Cara Memohon Moratorium Urus B50 Tahun 2022


Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS), telah diumumkan pelaksanaannya bagi membantu peminjam, pelanggan B50 meringankan beban kewangan akibat pandemik COVID-19 dan memberikan bantuan menyeluruh untuk ketahanan kewangan jangka panjang selama 2 tahun bermula 2022.


Pelanggan yang layak boleh membuat permohonan untuk program URUS melalui salah satu daripada bank mereka (jika meminjam lebih dari 1 bank), dengan proses memohon bermula dari 15 November 2021 hingga 31 Januari 2022.

URUS menyediakan pelan kewangan peribadi yang mengambil kira keadaan kewangan dan kemampuan anda untuk membayar semua tanggungan kewangan. Sokongan aliran tunai memberi anda ruang bernafas untuk mengukuhkan keadaan kewangan anda.

KATEGORI B50

B50 atau kumpulan 50% terendah negara adalah individu yang berpendapatan kasar kurang dari RM5,880 sebulan.

Sekiranya dilihat pada carta pengelasan kelas pendapatan isi rumah Malaysia, kumpulan peminjam ini terdiri daripada;

B40
B1 – Kurang daripada RM2,500 B2 – RM2,501 – RM3,170 B3 – RM3,171 – RM3,970 B4 – RM3,971 – RM4,850
M40
M1 – RM4,851 – RM5,880
Tempoh Moratorium Selama 2 Tahun

Jika anda LAYAK Di bawah program moratorium 2 tahun ini, anda sama sekali tidak akan dikenakan apa-apa tindakan daripada pihak bank selama tempoh 2 tahun jika anda gagal buat bayaran asal dan anda disarankan berbincang dengan pihak daripada masa ke semasa untuk menstruktur semula pinjaman dengan pihak bank.

Syarat Kelayakan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan:
Gaji dan pendapatan anda mestilah tidak lebih dari RM5880 sebulan. Anda telah hilang pekerjaan. Anda telah kehilangan gaji dan pendapatan sebanyak 50 peratus disebabkan tindakan majikan anda. Anda merupakan salah seorang daripada yang telah berjaya menikmati moratorium di bawah program PEMERKASA PLUS, PEMULIH dan lain-lain yang telah dilaksanakan sebelum ini).
Siapa yang layak mendapatkan bantuan di bawah URUS?

Pelanggan/peminjam B50 yang memenuhi semua kriteria berikut semasa tarikh permohonan:
Mempunyai pendapatan isi rumah sehingga RM5,8801; Kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan sekurang-kurangnya 50%; Pinjaman/pembiayaan telah pun berada di bawah program bantuan bayaran balik sedia ada (seperti Bantuan Bayaran Balik Bersasar, PEMERKASA Plus, PEMULIH, penjadualan dan penstrukturan semula oleh bank dsb) pada 30 September 2021; dan Pinjaman/pembiayaan tanpa tunggakan melebihi 90 hari pada tarikh permohonan URUS.
Nota: Pihak bank boleh meminta dokumen yang relevan untuk mengesahkan kelayakan anda.

Apakah pinjaman/pembiayaan yang layak di bawah URUS?

Pinjaman/pembiayaan yang layak di bawah URUS termasuk:
Pinjaman/pembiayaan perumahan. Pinjaman/pembiayaan peribadi (termasuk pinjaman/pembiayaan ASB, pinjaman/pembiayaan pendidikan dsb). Pinjaman/pembiayaan kenderaan Sewa beli. Baki kad kredit/kemudahan kredit pusingan (cth. overdraf/kemudahan kredit dan kredit perdagangan) yang telah ditukar kepada pinjaman/pembiayaan bertempoh.
Apakah bantuan yang saya boleh dapat di bawah URUS?

Anda akan menerima pelan kewangan peribadi yang menyatakan jumlah bayaran balik bulanan yang dijadualkan sehingga 24 bulan yang meliputi:
Pengecualian faedah/keuntungan untuk tempoh 3 bulan dan/atau; Penangguhan bayaran serta pilihan lain termasuk pengurangan ansuran untuk membantu mengurus hutang keseluruhan selaras dengan kemampuan anda; dan Sokongan pembangunan, pendidikan dan khidmat nasihat untuk membantu anda mengurus kewangan agar lebih berdaya tahan. Pelan ini akan mengambil kira semua tanggungan hutang sedia ada dan jumlah pendapatan yang anda mampu peruntukkan untuk membayar hutang setelah mengambil kira perbelanjaan sara hidup.
Bolehkah saya terus menggunakan kemudahan kredit/pembiayaan dengan bank jika saya menyertai URUS?

Ya, anda boleh terus menggunakan kemudahan kredit/pembiayaan yang belum digunakan.

FAQ PERMOHONAN URUS

Bilakah boleh saya memohon untuk menyertai URUS?

Permohonan untuk menyertai URUS dibuka mulai 15 November 2021 sehingga 31 Januari 2022.

Bagaimanakah cara memohon untuk memohon URUS jika saya mempunyai pinjaman/pembiayaan dengan lebih daripada satu bank?

Jika anda mempunyai pinjaman/pembiayaan dengan satu bank sahaja, anda perlu memohon terus kepada bank anda dengan mengisi borang permohonan URUS.

Jika anda mempunyai pinjaman/pembiayaan dengan lebih daripada satu bank, anda perlu memohon dengan mengisi borang permohonan URUS melalui salah satu bank yang mana anda mempunyai pinjaman/pembiayaan berbayar dan yang berada di bawah program bantuan bayaran balik.

Perlukah saya menyenaraikan semua pinjaman/pembiayaan saya dalam borang permohonan URUS?

Sebaiknya, anda perlu menyenaraikan semua pinjaman/pembiayaan anda semasa permohonan.

Ini akan membolehkan AKPK menggabungkan perincian pinjaman/pembiayaan anda antara bank dan membentuk pelan bantuan bayaran balik yang holistik dan wajar berdasarkan kemampuan anda.

Apakah dokumen yang diperlukan untuk permohonan menyertai URUS?

Dokumen pendapatan diperlukan untuk menghasilkan pelan kewangan peribadi yang menyeluruh berdasarkan pendapatan dan hutang anda.

Bagi tujuan ini, anda perlu mengemukakan salah SATU daripada dokumen berikut:
penyata KWSP; ATAU penyata bank; ATAU borang cukai pendapatan; ATAU Slip gaji/baucar bayaran; ATAU Surat pemberhentian kerja daripada majikan terakhir.
Dokumen ini mestilah dokumen terkini yang menunjukkan pendapatan semasa atau status pekerjaan anda. Jika tiada, rujuk bank anda untuk mengetahui dokumen lain yang boleh diterima sebagai bukti kelayakan anda.

Berapa lama permohonan URUS akan diproses?

Pihak bank akan menghantar pemberitahuan serta merta bahawa permohonan anda telah diterima.

Sekiranya anda layak menyertai URUS, AKPK akan menghubungi anda melalui e-mel bersama pelan kewangan peribadi (PKP) dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh pemberitahuan penerimaan permohonan anda oleh pihak bank.

PKP ini meliputi semua pinjaman/pembiayaan yang layak kecuali Sewa Beli kerana ia tertakluk kepada syarat-syarat perundangan tertentu di bawah Akta Sewa Beli. Untuk Sewa Beli, pihak bank akan memaklumkan sendiri butiran terma bayaran balik kepada anda.

Sekiranya anda tidak layak untuk menyertai URUS, pihak bank akan memaklumkan anda dalam masa 5 hari bekerja dari tarikh pemberitahuan penerimaan permohonan anda oleh pihak bank. Anda boleh berbincang dengan pihak bank untuk penyelesaian alternatif.

Adakah rekod kredit (CCRIS) saya akan terkesan di bawah URUS?

Akaun pinjaman/pembiayaan di bawah URUS akan dikenal pasti dalam laporan kredit Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS). Ini akan memudahkan usaha susulan dan pemantauan oleh pihak AKPK dan bank untuk memberikan sebarang sokongan lanjut yang mungkin anda perlukan.

Pengenalpastian ini akan dikeluarkan setelah program tamat, atau paling awal, 6 bulan dari tarikh penyertaan ke dalam URUS. Dalam tempoh ini, anda akan mendapat sokongan melalui program pendidikan dan khidmat nasihat kewangan, termasuk sebarang bantuan yang diperlukan untuk berurusan dengan bank anda.

Bolehkah saya memohon pinjaman/pembiayaan baharu jika saya menyertai URUS?

Boleh. Untuk makluman, permohonan pinjaman/pembiayaan baharu adalah tertakluk kepada proses penilaian kredit yang sedia ada oleh pihak bank.

CARA MEMOHON URUS SECARA ONLINE


Anda boleh nemohon dengan pihak bank secara online melalui link pautan di bawah ini: Bank Simpanan Nasional BSNBank RakyatAffin Bank Berhad, Affin Islamic Bank BerhadAl Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad AmBank (M) Berhad, AmBank Islamic Berhad BNP Paribas Malaysia BerhadBank Islam Malaysia Berhad Bank Muamalat Malaysia BerhadCIMB Bank Berhad, CIMB Islamic Bank Berhad Citibank BerhadHSBC Bank Malaysia Berhad, HSBC Amanah Malaysia Berhad Hong Leong Bank Berhad, Hong Leong Islamic Bank BerhadKuwait Finance House (Malaysia) Berhad MUFG Bank (Malaysia) BerhadMalayan Banking Berhad, Maybank Islamic Berhad MBSB Bank BerhadOCBC Bank (Malaysia) Berhad, OCBC Al-Amin Bank Berhad Public Bank Berhad, Public Islamic Bank BerhadRHB Bank Berhad, RHB Islamic Bank BerhadStandard Chartered Bank Malaysia Berhad, Standard Chartered Saadiq Berhad Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia Berhad UOB United Overseas Bank (Malaysia) Bhd.

Semakan Keputusan Permohonan URUS B50

Semakan status permohonan URUS B50 anda lulus atau tidak:
Pihak AKPK sendiri akan memaklumkan kepada anda keputusan permohonan terus ke emel dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh bank menerima permohonan. Atau anda boleh semak secara online melalui link pautan ini https://www.akpk.org.my
Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 3 Kaedah Melangsaikan Hutang Dengan PantasHutang Wajib Dibayar Walaupun Tidak Dituntut
-SENTIASAPANAS.COM



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2022/01/permohonan-dan-semakan-moratorium-urus-200.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
E Start Cara Klaim Rm150 Bantuan Kredit E Wallet Tahun 2022

E Start Cara Klaim Rm150 Bantuan Kredit E Wallet Tahun 2022

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 282 hits
Kerajaan telah memperkenalkan program eStart iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan Menteri Kewangan Yang Berhormat Mulia Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Bin Tengku Abdu...
Cara Semak Keputusan Muet Melalui Sms Dan Online Tahun 2022

Cara Semak Keputusan Muet Melalui Sms Dan Online Tahun 2022

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 386 hits
MUET ialah ujian bahasa Inggeris yang dijalankan di peringkat pra universiti matrikulasi asasi diploma dan STPM MUET diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar institusi pengajian tinggi serta untuk mereka yang be...
Cara Keluarkan Duit Asb Secara Online Tahun 2022

Cara Keluarkan Duit Asb Secara Online Tahun 2022

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 329 hits
Sesuai dengan keadaan pandemik yang masih melanda negara Pengeluaran ASB secara Online adalah langkah yang dianggap bersesuaian Segala urusan secara langsung kurang digalakkan bagi membendung penularan wabak yang masih lagi menular dikalang...
Alhamdulillah Allah Bagi Saya Cepat Hafal 13 Kali Kh4tam Al Quran Ameera Khan Nak H4fal Surah Dal4m Tahun 2022

Alhamdulillah Allah Bagi Saya Cepat Hafal 13 Kali Kh4tam Al Quran Ameera Khan Nak H4fal Surah Dal4m Tahun 2022

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 379 hits
Personaliti media sosial yang juga adik kepada Noor Neelofa Ameera Khan meluahkan rasa gembira dan bangga apabila dirinya berjaya mengkhatam Al quran sebanyak tiga kali pada tahun ini
Suasana Olahraga Di Awal Tahun 2022 Di Ibu Kota

Suasana Olahraga Di Awal Tahun 2022 Di Ibu Kota

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 389 hits
Suasana Olahraga di Awal Tahun 2022 di Ibu Kota Meskipun hari bebas kendaraan atau Car Free day ditiadakan namun warga masih banyak yang beraktivitas di kawasan Sudirman Thamrin
Mulakan Tahun 2022 Dengan Tawaran Pizza Hut Red Mmmmonday Untuk Atasi Masalah Monday Blues

Mulakan Tahun 2022 Dengan Tawaran Pizza Hut Red Mmmmonday Untuk Atasi Masalah Monday Blues

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 228 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi dan dirindui selalu Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2021 yang penuh makna Pizza Hut Malaysia kini memulakan tahun 2022...
2022 Apa Pula Elly Mazlein Kongsi Kenangan Manisnya Di Tahun 2021

2022 Apa Pula Elly Mazlein Kongsi Kenangan Manisnya Di Tahun 2021

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 493 hits
Keindahan KENANGAN 2021 Begitulah caption Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lin Pom Pom Dalam satu muatnaik di akaun Instagramnya pada Ahad Elly berkongsi gambar pregnancy test kitnya Bertarikh 28 Februari 2021 gambar itu diperca...
Tetap Mesti Ingat Walau Sudah Melangkah Ke Tahun 2022

Tetap Mesti Ingat Walau Sudah Melangkah Ke Tahun 2022

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 240 hits
TETAP MESTI INGAT WALAU SUDAH MELANGKAH KE TAHUN 2022 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt JUJUR kita masih belum bebas sepenuhnya Kita masih berada dalam satu situasi yang sangat masih perlu berjaga j...
2022 Akan Jadi Tahun Yang Sibuk Winner Beri Hint Untuk Comeback Pelbagai Aktiviti Akan Datang

2022 Akan Jadi Tahun Yang Sibuk Winner Beri Hint Untuk Comeback Pelbagai Aktiviti Akan Datang

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 202 hits
Pada 17 Januari kumpulan WINNER telah menyambut peminat dengan kesemua 4 ahli di saluran V Live buat kali pertama dalam tempoh lebih kurang 2 tahun Pada hari tersebut Kang Seung yoon dan Mino akhirnya disertai oleh barisan hyung Kim Jin woo...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024