman adalah guru terbaik, dan kita perlu belajar daripada kesilapan lepas,” kata Nik Nazmi dalam hantaran terbaharu di Facebooknya.
Ketua Setiausaha Pengelola PKR itu turut menyentuh mengenai penjajaran parti-parti politik selepas insiden menteri besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kehilangan sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Perak pada Jumaat lalu.
Krisis politik di Perak menimbulkan spekulasi kononnya Pakatan Harapan dapat menjalin kerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional di negeri itu.
Tegas Nik Nazmi, sebagai Ahli Parlimen PKR beliau yakin bahawa PH adalah platform terbaik untuk rakyat mencapai sasaran menjadikan Malaysia sebuah negara yang progresif dan adil.
“Apa sahaja yang berlaku di Perak akan membawa kesan di peringkat Persekutuan. Situasi seperti ini selalunya akan membawa kepada perkara yang lebih besar dan menggemparkan arena politik Malaysia.
“Segala penjajaran politik yang baru mesti mengutamakan kepentingan rakyat – kita tidak boleh berkompromi dalam isu ini,” tegas beliau.
Menurut Nik Nazmi penjajaran parti-parti politik bukanlah sesuatu yang baharu di Malaysia.
Selepas tragedi 13 Mei pada tahun 1969 menyaksikan semua parti pembangkang kecuali DAP menyertai Majlis Perundingan Negara (MAPEN) yang ditubuhkan oleh Tun Abdul Razak.
Tidak lama selepas itu, PAS, PPP, Parti Perikatan Sabah, dan dua parti Sarawak iaitu SUPP dan PBB bergabung dengan ahli asal Parti Perikatan untuk membentuk Barisan Nasional. Gabungan itu menguasai politik Malaysia sehingga kalah PRU-14 pada Mei 2018.
Katanya, penjajaran politik pernah berlaku antara Pas, DAP dan PKR beberapa kali pada masa lalu termasuk melalui Pakatan Rakyat.
“Kami mengetepikan tahun-tahun persengketaan dan kecurigaan untuk bekerjasama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang membolehkan Bersatu menjadi ahli komponen PH pada 2017,” jelas Nik Nazmi.-SM
Nik Nazmi Pemimpin “Whatsapp”

The post Nik Nazmi akui PH gagal tumpu isu periuk nasi rakyat ketika mentadbir appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/08/nik-nazmi-akui-ph-gagal-tumpu-isu-periuk-nasi-rakyat-ketika-mentadbir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Demi Masa Depan Periuk Nasi Aku

Demi Masa Depan Periuk Nasi Aku

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 313 hits
TARMIZI MOHD JAMPada 4 Disember 2020 Pas TIDAK akan menyertai kerajaan baharu Perak Lima selepas itu pd 9 Disember 2020 tiga Adun Pas sign SD SOKONG kerajaan baharu Perak Siapa yg ikuti Pas era Hj Hadi menang sarat dgn kluk klik flip flop d...
Isu Usul Undi Percaya Tidak Percaya Dibangkit Dewan Rakyat Hari Ini

Isu Usul Undi Percaya Tidak Percaya Dibangkit Dewan Rakyat Hari Ini

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 335 hits
December 10 2020 Persidangan dewan hari ini diteruskan dengan perbahasan dan penggulungan bagi Rang Undang undang Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa melibatkan Kementerian Belia dan Sukan Sumber Manusia serta Komunikasi dan Multimedia K...
Isu Kwsp Timbul Kerana Rakyat Sudah Tidak Ada Duit

Isu Kwsp Timbul Kerana Rakyat Sudah Tidak Ada Duit

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 256 hits
Struktur perbelanjaan kerajaan perlu diubah agar kerajaan dapat berfungsi dengan lebih baik bagi membantu rakyat berdepan krisis kewangan disebabkan pandemik Covid 19 Penyelidik Kanan DM Analytics Zouhair Rosli berkata bantuan yang diperole...
Cara Masak Nasi Atas Dapur Guna Periuk Biasa

Cara Masak Nasi Atas Dapur Guna Periuk Biasa

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 966 hits
Cara Masak Nasi Atas Dapur Guna Periuk Biasa Ha gitu tajuk entri blog kali ini Selalu dah biasa sangat masak nasi guna rice cooker kan Sekali bila dan duduk dekat temporary accomodation tiba tiba kena masak nasi atas dapur guna periuk biasa...
Seluruh Rakyat Tumpu Perhatian Pada Anwar

Seluruh Rakyat Tumpu Perhatian Pada Anwar

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 304 hits
Tak lama minggu depan kita akan kenal Anwar dengan lebih dekat lagi
Gagal Tolak Belanjawan Wakil Rakyat Ph Dikecam Pengguna Media Sosial

Gagal Tolak Belanjawan Wakil Rakyat Ph Dikecam Pengguna Media Sosial

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 317 hits
Pakatan Harapan terus menerima kecaman orang ramai di media sosial kira kira 24 jam selepas Belanjawan 2021 diluluskan di peringkat dasar dengan mudah apabila majoriti ahli Parlimennya termasuk Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim tidak meminta ...
Aset Khazanah Akan Di Jual Ketika Fokus Kita Adalah Pada Isu Kwsp Dan Kemelut Politik Perak

Aset Khazanah Akan Di Jual Ketika Fokus Kita Adalah Pada Isu Kwsp Dan Kemelut Politik Perak

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 416 hits
Fokus netizen dan rakyat Malaysia sekarang ini adalah kepada isu moratorium dan pengeluaran Akaun 1 KWSP serta yang terbaru adalah perkembangan politik di Perak Tanpa ramai sedari usaha pihak pihak tertentu untuk mengalibabakan satu lagi as...
43 000 Rakyat Kelantan Dikesan Gagal Mencarum Perkeso

43 000 Rakyat Kelantan Dikesan Gagal Mencarum Perkeso

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 347 hits
Seramai 43 000 rakyat Kelantan yang bekerja sendiri dikesan gagal mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial Pengarah Perkeso Kelantan Nora Yaacob berkata kebanyakan golongan ini dilihat mengambil sikap mudah walaupun pelbagai sesi pener...
Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Teens As Young As 16 Being Hired As Lorry Drivers Says Jpj

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Terengganu Dua Remaja Tiada Lesen Jadi Pemandu Kelindan Lori Ditahan Jpj

Social Media Abuzz With Danish Pm Reiterating Burqa Ban Tells Muslims To Adjust To Local Culture Confront Law Or Leave

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Building A Memorable Brand Identity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pg77 Top 75 By Porter Pg77 Pgslot77 Me Pgslot77 Pgslot 2 2025

777 40 777 Top 59 By May Punpro777 Bar 30 September 2025

Kelantan Ambil Nyawa Sendiri Lepas Pukul Anak Saudara Dengan Tukul

A Aida Dimasukkan Ke Icu

Talentcorp Memperkasa Belia Sabah Melalui Yes Rock The School Mega 2025

Top 19 The Greatest Historical Buildings From All Over The World