Cara Daftar Online Murid Tahun 1 Sesi 2023 2024 Kpm
Info terkini buat semua ibu bapa/ penjaga, Permohonan kemasukan ke Tahun 1 bagi sesi persekolahan tahun 2023 dan 2024 boleh dilakukan mulai 1 Mac 2022.
Bagi golongan ibu bapa/ penjaga yang ingin mendaftarkan anak untuk memulakan sekolah Tahun 1 pada 2023 dan 2024, anda boleh membuat pendaftaran serta permohonan penempatan bagi sekolah yang dipilih sesi tahun hadapan secara atas talian/ online.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang cara pendaftaran Tahun 1 Sesi 2023 / 2024 melalui permohonan online di laman web https://public.moe.gov.my/.
Syarat Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2023 / 2024Murid Tahun 1 Sesi 2023 : Lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017Murid Tahun 1 Sesi 2024 : Lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018
Dokumen Yang DiperlukanBuku Rekod Kesihatan murid (tarikh imunisasi/suntikan)Sijil Lahir muridBorang permohonan Tahun 1 (yang dicetak selepas mengisi maklumat secara online)Kad pengenalan ibu bapa / penjaga muridSijil nikah/Sijil Daftar KahwinSijil Cerai dan sijil hak jagaan anak (jika berkenaan)Bil Utiliti: SYABAS/TNB/ASTRO/TELEFON (Sebagai bukti alamat tempat tinggal)
Tarikh PermohonanTarikh Mula : 1 Mac 2022Tarikh Tutup : 30 April 2022Tarikh Rayuan : 1 Ogos – 31 Ogos 2022Keputusan Rayuan : 1 Oktober 2022
Cara Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2023 / 2024Cara pendaftaran adalah seperti berikut:
Pergi portal SPATKPM https://public.moe.gov.my/Klik Pengguna BaruTekan Daftar PenggunaKlik DaftarIsikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftarSetelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1Klik Permohonan BaharuMasukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftarLengkapkan maklumat berikut:Maklumat muridMaklumat kesihatanMaklumat penjagaSetelah selesai, tekan butang Simpan dan SeterusnyaUntuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu PerakuanSemak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.Status permohonan murid akan dipaparkan.Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://beautifulnaara.blogspot.com/2022/01/cara-daftar-online-murid-tahun-1-sesi.html