Cara Daftar Prasekolah Online Manual 2023
CARA DAFTAR PRASEKOLAH ONLINE/MANUAL 2023 (ePrasekolah)
Kepada ibu bapa yang ingin mendaftar anak pra sekolah, kini pendaftaran Prasekolah Online 2022 (ePrasekolah) telah dibuka. Ibubapa boleh membuat permohonan secara atas talian (online) ataupun secara manual. Bagaimana caranya? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
Baca tentang DELIMa KPM : ID,LOG MASUK & CARA GUNA
SYARAT PERMOHONAN ePRASEKOLAH
Berikut adalah merupakan syarat bagi kemasukan pra sekolah yang telah ditetapkan oleh KPM:
Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja.
Kanak-kanak berumur:
5+ (Lahir 2 Januari hingga 31 Disember)
4+ (lahir 1 Januari hingga 31 Disember) pada tahun persekolahan
Kelonggaran juga diberikan kepada anak-anak yang berumur 3+ (lahir dari 2 Januari hingga 15 Januari) pada persekolahan
Bagi pemilihan sekolah pula, pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu pilihan sekolah sahaja.
TARIKH PENDAFTARAN PRASEKOLAH
Kepada ibu bapa yang ingin membuat permohonan pra sekolah, pastikan permohonan dibuat dalam tempoh masa yang ditentukan iaitu:
Permohonan secara atas talian – 1Mac hingga 30 April tahun sebelum.
Permohonan secara manual – 1 Mac hingga 31 Mei tahun sebelum.
CARA DAFTAR PRASEKOLAH
Kepada ibu bapa yang ingin daftarkan anak ke pra sekolah, berikut adalah merupakan caranya:
Pendaftaran Secara Atas Talian (online)
Layari pautan : eprasekolah.moe.gov.my
Muat turun manual pengguna untuk rujukan.
Klik pada Daftar pengguna (lengkapkan proses daftar akaun), kemudian klik Log Masuk
Kemudian klik pada Borang Permohonan PraSekolah
Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan.
Pilih Sekolah yang ingin dipohon
Pastikan ibubapa membuat pengesahan
Cetak borang permohonan tersebut
Hantar cetakan borang beserta dokumen yang berkaitan kepada pihak sekolah yang dipohon selewat-lewatnya pada 31 Mei.
Keputusan permohonan boleh disemak dalam talian.
Nota: Permohonan dalam talian hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 30 April
Pendaftaran Secara Manual
Iibubapa hendaklah mengambil borang permohonan disekolah yang ingin dimohon.
Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan pada borang permohonan tersebut
Sertakan sekali dokumen yang diperlukan
Hantar borang permohonan beserta dokumen yang berkaitan kepada pihak sekolah yang dipohon selewat-lewatnya pada 31 Mei.
Semak keputusan permohonan melalui sekolah yang dipohon.
CARA BUAT SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN ePRASEKOLAH
Semak keputusan permohonan boleh dibuat melalui:
Hadir ke sekolah yang dipohon
Secara atas talian (online) melalui pautan eprasekolah.moe.gov.my
Nota: Tarikh rasmi semakan keputusan permohonan eprasekolah akan dikemskini kemudian.
MAKSUD STATUS PERMOHONAN ePRASEKOLAH
Berikut adalah senarai huraian status permohonan adalah seperti berikut:
Menunggu Pengesahan: Cetakan borang permohonan dan salinan dokumen belum dihantar dan diterima oleh pihak prasekolah.
Disahkan: Borang permohonan telah diterima dan salinan dokumen telah disahkan oleh pihak prasekolah.
Berjaya: Permohonan telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon.
Tidak Berjaya: Permohonan tidak berjaya dan boleh membuat rayuan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai daftar PraSekolah, anda boleh:
Layari laman sesawang: eprasekolah.moe.gov.my
Hadir ke sekolah yang ingin dipohon
Email:
[email protected]
The post CARA DAFTAR PRASEKOLAH ONLINE/MANUAL 2023 (ePrasekolah) appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/daftar-prasekolah.html